Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan semua. Lama sudah saya menjadi follower dan fan page ini.
Sejak zaman belajar lagi. Dasawarsa, banyak sungguh luahan berkenaan mertua dan ipar duai diketengahkan. Sementara ada sedikit masa, saja saya ingin mencoretkan pengalaman saya dalam menangani hal ipar duai. Tentunya saya bukan menantu atau ipar yang terbaik, apatah lagi nak memberi nasihat.
Tambahan pula usia perkahwinan baru mencecah separuh dekad. Tapi manalah tahu ada yang hampir-hampir sekasut dengan saya, untuk cuba-cuba praktikkan atau fikirkan serba sedikit cara untuk ‘menarik rambut dalam tepung’.
Tepung tak berselerak, rambut tidak terputus. Atau lebih tepat, hubungan suami isteri tak berantakan, sambil hubungan dengan keluarga suami tak terputus. Saya cuba pecahkan kepada beberapa points penting.
Sedikit pendahuluan, saya berkahwin di usia awal 20an. Tamat degree terus kahwin, saya sendiri pun tak sangka mulanya yang saya akan kahwin secepat itu. Dulu saya menyimpan cita-cita tinggi- angannya nak kahwin hanya lepas ada phD.
Namun perjalanan postgrad saya terhenti setelah mengandung. Suami pula lulusan dari universiti timur tengah. Ok let’s start.
A) Jujur dan tetapkan boundaries SEBELUM berkahwin.
Saya berkahwin dengan seorang yang ramai adik-beradik. Lebih tiga kali ganda besarnya dari keluarga saya. Sedangkan saya hanyalah dua beradik. Background family saya dan suami sangat berbeza terutama dari segi cara fikir dan pendekatan ibu bapa kami membesarkan anak-anak.
Kami berdua banyak berbincang hal-hal serius berkaitan pengurusan keluarga sebelum berkahwin sehinggakan kami pernah bersetuju beberapa kali untuk break up dan tidak meneruskan hubungan.
Saya dan suami dulunya masing-masing par4noid. Memang waktu itu sudah saling menyayangi tapi kami bukanlah sampai cinta buta yang tidak realistik. Dia risau keluarganya akan go against our relationship sampai asyik tangguhkan hasrat nak kenalkan saya.
Saya pula jadi fed up dan rasa he’s not serious about us sebab asyik overthinking tentang penerimaan ibu bapa dia. I thought he was making excuses. Tapi setelah saya berjumpa dengan ibu bapa dia buat kali pertama,
barulah saya faham kenapa suami dulunya risau. Perjumpaan pertama dengan mereka, summary nya boleh dikatakan lagi torturous dan formal dari mana-mana interview kerja atau interview biasiswa yang pernah dilalui saya. My father in law sangat intimidating orangnya. Lagipun dia pensyarah pencen,
soalan-soalan awal beliau banyaknya berkisar pencapaian dan akademik kenapa saya tidak capai straight As spm dan kenapa gagal belajar ke luar negara, contohnya. Usai ‘interview’, saya ingat lagi bila dah jauh sikit dari rumahnya baru saya menangis dalam kereta sambil driving.
Saya semacam dapat rasa, I’m not a preferred candidate dan telah ‘gagal interview’ walaupun tidak terang-terang dinyatakan begitu. Hahaha. Selepas itu, saya semakin faham explanation boyfriend (kini suami) tentang paradigma keluarganya dan dapat menjangkakan cabaran-cabaran mendatang.
Berkali-kali saya istikharah dan beberapa kali pula berubah ketetapan hati saya. Many times, saya senaraikan my fe4rs and fl4ws, dan saya tanya betul-betul padanya, boleh ke dia terima atau ada antaranya yang akan jadi isu in the future. Serta, saya senaraikan syarat-syarat yang jika ada dia tidak setuju, maka memang maksudnya kami tiada jodoh.
Antara perincian utama ialah whatever happens, atas apa-apa sebab sekalipun, tidak boleh duduk sebumbung dengan mertua, mesti ada turn balik raya, bukannya raya pertama wajib rumah suami, house chores bukan tanggungjawab sebelah pihak saja, saya tidak dihalang untuk bekerja.
