Uncategorized

Dpt menantu meIampau nak duduk free sbb rumah ada bibik. Bila tanya knapa x mahu duduk rumah sendiri. Jawapan anak menantu bt sy terkejut beruk.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Pada pandangan saya, masalah yang saya lalui ini bukan saya seorang sahaja, mungkin ramai lagi di luar sana menghadapinya. Sebab ada kalangan wanita yang memang suka duduk berkumpul dalam satu rumah ramai – ramai dengan anak menantu.

Tentu pada mereka tak ada masalah, tetapi kepada orang macam saya, rasanya ini satu masalah besar, seperti kata orang tua – tua, ditelan m4ti emak diluahkan m4ti bapak.

Masalah saya ini bukannya besar sangat, tetapi ia membuat hidup saya tak tenteram, tak selesa, dan pada jangka panjang saya rasa boleh merosakkan hubungan kami anak beranak dan menantu.

Nak saya cakap pada mereka tentu anak menantu kecil hati, tak dicakap perbuatan mereka memang menyekat kebebasan dan selesaan hidup kami yang tak berapa lama ini. Zaman sekolah dulu saya memang orang susah tetapi kerana rajin berusaha saya belajar sampai masuk universiti, cuma bekerja di tempat lain lain.

Bila dekat nak bersara saya kembali bertugas di KL dan menetap di rumah yang saya beli pada awal perkahwinan dahulu. Sebelum pindah saya besarkan rumah, jadi ada 5 bilik. Memang selesa, niat saya senanglah anak cucu datang bermalam.

Anak ada 3 orang aja. Ketiga tiga mereka telah saya belikan tiap – tiap seorang sebuah apartment di KL. Ketika itu rumah murah. Ketika mereka masih belajar rumah tersebut saya sewakan dan hasil sewaan itulah saya bayarkan ansuran bulannya setiap bulan.

Nak jadikan cerita sebelum bersara anak sulung saya kahwin dan dia duduk di rumah yang saya belikan untuknya dan dialah bayar ansurannya. Tak banyak mana pun. Bila isterinya nak bersalin, dia mengadu susah siapa nak jaga isterinya dalam pantang, jaga baby dan sebagainya.

Jadi saya panggil duduk dengan saya sehingga bersalin. Kerana masalah penjagaan baby, saya tawarkan diri untuk jaga, dan saya cari pembantu. Saya fikir lepas bersalin tentulah dia balik ke rumahnya, tetapi tidak alasannya sayang tinggalkan baby dengan saya hinggalah dia beranak anak kedua dan ketiga mereka duduk dengan saya.

Saya perhatikan mereka selesa duduk dengan saya sebab tak ada masalah nak jaga anak, makan minum disediakan oleh pembantu, anak – anak pembantu uruskan. Balik kerja jam 7 terus masuk bilik main dengan anak – anak sekejap hinggalah turun makan malam jam 8.

Lepas makan terus main – main dengan anak atau uruskan hal masing – masing di dalam bilik. Mereka tak peduli anak – anak dah makan atau mandi ke belum. Mereka tahu semua dibereskan oleh pembantu. Melihatkan mudahnya hidup duduk dengan saya anak kedua saya yang perempuan lepas kahwin tak mahu keluar terus duduk dengan saya.

Tak duduk pun rumah yang saya belikan. Katanya rumah itu simpanan tetap mereka. Begitulah juga keadaan hidup mereka hingga melahirkan 2 orang anak di rumah saya. Kini saya ada 5 orang cucu yang masih kecil seorang dalam tadika.

Sekarang anak ketiga yang sudah kahwin dan beritahu nak datang duduk rumah saya selepas bersalin. Nak saya tolak tak sampai hati anak bongsu, perempuan pulak, nak kata datanglah di rumah saya dah ramai cucu. Pening kepala saya menguruskan hal mereka terutama bila pembantu bercuti.

Dalam seminggu sehari saya cuti hari Ahad, saya akan ikut suami ke masjid pandai merekalah uruskan anak – anak mereka. Biasanya mereka pun tak duduk rumah, bawa anak – anak makan di luar balik bila dah petang.

Begitulah kehidupan saya setiap hari. Saya pernah suruh anak sulung dan kedua balik duduk rumah yang saya belikan untuk mereka, tetapi mereka beritahu, ada penyewa dan tak boleh keluarkan sesuka hati. Sementara seorang lagi beritahu dia perIukan rumah itu disewakan sebab baru beli kereta dan ada masalah lain.

Mereka cuma fikirkan masalah mereka sahaja, tetapi macam mana kami yang dah tua ini, kami perlu masa berehat, beramal untuk bekalan kami masuk ke kubvr nanti, sekarang kami memang susah nak duduk lama di tikar sembahyang sebab banyak gangguan.

Lebih menyusahkan hati kami, mereka duduk selesa tanpa bayar duit rumah, tak perlu bayar upah pengasuh anak, lebih teruk makan minum pun kami sediakan. Kami memang tak mahu minta duit anak – anak setiap bulan.

Sepatutnya mereka faham belanja hidup sekarang bukan murah, ayam, daging dan ikan, semuanya mahal. Mereka duduk percuma seminggu sekali baru bawa anak – anak makan di luar. Kalau tak mahu bantu beli perkakas dapur bayarlah upah pembantu rumah.

