Uncategorized

Memula rasa best x payah g keja pagi2 Tp lps beberapa tahun. Meh aku kongsi sisi gelapnya apa yang aku alami sebagai surirumah.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Salam perkenalan buat semua pembaca IIUM Confession. Aku tahu bab surirumah vs wanita bekerja ni dah banyak orang cerita. Tapi harini aku terbaca luahan seorang kawan aku yang dia happy jadi surirumah selama sebulan sebelum sambung kerja tempat baru.

Sebab katanya banyak urusan dia boleh settlekan macam gi bank, bayar bil semua tu, tak payah terkejar-kejar waktu dan lain-lain. Aku cam nak reply luahan dia dari perspektif aku.

Tapi aku segan nak post kat wall aku. So aku luahkan melalui medium ni la ye. Just nak share pengalaman aku yang dah jadi surirumah ni.

Intro sikit pasal aku. Aku ni lepasan master umur 30an dah kahwin lebih 10 tahun and anak-anak pun dah sekolah rendah. Waktu belajar dulu aku perform. So belum habis belajar lagi alhamdulillah aku dah dapat kerja. So aku pun kerja cam biasa, bertemu jodoh then kahwin.

Bila dah kahwin and dapat anak sulung, husband aku suruh aku benti kerja untuk jaga anak. Aku sayang kerja aku walaupun kerja tu busy sangat. Setiap hari 3 jam je aku dapat tido. Selebihnya kena sambung kerja tu kat rumah selain 8am-5pm kat office.

Tapi aku turutkan permintaan suami sebab aku kononnya waktu tu nak patuh cakap suami dan suami aku pun takde inisiatif nak cari pengasuh ke apa untuk anak kami.

Oh ye. Aku lepas kahwin pindah ikut negeri suami kat utara tanahair ni. Aku asal KL. Aku dahla kat kenal siapa-siapa kat situ untuk cari pengasuh.

Time tu nak cari pengasuh kat fb pun takde lagi. Kawan office pulak sama ada masih bujang atau dah berusia yang mana anak dah masuk universiti. Aku memang buntu sangat nak cari pengasuh time tu.

Suami aku ni mak dia pun surirumah. So, dia nak aku ni jadi surirumah macam mak dia. Urus everything pasal anak & dia. So, dia cakap dia boleh tanggung dan suruh aku berhenti kerja. Oh ye, mak dia memang tak nak jaga cucu. Sebab cucu dia dah ramai.

Suami aku ni anak hujung-hujung and ramai adik-beradik. So, semua memang jaga anak sendiri. Lagipun adik beradik suami aku semua duduk KL. So banyak taska & pengasuh kat sana berbanding tempat kami tinggal ni.

Then, bermula la hidup aku sebagai surirumah diusia aku baru nak gemilang dalam kerjaya. Of course la parents aku marah sebab benti kerja. Tapi aku pun di persimpangan antara nak taat dengan arahan suami dan harapan mak ayah aku sendiri.

Memula memang rasa best tak payah gi kerja pagi-pagi. Tapi lepas tahun ke tahun berlalu… Meh aku kongsi sisi gelapnya apa yang aku alami sebagai surirumah.

Mungkin ada dikalangan pembaca yang tengah bertimbang tara nak jadi housewife tu. Fikirlah masak-masak dulu ye. Papepun, ini adalah pendapat dan pengalaman individu je nak share dengan korang.

1) Bila jadi housewife ni, memangla best tak payah fikir pasal masalah kerja dah. Rasa cam separuh masalah dalam otak ni hilang. Tapi aku jadi terlalu banyak masa terluang untuk risau sesuatu.

Contohnya kalau aku ada gaduh dengan husband, aku akan dok fikir jela masalah tu. Atau pun anak aku ada masalah pape, aku dok fikir je. Macam takde benda boleh distract pemikiran aku ni.

Kalau kerja kan kita busy dengan benda lain. So, takdelah dok fikir masalah kat rumah je. So, aku jadi serabut. Tapi aku perlu fikir benda tu walaupun belum ada penyelesaian. Otak dok fikir je itu ini pasal masalah tersebut.

Kalau gaduh dengan husband lagi la. Dia best je boleh keluar gi keje. Aku kat rumah ni dok fikir je masalah pergaduhan ni. Rasa nak nangis je 24 jam sampai kitorang berbaik balik.

Tapi aku tahu mesti suami aku tak fikir pun masalah tu kat tempat kerja kan. Aku jela sorang-sorang fikir kat rumah.

2) time kerja kawan-kawan ramai. Boleh coffee2, bersembang ke, makan sama-sama. Best sharing2 cerita dengan kawan-kawan. Hari2 boleh jumpa orang. Bila jadi housewife, kawan makin kurang. Sape nak contact kau? Topik sembang pun makin takde. Life aku pasal family je.

Sampai satu tahap aku jealous dengan husband aku sendiri. Yela, dia boleh balik kerja lambat ngeteh dengan kawan la, bersukan la. Aku kat rumah sorang-sorang jarang jumpa orang.

