Uncategorized

Kerja sbg tukang bancuh air. Ibu tua kecewa dibuang anak2, tinggalkan nota bt aku sebak.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Saya pernah terbaca kisah anak yang membuang ibunya, ia sungguh menyentuh hati dan membuatkan saya sebak seketika. Tambahan apa yang dilalui oleh ibu itu sama seperti apa yang saya lihat berlaku dalam diri wanita tua yang berkongsi rumah dengan saya.

Malah boleh saya katakan nasib ibu tua bernama Kak Anis ini lebih mend3rita lagi. Dia berhempas pulas membesar dan membantu hidup anak–anaknya yang sering membawa masalah kepadanya.

Tetapi maIangnya hidupnya tidak pernah dipedulikan baik oleh anak–anaknya yang seramai empat orang itu mahupun menantunya, malah mereka meminggirkan diri mereka dari ibunya.

Kadang–kadang saya terfikir mengapakah seseorang ibu itu sanggup berm4ti–m4tian dan berhempas pulas membesar, membimbing

dan menghidupkan anak–anaknya terutama kepada ibu–ibu tunggal yang kem4tian suami ataupun yang diceraikan tanpa sebarang bantuan dan pembelaan

dari bekas suami mahupun keluarganya, tetapi bila anak–anaknya sudah besar mereka langsung tidak pedulikan ibunya.

Apakah salah ibu juga cara dia membesarkan anak–anaknya menyebabkan anak–anaknya langsung tidak ada hati, perasaan dan mahu mengenang budi yang pernah ditabur oleh ibunya dari kecil hinggalah dia besar.

Inilah nasib yang telah dilalui oleh Kak Anis yang mempunyai empat orang anak kesemuanya lelaki berusia antara 30 hingga 23 tahun tetapi langsung tidak pedulikan ibu mereka setelah mereka berkahwin.

Kak Anis seorang yang peramah tetapi tidak ada siapa pun yang mengetahui pend3ritaan yang dilaluinya.

Dia sudah serik dan amat keciwa dengan sikap anak–anaknya yang langsung tidak memperdulikan dirinya yang hidup terbuang seorang diri.

Hinggakan sewaktu dia s4kit dan terlantar di hospitaI pun dia pergi sendiri ke hospitaI tanpa beritahu saya kecuali melalui nota yang ditinggalkan di rumah.

Tetapi sesuatu yang amat mengkagumkan saya walaupun dia dipinggirkan oleh anak–anaknya,

tetapi apabila anaknya datang dan mengadu susah dia tidak akan hampakan mereka malah akan segera menghulurkan bantuan walaupun ketika itu dia sendiri tidak ada wang dalam simpanan.

Saya dah faham sangat sifat dan kelakuan anak–anak kak Anis malah saya pula yang sering marah dengan kelembutan kak Anis terhadap anak–anaknya.

Mereka cuma datang menjengok emaknya atau menelefon ketika mereka perIukan duit kalau tidak mereka tidak akan dating jumpa kak Anis walaupun pada Hari Raya.

Biasanya kalau kak Anis tak ada duit dia akan pinjam dari saya ataupun dari teman–teman sekerjanya yang bekerja sebagai pembersih pejabat dan pembancuh air. Namun kak Anis akan bayar semua wang yang dipinjamnya setelah dia dapat gaji.

Katanya dia tak suka berhutang lama, sebab dia tak tahu berapa lama lagi dia boleh hidup. Kalau dia m4ti siapa yang nak ganti.

Dia tak harapkan anak–anaknya. Tetapi anak–anak kak Anis tidak pernah ganti duit yang dipinjam.

Mereka tak akan datang selepas meminjam. Kadang–kadang saya tengok kak Anis termenung dan ada kalanya menangis seorang diri.

Katanya dia amat sedih dah tua begitu dia masih tidak ada rumah untuk tumpang berteduh.

Dia risau ditakdirkan dia dia jatuh s4kit dan tak mampu nak bekerja siapalah akan menjaganya.

Memang kak Anis dapat pencen arw4h suaminya, tetapi jumlahnya tidaklah sebanyak mana. Cukup untuk dia membayar sewa bilik rumah sahaja. Tetapi anak–anaknya tak peduli, mereka masih datang menangih duit pencen ayah mereka.

Pernah saya dengar mereka meninggikan suara kepada kak Anis sambil berkata dia tak mintak duit kak Anis sebalik minta duit pencen arw4h ayah mereka.

Siapa tak sedih bila dengar anak sendiri bercakap seperti itu. Itulah pend3ritaan yang terp4ksa ditanggung oleh kak Anis selama ini.

Menurut cerita kak Anis satu hari, anak sulungnya sanggup tak mahu mengaku Kak Anis ibunya sebaliknya mendakwa dia tak boleh mendekati ibunya kerana ibunya bela h4ntu pol0ng.

Dan h4ntu pol0ng itulah yang masuk ke tubuh anaknya, menyebabkan anaknya seriang s4kit. Pelik sungguh saya dengan sikap anak–anak sekarang.

Hampir empat tahun kak Anis tinggal dengan saya berkongsi rumah, saya rasa aman, kak Anis buat saya macam adiknya sendiri.

Dia rajin masak dan pastikan saya makan bila balik kerja. Kerana itu saya tidak berkira dengan kak Anis. Masakan kak Anis memang sedap.

Apa yang dia masak, dia tidak lupa hantar sedikit kepada anak bongsunya yang tinggal dekat dengan rumah kami.

Saya kagum dengan perasaan dan hati seorang ibu macam kak Anis. Anak sulung kak Anis ini, masa kecilnya sering s4kit–s4kit dan sering s4kit teruk.

Dan keadaannya berlanjutan sehingga dia meningkat remaja. Demi kesihatannya dia terp4ksa makan ubat seumur hidupnya, ketika kecil hingga remajanya, kak Anis lah yang menyuapkan ubat dan makanan.

Kini anaknya itu sudah berkahwin dan ada dua orang anak. Oleh kerana anaknya juga sering s4kit, dia menuduh kak Anis bela h4ntu,

kerana itu isterinya mengajak dia pindah dan mencari pekerjaan di negerinya di Pantai Timur, biarlah kak Anis tinggal sendiri jauh dari kehidupan mereka.

Semasa mereka tinggal dengan Kak Anis di KL, hubungan Kak Anis dengan cucunya amat rapat, tetapi itu tidak digemari oleh menantunya.

Namun bagi kak Anis itu semua tidak jadi masalah, sebab Kak Anis pun bekerja kalau cucunya datang hidupnya mungkin lebih sibuk lagi malah duitnya lebih cepat habis sebab melayan kerenah cucu–cucunya itu.

Pernah juga semasa menantunya melahirkan anak, kak Anislah yang menjaga cucu–cucunya sebab besannya tak suka jaga cucunya.

Tapi kak Anis tak kisah dialah yang menghantar anak–anak itu ke rumah pengasuh, memberi makan minum semasa ibunya balik ke kampung bersalin.

Semua kak Anis buat sendiri dengan duit simpanannya, tanpa bantuan anak menantunya.

Saya sendiri lihat kak Anis beli susu, biskut, lampin pakai buang dan macam–macam lagi keperluan cucunya, tetapi anak kak Anis lepas tangan, malah r0koknya pun dia minta kak Anis belikan.

Bila anak sulungnya ikut isterinya pindah ke Pantai Timur, Kak Anis buat keputvsan sewa bilik berkongsi rumah dengan saya,

kata kak Anis biar dia sewa bilik tak payah lagi anak–anaknya datang sesuka hati menumpang dan menyusahkan hidupnya lagi, katanya dia dah bosan ‘menyuap’ mereka kini biarlah mereka berdikari.

Tapi itu semua cakap di mulutnya sahaja, tapi tak sampai di hati. Bila anaknya datang minta pinjam duit dia tetap akan beri walaupun dengan lenangan air mata.

Kini kak Anis menghitung hari bila nak berhenti kerja. Kak Anis tidak sabar–sabar hendak berehat.

Dia pernah beritahu saya dia akan pergi jauh bila bersara nanti. Kalau dia m4ti sekalipun anak–anak tidak perlu tahu, dia akan meninggaIkan nota bahawa dia tidak punya keluarga, may4tnya boleh dikebvmikan tanpa menunggu sesiapa.

Begitulah kecewanya kak Anis dengan perbuatan anak–anaknya. Saya gerun dengar kata–kata kak Anis,

sungguh saya tak sangka begitu dalam Iuka pend3ritaan yang terp4ksa ditanggungnya kerana perbuatan anak–anaknya yang lebih pentingkan isteri daripada ibu sendiri.

Berkali–kali kak Anis berkata dia tak mahukan duit ringgit mereka, cukup sekadar doakan dia dan kenang dia sebagai ibu.

Kadang–kadang tu bila dengar kak Anis bercakap dengan anaknya, saya yang menangis sendirian di dalam bilik,

kerana saya begitu sedih dengan nasib beliau, kerana saya tahu sangat jasa dan peng0rbanan beliau kepada anak–anaknya selama ini.

Bila tengah malam, saya terdengar kak Anis bangun mengambil segelas air di dapur untuk makan ubat kerana peny4kit tuIangnya, dan saya dengar dia sembahyang tengah malam.

Pernah saya terdengar dia berdoa sambil menangis teresak–esak di tikar sembahyang.

Keesokan paginya, saya lihat kak Anis biasa sahaja. Sungguh tabah hati kak Anis. Namun saya tidak berani bertanya mengapa dia menangis dan apa yang membuatkan dia cukup sedih malam tadi.

Baru–baru ini, anak kedua kak Anis menelefon bertanyakan nama ubat yang dimakan oleh abangnya iaitu anak sulung kak Anis.

Walaupun kak Anis nampak terk3jut kerana anak sulungnya s4kit semula dan berada dalam wad,

tapi dia dengan tabah memberitahu anak keduanya dia tak dapat pergi kerana jauh, sebaliknya menyuruh anaknya menjengok abangnya yang sedang s4kit.

Anak sulungnya telah tua dan dah beranak pinak, tahulah dia nak beritahu doktor tentang peny4kitnya. Lagi pun dia dah ada isteri yang boleh menjaganya.

Begitu kata kak Anis kepada anaknya melalui telefon. Saya yang terdengar perbualan mereka cuma tumpang sedih.

Macam–macam masalah terp4ksa beliau hadapi, yang lebih sedih, anak–anaknya akan menghubunginya bila ada masalah tentang s4kit pening dan nak pinjam wang, semasa mereka senang tak ada siapa pun mencarinya.

Selepas mem4tikan telefon bimbitnya kak Anis masuk ke bilik. Dari luar bilik kedengaran kak Anis meraung. Saya tau dia sedih dengar anaknya s4kit.

Tapi untuk kali ini kak Anis tidak dapat menjaganya. Dia jauh hati dengan sikap dan perbuatan anak–anaknya yang tidak mempedulikannya selama ini.

Kata kak Anis ingin hidup senang. Cukuplah segala peng0rbanan yang dicurahkan kepada anak–anaknya selama ini. Dari kecil dibesarkan hingga mereka berkahwin dan mempunyai anak.

Jadi biarlah mereka berdikari. Lagi pun katanya dia dah tawar hati dengan sikap anak–anaknya yang sering menyusahkan hidupnya.

Katanya lagi setelah bersara, dia hendak habiskan sisa–sisa hidupnya tanpa sebarang gangguan.

Malah duit hadiah atau apa saja duit yang bakal dia terima, dia tidak akan beri sesenpun kepada anak–anaknya. Dia ingin pergi jauh.

Saya yang mendengar turut bersedih. Tetapi sejauh mana ketegasan kata–kata kak Anis mahu tinggalkan KL dan tidak memberi anaknya duit tidaklah diketahui.

Sebab kak Anis selalu teringatkan anak–anaknya dan setiap kali mereka datang men4gih duit, kak Anis tak pernah kata tak ada duit, sebaliknya dia bagi juga.

Kalau dia tak ada duit pun dia sanggup pinjam pada orang untuk anaknya. Bila ditanya kenapa kasi, dia kata tak sampai hati, dan tak sanggup tengok anaknya susah, biarlah dia susah.

Begitulah kasihnya seorang ibu yang melahirkan anak–anaknya, tetapi sedihnya anak–anaknya tidak pernah ingatkan apa lagi kasih terhadap ibu mereka yang seorang itu.

Di mana silapnya, adakah kerana kak Anis susah, tak ada rumah tak ada harta maka dia tidak disayangi oleh anak–anaknya? Kalau benar, memang tepat sekali anak–anak sayangkan ibunya kerana harta yang bakal mereka miliki nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.