Uncategorized

Mak buatkan banglo utk nenek, bg org gaji, duit 2k bulan2. Tiba2 mak nekad tarik semua bantuan buat semua terdiam.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua nama aku Munirah. Aku membesar dengan 4 orang ahli keluarga (3 adik beradik dan mak aku) Ayah aku meninggaI waktu umur kami kecik lagi.

Aku anak kedua jarak umur kami adik beradik ialah 2 tahun. Alhamdulilah keluarga kami ni boleh di kategorikan dalam keluarga senang. Mak aku dengan arw4h ayah waktu muda banyak buat bisnes dan pelaburan.

Sampai sekarang ni pun ada 2 – 3 produk mak aku yang elok berada dekat pasar dah hampir 20 tahun. Mak aku ni anak sulung dalam keluarga dia, dan ada 4 adik beradik. Pada aku mak aku ni seorang anak, ibu dan akak yang baik.

Aku sejujurnya tak berapa suka saud4ra mara mak aku. Faktor utama diorang ni suka ambil kesempatan. Bab pinjam duit tu jangan cakap setiap bulan mesti ada, tapi pulangnya tidak.

Aku dengan abang selalu cakap dengan mak hentikan lah kasi pinjam sebab diorang ni tak reti bayar. Tapi mak aku cakap takpe kongsi rezeki adik beradik.

Lagi satu nenek aku, dengan nenek aku ni jujurnya aku, abang dengan adik aku tak berapa suka dengan nenek aku. Nenek aku ni suka cakap kasar dekat mak aku, cakap pakai tengking, sindir dan terus terang aku memang geram setiap kali nampak mak aku kena layan macam tu.

Tapi adik beradik lain dia layan baik. Bukan nak mengungkit, tapi nenek aku dia tak boleh kerja berat. Jadi mak aku upah orang gaji jagakan dia dari makan sampai ke kemas rumah. Yang rumah nenek aku tu dulu kecik mak aku upgrade jadi rumah banglo besar, guna duit mak aku 100%.

Bil air, bil api, dari penghawa dingin apa semua tu, bulan – bulan mak aku bayar. Orang gaji lah yang kemas rumah masak, setiap bulan pula mak aku kasi dekat nenek aku selalunya dalam 2 ribu. Duit beli makan dan bahan rumah semua tak termasuk itu ibu aku bagi lain.

Bukan sebulan dua ye, jejak 10 tahun mak aku tanggung. Tapi bila bercakap kasar, pernah sekali abang aku macam terlepas cakap “nenek ni mak yang tanggung berbelas tahun anak yang lain satu sen tak bagi tapi mulut tak reti jaga”.

Memang berg4duh juga waktu tu tapi abang aku buat tak tahu sebab dia cakap itu benda betul. Sampai lah satu hari Allah nak tunjukkan, tahun 2019 waktu raya. Mak aku ni dalam sebulan (waktu bulan ramadan) ada masalah berdengkur, selama ni tak pernah berdengkur.

Jadi aku dengan abang ni tolong lah beli alat kasi stop berdengkur dan abang aku ada install satu apps dekat telefon ni dia record suara waktu tidur. Jadi bila bangun check dengar lah berdengkur mak aku ni kuat macam mana dan berapa lama.

Setiap hari bangun mak aku check bunyi berdengkur. Sampai lah hari raya, mak aku caj telefon dia dalam bilik nenek aku. Hari raya kan jadi semua memang tidur lambat.

Telefon mak aku pula ni apps dia setiap pukuI 10 dia akan auto record suara, sebab mak aku dia selalu terlupa nak record sebelum tidur.

Jadi abang aku subscribe premium package yang auto record dari pukuI 10 malam sampai 6 pagi. Jadi telefon mak aku pun tepat pukuI 10 malam record audio. Mak aku pun terlupa nak ambik fon dia malam tu, esoknya pagi mak bangun ambil telefon.

Dalam pukuI 7 abang aku nampak lah mak aku menangis teresak – esak sorang dekat dalam bilik ni. Mak aku pun kasi telefon dia aku dengan abang dengar. Dalam audio tu jelas dengar nenek aku dan makcik aku mengata mak aku.

Cakap mak aku pakai sih1r sebab tu kaya. Ada satu part tu nenek aku cakap, “entah dia jual b0ntot itu banyak duit sebab tu janda sampai sekarang.” Makcik aku pula mengata aku, mengata abang aku dengan adik aku. Senang cerita dalam audio tu kami satu keluarga kena sump4h seranah dan h1na.

