Uncategorized

Sy keja polis. Sy syak isteri bwk balik org lain dlm rumah. Sy balik rumah waktu pagi diam2 masuk rumah cari kelibat isteri dlm bilik.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum warga facebook semua. Admin tolong hide fb ni, fb orang rumah saya. Saya nak kongsi pengalaman saya terutama untuk abang – abang, kaum lelaki dan para suami di luar sana. Kisahnya macam ni, saya seorang suami yang sedang cuba menjadi yang terbaik untuk isteri.

Saya dan juga seorang babah yang terbaik untuk 2 orang puteri saya. Saya bekerja sebagai seorang anggota polis, jadi masa bersama keluarga memang agak terhad. Tapi walau macam mana pun saya cuba juga cari masa untuk bantu isteri saya di rumah.

Kalau ada masa saya akan balik ke rumah sekejap dalam 2 jam, pada waktu petang dalam pukuI 2 petang dan pergi kerja semula. Kemudian balik pula dalam pukuI 9 ke 10 malam. Memang itulah rutin harian apabila saya bekerja.

Masa saya balik waktu petang, selalunya saya akan tengok kalau – kalau ada kerja yang boleh di buat atau apa – apa yang boleh saya bantu isteri tapi saya pelik, baju dah dijemur, singki dah bersih, baju dalam bakul pun dah dilipat, makanan juga dah disiapkan.

Saya berasa sangat pelik macam mana isteri saya menyiapkan semua kerja. Sedangkan dalam masa yang sama, dia jaga dua anak kami yang masih kecil. Bayangkan anak kedua baru berumur setahun dan anak pertama kami pula berumur 4 tahun.

Isteri saya bukanlah surirumah sahaja malah dia juga mencari pendapatan dengan mengambil anak asuhan seramai 3 orang, yang juga masih kecil – kecil. Satu hari isteri saya tak sihat dan saya mengambil cuti 2 hari serta mengambil alih kerja rumah.

Dari pagi sampai petang hanya dapat menyiapkan beberapa kerja sahaja, rumah juga berseIerak dengan anak bermain. Saya jadi str3ss dan ada marah sikit pada anak yang sulung.

Isteri saya yang tengok saya marahkan anak ikot terasa hati, disebabkan itu saya telah berfikir yang bukan – bukan pasal isteri saya. Adakah isteri saya memanggil seseorang untuk membantu dia di rumah tanpa pengetahuan saya tapi tidaklah sampai meluahkan apa yang saya fikir.

Jadi selepas 2, 3 hari dari kejadian tu, dalam diam – diam saya balik ke rumah waktu pagi dalam pukuI 11, lain dari waktu kebiasaan saya. Saya yakin masa ni mesti banyak lagi kerja yang belum siap dan saya juga boleh tengok kalau – kalau ada sesiapa yang membantu isteri saya di rumah.

Oh ya, untuk pengetahuan, kami tinggal di dekat dengan balai polis yang mana tidak jauh dari pejabat saya, jadi saya boleh lari – lari sekejap balik rumah kalau ada hal apa – apa. Sambung semula hal tadi, semasa saya balik waktu pagi tu, diam – diam saya masuk rumah, tengok anak – anak elok bermain mainan dalam 1 bilik.

Ketika itu ruang tamu bersih, saya terus ke dapur, baju sedang dibasuh dalam mesin, Dekat atas dapur gas, sedang ada 2 masakan yang tengah dimasak, api pon belum tutup, nasi pulak sedang ditanak.

Saya mencari pula keIibat isteri saya, saya nampak dia ada dalam bilik sebeIah sedang lipat baju yang diangkat semalam, dalam tengah lipat baju dia berlari ke dapur mengangkat ayam yang digoreng dan kuah yang dimasak.

Masak pulak lauk yang lain sementara nak tunggu masak, dia jemur baju. Masa tu baru saya tau macam mana dia boleh siapkan semua kerja. Bila saya balik rehat waktu petang, ada sikit rasa bersalah sebab dah pikir yang bukan – bukan tentang isteri saya.

Sejak tu saya mula berubah, tidak lagi marah – marah anak dan cuba jugak buat kerja waktu malam walaupun penat. Saya juga sedar, dasy4tnya para isteri ni sanggup dan boleh buat 4, 5 kerja dalam 1 masa, sangat hebat.

Para suami sekalian, hargailah isteri masing – masing. Ingatkan kerja kita cari nafkah dah cukup penat tapi saya silap rupanya jaga anak jaga rumah lagi penat tenaga dan kena kuat mental.

Buat isteri, terima kasih dah sanggup k0rbankan masa, tenaga untuk keluarga kita. Sanggup jadi suri rumah dan tak pernah meIawan saya. Semoga awak jadi isteri saya sampai syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.