Uncategorized

Tergerak hati balik rumah sbb bag keja trtinggal. Pelik keta masih suami ada. Aku terus buka pintu bilik.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Nama ku J, Seorang surirumah. Suatu ketika dahulu aku adalah seorang pensyarah di salah sebuah Universiti Swasta. Namun aku korbankan kerjaya demi memberi sepenuh perhatian kepada anak anak dan rumahtangga.

Perkahwinan aku telah pun berusia 17 tahun dikurniakan 3 cahayamata 15, 13 dan 10. Suamiku seorang yang baik, bertanggungjawab terhadap keluarga, anak anak dan kedua ibubapa nya dan juga ibubapaku. Seorang yang ringan tulang membantu kerja kerja dirumah.

Justeru sesiapa sahaja yang mengenaliku merasakan aku adalah wanita terbahagia. Namun tiada siapa yang mengetahui. Suamiku mempunyai sisi gelap di dalam rumahtangga kami.

Aku mula mengetahui perbuatan suamiku setelah setahun mendirikan rumahtangga. Suamiku gemar melanggan wanita diluar.

Di awal perkahwinan suamiku tertangkap olehku membawa wanita balik ke rumah.

Allah Maha Pengasih..

Tergerak hatiku untuk pulang kerumah dek kerana tertinggal bag kerja aku ketika itu.

Hairan melihat kereta suami di garaj rumah lantas aku segera ke bilik kami. Suami aku sedang hanyut bersama seorang wanita warga asing di atas katil kami.

Long story short,

Selama 17 tahun perkahwinan Aku terus menyimpan dan memendam rasa demi menjaga aib suami. Sama sekali aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa pon perihal sisi gelap suamiku.

Suami tidak pernah serik sering bertukar tukar pasangan. Pernah aku beri kata dua kepadanya namun dalam diam dia masih lagi dengan kegiatan sisi gelapnya.

Berkali kali aku beri peluang kepadanya

Aku mohon dia bertaubat. Namun semuanya sia sia.

Seringkali aku terjumpa bukti bukti kegiatan nya (kadang kadang terjumpa k0ndom, resit hotel dan pernah terjumpa pakaian dalam wanita di dalam bag kerjanya)

Aku tak cerdik?! Biarkan diriku diperlakukan sedemikian?

Ya aku tak cerdik!! ketakcerdikan aku adalah demi pengorbanan aku untuk orang lain. Untuk anak anak yang sememangnya amat rapat dengan suamiku. Berkorban untuk kedua ibubapanya.

Ibubapa agak uzur dan pasti dah dapat menerima jika mengetahui sisi gelap anaknya.

Tiada siapa mengetahui masalah rumahtangga kami. Siapa sahaja yang mengenali kami pasti merasakan kami adalah pasangan yang bahagia.

Suami aku tetap ‘portray’ kan dirinya seorang yang baik. Dan layananku terhadap suami masih sama. Makan, minum nya tetap kujaga walaupon hatiku amat hancur.

Kini genap 5 tahun suami tidak menyentuh dan menunaikan nafkah batin kepada ku.

Pelbagai usaha aku lakukan untuk menarik ‘minat’ nya terhadap ku. Ku berhias, membeli lingerie yang hot dan s3xy namun suamiku langsung tidak mempedulikan ku.

Walaupon kadang kadang aku berasa jijik ingin bersamanya dek kerana suami masih melanggan wanita diluar. Ya katalah aku tak cerdik. Aku terima… Cuma satu aku minta Doakan aku terus kuat untuk hadap semua ni. Kuat demi anak anak dan kedua ibubapanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.