Sampaikan dah lama tak sembang dengan orang luar, aku rasa ‘awkward’ bila nak bercakap dengan orang selain anak dengan suami aku.

Aku nak berkawan tapi aku takde kawan.

3) Duit. Aku tengok ramai cakap pasal banyak benda boleh settlekan bila jadi housewife. Boleh balik rumah parents lebih kerap, gi bank, gi office itu ini settlekan urusan. Semua ni kan waktu office hour.

Kalau kerja kena amik cuti or half day untuk settlekan apa2 urusan. Bebila boleh balik rumah parents tak kira hujung minggu ayau hari biasa sebab tak terikat dengan kerja. Emm.. yang ni betul tapi bagi side aku pulak.

Sekarang ni semua benda perlu duit. Even nak gerak sikit pun pakai minyak. Nak beli minyak perlukan duit. So, memang jadi housewife ni banyak masa. Tapi duit pulak takde.

Aku memang ada masa nak balik rumah parents aku bebila. Tapi duitnya pulak takde. Yela nak bayar tol lagi, minyak lagi, makan minum lagi.

Kalau nak jalan-jalan mall nak release tension pun perlukan duit minyak nak bergerak. Tu yang aku jarang keluar. Sebab aku pun sedar duit dalam purse pun nan hado.. suami mampu bagi bape je nafkah.. tu pun banyak aku kena topup balik untuk keperluan rumah dan anak-anak.

Dia bagi nafkah tapi aku kena guna untuk keperluan keluarga balik. Bukan untuk aku sendiri.

Untungla sesiapa yang dapat suami pemurah tu ye. Yang tak berkira nak beli barang isteri nak. Aku pun baru sedar perangai husband aku yang susah nak belikan sesuatu untuk aku. Yela, dulu aku kerja boleh je beli apa aku nak.

Sekarang nak apa-apa kena mintak dan tak semestinya dapat. Bape banyak dah janji ‘nanti’ dia tu. Last2 tak belikan pun.

4) Rutin berulang. Ada masa aku rasa dah muak buat kerja rumah ni. Tapi kerja rumah ni tak pernah habis. Hari-hari kena basuh baju, jemur, lipat, gosok. Tu baru kain.

Masak pulak kena prepare bahan, masak, hidang, basuh pinggan periuk mangkuk semua tu, kemas meja etc. Tu belum lagi nak kena menyapu lantai, sental toilet, kemas ruang tamu, bilik semua la.

Paling geram kan, time kau buat kerja tu. Takde sape notice. Tapi kalau kau tak buat sehari sebab dah muak, bosan, takde mood. Terus dihighlight kenapa baju dalam bakul banyak?

Kenapa kain tak jemur lagi? Haiih.. penatla buat benda sama hari2. Orang yang tak membasuh memangla. Pakai baju bape minit, tukar. Tuala baru pakai sekali dah masuk bakul. Kita yang dok membasuh mengemas ni yg penat sebab kerja ni never ending.

Husband expect aku buat semuanya sebab aku kat rumah kan. Banyak masa kat rumah. Tapi aku pun penat. Takde sape faham. Cam tuala tu pakai la 2-3 kali baru basuh.

Ni kalau 2 kali mandi sehari. Jenuh sehari 2 tuala nak kena basuh. Pinggan pun sama. Jimat2 la pakai. Ni semua benda pakai pinggan lain-lain. Aku yang penat basuh.

5) Dipandang rendah. Cam biasala orang akan pandang rendah kalau housewife ni. Aku pernah terserempak kawan satu universiti husband aku kat kedai makan. Cam biasala tegur2 kan.

Bila dia tau aku ni housewife, terus layanan dia berubah. Mimik muka dia tu dengan tak nak pandang muka aku bila bercakap. Pastu acuh tak acuh.

Cam sombong sangatla. Ya Allah.. sakit hati aku. Sampai harini aku akan ingat reaction dia tu. Bukan dia je camtu. Satu lg insiden, waktu keluar makan dengan colleagues husband aku.

Wife-wife deorang ni macam tak nak layan aku sebab aku housewife sedangkan diorang semua wanita berkerjaya. Sembang rancak semua.

Tu belum lagi reaction cikgu sekolah anak aku yang cakap ‘sayangnya tak kerja’ kat aku bila isi form tulis surirumah. Makcik jual makanan pun ada cakap camtu. Pastu terus aku tak gi makan kedai dia dah.

6) Expectation. Bila kau jadi surirumah. Orang expect kau buat semua benda kan. Memang aku dah buat semua benda pun. Cuma kekadang ada benda yang aku delegate kat suami aku. Contohnya hantar anak gi sekolah pagi-pagi.

Dah alang-alang suami aku keluar gi kerja. Apa salahnya dia hantarkan anak sekolah sekali. Aku pun tak payah nak pakai baju elok2 dari pagi sebab nak kena keluar rumah hantar. Tapi ada gak yang pertikaikan kenapa bukan aku je hantar?

Adoilaa.. aku ni yang amik anak2 sekolah, hantar gi sekolah agama, ambil dari sekolah agama, hantar tuisyen, ambil tuisyen, hantar aktiviti, ambil dari aktiviti etc. Semua tu tak nampak. Yang nampak husband aku kena hantar pagi2 tu jela.

