Uncategorized

“Aku nakkan kau mti, mcm Fahmi” Maya dirg0l kwn2 di sungai. Aku nekad lari, pindah sekolah. Bertahun kemudian, aku mula diikuti

Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kenali aku dengan panggilan Rin. Cerita yang bakal aku kongsikan ini merupakan pengalaman aku yang benar benar terjadi dalam hidupku sepanjang 26 tahun ini. Siapakah Maya?

Sejak dari kecik aku memang suka berdikari. Mak ayah aku bekerja, aku ditinggalkan bersama penjaga, bernama Mak Leha. Mak Leha merupakan seorang ibu tunggal yang sudah kemtian suami.

Dengan berbaki kudrat yang ada, Mak Leha membesarkan tiga orang anaknya dengan begitu baik sekali. Tetapi aku tak berapa kamcing dengan anak dia. So, aku banyak habiskan masa dengan budak budak sekolah aku lepas waktu sekolah.

Sedia maklum, budak budak baru nak up kan, banyak perkara yang tak sepatutnya kami lakukan. Seperti hisap rkok, buli budak dan curi basikal. Aku agak korang pon ada pengalaman yang sama kan, hehe.

Tetapi tragedi hitam aku bermula dengan perkenalan aku dengan seorang budak perempuan ini. Nama dia Maya.

Maya baru berpindah ke tempat aku dekat tiga bulan, baru aku berani bertegur sapa. Biasalah masa budak budak dulu, cikgu suruh laki perempuan duduk dalam kelas sebelah sebelah, supaya kami tak buat bising. Dari sinilah aku kenal dengan Maya. Maya bertukar tempat dengan kawan aku.

Tiada yang istimewanya pon tentang Maya ni. Anak tunggal kepada dua orang tuanya yang dah menjangkau umur 50-an. Mungkin rezeki dapat anak lewat kan. Keakraban aku dengan Maya semakin kuat, apabila dia turut ikut kami melepak, mandi sungai dan macam macam lagi.

Kira macam penasihat aku lah. Nak hisap rkok, dengan kotak-kotak rkok aku dia buang. Tapi aku tak tahu kenapa aku tak marah, malah lagi rasa selesa bila dengan Maya.

Tahun 1998, ayah aku beli rumah di Kajang. Sebelum ni kami menyewa rumah setinggan di suatu tempat yang aku rahsiakan. Aku berkeras tidak mahu ikut keluarga aku pindah ke sana. Ayah aku buat keputusan untuk membiarkan aku tinggal bersama Mak Leha, yang aku dah anggap seperti mak aku sendiri.

Jiwa dan raga masa muda mudi dulu tak kuat beb! Makin banyak kegiatan jahat yang aku lakukan, sampai ke satu tahap aku buat perkara tak elok dengan Maya. Maya kelihatan sangat sayangkan aku sampai kami terlnjur bersama.Tak berdaya aku nak katakan yang aku dah buat kerja terkutuk itu.

Aku hilang kawan. Aku semakin banyak habiskan masa dengan Maya. Aku sendiri tak faham kenapa orang tua Maya benarkan aku rapat dengan Maya sampaikan aku dibenarkan tidur dirumahnya, dengan alasan nak belajar.

Biasalah bila kita dah ada makwe, kawan kawan semua aku lupakan, yang aku pentingkan Maya sahaja.

Satu hari ni, member aku ajak kami pergi mandi sungai. Hari yang gelap bagi dunia Maya, kerana dia dirgol oleh kawan kawan aku.

Aku lari, aku pindah sekolah ke Kajang. Aku tak hubungi dan ambil tahu langsung tentang Maya selepas peristiwa itu. Masa tu pon mana ada handphone lagi kan. Kawan kawan aku yang buat hal pon aku tak tahu ke mana. Peristiwa tu menjadi rahsia antara kami berlima termasuklah Maya.

Mak Leha pernah bagitahu aku ada seorang budak perempuan sering bertanyakan aku dengan mata merah merah menangis. Sedikit pon aku tak endahkan.

Tahun 2004, aku masuk ke tingkatan 2. Aku jumpa seorang perempuan di sekolahku sebijik macam Maya. Pertama kali aku jumpa di tapak perhimpunan, berderau jantung aku. Jangan jangan dia!

Tapi aku pelik, setiap kali aku nampak dia, dia mesti tengah pandang aku. Aku senyum, tapi dia pandang dengan senyuman sinis. Aku pakat dengan kawanku seorang pengawas, untuk mencari Maya. Semingu kami cari, seminggu jugalah kami tak nampak dia langsung dekat sekolah.

Aku jadi bingung. Aku SPM tahun 2007, tengah nak jawab paper sejarah pulak lah terasa nak berak. Syok syok tengah berak, aku terdengar ada suara perempuan memangil nama aku, dan aku kenal benar suara tu. Aku senyap! Ada bunyi tapak kaki perlahan lahan pergi ke setiap pintu tandas, dan akhirnya berhenti di pintu aku.

Sayup sayup aku dengar suara itu lagi, makin lama makin senyap. Dumm! Pengawas peperiksaan ketuk pintu tandas aku sambil menjerit,

“Kau berak ke baca nota dalam tu?”. Terus aku keluar, haha. Korang nak tahu, paper sejarah hari tu aku salin soalan je. Isi apa sume tak ada, takut punya pasal.

Habis aku SPM, aku bekerja di Parkson. Aku dikejutkan dengan berita kemtian Mak Leha. Bergegas aku ke sana dengan keluargaku. Alhamdulillah, majlis pengebumian berjalan dengan lancar.

Tiba tiba aku ternampak seorang member aku. Dia antara lima orang yang mergol Maya. Din seakan nak lari bila nampak aku. Terus aku cekup dia, “kau apehal nak lari tengok aku, dah macam tengok hantu?”.

Dia senyap je. Tapi serius aku terkejut, dia yang dulunya aku panggil Din Boroi, tapi dah jadi Din Keding.

Din tanya aku perlahan lahan, “Kau masih hidup Rin? Aku ingat aku nampak hantu”. Ehh, dah kenapa dia ni. Din ceritakan balik apa yang dah jadi selepas peristiwa 10 tahun aku tinggalkan tempat tu.

“Kau tahu tak, Mat, Panjang dengan Bopeng dah tak ada?”. Pergh, berderau jantung aku dengar. Sempat jugaklah aku tepek dahi Din, aku ingat dia nak bergurau. Tiba tiba bau kemenyan kuat di area tepi longkang kami duduk. Terkelu sekejap aku.

Aku mula merasa seakan ada benda tak kena, aku tanya Din mana Maya? Din senyap. Selepas aku tanyakan banyak kali, dia tergetar getar cakap, “Wei dari tadi dia duduk mencangkung sebelah kau”.

Haa, kan dah kena setepek lagi dekat dahi, serius awal awal aku tak percaya sebutir pon apa dia cakap, sebab sememangnya aku kenal Din ni kuat high, so tak mustahil badan yang gemuk boleh jadi kurus.

Din cakap, “terserahlah sama ada kau nak percaya atau tak, dosa yang kau buat 10 tahun dulu masih belum padam dalam hati Maya!” Aku blah, malas aku nak layan cerita yang aku tak tahu sama ada sahih atau tak.

Aku nak tanya lebih lebih dengan anak Mak Leha, aku tak berapa nak ngam dengan dia. Majlis tahlil pada malam itu berjalan lancar. Tiba tiba aku perasan ada orang pandang aku. Aku toleh, aku nampak ayah Maya, Pak Ramli.

Perasaan takut terus menyelubungi aku. Yelah, aku pernah buat sesuatu yang bdoh dengan anak dia, kot lah Maya ada cerita dengan ayahnya. Aku duduk dekat dapur tak keluar keluar, nak keluar rasa serba salah.

Aku keluar pergi ke pintu belakang rumah, nyalakan sebatang rkok, hampir nak tercampak rkok aku bila dengar ada orang batuk dekat sebelah aku, alamak Pak Ramli.

Dengan muka mencuka, sikit pon tak senyum. Aku tegur dengan lagak macam tak ada apa apa terjadi, “assalamualaikum Pak Ramli! Ingat lagi tak saya?”. Terus Pak Ramli blah. Ewahh aku tegur baik baik blah macam tu jek, terus aku campak rkok masuk ke dalam.

Lagi sekali aku terkejut, Pak Ramli keluar dari tandas dapur. Eh aku jumpa sapa tadi. Terus aku kedepan dengan hajat nak lah tolong tolong apa yang patut, dari layan perasaan takut aku tadi.

Family aku ajak balik, dah dekat pukul 12 malam dah. On the way nak balik tu, tiba tiba ayah aku cakap, “rasenya nak lalu lah jalan belakang, jalan dekat kedai nasi lemak dulu tu, ada lagi ke tak lah tapaknya”. Aku pon iyakan jelah.

Tiba tiba ayah cakap, “eh, dulu bukan ke ada rumah. Dah terbakar lah, macam kesan terbakar ni dah lama je”.

Terus aku tengok, terlepas handphone kat tangan aku. Itu tapak rumah Pak Ramli. Aku diam membisu, bulu romaku tegak berdiri. Perasaan resah gelisah semua ada.

Tiba tiba mak aku tanya, “eh Rin, siang tadi kau lepak tepi longkang sorang sorang kenapa?”. Lagi sekali aku tersentap. Aku cakap, “Mak Jangan merepeklah, kan si Din budak yang selalu curi baju dekat ampaian tu ada sekali tadi”. Mak senyap, aku pon senyap.

Seminggu selepas peristiwa itu berlalu, aku selalu murung, nak buat kerja pon malas. Ada suatu hari tu, aku kena migraine teruk. Aku lepak tidur dalam stor, nak bagi legakan migrain aku. Tengah syok aku membuta tiba tiba ada bunyi kotak jatuh dekat belakang stor. Stor aku ni ada banyak rak, aku tidur dekat rak paling depan.

Aku bukak mata pelan pelan, aku nampak macam ada kain hitam atas lantai. Aku perhatikan je. Tiba tiba kain tu macam bergerak gerak. Macam orang bernafas lah, ada naik turun. Berderau aku terus berlari ke pintu.

Korang bayangkan sepatutnya lock dekat dalam, aku tak boleh bukak lah, ini stuck. Aku panggil jerit semua macam tak ada respond. Terus aku baca 3 qul, ayat kursi, al-fatihah dan azan sambil tutup mata. Aku bukak pelan pelan tak ada apa apa.

Aku terus berlari bukak pintu, nasib baik boleh macam biasa. Terus aku maki sekor sekor tak dengar aku jerit, semua cakap tak dengar apa apa pon. Aku buntu.

Tahun 2008, aku dapat masuk matrikulasi. Tak percaya sungguh aku. Paper sejarah aku boleh lulus, walhal jawab macam tak jawab je, haha. Semasa aku di matrikulasi memang macam macam perkara luar biasa aku lalui, ditambah pulak felo aku kata bilik aku duduk tu memang laluan benda tu.

Tetapi mistik pasal Maya ni tak pula berlaku. Zaman 2010, zaman kita baru nak mengenal facebook, haha. Satu hari tu, aku try search nama Maya. Aku search nama penuhlah yang aku tak perlu nak mention dekat sini, haha. Aku jumpa gambar budak dalam lingkungan umur 12 tahun di profile picture.

Tapi bila aku tengok ‘about’, dia sekolah di sekolah rendah lama aku dulu. Ada seorang mutual friend aku masa matrik namanya Nabilah.

Akhir tahun 2010, aku diwajibkan untuk sertai program Universiti di Gunung Jerai. Program 3 hari 2 malam ni memang aku nantikan kerana aku gemarkan aktiviti lasak. Pagi sebelum aku bertolak, mak aku telefon,

“Rin, tadi anak Mak Leha ada telefon. Ada kawan lama kau nama Fahmi meninggal. Kau kenal ke?”. Aku terkedu sekejap, si Fahmi ni merupakan kawan biasa aku je, tapi kenapa sampai anak Mak Leha nak khabarkan dekat aku. Mak aku cakap lagi,

“Seminggu sebelum dia mennggal dia ada dok tanya khabar aku. Dia minta nombor dari anak Mak Leha, tapi dia tak bagi”. Ewah apesal lah tak bagi budak tu nombor aku, macamlah kau bapak aku. Aku sekadar sedekahkan al-fatihah kepada beliau.

Aku tak tahu kenapa, sepanjang program ini berlangsung, otak aku ligat memikirkan Fahmi. Kenapa dia bersungguh cari aku? Nak balas dendam dekat aku ke? Dulu aku dan member suka buli dia. Perangai skema tahap dewa, basikal kena pancit, bekal kena rembat, tapi dia seakan rileks membenarkan kami buli dia. Sampai satu tahap kami dah malas.

Maya dulu pernah cakap yang dia sering dapat surat cinta dekat bawah meja. Dan aku tak tahu kenapa aku syak Fahmi punya kerja, sebab dia sering pandang Maya macam geram. Maya pernah cakap, Fahmi pernah datang letak keychain teddy bear depan rumahnya. Seriously Fahmi ni macam psycho sikit.

Semasa program, ada suatu malam, aku dengar orang berdengus di luar khemah. Betullah apa orang cakap, lagi kita takut, lagi kita nak tahu apa bendanya tu. Aku buka sikit je zip khemah, bau harum menusuk ke dalam khemah.

Aku nak kejut 3 orang kawan aku ni, esok nanti dia bahan aku penakut, biarkan jelah. Aku ambil lampu, suluh suluh luar khemah aku tersuluh pokok. Berderau drah aku nampak ada kain putih terbang antara pokok ke pokok.

Tak puas hati lagi, suluh lagi kat tempat benda tu terbang. Ambik kauu, terus benda tu terbang ke arah aku. Lintang pukang aku tutup zip. Terus aku peluk bag aku, aku dengar sayup sayup, seakan ada suara perempuan menyanyi, ‘Inangku malam berlabuh, memakan tuan, hati yang layu’, bait bait lirik tu aku ingat sampai ke hari ni. Dia ulang banyak kali.

Aku berdehem, benda tu senyap. Tiba tiba aku dengar, “kau nampak aku…”, aku masa tu rasa nak campak bag kat muka member member aku tu, siap berdengkur tidur mti.

Tiba tiba telefon aku bunyi, ‘ahh.. private call’. Aku angkat, suara perempuan menangis, terus aku tanya, “kau nak apa?”. Dia menangis, sayup sayup aku dengar ‘sampai hati kau’, suara Maya. Tercampak fon aku masa tu, terus benda kat luar tu mengilai ketawa. Akhirnya aku tertidur letih.

Aku bangun pagi pagi terus aku pergi dekat tiga orang member aku tu, aku cakaplah, “weii, apahal kau tak bangun malam tadi? Aku dah macam apa, langkah langkah badan korang, himpit korang, siap menyempit kat tengah tengah lagi”.

Budak budak tu blur kejap, dan salah seorang menjawab, “kau jangan macam macam Rin, malam tadi kau tidur awal. Kami semua tak balik khemah. Kitorang tidur dekat khemah besar dengan abang abang sukarelawan”.

Dia sambung lagi, “wei, malam tadi mostly ramai pindah tidur ke khemah besar. Sebab hujan lebat giler, angin tak yah citerlah, kitorang panggil panggil, kau buat bodoh je”. Terus terduduk aku dengar. Apa jadi dekat aku malam tadi. Sapa member 3 orang dalam khemah tu?

Hari terakhir program, ada orang tarik baju aku, perghh awek cun. Dia tanya aku, boleh tak nak pinjam telefon. Nak call family dia, katanya dia tak sihat, nak minta tolong family dia terus ambil dia sesampainya di kolej.

Aku akurkan sahaja, sambil melawak, “tinggalkanlah nombor fon awak sekali dalam fon saya tu, haha”. Dia senyum sahaja. Aku naik bas, sambil mata melilau cari gadis tadi. Tapi tak jumpa jumpa, ‘biarlah mungkin naik bas belakang kot’.

Sesampainya kolej terus aku tertidur sampai lah senja. Ada mesej masuk, ‘Abang, terima kasih pinjamkan fon tadi, saya dah sampai kampung’. Pergh nama awek ni Wawa.

Bermulalah sesi perkenalan aku dengan si Wawa ni, gadis bertubuh kecil, kulit sawo matang, memang betul betul citarasa aku lah, haha. Tapi si Wawa ni ada pelik sikit, dia tak nak bagitahu dia kelas apa, kos apa. Yang aku tahu, dia batch sama dengan aku.

Bila siang, aku tak pernah lah nak nampak dia dekat falkulti aku ni. Aku mesej pon mesti dia reply malam. Aku nak citer something, tapi macam ada unsur dewasa, tapi aku cuba filter sikit.

Ada satu malam, Wawa telefon, dia menangis. Aku cuba pujuk dan tanya kenapa dia menangis. Dia tak nak bagitahu, dia kata dia nak aku dekat dia, baru dia cerita. Aku rasa macam tak sedap hati, sebab dia ajak jumpa dekat padang permainan area tapak perkburan dalam kolej aku jugak.

Universiti aku ni jauh di utara nun, kalau korang kat sini perasan ada satu kolej kediaman yang dalam tu, ada tapak perkburan, haha. Hanya orang yang belajar sana jelah tahu.

Okay, aku iyekan sahaja. Sesampainya aku di sana, aku ternampak dia duduk di bangku, betul betul menghadap kbur. Aku sedikit pon tak syak apa apa, aku duduk sebelah dia. Bau wangi lain macam tau, bau tu macam menaikkan keghairhan kau, haaa. Aduh, maaf ya, aku bukan cerita bukan bukan ni, cuma aku nak korang faham situasi aku.

Dia lentok badan ke bahu aku. Dan tiba tiba aku tenung wajah dia. Aku terus melompat ke belakang, eh Maya!

Mana Wawa? Kenapa Wawa boleh jadi Maya? Dia gelak dan terus terbang ke kawasan kbur dan terus meluncur ke kawasan hutan belakang kolej, haa ambik kau, mtilanak. Terkejut mengalahkan beruk aku, terus berlari aku ke blok lelaki, dan terus menyalakan sebatang rkok, sambil sandar di tangga.

Tingg! Handset aku berbunyi, ada mesej dari Wawa, “Kau Jangan ingat aku dah lupa apa kau pernah buat dekat aku dulu? Masa kau nak tiba, cuba kau cari kawan kawan kau yang rgol aku dulu, mana mereka? Kau memang dasar jantan pentingkan diri!”.

Aku reply, “Maafkan aku, sememangnya aku bersalah sebab meninggalkan kau Maya. Tapi aku dah banyak kali nasihat supaya kau tak ikut kami, kami jahat, engkau degil”. Aku bakar rkok sebatang lagi, menunggu dia reply. Tengah syok sedut, ambik kau tersedak asap rkok aku, Maya muncul depan aku. Tapi muka membelakangi aku. Dari susuk tubuh aku kenal ini Maya.

Antara nak lari atau tak, aku pilih untuk selesaikan perkara ni. Tak sangka mana datang keberanian aku, aku tanya Maya,

“Maya, tolong hentikan perbuatan syirik ini, aku tahu kau ada hantar benda untuk kacau aku. Aku tahu kau nak aku mti, tapi tolong sampaikan dekat tuan kau (Maya), aku sedia terima dia kembali jika dia sudi maafkan aku”.

Perghh aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh cakap macam tu. Benda tu menangis je. Tiba tiba dia bersuara, “aku nakkan kau mti, macam Fahmi’. Terdiam aku, apa kaitan pulak dengan Fahmi? Rkok aku terjatuh. Bila aku kutip, aku pandang kembali, dia dah hilang. Menggigil aku terus demam dekat tiga hari.

Untuk Part 2, klik link dibawah :

Aku nekad cari ‘Maya’. Apabila pintu dikuak aku terkedu dan TERUS melutut. Mulut ustaz terkumat kamit bacakan sesuatu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *