Uncategorized

Ak andartu, sorg guru. Lps 2 bln bercinta suami org, ak xboleh move on. Mcm2 ak buat. Ak jdi per0sak rumah tangga org, smpai lah saat bertemu 4 mata dng isteri Yusuf.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalam semua pembaca. Terbaca tentang kisah Hanis yang tak boleh move on bercinta dengan suami orang selama 2 tahun. Aku faham. Sebab aku sedang alaminya. Tapi aku lagi kelakar. Sempat 2 bulan sahaja, tapi susahnya nak

melupakan. Oh, aku Ida. Pertengahan 30 an. Jalan cerita yang sama. Aku jadi orang ketiga dalam rumahtangga Yusuf dan Zulaikha, Januari hingga Februari 2019. Masih tak boleh move on. Sampai sekarang. Allahu.

Memang cuma 2 bulan. Tapi aku dah suka Yusuf dari tahun 2012. Pertama kali kami berjumpa dalam majlis sekolah peringkat daerah. Redup mata Yusuf tu memang buat aku teringat ingat. Sejenis mata layu macam mengantuk 24 jam. Punyalah ramai umat manusia di majlis

tu, tapi mata aku tertumpu pada Yusuf dan sungguh aku tak boleh lupakan wajah dia. Tapi dengan status seorang perempuan bergelar guru, berpenampilan Islamik pula, aku rasa malu nak menegur. Takkan aku nak mulakan dulu? Takkan aku nak minta nombor

telefon? Akhirnya semua berlalu hinggalah akhir tahun 2018. 2018 – Disember, permulaan segala penantian. Aku bertemu semula dengan Yusuf. Sama sama bertugas sebagai pengawas SPM. Berbunganya hati aku masa tu, Tuhan

sahaja yang tahu. Tapi aku cuba profesional. Aku jalankan tugas sebagai pengawas SPM dengan berdedikasi. Aku nak tunjuk pada Yusuf yang aku seorang yang bagus dalam bekerja. Aku seorang guru yang berkaliber. Sebab aku nampak Yusuf pun orangnya begitu.

Bila buat kerja, memang serius. Tak ada masa nak bergurau atau berbual mesra. Semua kena ikut SOP, tak boleh main main. Walaupun dah 6 tahun berlalu sejak pertemuan pertama, aku masih ingat wajah ini. Masih sama. Masih jadi wajah kegemaran aku. Setelah tamat tugas sebagai pengawas SPM, masing masing

bawa haluan. Tak ada contact apa-apa. Aku beranikan diri ‘add’ Yusuf di Facebook dan Instagram. Yusuf ‘approved’. Waaa.. makin berbunga hati aku. Aku scroll satu persatu gambar Yusuf di Instagram. Dia sudah

beristeri dan anak 1. Isteri Yusuf cantik dan bergaya kalau nak dibanding dengan aku. Aku ‘stalk’ pula Instagram Zulaikha (isteri Yusuf) sebab dia set ‘public’. Bila aku scroll gambar gambar mereka, aku dapat

rasakan yang mereka bahagia sangat sangat. Keluarga sederhana tapi sempurna. Entah kenapa, aku berharap akulah wanita yang berada di sisi Yusuf sekarang. Aku nak bahagia sebegitu. Aku nak jadi isteri Yusuf. Aku nak jadi ibu untuk anak anak dia. ‘Desperate’nya aku.

Aku tak tahu apa yang merasuk aku. Tapi hati aku fikir, kenapa aku jumpa Yusuf semula selepas 6 tahun? Adakah ini jodoh yang tertangguh? Adakah kali ni aku kena buat sesuatu agar aku tak jadi bdoh seperti 6 tahun yang lalu?

Yusuf suami orang, tapi hati aku kata apa salahnya mencuba. Jadi kawan pun jadilah. Bermulalah episod aku memberi ‘reaction’ di setiap Instagram ‘story’ Yusuf dengan harapan dia perasan kewujudan aku.

Mula mula Yusuf hanya ‘seen’ kan ‘reaction’ aku. Hinggalah 1 hari aku dapat mesej di WhatsApp dari Yusuf. Gembiranya aku, Bermula dengan urusan tuntutan pembayaran elaun pengawas SPM, meleret leret ke cerita peribadi.

Aku lebih tua dari Yusuf. Jadi dia selalu bertanya kenapa aku masih belum berkahwin di kala usiaku dah menginjak 35 tahun. Entah kenapa, aku senang berkongsi segala kisah pahit cinta tak kesampaian yang aku lalui.

Aku jadi selesa berbual dengan Yusuf. Hinggakan bila aku sedih, dia akan ‘call’ aku bertanyakan keadaan aku. Adakah aku ‘okay’ atau tidak. Semuanya berjalan bahagia seperti biasa hingga Januari 2019. Yusuf seolah sedar yang kami tak sepatutnya ada hubungan sebegini.

Dia bagi kami 3 hari untuk tak ‘contact’ satu sama lain dan cuba melupakan. Sumpah aku tak mampu, Aku mesej Yusuf bagitahu yang aku tak mampu tanpa dia. Aku nak Yusuf dalam hidup aku.

Bila berbicara tentang perkahwinan, Yusuf sedari awal bagitau aku yang dia sayangkan Zulaikha dan anaknya sangat sangat. Mereka bahagia. Tak ada apa yang boleh jadi alasan untuk Yusuf tinggalkan Zulaikha. Dia takkan sekali kali mencerraikan isterinya.

Yusuf kata kalau aku ingin jadi isteri ke2, dia minta aku berjumpa sendiri dengan Zulaikha dan bagitahu hasrat aku. Mampu ke aku? Meluukakan hati wanita sebaik Zulaikha? Yang setia, sedangkan suaminya punya aku di belakangnya. Memaluukan diri sendiri dengan

menawarkan diri sebagai madu? Sedangkan keluarga mereka dah cukup bahagia dan sempurna tanpa aku. Akal aku mengajak aku tinggalkan jalan ini, tapi hati aku tidak. Setiap kali Yusuf suarakan hasrat untuk tamatkan, aku akan pujuk dia.

Aku percaya, tak salah untuk mencuba. Sekurang kurangnya aku tahu aku dah cuba, tapi jodoh kami tiada. Sekurang kurangnya aku bertindak walaupun dah dikira sebagai terlewat.

Bermula awal bulan Februari 2019, Yusuf dah mula menjauhkan diri. Kalau biasanya dia akan cuba untuk ‘call’ aku setiap petang semasa dia keluar ‘jogging’, sekarang tak lagi. Aku dah serupa orang m4ti laki. Meroyan sebab aku tak mampu kehiilangan

Yusuf. Macam mana aku nak memiliki orang yang tak mampu aku miliki? Sepanjang cuti sekolah di bulan Februari, Yusuf sepi. Hanya post di Instagram isterinya yang jadi petunjuk untuk aku tahu ke mana jejaknya.

Oh, pergi bercuti sekeluarga. Bahagianya tengok post Zulaikha. Aku tengok Yusuf pun senyum memanjang dalam gambar mereka. Sedangkan hati aku dirobek robek. Aku pun mulalah ‘post’ ayat ayat ptah hati di Instagram ‘story’.

Aku hanya nak Yusuf tengok. Bila aku tengok Yusuf ‘seen’, aku padam IGstory tu. Aku post ayat lain pulak. Aku nak tarik perhatian Yusuf. Aku nak Yusuf ingat aku walaupun dia sedang gembira dengan Zulaikha. Giila ke aku?

Hingga akhirnya aku post satu ayat tersirat sepertinya aku redha jika kehiilangannya. Tak lama kemudian, Yusuf ‘call’ untuk penjelasan. Yes, Dia masih ingat pada aku. Yes, Aku berjaya tarik perhatian dia.

Setelah sesi drama tarik tali ke sana ke sini, kami berbaik semula. Aku bagai dapat kembali semangat aku. Memulakan hari persekolahan selepas cuti sekolah dengan lebih bersemangat tanpa menyangka ada perkara besar akan berlaku.

14 Februari – kosong. Kosong hati dan fikiran bila Zulaikha menghubungi aku dan ajak kami bertemu 4 mata untuk berbincang. Pada mulanya hanya kami berdua, tapi aku minta Yusuf ikut sekali untuk dengar sendiri penjelasan dari mulutnya.

Zulaikha tanya aku nak kahwin dengan Yusuf ke? Aku diam. Aku cakap, kalau ada jodoh. Zulaikha bersungguh tak nak bermadu. Jika aku nak Yusuf, Zulaikha minta Yusuf lepaskan dia. Aku diam. Yusuf bersungguh tak nak.

Yusuf kata, aku adalah perkara paling bdoh yang pernah jadi dalam hidup dia. Dia pilih Zulaikha, bukan aku. BEDEBUK, Aku diam. Aku perkara paling bdoh? Terasa gugur maruah seorang aku. Wanita yang dipandang tinggi

oleh masyarakat sebagai pendidik tapi rupanya per0sak rumahtangga orang. Wanita yang dipandang mulia kerana berhijab labuh tapi rupanya berniat merampas suami orang. Bdohnya seorang aku. Patutlah aku jadi

perkara paling bdoh dalam hidup Yusuf. Dari seawal perhubungan aku yang berusaha untuk Yusuf merasai kewujudan aku. Aku yang berusaha mencipta keadaan agar dia simpati dengan cerita hidupku.

Yaa, semua aku. Bdohnya aku. Cuma aku yang bertahan dan bertahan. Sedangkan Yusuf dah lama cuba nak melupakan. Aku yang tak mampu terima kenyataan. Petang itu kami bertiga berpisah dengan janji aku takkan ganggu

Yusuf lagi. Dan aku berjanji kalau Yusuf ganggu aku, aku akan bagitahu Zulaikha. Kini mengertilah aku, Yusuf memang bukan untuk aku. 2012 hingga 2019, masih tak mampu memadam segalanya.

Disember 2018 hingga 14 Februari 2019 selalu menghantui aku. Demi Tuhan, aku tak mampu lupakan Yusuf. Dia ‘block’ aku di semua ‘socmed’. Zulaikha set ‘private’ Instagram dia. Aku dah tak boleh tengok gambar Yusuf.

Aku merintih setiap hari meminta jawapan dari Tuhan. Kenapa mesti aku bertemu orang yang salah? Kenapa mesti aku jatuh cinta pada orang yang salah? Kenapa bukan aku jodoh Yusuf? Kenapa? Kenapa?

Allahu. Sebahagian diri aku rasa malu dengan kelaku sendiri yang tak mencerminkan akhlak seorang pendidik. Tapi sebahagian diri aku sangat rindukan momen aku dan Yusuf. Dia lelaki lengkap. Ada rupa. Baik. Hormat

wanita. Pandai berbual apa jua topik. Pendengar yang bagus. Suka bagi semangat. Tak ambil kesempatan. Semua Yusuf ada. Kecuali dia bukan bujang. Dia suami orang, Terkadang aku rasa puas, kerana sekurang kurangnya aku telah mencuba. Tapi nampaknya Tuhan tak izinkan.

Terkadang aku rasa seperti ‘loser’. Lagi lagi bila Zulaikha dah kembali set IG ke ‘public’. Dia dah ‘block’ Instagram peribadi aku, tapi aku ada 1 lagi Instagram untuk ‘business’ jualan ‘handsock’ mslimah. Jadi aku guna untuk aku stalk mereka. Giila kan?

Mereka makin bahagia. Aku juga yang makin giila. Walhal dulu Yusuf dah bagitahu yang hubungan kami takkan ke mana. Aku juga yang berdegil nak teruskan. Kononnya aku akan akur dengan apa jua takdir yang tertulis untuk kami.

Nah, bila jadi macam ni, aku juga yang meroyan sendiri sedangkan mereka akan menimang cahaya mata ke2 tak lama lagi. Apa ni? Mana bahagia milik aku? Bila aku boleh ‘move on’ sedangkan dah lebih setahun berlalu?

Aku rasa Yusuf dan Zulaikha dah lupakan aku. Aku juga yang terkapai kapai menahan rindu. Dan aku tak boleh tipu diri sendiri yang rasa dalam hati ni pada Yusuf tak pernah berubah sejak 2012. Bdoh ke aku?

Aku masih berharap akulah wanita di sisi Yusuf bila aku ‘scroll’ Instagram Zulaikha. Giila ke aku? Aku mohon pendapat untuk aku mengatasi rasa ini dari semua pembaca. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.