7) tadi expectation dari orang luar. Ni expectation dari suami sendiri. Lepas anak-anak aku gi sekolah. Aku adalah me-time sikit. Takde la lama pun. Dari pukul 8am sampai 12pm je. Tu pun of course la kena masak lunch and buat kerja2 rumah kan.

Tapi husband aku ni selalu ingat aku tido pagi-pagi. Aku tak faham kenapa dia jealous aku tido? Dok la cakap aku ni tido pagi. Kadang-kadang dia saja wassap aku pukul 9-10 pagi just nak check aku reply ke tak. If tak reply. Dia assume aku tido.

Nanti dia cerita kt orang aku kat rumah tido pagi2 time anak2 gi sekolah. Aku pun tak faham la. Dia yang suruh aku jadi housewife. Tapi sibuk la dok cakap pasal aku tido pagi. Dia tido bebila aku takde kisah pun. Tido jela kalau penat.

Actually aku jarang tido pagi waktu anak2 aku gi sekolah. Yela, kang terlajak tido, lupa pulak nak ambil diorang sekolah. Maklumlah.. rumah ni sangat sunyi bila semua orang takde. Hanya aku dan 4 dinding ni jela pemandangan aku.

8) Ungkit. Ni paling sadis. Aku jenis tak boleh dengar orang ungkit-ungkit ni. Sebab parents aku didik kami adik beradik untuk kalau boleh, jangan menyusahkan orang & berdikari. Aku memang tak nak susahkan sesiapa.

Tapi time husband aku suruh benti kerja tu, dia tau aku ada komitmen loan kereta. Tapi murah je sebab aku beli kereta murah je. Dia sendiri yang offer nak sambung bayar bulanan keta tu kalau aku berenti kerja.

Tapi sejak aku benti kerja ni, dia slalu ungkit pasal dia kena bayar loan keta aku menyebabkan duit dia tak cukup. Tapi aku rasa dia ada je duit sebab saving dia dok bertambah cuma suka la dia nak point out loan keta aku tu punca dia tak cukup duit.

Then aku decide jual kereta tu dan beli 2nd car cash. So dah tak ada loan kena bayar bulanan. Dia pun dah tak boleh nak ungkit2 loan kereta aku yang dia setuju nak bayar tu.

Tapi lain pulak alasan dia tak cukup duit tu. Nanti dia cakap segala-mala bil, loan keta dia, loan rumah dia kena bayar.

9) saving tak bertambah. Time kerja aku boleh saving 1k per month. Sekarang bukan makin bertambah saving, tapi asyik kena tarah je saving lama nak cukupkan keperluan. Aku tau mesti ada bagi idea buat business.

Dah macam2 business aku buat. Takde pun menjadi sangat. Buat dropship pun untung seringgit dua je 1 barang. So aku dah stop business sekarang. Tak semua orang pandai business.

Cam aku, aku rasa aku lagi sesuai kerja makan gaji. Tetiap bulan confirm dapat gaji dan aku tak payah nak layan customers. Penat jual online sebenarnya dok kena mengadap phone dan untung tak seberapa. Kebanyakan sekadar bertanya je bukan confirm beli.

Okay setakat ni je aku cerita sisi gelap jadi housewife ni. Dari pengalaman aku, tak semua perempuan sesuai jadi housewife ni. Mungkin ada certain perempuan suka nak jadi housewife.

Aku dulu pun awal-awal macam ingat bestnya jadi housewife ni. Tapi lepas setahun dan tahun2 berikutnya, aku dah start bosan dah. Paling utama bab duit la.

Aku rasa kalau duit kepok2, jadi housewife memang takde hal. Memang banyak aktiviti boleh dibuat. Boleh gi spa ke, shopping ke apa. Ni duit pun tarak. Rakyat marhein je kan.

Aku actually lagi suka kerja. Tapi cam aku cakap. Suami aku yang nak aku jadi housewife ni. Tapi aku ingat nak try apply kerja balik.

Korang rasa, ada tak peluang untuk aku masuk kerja balik memandangkan aku ada gap beberapa tahun tak kerja ni? Papepun, doakan aku dapat kerja yang bagus dan sesuai dengan jiwa aku ye.

Pada sesiapa yang sedang bekerja and terfikir nak jadi housewife tu. Fikirla banyak kali dulu. Papepun hanya diri kita yang tahu apa keperluan dan kemahuan keluarga kita. Make sure bincang betul2 dengan pasangan dulu dan solat istikharah.

Buat kawan yang cuti sebulan sebelum kerja tempat lain tu. Memang best time cuti tu. Sebab kita tau kerja kita masih secured, duit pun ada. Tapi kalau betul2 jadi housewife forever, its not going to be the same.

Kalau terputus sumber kewangan tu, nak buat apa2 plan pun tak boleh sebab sekarang serba memerlukan duit. Nak gi toilet pun kena bayar sekarang kan.. Sekian, – ANNA (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published.