Uncategorized

Bila pensil hilang, cikgu meraung2. Aku terpaksa ngaku. Sjak itu, aku asyik kena ‘aim’. Bila result exam keluar, aku terkejut

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku terasa nak bercerita kisah pengalaman dan penyebab aku terkena anxiety. Cerita ni sedikit panjang ya kawan kawan. Kisahnya begini. Masa kanak kanak, aku sangat aktif dan agak ceria.

Umur aku 6 tahun, aku dah boleh membaca, dan pandai mengira, nombor ribu pun aku boleh kira. Disebabkan tu cikgu selalu minta aku ajar kawan kawan yang kurang faham. Hingga aku masuk tahun satu, pelajaran aku semakin baik. Setiap kali exam aku tergolong dalam top 3.

Sekolah agama pun pelajaran aku agak baik, bahasa Arab aku dapat 100%. Pelajaran lain pun masih mumtaz. Ibu ayah bangga sangat masa tu dengan aku.

Darjah 2 adalah permulaan kemerosotan pelajaran aku, kisahnya bermula dengan seorang guru matematik. Aku tak tahu apa masalah dia dengan aku, dia suka cari salah aku. Bila benda yang dia ajar aku tak faham, dia akan marah cakap aku lembab, bdoh.

Kadang kadang bila aku angkat tangan bagitahu aku tak faham, dia seolah olah buat tak nampak, dan teruskan pengajarannya. Aku malu dengan kawan kawan.

Sejak tu, aku tak pernah tanya, dan akan angguk faham je walaupun sebenarnya tak faham. Aku tak pernah cerita dekat ibu ayah aku, aku pendam sendiri.

Ada 1 hari tu, aku ingat lagi, aku tak tahu apa motif dia masuk kelas aku, sedangkan hari tu takde pun subjek dia. Dia masuk then letak 6 batang pensil 2b dekat atas meja guru.

Kami 1 kelas nampak dia letak pensil tu atas meja. Entah macam mana, 30 minit sebelum waktu balik dia datang, nak ambil pensil tu. Pensil tu hilang.

Aku pun tak perasan bila pensil tu hilang. Yang aku ingat ada sorang budak lelaki kelas aku pegang pensil tu, tapi cuma pegang tak ambil pun.

Itu je yang aku ingat. Lepastu mula drama dia, dia tanya sorang sorang siapa yang ambil. Takde yang mengaku, tiba tiba dia menangis.

Sampai cikgu kelas sebelah datang pujuk dia. Dia meraung raung kata dia takkan halal dan maafkan siapa yang ambil.

Sampai tiba waktu nak balik, dia taknak lepaskan kami balik selagi takde yang mengaku. Disebabkan dia tekan kami sekelas, 5 org kawan aku mula mengaku. Aku tahu diorang tak ambil, tapi sebab diorang nak balik diorang mengaku.

Aku tiba tiba angkat tangan, bagitahu aku ambil, dia tulis nama aku dengan kawan aku dekat papan hitam, “Pencuri”, sedangkan aku tak ambil.

Lepastu kami pergi bilik disiplin. Kami kena rotan 10x setiap sorang dengan guru besar. Aku nangis time tu sebab pertama kali kena rotan. Kawan aku pujuk “Jangan nangis, aku ada”.

Sejak tu subjek math aku sangat teruk, aku dapat D dan C je selalu. Masuk darjah 3, Aku dapat kekalkan kelas pertama. Kawan aku 5 orang yang mengaku tu masuk kelas kedua.

Malang lagi nasib aku, cikgu yang sama mengajar aku tahun tu. Setiap kali kelas dia, dia akan buat soalan dekat papan hitam, dan dia akan panggil nama untuk selesaikan soalan dia.

Nama aku selalu kena, bila aku salah, dia akan baling aku dengan kapur. Cakap aku lembab, bdoh, pencuri !

Aku malu, aku tahan nangis. Kawan kawan ramai gelakkan aku. Ada satu hari, jawapan aku salah lagi. Dia tarik kepala aku ke belakang, lepastu dia conteng conteng muka aku dengan kapur sambil ketap gigi dia.

Dia kata aku lembab, bdoh kemudian dia tolak aku kebelakang. Aku nangis balik ke meja aku. Masa cuti penggal, aku duduk rumah pakcik aku. Pakcik makcik aku cikgu, aku minta diorang ajar aku.

Siang malam aku memang belajar je kat rumah pakcik aku tu, aku banyak buat latihan.

Aku faham apa yang pakcik dan makcik aku ajar. Aku rasa benda tu senang sebab aku dah faham.

Bukan tu je, Pakcik makcik aku pun ajar cara guna kalkulator, cara baca kamus, banyak bagi formula dan belikan buku latihan. Aku jadi semangat semula.

Bila naik sekolah, macam biasa cikgu matematik aku akan buat soalan dekat papan hitam, dan nama pertama dia sebut mestilah nama aku.

Aku pun bangun tulis jawapan, bila dia tengok jawapan aku, dia tanya “Kau tiru siapa? Siapa bagi kau jawapan?” Sambil tunjal dahi aku.

Lepas aku cakap aku buat sendiri, dia kata aku penipu.

Aku mula rasa sesak nafas bila tiba masa kelas dia. Aku rasa macam kurang oksigen, tangan aku sejuk berpeluh, Aku rasa tak bole duduk diam, resah gelisah kalau dia masuk kelas.

Waktu ujian akhir tahun, aku jawab baik baik. Aku ulang ulang baca soalan, buat jalan kerja lepastu baru tanda jawapan.

Next weeknya, hari cikgu pulangkan kertas ujian, aku tengok markah matematik objektif aku dapat 17/40. Subjektif dapat 28/60.

Aku check jawapan dengan kawan sekelas aku yang dapat markah penuh. Bila aku check jawapan objektif aku betul 36, Subjektif betul 40.

Aku terus bagitahu cikgu jawapan aku betul mungkin cikgu salah tanda. Tapi aku kecewa dengan jawapan dia.

“Kau tiru yana kan ? Sebab tu jawapan kau banyak betul. Aku tak percaya kau boleh bagi jawapan betul, kau tu bdoh macam mana boleh tulis jawapan banyak yang betul”

Aku nangis lagi. Sedangkan masa exam meja Yana depan sekali. Meja aku cikgu letak belakang sekali, sebab aku tak pandai.

Murid pandai cikgu letak dekat barisan depan, takkan aku boleh tiru Yana. Kawan Meja Kiri, kanan, depan Aku dapat markah rendah dari aku.

Lepastu Kawan kawan semua kata aku peniru, pencuri, ejek ejek aku. Kemudian heboh satu sekolah, kata aku tiru masa ujian.

Cikgu cikgu mula bercakap pasal aku, pasal ibu ayah aku. Aku sedih sangat time tu. Iyelah masa tu aku baru darjah 3, apa lagi yang aku boleh buat selain menangis. Aku tak mampu dah nak pertahankan diri aku.

Sejak hari tu, setiap kali exam memang aku buat ala kadar je. Biarlah dapat no akhir pun aku dah tak kesah. Sebab kecewa dengan cikgu.

Tapi masa aku darjah 6, aku dapat cikgu yang baik, dia iklas mengajar dan kebanyakkan murid faham apa yang cikgu tu ajar.

Ujian UPSR aku buat sungguh sungguh, alhamdulillah Allah tu maha tahu maha baik, aku dapat A dan B. Matematik aku B, tapi rasa rasa puas hati and happy sangat sebab aku mampu skor.

Dah 22 tahun berlalu, tapi cerita ni masa segar dalam kepala otak aku. Aku ingat setiap peristiwa dan suasana yang menyakitkan hati tu.

Nama dan muka cikgu tu masih segar dalam ingatan aku. Cikgu yang hampir merosakkan masa depan aku.

Cikgu, kalau cikgu terbaca kisah saya ni, cukup untuk cikgu tahu, saya tak ambil pensil cikgu.