Mungkin ada yang rasa, alahai basic je semua tu, semua lelaki mesti dah tahu. Mungkin ya, mungkin juga tidak. Saya listkan demikian sebabnya, saya dapat jangkakan ibu bapa suami ada high tendency untuk control decision-making anak-anaknya. Ini diakui sendiri oleh suami dari awal.
Serta, ibu bapa suami walaupun berpelajaran tinggi, masih kuat berpegang pada patriarchal culture sepertimana generasi atuk nenek saya. Jadi, walaupun suami mungkin setuju hal-hal tersebut, saya mahukan kepastian tidak ada anasir dari keluarganya yang boleh mengubah keputusan bersama kami berdua.
Mungkin ada yang akan kata, alah waktu tu tengah bercinta memang dia hanya angguk semua. Betul, saya setuju. Tapi sekurang-kurangnya isu-isu yang menimbulkan kerisauan semuanya saya dah senaraikan dari awal. Supaya kalau jadi perkara berbangkit masa hadapan, saya boleh juga tuntut ‘janji’.
Malah, saya mahu menduga sejauh mana sudut pandang kami serupa. Melalui cara bakal suami menjawab satu-satu isu itu, saya boleh serba sikit menilai prinsip dan nilai-nilai yang ada padanya. Kalau dirasakan sudah tiada ruang perbincangan, atau perbalahan view points yang masing-masing tidak boleh beralah, bolehlah difikirkan untuk tarik diri lebih awal.
Alamak, panjang pula point pertama. Saya terpaksa hurai point pertama panjang lebar sebab itu point paling penting. Semacam asas untuk hubungan harmoni dengan keluarga suami. Sebab kalau tak diterangkan prinsip kita dari awal, suami sukar untuk faham pendirian kita. Malah mungkin dia tertanya kenapa kita seolah sukar nak masuk acuan keluarga dia.
Dah berkahwin nanti akan ada macam-macam jenis ‘kejutan’ apabila dua str4ngers hidup serumah bersama. ‘Kejutan’ yang elok dan yang tak elok. Jadi untuk hal-hal besar melibatkan keluarga, perlu penjelasan awal untuk adjust expectations masing-masing. Saya akan cuba pendekkan points berikutnya.
B) Sederhana. Jangan lembik hingga dibuuli, jangan keras hingga dibenci.
Saya sebenarnya seorang yang suka bercakap. Tapi di rumah mertua, saya cuba control diri untuk elak jadi too talkative. Bercakap dan respond bila perlu saja, tetapi maintain kan senyum. Senyuman sudah cukup untuk appear friendly. Tak perlu ramah yang tak kena gaya.
Bagi saya, the more we talk, the higher the possibility untuk orang jumpa unfavourable things about us. Kalau ada crowds, memang awkward untuk stay diam membatu gitu kan, cuba sibuk-sibukkan tangan bila dalam keraian. Boleh cari satu kerja sampingan seperti basuh pinggan atau top up air atau potong buah.
Tak perlu lead apa-apa kerja jika tak diminta mertua. Ada seorang kakak ipar saya sejenis suka mengarah-arah. Tapi saya berusaha maintain sopan padanya. Saya cuba fahami her strong personality yang merupakan boss besar di tempat kerja serta belum berkeluarga sendiri.
Teknik senyum dan angguk-angguk sangat berkesan sebab tak semua perkara worth to fight for. Setakat dia melaser sekali dua saya layankan saja. Tapi bila saya start rasa dibuuli, saya akan segera beredar. Saya tidak turutkan arahannya. Atau saya menjawab dengan sengih-sengih saja.
Contoh situasi, setelah selesai membasuh kesemua pinggan-mangkuk keluarga besar mereka, saya disuruhnya mengemop lantai pula. Saya jawab “eh saya dah jadi ajk sinki tadi, kak N pulalah jadi ajk lantai hihi” then terus keluar dari dapur. Tidak ada sesiapa boleh cop saya malas sebab saya bukannya belum buat apa-apa kerja.
Pernah juga disuruhnya saya jaga anak ipar lain sedangkan saya sendiri ada anak kecil. Diletakkan baby tu di tangan saya tanpa saya boleh menolak. Adik lelakinya iaitu ayah baby tersebut sedang tidur di ruang tamu. Ibu baby pula keluar bekerja. Keluarga mereka berpendapat yang kaum lelaki tak perlu jaga anak.
Jadi saya dodoi seminit dua kemudian letak saja si baby di sebelah ayahnya yang sedang tidur. Bila kak ipar tanya mana baby, saya jawab “hihi sedang bonding time dengan ayahnya”. Saya terus angkut anak sendiri dan naik ke atas. Kak ipar terpaksalah sambung jaga baby sebab tak mahu kejutkan adik lelakinya itu.
Begitulah sebolehnya saya mengelak dibuuli ipar, tanpa perlu hilang kesopanan dan kesusilaan. Memang perlu untuk buat kerja dan tunjuk rajin juga, tapi ada had nya sebab kita bukan orang gaji sesiapa. Kalau kita mampu ikhlas tolong banyak benda, itu bonus dan alhamdulillah untuk pahala yang ada.
Sekali sekala boleh untuk dilayankan, lagipun sekejap sangat nak menahan perangai sesetengah ipar yang begitu. (Sebab tu tak boleh duduk serumah atau bertandang melebihi empat hari).
C) Sederhana. Jangan terlalu akrab seperti keluarga sendiri, jangan menjauh seperti memusuhi.
B4haya jika kita mahu keluarga mertua jadi sepertimana keluarga sendiri. Mungkin untuk sesetengah kes boleh, tapi lazimnya tidak akan boleh. Kalau mak atau adik beradik kandung kita marahkan kita, seteruk mana pun marah dan bencinya, takkan dapat mengubah hubungan d4rah yang terjalin.
Silaturahim yang tiada putus sebab ada hubungan dari rahim yang sama. Sementelah keluarga mertua hanya diikat dengan kontrak akad suami isteri saja. Jadi memang sangat berbeza. Elakkan terlalu rapat hingga berkongsi details kebahagian seperti percutian, kejayaan anak-anak,
kerajinan pasangan dll yang boleh menimbulkan baur-baur iri hati. Sedangkan anak-anak seorang Nabi iaitu siblings kandung Nabi Yusuf pun boleh berbuat khianat atas faktor cemburu, inikan pula ipar duai kita. Memang kita tidak bertanggungjawab atas hati orang lain, tapi kedengkian dari keluarga suami boleh berbalik kesannya pada diri.
Kita mahu hidup tenang-tenang dan harmoni. Rasa syukur atas nikmat-nikmat Allah lebih baik dimanifestasikan dalam pertambahan amal padaNya saja. Boleh juga berusaha ambil hati secara material jika mampu. (Antara faktor kecil kenapa saya nak bekerja). Lagi-lagi jika secara tenaga dan masa kita kurang mampu.
Lumrah manusia sukakan hadiah. Buah tangan pada hari raya, hari istemewa dll itu saya usahakan sebab saya kira sebagai serampang dua mata iaitu dapat pahala sedekah serta mengeratkan hubungan. Tapi tidak juga saya melebih-lebih atau trying too hard dalam hal ini.
Lastly, janganlah memusuhi walau apapun layanan yang diterima. Kalau baik, syukur. Kalau sebaliknya, mungkin Allah nak uji kesabaran saja. After all, mertua dan ipar duai semuanya manusia biasa sebagaimana juga kita. Unless kes-kes berat yang memang perlu untuk menjauhi in-laws, maka tetapkan barrier,
tapi tak perlu menyimpan benci dalam hati. Awal-awal kahwin dulu, banyak kali saya str3ss dek terasa hati. Waktu tu saya rasa dah berusaha sebaiknya tapi masih ada saja yang tak kena. Walhal sebenarnya, tak perlu difikirkan sangat pun sebab mereka ni in-laws saja.
Hanya waktu sesekali bertemu tu kena bermanis muka dan pekakkan telinga (jika tak suka). Kemudian bila balik rumah sendiri hiduplah kembali penuh kerukunan dengan suami dan anak-anak. Asalkan suami faham dan sayang kita dah cukup, tak boleh expect yang sama dari semua manusia.
Mungkin akan ada yang kata ‘ehh tapi sebab ipar duai lah suami tak sayang I, suami tinggalkan I etc’. Sebenarnya bukan. Perangai ipar duai waima mertua sekalipun, takkan boleh menjadi sebab utama keruntuhan masjid kita. Suami yang bertakwa, suami yang tahu tanggungjawab dan suami yang bijak,
takkan termakan h4sutan atau berubah hati pada kita semata-mata sebab orang lain. Semuanya berbalik pada siapa pasangan kita. T0xic in-laws lazimnya hanya perencah kepada masalah utama iaitu yang berpunca dari sikap pasangan kita sendiri. Tak bolehlah kita meletak semua blame pada pihak ketiga,
hanya sebab tak sanggup mengakui bahawa our spouse or ex-spouse yang sebenarnya bermasalah. Ish, ini macam dah nak terkeluar topik. Ampun dan maaf pada semua. Tahniah ya dapat habiskan confession berjela ini. Semoga semua orang direzekikan untuk hidup bahagia bersama keluarga tercinta.
Semoga Allah memberi jalan keluar buat sesiapa yang tersepit dalam kemelut rumahtangga. Salam sayang, – Kak Mawar (Bukan nama sebenar)
Reaksi warganet
Cik shasha – Setuju dengan semua points kak mawar. Paling sy setuju, point pertama tu sgt penting. Sy jenis terus terang je apa yg sy nak.Terima, proceed. Tak terima, bye2. Tak perlu bermuka2 sebelum kawin, nanti kawin mkn hati p4rah. Bagi sy, pasangan yg saling memahami dan serasi ni boleh berbincang
semua perkara termasuk hal keluarga kedua belah pihak walaupun isu x sedap di dgr (sbb segelintir org x suka bila pasangan sentuh hal family nya). Kalau ngan sy, salah tetap salah x kira family belah mana. Xde backup2. Cuma point kedua tu sy belum cukup baik kot nk buat. Sy jenis kalau org ckp/buat elok2, ha elok la sy pun.
Tapi kalau dh org sindir2 dan sengaja cari pasal, sy bertukar jadi makhluk lain. Cara sy senang je. Sy xkan kacau org, xde nk busy body pasal org. Jd sy pantang org cari pasal saje2 ni. Semoga kita semua hidup aman harmoni sentiasa. Aamiin..
Faezah za – Kdg2 sy rasa sy ni menantu pemalas. Sy tak suke masak dekat rumah org sbb takot x sama taste… nak tlg lipat baju, hodoh plak lipatan, paling tidak tlg basuh pinggan je. Sy plak kahwin dgn anak sulung, so adek2 dia la tlg kemas rumah. Kdg2 bila smpai rumah mertua,
adik n mak mertua take over jaga anak umur 2 taun sbb ksiankan sy yg pregnant. Husb plak pjj x balik. So mcm sy ni patut dikasihankan la. Tp sy plak rasa mcm krik krik… slalu sgt sy tertidur kat ruang tamu sbb penat.. nnt sy bgun, anak sy dah siap mandi n mkn lg.. segan betul.
So utk mengelakkan nampak terlalu malas tu, sy dah jarang balik uma mertua wlupun stakat 5min drive..dtg sminggu sekali je instead 2 hari skali b4 ni. Bak kata org, dekat bau taik, jauh bau bunge laaa gitew. Hahahaha
Mona liza – saya setuju dgn sis.. saya pun umah mak mertua atau ipar duai ada boundary tak melebih sgt. just tlg basuh pinggan Dan kemas meja lepas makan. menyapu ke melipat kain ke apa ke sy tak buat. kalau balik kg sebelah husben sy mmg tak tido umah mak mertua sbb mak mertua tinggal dgn kakak ipar
so nak kena Jaga aurat semua bagai so sy tido umah mak sy. nnti esoknya sy akan gi melawat mak mertua. lagipun itu umah biras sy so segan nak tido umah org lama2. umah mak saya jarak 25 km je dr umah kakak ipar. kdg Kita X tahu biras Kita Tu suka ke tak Kita tido anak beranak berhari2 kan.
Sumber iium