Sebab gaji bibik dengan tugas yang banyak saya bayar lebih seribu sebulan. Tak masuk upah pembantu yang datang bersihkan rumah seminggu dua kali. Kalau mereka mahu tolong ringan beban saya. Kami dah bersara berapa sangat pencen yang kami terima, kalau semua kami kena urus, boleh pokai kami.

Tapi anak – anak sekarang tak faham. Sebenarnya pembantu saya bukan bagus, tetapi percuma, mereka tak bayar tentu mereka kata bagus. Dan mereka duduk rumah saya semuanya percuma, siapa tak mahu? Empat lima tahun boleh tahan lagi saya tanggung, tapi bila anak nak bersekolah kami pulak nak kena hantar dan ambil ini sudah lebih, sebab itu saya suruh mereka duduk rumah sendiri.

Yang bersekolah boleh duduk dengan saya. Tapi mereka hantar semua anak – anak mereka, kerana tak ada pembantu, lebih parah. Mereka merayu saya tolong jagakan anak – anak, memang saya sayangkan cucu tapi jangan meIampau sangat.

Bila semua anak – anak mereka duduk rumah saya, mereka datang lagi. Tapi lepas makan malam baru mereka balik konon nak main – main dengan anak – anak, sebenarnya mereka nak makan free nak jimat belanja untuk beli benda lain.

Kerana tak tahan akhirnya saya tanya menantu perempuan kenapa tak mahu duduk rumah sendiri, biasanya menantu perempuan tak rapat dengan mertua, tetapi dia berbeza. Akhirnya barulah dia bercerita, dia tak mampu nak urus rumah sendirian, sebab anak lelaki saya, suami dia tak bekerja.

Terk3jut berok saya mengapa tak mahu bekerja, alasannya tak suka bos yang suka bagi tekanan. Jadi hobinya seharian dengan computer dan keluar memancing dengan kawan. Jadi selama ini dia berbohong dengan saya konon banyak kerja kena buat di rumah, rupa – rupanya tak bekerja.

Pada mulanya bila saya bertanya dia marah – marah, tetapi bila saya timbulkan soal tanggungjawab barulah dia kendur sedikit. Bila kami nasihatkan baru dia nak cari kerja, tetapi kini dah masuk 2 tahun masih belum bekerja.

Akhirnya saya dan suami buat keputvsan suruh dia duduk rumah jaga anak – anak sendiri, jadilah suri rumahtangga. Tujuan saya bila dia dah bosan tentu dia akan cari kerja dan bekerja. Tetapi tidak, sebab dia tahu bila tidak ada duit dia akan minta pada kami, dan kami terp4ksa bantu kerana kesiankan cucu, akhirnya kami terper4ngkap.

Nampaknya anak – anak sekarang kita perlu berlaku k3jam baru mereka mahu berusaha, jika tidak dia leka dengan kesenangan yang kita sediakan untuknya. Kita fikir kita hidup susah dulu jadi kita mahu beri anak – anak kita hidup senang, kita berikan apa kehendak mereka dan sediakan semua benda yang kita tidak pernah merasa sebab kita orang susah dulu.

Dan kita mahu anak – anak kita hidup senang tak susah macam kita. Rupa – rupanya tindakan kita itu salah, kita mesti ajar mereka juga hidup susah, baru mereka tahu menilai apa erti susah dan apa erti senang, barulah mereka boleh hidup senang dan boleh hidup berjaya macam kita.

Saya sedar saya dan suami dulu hidup susah, sebab itu kami belajar bersungguh – sungguh supaya kami berjaya, boleh hidup senang nanti. Tetapi anak – anak kita sekarang, dia celek mata sudah senang, jadi mereka tak tahu menilai apa erti kesusahan hidup.

Pada mereka hidup mereka akan sentiasa senang. Inilah kesilapan ramai daripada kita dalam mendidik dan membesarkan anak. Kita tidak didik mereka erti kehidupan yang sebenar. Cuba kita perhatikan orang hidup senang orang berduit ramai melahirkan anak tak sepandai anak – anak orang yang susah hidupnya.

Sebab pada anak – anak ini buat apa nak susah – susah, kerana mak bapak mereka orang berduit, mereka boleh mew4risi kesenangan yang dimiliki oleh emak ayahnya. Tanpa menyedari tanpa ilmu mereka tidak akan senang.

Kekayaan emak ayah tidak akan berjaya membuat anak – anak meneruskan kekayaan kerana ramai hanya tahu joli berbelanja di luar dugaan dan tak kurang juga yang kena tipu. Kesimpulannya, saya bersetuju apa yang berlaku dalam kehidupan anak – anak saya ini adalah kerana kesilapan saya sendiri mendidik mereka.

Saya terlalu manjakan anak – anak dengan kemewahan hidup, tanpa menyedarkan dan mengingatkan mereka bahawa kami ibu bapa mereka hidup senang sekarang kerana kesusahan saya dahulu, kami berhempas pulas untuk menjadikan diri saya senang sekarang.

Sekarang saya percaya hanya orang susah boleh mencapai kejayaan sementara anak – anak orang senang susah hendak hidup senang sebab terlalu manja dan diberi serba kemewahan.

Hingga mereka memikirkan kekayaan dan kesenangan hidup emak ayahnya akan menjadi milik mereka yang abadi. Jadi kepada pasangan – pasangan muda sekarang yang hidup mereka senang dan berduit, belajar dari kesilapan saya.

Supaya anak – anak generasi akan datang tidak jadi seperti anak – anak saya yang sebaya anda sekarang. Ada yang malas bekerja walaupun lulus universiti kerana emak bapaknya orang kaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *