Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Perkongsiannya itu bagaimanapun, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet mengapa dia dikenakan kompaun dengan kadar yang begitu banyak
Menerusi surat saman yang ditulis pada 2321 (11.30 malam), menunjukkan lelaki berkenaan telah dikompaun sebanyak RM50k. Namun, tulisan yang tertera pada resit berkenaan tidak jelas mengapa dia telah dikenakan tindakan sedemikian rupa.
Status yang ditulisnya di laman Facebook, mendakwa dia dikenakan kompaun berikutan berniaga di depan rumah sewaktu polis datang ke rumahnya pada jam 11 (tidak dinyatakan pagi ataupun malam) .
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan pendapat masing-masing ada yang menyatakan lelaki berkenaan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan iaitu berniaga melebihi waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pada masa yang sama, ada juga yang menyifatkan kadar kompaun yang dikenakan adalah terlampau mahal dan tidak mampu dibayar oleh peniaga berkenaan. Bagaimanapun, tiada info lanjut di sebalik kejadiaan berkenaan. Sumber: Faisal Burge & Malaysia Kini
Punca sebenar:
Kota Bharu: Seorang peniaga burger meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dikenakan kompaun RM50,000 oleh pihak polis bagi kesalahan berniaga melebihi had masa ditetapkan.
Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, di sini, memaklumkan didatangi beberapa anggota polis ketika menyiapkan tempahan pelanggan pada jam 11.10 malam.
Katanya, pihak polis kemudiannya mengeluarkan kompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Ketika itu tiada seorang pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan daripada pekerja kilang.
“Memang saya belum menutup kedai namun meja sudah disimpan. Saya hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar ke pekerja kilang.
“Saya agak terkejut apabila dikenakan kompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini. Sudahlah musim PKP, berniaga pun bukannya laris sebagaimana seperti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, anggota polis yang hadir ada memaklumkan terdapat laporan daripada pihak tertentu yang mengatakan kedai burger miliknya beroperasi lebih masa ditetapkan.
“Anggota polis itu juga memberitahu, kompaun sejumlah itu dikenakan kerana kes berulang. Memang ketika PKP sebelum ini saya sudah dikenakan kompaun RM1,000, juga berkaitan kesalahan sama.
“Namun saya tidak menyangka kali ini dikenakan sehingga RM50,000. Sudah tentu saya tidak mampu membayarnya kerana pendapatan saya hanya dengan menjual burger.
“Saya merayu kompaun ini dipertimbangkan semula, jumlah ini memang terlalu tinggi daripada kemampuan saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kes kompaun berkenaan.
Katanya, untuk kompaun kedai yang berniaga lebih masa atau membuka meja untuk pelanggan atau tidak menyediakan penyukat suhu, memang jumlah kompaun pada kertas saman ditulis RM50,000 iaitu jumlah maksimum.
“Bagi kesalahan individu akan ditulis jumlah maksimum RM10,000. Bagaimanapun, peniaga berkenaan boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Itu cuma dinyatakan jumlah maksimum,” katanya.