Uncategorized

Minta izin suami buat bisnes lipat baju takut dia malu. Diperlekeh bila iklan dlm group taman. Tapi x sangka lama2 ramai terkejut bila tanya income aku.

Hai, aku merupakan seorang suri bisnes.. Dulu aku pon suri rumah seperti korang, tapi sekarang aku bertukar menjadi suri bisnes.. Alhamdulillah rezeki semua nya cukup walaupon suamiku kerja seorang..

Bukan kerana aku mahu mengejar harta dunia.. Tapi aku tahu dan aku sangat yakin dengan diri aku, bahawa aku mampu berjaya.. Berjaya yang bagaimana baru dikategorikan sebagai berjaya? Ada orang dia anggap berjaya apabila dia sudah dapat membeli rumah, kereta dan sebagainya..

Tapi ade jugak orang yang anggap duit yang banyak, berpangkat Dato baru dianggap berjaya.. Terpulang pada pilihan masing-masing lah, kerana yang kenal diri kita hanyalah kita..

So berbalik pada kisah aku tadi.. Aku seorang yang sangat positive.. Jarang untuk berkata tidak pada apa-apa perkara walaupon perkara tu tak mungkin dapat.. Aku akan cuba buat dulu.. Jadi ke tak jadi ke, itu cerita lain..

Dan dulu aku pon sama seperti korang yang cuma jaga anak di rumah tanpa buat bisnes.. Pernah jugak terfikir untuk buat bisnes tapi risau anak tak cukup kasih sayang memandangkan suamiku kerja setiap hari..

Kadang-kadang balik 3 pagi.. Tapi kalau lewat sangat, biase nye die terus tidur dalam kereta dan esok nye kerja macam biase.. Mengenangkan kerja suamiku yang sebegitu, aku tak buat apa-apa bisnes..

Sampai lah satu hari, lepas aku bersalinkan anak aku yang kedua, aku cakap kat suami aku, aku nak buat bisnes.. Tapi bisnes aku tak gah.. Sangat-sangat tak gah.. Dan orang mungkin akan perlekehkan.. Sebab tu aku minta izin suami aku dulu..

Aku takut orang gelak kan die dan cakap yang dia tak mampu nak sara isteri.. Tapi suami aku cakap, buat jela.. Takpe, dia tak kisah pandangan orang kat die.. Sebab hanya kita yang tahu diri kita..

So start dari situ la aku start iklankan dalam group taman, group lorong, dan sebagainya.. Masa mula-mula iklankan tu, banyak je yang komen “lahh lipat baju pon jadi bisnes” tu belum ade emoji gelak dekat posting..

Tapi aku tetap positive.. Takpela aku buat benda baik bukan buat jahat, aku iklankan sebab aku tahu, ramai ibu-ibu yang bekerja tak sempat nak lipat baju.. Setiap hari tanpa henti aku iklankan sampai laa orang jemu.. Aku takkan berhenti selagi aku tak buktikan yang aku mampu..

Dari seorang jadi dua orang seterusnye dah ade lebih kurang 37 orang pelanggan tetap termasuk pelanggan yang lain dan income aku lebih dari 2k sebulan,

Alhamdulillah untuk rezeki tu.. Kadang-kadang, orang dari jauh yang hantar baju.. Siap pakai lalamove hantar.. Dan daripada aku buat seorang, sekarang kami dah ade team sendiri..

Yang bantu suri-suri buat income lipat/iron baju dari rumah tanpa perlu keluarkan modal dari daerah, dan negeri berlainan.. Tak reti takpe, aku akan ajar.. Aku tahu, aku takkan mampu nak lipat baju satu malaysia ni.. Takpe kita kongsi rezeki, kita kongsi ilmu sama-sama..

Sehari demi sehari ramai yang mula bertanyakan tentang cara, video lipat baju, cara kira harga.. Dan ye, ramai suri-suri yang nak ade duit sendiri bukan? Walaupon kalau suami bagi upah RM50 sebulan pon dah rasa happy sangat dah..

Itulah tujuanku, walaupon dapat tak banyak, tapi kita usaha.. Kita jadi kreatif dengan cara cari duit tanpa perlu keluarkan modal.. Puas hati rasanya dapat beli barang guna duit yang kita hasilkan.. Sebab tu kadang-kadang benda tu kita tengok macam tak logik..

Tapi bila kita dah nampak jalan tu, teruskan buat.. Ingat ye, peluang datang sekali, terpulang pada kita samada nak manfaatkan peluang tu atau biarkan ia hanyut.. Jangan biarkan hidup kita terus berfikir tanpa tujuan dan arah..

Aku tak baik sangat, tapi aku tak suka orang yang pandang rendah dekat surirumah.. Aku tak suka tengok surirumah down..BPlease, tolong jadi positive.. Tolong ikhtiar untuk jadi orang yang bagi manfaat kepada orang lain..BAyuhh bangkit surirumah!

Komen warganet

Afilah : Ya, biarlah orang nak kata apa. Saya paling tak suka lipat baju sebab kerjanya tedious dan duduk membeku. Duduk membeku yang tak tahan tu, rasa bosan sangat. Kalau sambil lipat sambil menonton lagilah lambat siapnya. Lepas tu, lipat baju ni never ending story. Macam kisah bersiri yang dah lebih 100 episod, pusing2 tang tu juga.

Kalau ada perkhidmatan ini di sekitar perumahan saya, Datang rumah once a week pun jadilah. Takde. Nak tak nak terpaksa berterus terang dengan ahli keluarga, pakaian kena urus masing2. Saya hanya buat sistem yg memudahkan semua ahli rumah tetapi kena uruskan diri.

Sistem supaya baju tidak membukit, mudah dicari dan mudah diuruskan. Alhamdulillah saya sekarang bukan isteri yg terpaksa mengadap pakaian bertimbun. Setiap seorang jaga pakaian masing2. Saya jaga pakaian saya dan linen2 umum yang lain seperti langsir dan sebagainya.

Zaferra: So sweettttttt…suka sangat this confession perniagaan yang bagus adalah yg menyelesaikan masalah bakal pelanggan..in shaa Allah return customers akan ramai..Dan betul,definisi kejayaan sebenarnya kita sendiri yg tentukan

Umi Hann: Hebatt.. Tahniah tt. Mmg msalah org keja bab lipat baju ni sebab? Lipat baju blh pospone sbb xbasi, blh sorok dlu, kena utamakan kerja lain mcm masak, mngemas rumah. Kira lipat baju part last la tp bila balik kerja penat dah. Mmpu setakat buat kerja2 lain. Weekend ja mmpu hadap kain tu pun klau xjln mn2. Sokong sgt klau ramai2 buat bisnes nii

Leave a Reply

Your email address will not be published.