Uncategorized

Bila sedar dr kemalangan, mak ayah terus maki. Tiap2 hari aku kena. Bulan ke 3, aku dah tk tahan. Aku nekad lari

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera Dalam keluarga aku ada 6 orang. Ayah mak dan adik beradik. Aku ni kira bongsu. Dari kecik sampai besar duduk dekat rumah memang paling tak tenang.

Mak dengan ayah aku ni bab mencarut maki memang setiap hari jadi ruji makanan diorang. Masa yang paling aku aman iyalah waktu belajar jauh dari rumah.

Akak dan abang aku pun sama. Lepas kerja semua terus pindah rumah sewa tempat lain. Semua akak abang aku pindah negeri lain. Setiap bulan cuma kasi duit dan telefon tanya sihat ke tidak.

Aku sebenarnya kesian dengan mak ayah aku. Jadi aku walaupun dah habis belajar dan kerja tetap bertahan dekat rumah ni. Sampai lah lepas setahun aku kerja.

Aku kemalangan patah kaki dan ambil masa berbulan untuk baik. Jadi aku nak ke mana terpaksa pakai shoulder crutches. Kerja pun stop tapi dapat pampasan. Aku naik motor kena langgar.

Kau bayangkan bangun je benda pertama ayah aku cakap, “dah besar pun menyusahkan aku kau ni” mak dengan ayah aku membebel pasal nak kena jaga aku.

Aku yang baru bangun rasa sakit satu badan rasa nak menangis dan marah menjerit. Sebulan pertama aku duduk dekat rumah sebab patah kaki. Setiap hari, bukan seminggu sekali tapi setiap hari! Aku dengar mak dengan ayah aku membebel sambil perli.

Padahal sebulan pertama tu aku bagi duit belanja rumah 2 ribu. Bulan ke dua aku kasi seribu walaupun aku tak kerja.

Nak masuk bulan ke-3 aku dah tak tahan. Entah berapa kali aku asyik fikir nak jerit depan muka mak ayah aku. Tapi aku tahan.

Aku call kawan aku minta tolong, jadi dia datang rumah. Aku dah pack baju dalam beg dengan pakai shoulder crutches tu aku keluar dari rumah tu tak kasitahu mak dengan ayah aku.

Aku pergi stesen bas pergi negeri yang aku study dulu dekat Pahang. Aku waktu tu dah call kawan aku nak sewa sekali rumah.

Jadi aku pun duduk dekat situ lagi beberapa bulan dah dalam 70% recover aku cari kerja dan mula kerja.

Dalam 3 bulan pakai crutches lepastu dah elok baru aku tak pakai. Aku cuma call akak/abang aku.

Kalau nak kira balik dari awal. Dari kecik akak dengan abang aku duit belanja seminggu cuma sekali dapat. Pergi sekolah tak bawa duit belanja.

Mak aku sedap ada rantai emas apa gelang banyak. Bapak aku pula dengan motor dia.

Akak aku lagi teruk bab kena tampar banyak kali. Abang aku pernah sekali bapak aku rodok pakai piisau sampai berdrah perut sebab dia tersiku motor ayah aku dan terjatuh.

Itu tak termasuk duit PTPTN kami atau apa segala bantuan lebih dari 50% kena bagi dekat mak atau ayah aku.

Lepas abang dan akak aku kerja dan pindah. Raya memang jarang balik alasan semua kena kerja.

Tapi kami adik beradik tahu yang semua memang taknak balik dan menyampah dengar suara mak ayah aku

Aku dulu rasa macam kesian sebab dah tua jadi aku walaupun diorang jahat tetap mak ayah aku.

Tapi dah tua pun perangai mereka ni tak berubah. Mungkin ada yang cakap cuba berbaik. Tidak ini bukan pasal berbaik ke tidak. Ini mak ayah aku yang kena berubah.

Dari kecik selalu diorang guna anak derhaka. Tapi kalau mak ayah yang anak dia jaga setakat pandang sebelah mata. Eloklah mereka sepatutnya tidak melahirkan.

Reaksi Warganet

Nur Hairunnisha –

Liza Drahim –
Anak anak tu amanah. Jagalah sebaik mungkin.

Jangan hairan kalau kita tengok ada orang tua merempat di jalanan. Mungkin ada sesuatu seperti kisah TT ni.

Memang ada mak ayah jenis mulut sikit sikit nak maki. Cakap sikit terus maki hamun anak anak.

Diaorang tak sedar yang diaorang duk caci maki tu doa. Kan dah betul jadi anak derhaka.

Nur Hairunnisha –
Ya Allah.. saya ingat kisah saya je yang sedih. Rupanya kisah TT lagi sedih.

Moga kamu adik beradik sama sama membantu dan erat silaturahim antara 1 sama lain. Sebenarnya, menjauhi itu lebih baik sebab jika dekat risau lebih derhaka.

Doakan mereka selalu walaupun berjauhan ye.

Noradila Ismail –
Kesiannya. Kalau saya ada adik beradik buat anak anak sedara saya macam ni siaplah. Mana la mak pak sedara awak semua. Napalah tadak manusia yang kisahkan perangai mak ayah awak gitu.

Stress baca. Entah macam mana awak yang laluinya. Moga dipermudahkan urusan.

Saleha Atan –
Stress bila fikir dari kecik asyik disebut anak derhaka anak derhaka. Ingatlah ibu ayah, semua kata kata itu adalah doa.

Teringat Ustazah Asma ada cakap, sebenarnya ibu ayahla yang paling banyak hutang dengan anak. Jangan terlalu ego nak minta maaf dengan anak. Mak ayah tak selalu betul.

Kesimpulannya memang bagus awak jauh dari mereka, tapi tetaplah berdoa untuk mereka berdua.

Erianty Cross –
bertabahlah TT, actually hal macam ini sangat common. Solutionnya is keep your distance tapi tetap santuni mereka seadanya. Perangai dan contoh yang tak elok bukanlah untuk diwarisi dan dibalas.

Jadilah ibubapa yang baik dan penyayang bila dah ada anak atau keluarga sendiri nanti ya. Take care.

Asmida Jaffari –
Orang yang tak duduk dekat tempat orang orang yang kena macam ni yang tak rasa ada parents t0xic macam tu senang lah cakap apa apa yang kontradiks dengan perasaan TT ni.

Semoga dipermudahkan urusan TT. Bagi pendapat saya, lebih baik duduk berjauhan daripada berdekatan rasa tersiksa pendam sendiri.

Percayalah kalau TT ni melawan balik, alih alih kena cop anak derhaka. Semoga dipermudahkan urusan TT dan semoga ibu bapa TT ni berubah dan sedar kekhilafan sendiri. Sumber – Lam (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.