Uncategorized

“Dia dilaknat, sbb itu x da anak lg” Suami bekas banduan, dihina ahli neraka. Lps Setahun berkhawin ini terjadi pd kami.

Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Nama aku Nur.

Dah berkahwin. Aku nak share pengalaman aku berkahwin dengan seorang yang punya masa silam. Ya, aku berkahwin dengan seorang bekas bnduan. Aku kenal dia masa kitaorang kerja di tempat yang sama.

Dan dia dah bagitahu awal² ‘siapa’ dia yang sebenarnya. Masa aku kenal dia, dia dah kembali ke pangkal jalan. Dalam pemerhatian aku, Dia seorang yang jaga solat.

Dia juga sangat² menghormati mak dia. sebelum kitaorang serius, dia ada ingatkan, aku ne tak takut ke kalau² dia buat silap yang sama pada masa hadapan? Aku masa tu, terfikir juga.

Kalau aku dah kahwin dengan dia, aku tak boleh paatah balik dah masa tu. Tapi masa depan kita tak dapat nak ramal. Aku ambil keputusan nak kahwin dengan dia walaupun dia punya masa silam.

Aku kahwin dengan dia yang sekarang. bukan dengan dia di masa lalu. Dia istiqamah dalam beribadah. Aku yakin dia boleh bimbing aku. Masa kitaorang masih dalam sesi berkawan tu, banyak la tentangan hebat yang aku dapat selepas family aku tau tentang masa silam dia.

Terutamanya mak aku. yelah, mak mana tak sayang anak kan? Aku cuba yakinkan mak aku yang dia dah berubah. Tapi gagal.

Macam² mak aku buat supaya aku tinggalkan dia. Tapi tulah, kalau dah jodoh, dihalang macam mana pun tetap bersatu juga. Sampaikan hari² penting aku tunang dan kahwin, mak aku tarik muka dengan aku. Aku rasa skitnya tak dapat restu dari mak aku.

Lepas kahwin, aku ikut suami. kitaorang berhijrah jauh dari kampung. Masa tu lama jugaklah tak jumpa dengan mak. berhubung sekadar chat tanya khabar macam tu je. Suami faham dia bukan menantu pilihan. Aku minta suami bagi mak ruang dan masa untuk terima dia.

Selepas setahun kitaorang kahwin, alhamdulilah nampak perubahan dari mak aku. Mak aku mula terima dia sebagai menantu walaupun tak akrab mana tapi aku yakin, mak aku dah boleh terima dia. Alhamdulillah syukur ya Allah. Allah dah makbulkan doa² kami suami isteri.

Aku ingat tentangan daripada mak tulah ujian paling besar aku berkahwin dengan suami. Rupanya ada lagi yang lebih besar.

Sebelum kahwin, family suami semua okay. Restu aku dengan suami. Tapi selepas kahwin, masingmasing tunjuk ‘belang’. Awal perkahwinan, adik suami buka cerita macam² tentang suami masa bujang.

Cerita tentang aib suami. Sampaikan adik suami tu terlepas cakap dengan aku, “kalau aku jadi kau, lama dah aku tinggalkan dia. Buat apa nak stay dengan orang macam tu?” Aku masa tu hanya mampu senyum.

Aku terfikir, dia nak kami bercrai ke? Aku yang dah sedia maklum dengan suami yang dulu, buat endah tak endah je dengan cerita dia walaupun menyakitkan. Tapi lama kelamaan aku dapat tahu yang adik suami tu ada dndam lama kat suami.

Dia sangat² benci dengan kisah silam suami yang bagi dia dah calarkan maruah keluarga. Dia tak nak tengok suami bahagia. Sebab tu dia cuba hasut aku supaya aku tinggalkan abang dia. Sampai sekarang dia masih cuba ‘cucuk’ jrum.

Tak cukup dengan adik ipar. aku diuji lagi sekali oleh bapa mertua. Bapa mertua sangat² memegang kisah silam suami. Bila suami tegur bapa mertua, bapa mertua akan balas dengan kisah silam suami.

Bapa mertua cakap suami tak layak nak tegur dia. Sampaikan kadang² tu, bapa mertua tak mengaku suami tu anak dia. Allahu. Suami tegur bab agama, bapa mertua kata tak layak.

Bapa mertua cakap suami tu penagih, peminum ar4k. Tak layak bercakap pasal agama dengan dia, ahli ner4ka, tak layak masuk syurga. Allahu. Aku tahu suami kecewa. Suami selalu meluah, dia risau kata² bapa mertua tu jadi 1 doa untuk dia. Aku sebagai isteri ne, terluuka juga.

Bapa mertua akan cakap macam tu bila suami tegur kesalahan bapa mertua. Terutama bab agama. Sebagai anak, takkan suami nak biar bapa mertua terus terusan buat perkara bid’ah.

Tapi bila suami tegur walaupun dengan cara baik, bapa mertua tetap akan lawan. Lawan dengan masa silam suami.

Sehingga selalu jadi pertengkaran dua beranak. Aku sebagai isteri cuma mampu cakap kat suami, sabar je. Ne ujian kita. Walau macam mana pun, dia tetap bapa.

Aku pula kadang² tu rasa macam hiilang rasa hormat kat bapa mertua. Bapa mertua slumber sumpah seranah suami. Aku paling skit bila bapa mertua nak sangat suami masuk pnjara lagi. Allahu.

Aku nak kata apa pun tak boleh. Aku tahu suami tegur sebab apa. Walaupun pun penerimaan bapa mertua tu tak seindah yang diharapkan.

Perkahwinan kitaorang masih baru. Belum dikurniakan anak. Dan oleh sebab kisah silam suami tu, adik ipar lain pula cakap suami dilaknat Allah takde anak sebab suami dulu penjenayah. Menangis rasa hati dengar suami dihina sedemikian rupa.