Mak aku awalnya bila bangun dia nak delete audio tu sebab ingat ter-record tapi dia tengok dekat audio graf dia tinggi (kalau siapa yang ada record audio berdengkur tahulah dia ada tunjuk graf tu semua). Mak aku ingatkan nenek aku berdengkur sekali bila dengar bukan.

Memang hari tu first time dalam hidup aku adik beradik nampak mak menangis. Malam tu mak aku kumpul semua dekat ruang tamu dari nenek aku dan makcik – makcik aku. Malam tu

mak aku pun ungkit setiap satu cerita, macam mana umur 15 tahun mak aku terp4ksa tak sekolah keluar kerja cari makan sebab atuk aku meninggaI.

Setiap bulan pula makan minum dalam rumah tu mak aku dengan duit p4mpasan atuk aku yang tanggung. Nenek aku pula s4kit jadi setiap bulan makan duit lagi. Mak aku buat dua

kerja nak tanggung. Mak siap luah selama ni dia tak kisah kerja susah bagi nenek aku dan makcik aku makan minum sebab bagi dia susah senang tetap keluarga.

Tapi bila dapat tahu ini rupanya kerja diorang mengutuk, menceIa. Terus mak aku kecewa. Dia suruh adik dia bayar balik semua hutang dalam tempoh 6 bulan. Orang gaji yang

mak aku upah untuk nenek aku dia dah bawa balik dan sejak hari tu bil air api duit makan minum mak aku dah stop kasi dia cakap minta dekat anak – anak yang lain.

Mak aku pun cakap dengan nenek aku, dia cakap cukup lah selama ni dia tanggung nenek. Sebab waktu dia kecik tak pernah satu sen mak kasi duit yang bagi cuma arw4h atuk dan dia cakap lepas ni minta lah anak yang lain pula tanggung.

Sejak hari tu sampai sekarang memang mak aku dah tak contact adik beradik dan mak dia. Dah tawar hati dan patah hati. Kami satu keluarga siap pindah negeri lain dan jual rumah lama sebab mak taknak makcik aku dengan nenek aku datang cari keluarga kami lagi.

Waktu PKP hari tu banyak kali nenek aku dan makcik call cakap minta tolong siap menangis – nangis. Nenek aku pula cakap tak larat nak buat kerja sorang masak apa semua. Iyalah lebih 10 tahun mak aku bayar orang gaji kot jaga nenek aku hidup santai sahaja.

Bayangkan dari umur mak aku 15 tahun sampai tahun 2019 tu umur mak aku hampir 50 tahun tapi nenek aku tak kerja cuma duduk rumah masak. Cari duit mak aku yang kena buat. Aku adik beradik jangan cakap memang marah sampai sekarang.

Sepanjang kami membesar tak pernah nampak mak menangis. Hari itulah kali pertama nampak mak kami mengalir air mata. Aku sebenarnya pelik, aku kalau jadi ibu dan anak aku sorang yang layan paling baik buat segala macam confirm lah paling sayang ini tidak nenek aku buat benda sebaliknya.

Selama ni aku terfikir apa punca, tapi bila aku banyak baca dari confession dan kisah benar. Rupanya memang banyak mak / bapak per4ngai macam nenek aku. – Munirah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul Aishah Rais : Sabar itu sulit tapi ganjarannya seluas lautan. Akhirnya Allah tunjukkn kebenaran buat orang yang tak reti bersyukur. Kalau orang luar khi4nat dekat kita boleh pujuk lagi hati tapi kalau mak dan adik beradik sendiri yang buat. Memang siapa pun dekat tempat IBU munirah akan buat benda yang sama. Moga syurga tempat IBU munirah.

Dee Ya : Hebat mak awak sebab berjaya amik tindakan tepat. Bagus.. terus larikan diri dari mereka. Jangan duduk dekat. Jangan

dedahkan kat mana tinggal. Nanti ada yang datang merayu menagih simpati. Cukup la mak awak tersiksa menahan s4kit hati kat nenek awak.

Cakap kat mak awak, cukup la bagi duit kat nenek sebab selama ni mak awak dah bagi lebih dari cukup. Biar anak – anak lain tolong nenek pula. Moga awak sentiasa di sisi mak awak dan bagi dia semangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *