Uncategorized

Jiran ckp sy tuduh anak nya masuk rumah sy. Masin mulut sy, skali tuhan tunjuk sampai dia malu.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum.. Nama saya Anis. Cerita saya mungkin cerita biasa bagi sesetengah orang. Tapi biarlah saya luahkan juga perasaan saya ini.

Saya pindah ke Taman perumahan ini tahun dalam tahun 2018. Suami beli rumah ini sebab suka dengan kemudahan yang semuanya dekat. Sekolah, pasaraya, pasar, balai polis, tempat kerja pun dekat.

Mula – mula memang seronok. Tapi selang beberapa bulan jiran sebeIah mula meny4kitkan hati. Saya ada seorang anak umur 3 tahun. Saya bekerja. Saya bertuah dapat pengasuh anak selang 2 buah dengan rumah dan sangat baik.

Lepas beberapa bulan pengasuh saya bagitau dia selalu nampak anak – anak jiran sebelah saya main dalam pagar rumah saya waktu saya kerja. Anak jiran saya tu semua lelaki. Umur 5 – 14 tahun.

Saya tarik nafas. Patut la bila balik rumah ada saja barang beralih, kulit coklat, batang aiskrim merata – rata. Saya bagitau suami. Tapi suami cakap biar saja. Banyak kali berlaku.

Kadang – kadang saya balik air paip depan rumah tak tutup. Saya tahu ada budak – budak main kat rumah saya. Tapi mereka tak mengaku bila ditanya.

Lepas tu saya mula hobi baru. Saya tanam bunga dalam pasu dan susun cantik – cantik. Saya beli pokok orkid, pokok bunga g4ntung dan hias rumah saya cantik – cantik. Seminggu bertahan. Satu hari saya balik kerja dan tengok banyak pasu g4ntung saya pecah. Berterabur.

Saya jenguk rumah sebeIah dan tanya siapa buat tapi semua anak jiran saya yang 5 orang lelaki tu tak mengaku. Ayah dia marah – marah terus panggil anak masuk. Dia cakap anak dia tak buat.

Dia marah saya tuduh anak dia. Saya dan suami sabar. Kami bincang nak naikkan dinding tepi rumah. Rumah teres sederhana, dinding pemaju buat sekadar takat pinggang saja.

Suami suruh sabar. Kita kumpul duit katanya. Saya layan jiran macam biasa. Dia selalu puji anaknya dan salahkan anak orang lain. Dia kata anak jiran lain yang suka main dalam pagar rumah saya tu. Saya cakap kat dia, nanti Allah tunjuk.

Siapa main dalam pagar saya nanti Allah baIas. Kira macam pencuri lah. Sebab masuk rumah orang tanpa izin. Masin mulut saya. Esoknya anak dia umur 6 tahun panjat masuk rumah saya. Tergelincir dan patah tangan. Masa tu saya MC.

Dia tak sedar saya ada kat rumah sebab kereta suami bawak. Jiran tu melompat masuk dalam pagar saya ambik anak dia. Saya buka pintu dan dia terp3ranjat. Lepas kejadian tu jiran saya lari bila nampak saya. Dia tak tegur saya walau saya cuba tegur dia.

Saya buat tak tahu saja. Tapi yang geram dia bawak cerita saya letak minyak. Itu sebab anak dia jatuh. Suami pun geram. Terus panggil tukang naikkan dinding. Tutup terus kiri dan kanan. Pintu pagar pun buat baru yang tinggi sikit.

Ingatkan dah habis cerita. Jiran saya canang pulak kata saya ni jenis tak campur orang. Tak suka berkawan. Padahal masa majlis apa – apa kat surau taman muka dia yang tak pernah nampak. Saya selalu join usrah kat surau.

Saya bersyukur jiran lain tidak seperti yang sebeIah ni. Mereka tahu hal sebenar. Jiran saya ni jugak pengotor tahap gaban. Tong sampah pecah pun kedekut nak beli baru. Sudahnya sampah dia selalu berterabur atas jalan dan depan rumah saya. Dengan pampers anak, sisa makanan.

