Uncategorized

Sy berkerja di singapura. Lps boleh balik Malaysia sy x sangka di layan mcm ni. Padahal sy lah ATM Bank bg mereka. Agak terkilan bila turun bas. Sampai hati mak ayah.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Salam min, aku seorg bujang yg kerja di Singapura yg dpt balik ke kampung… Apa perasaan kamu semua jika balik kg kita tidak diraikan spt mana anak2 yg lain… Padahal aku lah ATM bank jika mreka kesuntukan wang…

Agak terkilan jugak apabila turun dr bas pukul 5 pagi di pekan, tiada siapa mahu menjemputkan di stesen bas… Padahal mreka tgh bersahur waktu tu…

Alasan mereka ialah tak bangun sahur padahal elok je tgok last seen wssp diorg pukul 5- 6 pagi… Agak sedih betul layanan mreka, aku sanggup kirim rm1000 sebulan ke kampung dlm tempoh aku bekrja di Sg…

Apa perasaan korang terpaksa berjalan kaki dr pekan hampir 7 kilometer ke rumah, sampai dirumah semuanya duk membuta…bila diketuk pintu berkali2 mak aku yg buka…siap kata “ehh ko dah balik” bila sampai…

betapa hibanya hatiku sambutan sebegini mreka terhadapku padahal aku dh wssp mreka yg aku nk balik… Bila balik, tiada bilik utkku… Hya tidur di ruang tamu yg penuh dgn mainan budak dgn bersepah bagai..

Bilikku yg aku baiki dulu siap ada aircond diduduki oleh sepupuku yg baru keluar penjara umor 40 tahun yg tidak bekerja jd biawak hidup…bila waktu berbuka, tiada masakan istimewa dimasak utkku…

Paling sedih aku terpaksa bungkus di dr bazar ramadhan shaja utk makan sendirian krana tidak semua org dirumah tu berpuasa penuh…yg prempuan semua x puasa, sepupu aku tu mmg xpuasa langsung…

Hya mak ayah aku je puasa, jika mak aku masak dia masak utk dia dan ayah aku je…siap dia cakap “ko ada duit beli sendiri lauk” aku prnh beli bahan mentah, menunggu mak aku masak…

Rupanya terperap 3 hari dlm peti x dimasak… Agak sedih juga layanan sebegini terhadapku… Mcm mana perasaan korang…bab duit mmg cepat je call…

Komen warganet

Azura: Bagi duit ikut keperluan dan kemampuan kita, bukannya ikut kehendak mereka. Kalau ikut kehendak.. bagi brp pun tak akan pernah cukup. Start saving dan plan apa nak buat untuk masa depan. Bahagiakan diri sendiri. Apa yg kita bagi kat mak ayah tu dikira sedekah dik. Sedekah yg paling baik adalah untuk keluarga.

Zul: Inilah makna kehidupan…kehidupan adalah ujian untuk kita…dari orang yg kita sayang …hinggalah org yg kita benci…saudara..ingatlah..syurga itu indah dan kekal….maka ianya bukan percuma…teruslah berbakti pada kedua org tua..berbakti pada keluarga..

biar bagai tak dihargai..yang pentingnya keikhlasan kita akan dibalas oleh allah diakhirat kelak…”dunia itu ujian..” mungkin mudah untuk diperkatakan..namun hakikatnya..sukar untuk ditelan…teruslah istiqomah…

Irfa saad: hantar duit untuk keperluan ibu ayah saja..kerana ini punca murah rezeki kita… rewardkan diri dengan buat simpanan sendiri.. senangkan kehidupan sendiri.. yg lain2 tu tggjwb sendiri bukan tggjawab saudara untuk beri duit kepada mereka.

Fauziah: Mmg sedih. Tp mmg ada keluarga yg begini. Tp perlu juga diingat, ada je keluarga lain yg lg menyedihkan dr segi hubungan kekeluargaannya. Pandang ke depan. Esok bila bina keluarga, jgn bersikap demikian terhadap anak isteri.

Hargai mereka. Dlm hidup ni, kalau Kita fikir balasan baik drpd perbuatan baik Kita, mmg sakit hati, boleh kemurungan juga ni. Fikirlah, Aku buat baik dpt pahala. Org tak buat baik, org itulah yg rugi. Kita buat baik, Allah suka dan sayang. Rezeki pun insya-Allah sentiasa mencukupi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *