Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hari ini aku berjumpa dengan kawan lama.
Dah hampir dua tahun kami tak jumpa.. Terakhir masa buka puasa dua tahun lepas dan hari ini kami berbuka puasa lagi bersama.. Dari zamam sekolah aku kawan dengan dia orang ni..
Dan sejak dari dulu sampai sekarang aku rasa hidup aku jauh kebelakang dari dia orang.. Aina dan Laila anak orang berada.. Keluarga aku pula dari flat kos rendah..
Hari ke tiga ramadhan Laila whatsapp ajak keluar berbuka. Katanya Aina ada sekali. Lepas aku fikir 2 3 jam and lepas minta izin suami aku pun setuju dengan Aina akan ambil dan hantar aku balik..
Kereta baru cantik hon depan bustop. Aku masuk kereta, diam. Selang beberapa saat aku tanya, kereta siapa ni. Dia diam saja gelak2.. Aku tak cemburu, aku kagum, alhamdulillah murah betul rezeki kawan ni.
Sampai kedai nampak Laila dah tunggu, makanan dah sampai.. Borak borak kosong, lepas makan baru kita cerita tentang life masing2.. Bukan life aku, tapi life dia orang.. Laila dah setahun putus tunang, tapi masih belum move on. Hidup nya tak tenang..
Anx1ety dis0rder, kurus cengkung.. Tapi masih, dia yang paling cantik antara kami bertiga.. Jauh lebih cantik dari aku.. Selama ni aku fikir, jadi orang cantik macam Laila senang, bertuah nya dia..
Cari kerja senang, cari teman hidup senang.. Tapi tak.. Dia pun diuji.. Sakit nya jelas.. Baru sekarang dia nak fikir tentang diri dia, baru try loan kereta..
Then plan nak beli rumah.. Bertahun buang masa dengan orang yang salah. Mungkin salah. Selama ni tak pernah terfikir tentang kereta, rumah sebab selama ni bertahun rasa dia ada support yang kuat dari bekas tunang..
Kata Laila perjumpaan kita buat dia rasa lega amat sebab dapat bercerita dan dia rasa hari ni macam dia tak pernah ada masalah hati. Gembira. Eksited. Sampai dia bayar semua bil makan, haha. Aku tanya sekali lagi tentang kereta baru Aina..
Beruntungnya kata aku.. Aku tumpang gembira.. Dia beli kereta cash puluhan ribu.. Cantik betul kereta nya.. Selasa sungguh.. Aku susah betul nak dapat kereta kata aku.. Cerita di sebalik nya.. Suami dia berkali kali kant0i curang..
Pernah sekali kant0i bawa perempuan lain masuk rumah tidur dalam bilik dia masa dia balik rumah mak dia.. Lepas berapa lama ada rezeki dia beli kereta dan cari kerja sebab nak prepare kalau apa apa jadi dalam rumahtangga..
Atleast ada kerja untuk sara anak kecil yang seorang.. Aku diam.. Apa aku nak cerita tentang hidup aku.. Aku kahwin lepas betul betul habis sekolah.. Anak yang sulung dah 10 tahun.. Anak no dua 6 tahun.. Biasa biasa saja..
Menyewa rumah flat dan kereta saga.. Tak ada yang menarik.. Yang aku tahu, aku jauh kebelakang dari mereka.. Aina rezeki mencurah curah.. Laila bekerjaya, cantik.. Aina cakap, dia selalu ingat aku bila ada masalah..
Dia nak jadi macam aku yang selalu tenang macam tak pernah ada masalah.. Fikirnya selalu kenapa aku yang kahwin muda tanpa persediaan pun boleh hidup bahagia.. Aku cuma jawab, tak ada orang yang tak ada masalah.. Tapi jujurnya, aku dengan suami bahagia..
Laila cakap, dia idamkan rumahtangga sempurna macam aku, suami yang baik dengan anak anak comel yang sihat membesar.. Sedangkan aku, selalu mengeluh dengan masalah kewangan.. Perjalanan pulang, sekali lagi Aina cakap.. Dia jadikan aku idol sebab selalu tenang dan matang..
Aku diam, termenung.. Balik rumah lihat suami tersenyum, anak anak bertalu talu bertanya umi pergi mana umi pergi mana… mungkin selama ni.. Kurang rasa bersyukur dan selalu melihat kekurangan..
Kali ini untuk pertama kalinya aku rasa aku tak dibelakang lagi, aku cuma perlu bersyukur.. Tuhan aturkan manusia dengan rezeki yang lain lain.. Semoga sahabat sahabat aku terus dikurniakan rezeki, sihat dan sejahtera dalam rahmat Tuhan.. – Nazirah (Bukan nama sebenar)
Reaksi warganet
Mis yam – Memang itulah kehidupan.. Aku pernah jumpa, seorang perempuan yang ada suami bergaji puluhan ribu. Dia ni setiap Kali jumpa je mesti cerita tentang duit dan nak bagitau semua orang dia ni tak heran dgn duit..dia ni bukanlah dr keluarga kaya..
dia cerita suami belikan beg lv la, suami bagi duit ribu riban, tapi hidup dia seolah2 tak bahagia. Suami dia sering bertukar2 awek.. depan dia kalau boleh nak pegang tangan 24 jam..dia cerita juga perihal adik beradik,
tp cerita yang dia sampaikan seolah2 dia adalah keluarga yang bermasalah.. pengajaran dekat sini, jadilah orang yang sentiasa bersyukur.. elakkan bercerita tentang kemegahan hidup, nanti a1b terbuka.
Fathihah – Setuju confessor… dalam perjalanan hidup nie sy byk jumpe orang.. pelbagai ragam dan cerita… byk bagi pelajaran kat hidup sy…dan ubah cara sy berfikir. Pernah juga lepak dengan kawan suami sy buat videocall.
Kawan cakap suami dia ws pon tidak. Sy cakap setiap suami berbeza perwatakan dan kelebihan. Dia agak senang berbanding sy. Sy ckp itu kelebihan dia. Sy pula kelebihan lain. Dan sy bersyukur dgan apa adanya walaupon kebelakang dari kawan yg lain.
Tapi sy tak malu sbb ini bahagian hidup sy. Setiap orang punya bahagian hidup masing-masing. Kita jangan bandingkan hidup kita. Kalau kita asyik bandingkan hidup kita, kita takkan pernah puas. Hidup nie bukan pertandingan siapa cantik siapa kaya.
Kuza ahmad – Saya berpegang pada istilah Qanaah, sentiasa cukup dgn setiap kurniaan Allah. Sentiasa berkata, rezeki org tak sama, dugaan org tak sama, kebahagiaan org pun tak sama. Berapa banyak di luar sana y mncemburui kita, tapi kita pula mncemburui kehidupan org lain.
Sentiasalah bersyukur dgn kurniaan Allah krn itu adalah y terbaik utk kita. Sentiasa redha & sabar dgn ujian Allah krn kita mampu utk mengharunginya. Always think positive, letakkan Allah no. 1 then you won’t regret. Semoga kalian semua berbahagia dgn life masing2.
Norhana rodzli – Takdir hidup, kelebihan & kekurangan setiap orang tu tak sama.. Tapi Allah pasti beri kelebihan pada setiap kekurangan.. Dan Allah juga menguji dengan kekurangan pada setiap kelebihan.. Adilnya Allah tak sama dengan adilnya kita..
Urusan hidup orang mukmin sepanjang hayat asasnya ada dua saja.. Bila berhadapan dengan kesenangan ia bersyukur..bila berhadapan dengan kekurangan atau kesulitan ia bersabar.. Kedua-duanya memberi pahala & mengundang Rahmat Allah kepada kita..
Sumber iium