Suami saya selalu sapu kutip buang sebab tak tahan tengok. Pernah suami saya tegur suami jiran tu sebab buang tilam tepi longkang tapi dia jawab aku bukan buang dalam rumah kau. Sejak hari tu suami malas nak tegur. Malas nak cari g4duh.

Suami buat report kepada Majlis Perband4ran. Orang majlis datang tegur. Dah jadi berg4duh juga. Last – last saya dan suami malas ambik hal dah. Per4ngai manusia ni memang susah nak ubah kecuali mereka sendiri yang berubah.

Sekarang musim PKP saya WFH. Hari – hari duduk rumah buatkan saya str3ss. Anak jiran saya dari pagi bising bermain bola. Sep4k ke arah dinding rumah saya. K3tuk dinding bertalu – talu. Tak tahu la kenapa mereka dengki sangat dengan saya.

Sengaja atau memang kerana per4ngai budak – budak? Kesimpulannya kalau mak ayah tegur, nasihat anak InshaAllah anak akan jadi baik. Saya malas nak g4duh. Saya berdoa semoga Allah terus bagi saya dan suami kesabaran dalam menghadapi jiran yang macam ni. Tolong doakan saya ye. Semoga PKP cepat tamat. – Anis (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Puan Manggis Comel : 1. Pasang cctv boleh cari kat shopee connect dengan wifi. 2. Bila ada apa yang menganggu report je majlis dengan polis kalau cer0boh lagi. Tanpa pengetahuan dia. Bukti kena ada. 3. Pasang ayat al quran 24 jam letak depan rumah biar jiran tu dengar skali. Mana tau dia jadi segan dan hati boleh jadi lembut sikit ke kan.

4. Pek4kkan telinga dan buat tak tau je apa dia nak kata. 5. Sampah dia yang sepah – sepah tu kaut masukan balik dalam pagar rumah dia.

ماز عذىذ : Pengalaman saya dulu duduk rumah flat begini la, tetapi lebih teruk. PukuI 3 pagi main bola dan berlari – lari mcm ada sekumpulan lembu terlepas kandang. Bukan satu pusingan, tapi berkali – kali lari. Bila tegur diejek – ejek, baIing batu, k3ncing kat dinding dan buang sampah depan pintu.

Sampai satu tahap, saya dah ced3ra em0si sampai saya bercakap kesat – kesat selepas segala nasihat dibaIas dengan sampah dan h1naan sebab cuma menyewa. Aduhai, setakat rumah flat (bukan mengh1na) mengapa lah mengh1na dan menidakkan hak saya yang menyewa.

Alhamdulillah, dah 5 tahun saya memiliki rumah landed. Walau berbilang bangsa. Sama saling cuba memahami antara satu sama lain.

Khai Icha : Mak bapak gagaI ajar anak! Geram pulak baca. Tapi ye la tu habit, dah peng0tor, tak boleh ditegur, suka buat fitnah, orang macam ni payah nak ubah. Tak boleh buat apa, harap puan ni bersabar diam je dan doa insyaAllah lama – lama senyap sendiri.

Nurhayati A Ghani : Jiran lama sebeIah rumah saya suka berkemban luar rumah. Mak dengan anak – anak d4ra dia huhu. Ada juga perkara lain saya tak selesa. Saya baca yassin 3 kali minta Allah gantikan jiran baru. Alhamdulillah tak lama dia pindah.

Salwana Othman : Semoga Allah berikan ganjaran atas kesabaran puan sekeluarga hadap dengan manusia jenis macam ni. Yang penting jiran lain semua tahu dia yang bermasalah. Diorang pun mesti tak tahan dengan per4ngai keluarga ni tapi malas nak cari pasal je.

Selalu doa tiap – tiap hari dipermudahkan keluarga yang bermasalah pegi pindah ke tempat yang boleh terima per4ngai diorang seadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.