Ayah ibu saya dah ajar untuk tak ambil yang bukan hak saya. Dan jujur saya cakap saya maafkan cikgu, tapi untuk melupakan saya tak mampu.

Benda yang terkesan dekat hati ni, kita akan ingat sampai kita mati.

Terima kasih cikgu.

Reaksi Warganet

Intan Mahani –
Awak ada hak untuk tak memaafkan cikgu tu. Tak ada dosanya pun kalau kita pilih untuk tak memaafkan kesalahan atau kezaliman orang pada kita, atau Tak menghalalkan hutang orang pada kita.

Kita manusia, kita bukan Maha Pengampun. Apa yang dia dah buat, memang Tak masuk akal. Macam orang Giila.

Semoga cikgu tu dapat balasan atau kifarah yang selayaknya

Siti Hazwani –
Saya percaya kisah ni betul. Masa pindah sekolah baru zaman sekolah rendah, saya tengok cikgu matematik psik0.

Dia ejek ejek bapa kepada seorang pelajar, pkul beberapa pelajar lain, cakap bdoh dsb. Hopeless sungguh rasa

Walaupun saya tak pernah kena tapi muka cikgu tu saya ingat sampai sekarang.

Saya benci pembuli. Kesian dekat kawan kawan lain. Malu tu bawa sampai ke besar..

Atisam Hahs –
Sama dulu aku ada cikgu muzik macam ni. Sapa cantik, pandai anak orang berada ada jawatan dia sayang.

Budak kampung, buruk tak pandai dia tunjal tunjal kata bdoh. Dia tarik tudung tonyoh tonyoh kepala. Ajar tiup rekoder je pon eksen macam ajar sains.

Maaf kalau ada cikgu muzik terasa. Tapi sebab perangai cikgu ni aku benci subjek muzik.

Tanya la budak kelas aku yang belajar dengan dia sure suma ingat. Last dengar dia sakit. Memang kelas dia sangat menakutkan.

Mudarisah Amatullah –
Sebab itu, bila menjadi guru – tindakan dan kata kata kita, perlulah sangat berhati hati.

Jika pelajar itu salah sekalipun, berilah peluang untuk dia membaiki diri.

Jika kita betul sekali pun, duduklah seketika renungkan jika kesilapan yang anak didik kita lakukan itu – mungkin teguran Allah buat kita. Pesanan untuk diri sendiri.

Tahniah confessor! Teruslah jadi baik biarpun sekeliling tidak baik. Kerana kita adalah hamba Allah, Tuhan Yang Maha Baik.

Fadzliyanie Razif –
Kita merasa pengalaman yang sama. Kau kena masa sekolah ren, aku kena sekolah men.. Ngam ngam nak PMR waktu tu. Cikgu matematik jugak, warden asrama lagi tu.

Aku tak tau apa dia jaki sangat dekat aku (mumgkin sebab selalu tak masuk kelas. Sebab waktu tu tengah aktif sukan, training, latihan pusat wakil daerah).

Matematik ni aku bengap sikit. SIKIT JELA.. kena banyak latih tubi, takde hal.

Tapi aku terkesan dengan kata kata dia. “BDOH la kau ni. Tulaa time saya ajar, selalu takde dalam kelas..”

Last last, aku balas dendam, PMR aku bagi straight 8A. Siap tunjuk result tu depan mata dia masa tu dalam dewan utama sekolah lalu berkata “saya bdoh kan cikgu?”

Cikgu tu tak tengok lagi muka aku. Dia tengok result je. Sekali angkat muka, baru dia tengok budak bdoh ni depan mata dia.
L Sapa sape yang kenal aku, dan baca statement aku ni, tak payah tanya cikgu nama apa.

Cuma tu la. Jadi cikgu ni, kalau ye pun nk naikkan semangat pelajar, bukan dengan kata kata kesat. Banyak lagi cara lain. Aku pun cikgu, bekas cikgu. Dah merasa semua tu. Merasa ajar anak murid. Sekarang ni ajar murid murid dewasa je.. HAHAHAHA Sumber – Puteri (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.