Uncategorized

Mak ayah bercerrai masa umur ak 12thn. Bila tahu ayah meninggal, ak terkelu. Lps kebumi, balu aruwah tiba2 bisikkan ssuatu

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hidup aku mula berasa sangat bahagia sewaktu zaman kanak kanak. Namun, perkara itu tak lama apabila mak dan ayah aku mula berselisih

sehingga berlaku percerraian diantara mereka berdua sejak aku berumur 12 tahun. Episod sadis telahpun bermula. Faktor percerraian adalah disebabkan ayah aku mula ada hubungan sulit dengan perempuan lain.

Jadi, itulah sebab mengapa mak aku tidak sanggup untuk bertahan dalam rumah tangga tersebut. Rentetan itu, mak aku terpaksa melelongkan rumah di Ukay Perdana kepada bank dan juga terpaksa mengadaikan barang

kemasnya disebabkan kesusahan hidup oleh pengabaian nafkah bapaku terhadap keluarganya sendiri. Hal ini sekaligus membuatkan mak aku terpaksa membawa ketiga tiga anaknya pergi menumpang di rumah nenek aku sendiri.

Sungguh aku rasa pilu dan sedih kerana terpaksa akur untuk meninggalkan sahabatku di rumah asal dan di sekolah. Aku juga terpaksa akur bahawa keluarga aku mula menghadapi satu episod kesedihan sepanjang fasa awal percerraian mak dan ayah aku.

Hal ini juga turut memberi impak kepada pembentukan karakter aku yang sangat pemalu dan kurang keyakinan diri kerana aku tidak pernah mendapat perhatian dan keberanian oleh sentuhan ayah aku sendiri.

Kadangkala aku menangis sewaktu perjalanan pulang dari sekolah rendah sambil mengenang nasib hidup aku. Aku berasa buntu, bingung mengapa aku harus hadapi suasana sunyi dan sedih sejak sekolah rendah lagi.

Pernah suatu ketika aku pernah masuk ke wad di HKL di bangku sekolah rendah akibat sakit perut yang kronik sehingga tiada solusi apakah puncanya. Akhirnya, setelah beberapa minggu di wad tersebut, doktor telah datang

kepada ibuku dan memaklumkan bahawa aku menghadapi d3pression akibat terlalu banyak berfikir sehingga mengalami sakit perut. Ini adalah proses awal kanak kanak mula berasa d3pression dengan hidupnya.

Mak aku berasa sedih setelah doktor itu memaklumkan sendiri kepadanya dan rasa bersalah kepada diriku kerana terpaksa bekerja keras untuk menafkahi anak anaknya sehingga dia terlepas pandang untuk memahami emosiku.

Sebut tentang ayah aku pula, sejak awal dia meninggalkan aku dia langsung tidak pernah menghiraukan tanggungjawabnya untuk memberi nakfah. Sejak dari awal sekolah rendah sehinggalah aku melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

Dipendekan cerita, aku mula rasa tawar hati dan mula belajar untuk menerima bahawa ayah aku adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai sifat empati yang tinggi akan kepada anak anaknya sendiri untuk berikan kasih dan sayang.

Disebabkan oleh sifat ayah aku itu juga membuatkan mak aku sentiasa berasa marah dan memaksa aku untuk meminta wang nafkah selama bertahun tahun dari ayah aku.

Walaupun aku sendiri sudah tahu jawapannya bahawa beliau memang tidak akan berikan walau sesen pun. Akhirnya, pada penghujung tahun 2021, ayah aku telah menghadapi serangan jantung di hadapan klinik sewaktu bersama isterinya.

Ayah aku tidak sempat menerima bantuan kecemasan sehingga ayah aku dilaporkan telah mennggal dunia..Apabila aku menerima berita pemergiannya, pelbagai perasaan menyelubungi aku pada masa tersebut.

Aku bingung sebab selama ini aku tidak banyak meluangkan masa bersama ayah aku dan juga tidak pernah mendapat sentuhan kasih sayang olehnya.

Maka, hari kedua sejak pemergiannya, aku menerima jasad aruwah ayah aku di bilik jnazah dari bilik myat di HKL untuk menguruskan jnazah ayah aku.

Melihat tubuh ayah aku yang sangat sejuk dan keras kerana berada semalaman di bilik myat, aku terus mengalirkan air mata sehingga membasahi seluruh pipiku.

Begitulah juga dengan abang aku yang turut membantu untuk membuka pakaian aruwah ayah aku..Sambil aku memandikan tubuh ayah aku, aku bertanya kepada diri aku. Mengapa Allah tidak memberikan peluang untuk aku berkasih sayang kepada ayah aku sepertimana anak lain berkasih sayang bersama bapanya.

Selesai memandikan aruwah ayah aku dan kami terus membalutinya dengan kain kafan untuk bersiap sedia melaksanakan solat jnazah kepadanya.

Pada saat itu, isteri balu yang berhasrat untuk membawa jnazah ayah aku untuk mengebumikan beliau di Pengkalan Aur di Perak.Aku berasa berat hati kerana lokasinya sangat jauh dari tempat tinggal aku.

Namun sekali lagi aku terpaksa akur bahawa seorang balu lebih mempunyai keutamaan yang telah hidup bertahun lamanya bersama aruwah ayah.

Sebelum menaiki van jnazah, aku beranggapan bahawa balu turut mahu naik bersama aku untuk menemani arwah ayah aku. Namun tiada seorang pun yang menemani jenazah kecuali aku.

Pada saat inilah aku telah meluahkan segala isi hati aku secara lembut dan penuh emosi sepanjang perjalanan ke Perak sambil aku berkata,

“Ame sayangkan ayah, tapi ayah tak pernah tunjuk bahawa ayah sayangkan Ame. Ame sentiasa sayangkan ayah” itulah kata kata aku kepadanya.

Setelah selesai di Perak untuk proses pengebumian, abang aku dan aku turut membantu para jemaah yang lain untuk menurunkan jnazah di dalam liang lahad.

Berakhirnya proses pengebumian itu, pihak balu datang kepada aku sendiri sambil membisikkan permohonan maaf kerana telah memusnahkan dan merampas aruwah ayah aku dari keluarganya sendiri.

Aku tanpa berfikir panjang, aku membalas permohonan maaf itu dengan senang hati dan memaafkan perbuatanya. Hal ini kerana, semua yang telah diaturkan oleh Allah bukan kehendak aku. Akan tetapi Allah lebih mengetahui apakah hikmah dan jalan terbaik buat hamba hambanya yang dikasihi.

Reaksi Warganet

Miftah Al Khayr –
Pengabaian nafkah tu bukan boleh terlepas begitu sahaja sebab nafkah bukan hanya material semata mata.

Nuriah Abdrazak –
Masya Allah. Alhamdulillah, Melepaskan dan redo.

Ia tak mudah. Tapi percayalah ketenangan di hati ini lebih penting..

Jaga diri kamu baik baik. Bila kita stress dan d3pression, bukan setakat kita sakit dalam perut.

Malah period kita pun akan sangkut membuatkan kita akan mendapat penyakit cyst serta fibroid. Kerana kita terlalu depress. Take care…

Cuba selami dan fahami ibu kita. Yang bersama kita. Jangan difikir dan ingat pada orang yang tiaada dengan kita.

Kerana masalah ini dapat kita hadam bila kita berlapang dada.

Berterima kasihlah pada IBU kita yang sudi menafkahi kita sepenuhnya tanpa kenal erti lelah.

Lashin Ra –
Saya selalu juga dengar stress mengakibatkan sakit lain.

Tapi macam mana dengan yang sakit stroke atau cncer? Adakah bermula dengan hal emosi dan mental.

Kalau tt d3pression, yang meninggalkan anak anak serta perempuan yang tergamak dengan bapa orang anak kecil termasuk aruwah bapanya umpama psych0path lah sebab tak rasa bersalah buat anak kecil. Maaf seperti terkasar bahasa.

Kadang saya lihat anak dalam situasi begini sengaja dinista orang bagai orang giila, hanya pelaku yang lebih giila boleh menjadikan seorang anak kecil yang ibarat

kain putih menjadi giila. Ini namanya pengabaian kanak-kanak. Sepatutnya duduk dalam jail bukan berbisik minta maaf. Sepatutnya tt minta haknya pada balu tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *