Uncategorized

Laki aku ingt sesi suai kenal, tersengih2 dia depan janda 2. Skali aku keluarkan sesuatu dr beg, buat janda itu terdiam. Esoknya terus berubah perangai Suami.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Salam Min saja nak luah ni. Suami aku curang dengan janda anak satu. Aku cuma tahu bila perempuan tu sendiri berani call & wsap aku untuk izinkan suami nikah lagi. So tanya suami,die cakap ye.

Dia nak nikah. Aku cakap bagi aku mase 3hari untuk bersedia. 3hari lepas tu,aku jumpe perempuan tu same2 dengan laki aku. Duduk semeja kat restoren mahal kalau 3 orang makan mau dekat rm200 kot aku rasa.

Laki aku ingat nak suai kenal agaknye,sengih2 bukan main amboi amboi gatal miang ko ye jantan bukan main lagi. Tambah2 janda itu body mantap lagi muka bangga ja kenalkan kat aku. Aku order air,order makan bagi depa perabih dulu biar kenyang terbelahak busung perut geram aku aih.

Habis makan,aku susun pinggan letak ketepi aku tanya perempuan tu,sungguh ka ampa nak nikah dgn suami kami. Dia angguk2 senyum simpul naahaiii amboi suka hang nak amik laki kami,aku bawak keluar slip gaji laki aku dari beg galas,dok terang dah kat sana gaji berapa,potong itu ini tinggal rm800.

Aku bawak keluar pulak geran keta atas nama aku,surat rumah atas nama aku,motor pun atas nama aku aih. Laki aku xdak reta apa pun. Aku cakap agak2 ampa gaji rm800 ampa dapat apa? Xpayah nak kata boleh ja hidup sebab dh cinta,dh sayang muhong aih. Tu pampers anak hang sapa nak beli?

Nak suruh kami beli dak lah mmg kami bagi penerajang dua2. Bulan2 nak bagi ampa nafkah berapa gaji dia pun lepas ke tekak dia saja bagi kami pun takat rm100,200 itupun mintak semula tapi kot ampa redha dapat rm10 ja tiap bulan ikutlah.

La ni ampa duk dua nah,pikir baik2 dulu nak kawin lagi ka xmao nih kami baru bukak pasal zahir,batin kami xbgtau lagi kot 2minit ka tahan,sebulan sekali ja mampu tu ampa xtau lagi. Pikir elok2 nah,ni yg kami makan,ampa bayar.

Nak balik ampa cari grab pasal kat luaq tu keta kami punya,ampa biasakan dari skang naik grab ka jalan kaki ka merangkak ka nahh. Semoga berjaya aku kata ka depa dua, puas hati aku tengok laki aku dgn perempuan tu dari sengih merenyam jadi muka dua dua macam ayam tercekik jagung seketoi.

Aku balik tidur,esok bangun2 laki aku cakap dah xjadi nikah,dia mintak maaf siap melutut teriak laa dia mintak ampun mintak nyawa tobat sampai syurga kata dia. Baru ada akai.

Perempuan tu pun duk wasap cakap xsanggup nak nikah dia tau dia salah mintak maaf puihh la hang. Aku cakap kat laki aku,kalau lepas ni xsedar diri lagi aku framekan slip gaji dia tampai kat ruang tamu dapur toilet silap2 aku buat profile picture fb wsap semua baru padan muka hang.

Komen warganet
Tahniah sis kerana bertindak bijak. Cuma lps ni tolong jgn tanggung suami tu, baru dpt kelebihan isteri bg tu ni dah kelabu mata nak kahwin lain. Jgn bg dia pki harta puan, jgn bg sesen pun duit puan kat dia sebaliknya suruh dia jlnkan tanggungjawab suami spt mana dia nak tanggung janda tu n mungkin dah byk spend duit kat janda tu. Sekali lg tahniah puan.

Rogayah: Baca macam lawak, tapi saya kagum dengan cara puan tangani masalah laki gatai nak nikah lain ni, hakikatnya laki tu mmg tak mampu…boleh dipraktikkan ni..apa2 pun saya doakan rumahtangga puan aman dan damai kembali. Aamiin aamiin ya rabbal alamiin

Azraa: Padu sis.. I loikeee baru depa tau angan2 dgn hakikat tu x sama..pendek kata en somi kena ukur baju d badan sendiri lah ye sblum pasang angan2 nak nikah lagi..mampu ke x..kalau Xmampu toksah nk berangan laaaa..gaji tara lapan ratuih tu nak mentekedarah bagi anak bini makan pun xcukup weiiii

Noraini: sya kagum puan tpi lepas apa terjadi dalam hati seorang perempuan mesti mata berkaca yg tak mampu nak kluarkan apa2 perkataan mahupn airmata… sesguhnya madu itu sakit apa lagi kecurangan…. semoga puan mendapat rahmat dari tuhan… semoga puan kuat demi anak2…. klau perlukan kawan saya ada untuk puan
Rizal:

Leave a Reply

Your email address will not be published.