Hanya sebahagian ipar² aku yang bersyukur dengan perubahan suami. Alhamdulillah. Aku tahu benda ini akan aku lalui sepanjang bersama dengan suami.

Masa ini dan akan datang. Aku tak pernah putus berdoa supaya aku dan suami dipermudahkan segalanya. Aku hanya insan biasa. Begitu juga suami. Aku tak cakap suami selepas berubah dia dah tak buat silap.

Tapi silap suami sekarang tak sebesar silap dia yang dulu. Bapa mertua, ipar² semua macam tu sebab bagi diaorang, darjat suami cuma bawah tapak kaki. Tak layak untuk dihormaati.

Aku tahu kisah silam suami yang suami dah tinggalkan satu masa dulu, akan jadi bayang² di masa sekarang dan akan datang.

Korang doakan kami suami isteri dipermudahkan segala urusan ye. Dikurniakan zuriat yang soleh solehah. Semoga kami sama² kuat hadap semua ujian hidup ne. Semoga hati kami tak pernah berpaling dari Dia.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah ini, apa reaksi warganet

Mat Jat, Tak phm aku dgn spesies yg mencela org lain ni. Allah tutup aib kita, sbb tu kita ni rasa bagus je hina bekas bnduan. Bukannya dia buat balik kesilapan lalu, dia dh terima nasib pun..Bila nak berubah, dikecam pula.

Sedih, nak² plak dari keluarga sndiri x support. Sdgkn org tu dh pun menyesal dgn perbuatan dia. Moga tt dgn suami tabah harungi hari2 mendatang.

Nur Zarith, Klu kamu bole jauhkn diri dr mak aku, xkn xbole jauhkn diri kamu n suami dr fmily mertua? Bg masing2 ruang. Tkot2 asik kene sumpah seranah tkot suami down n die akn pth blk ke kisah silam die.

Fmily mertua tu toksik. Bkn erti bwk diri tu nk putus silaturrahim… tp utk kebaikan… n lastnye support suami tanpa putus asa n doa bebyk.

Nur Eika, lama2 nt dorg sedar la suami awak dh berubah…kalau mat gian ddah ke ketum ke apa cmni semua org meluat n benci, lagi2 keluarga…kalau dia dr remaja dh perangai teruk mcm2 keluarga lalui, dgn mengmuk nk duit,

mencuuri, mgancam nywa, bkasar dgn keluarga, maaki hamun ke apa dorg hadap hari2…mak pak adik beradik doa m4ti ja kena pijak lori dll tu biasa…

emosi keluarga kt bekas2 org cmni sgt2 la rapuh, dah serik xpcaya dll….sabar byk2, kalau dh lama nanti n suami awak pon dh xbuat hal lama betul2 berubah mesti dorg boleh terima jgk nanti.

Zul Iman, Ni dugaan orang yg nk dan dh bertaubat/berubah dan ujian utk keluarga dia yg dulu terpalit sekali dgn kesan perbuatan suami puan dan kini ujian penerimaan dan kepercayaan bg mereka dan sy rasa ada mcm tksid sikap famili itu sendiri.

dan ujian puan dan keluarga puan dalam menjadi orang kanan memastikan suami puan tidak terjatuh melencong ke masa lalu nya..istiqomah la puan..dgn kasih sayang puan.

Sara Anis, Sabar bnyk2, pegang kata2 ni, orang yg dahulunya jahat bila dia berubah menjadi baik, dia akan jd lagi baik dari golongan yang berserban dn berjubah, sokong suami tu walau mcmna skali pun, ingtkan dia kalau dia ada silap, jgn putus asa dngn dia,

xde salahnya pun isteri bimbing suami ke arah kebaikan, jgn pedulikan mulut orng even family, apa yang baik kluar dari dyeorng terima,

yg x baik x perlu terima pun, jgn terlalu fikir apa yg orng ckp smpai jd punca masalah suami isteri, semoga terus kekal bersama hingga akhir hayat.

Nur Azena, teringin sangat nak mempunyai suami mcm sis…. kerana bila sampai satu tahap hamba Allah benar2 kembali kpd Allah semula…. percaya lah…. mereka insan yg sangat2 merendah diri…..

tidak smbong malah eg0 mereka setinggi langit telah tunduk n jatuh kebumi…. sis bertuah…. doakan hati sis n suami tidak berbolak balik….. tetapkan iman…. mohon Allah jgn pesongkan kembalikan kejalan yg salah…. aminnnn

Halijah Selamat, Bertabahlah puan,x ada manusia yg dilahirkan sempurna masing2 ada kisah silam masing2 x kiralah yg manis yg pahit, Alhamdullilah suami puan telah berubah,mudah2an apa yg terjadi dulu dijadikan tauladan,

jadi jahat sekelip mata tetapi utk menjadi baik bertahun lamanya,anggaplah cakap2 nagetif tu sebagai ujian,In Syaa Allah orang yg sabar Allah sayang,jgn lupa berdoa setiap kali selepas solat minta Allah tetapkan iman sabar menempuh ujian,

kalau boleh biarlah puan dan suami pindah jauh dari keluarga binalah hidup baru ditempat yg puan rasa aman ,tetapi puan perlu ingat tanggong jawab anak lelaki kepada kedua ibubapa sampai mereka menutup mata,

kadang2 sebagai ibu dan bapa mereka hanya menuding jari pada anak atas kesalahan yg anak lakukan tetapi sebenarnya mak bapak jugalah yg mencorakkan masa depan anak2

apa yg ibu bapa buat menjadi contoh pada anak2…..jadilah ibu dan bapa yg soleh & solehah selepas puan punya anak nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *