Uncategorized

Dulu susah skrg dh senang. Terkejut tiba2 dtg rombongn dr kmpg. Rupanya ada calon isteri ke2 utk aku. Terima kasih isteri syurgaku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalammualaikum admin, terima kasih kerana siarkan confession ini

Aku tak ada tempat nak luahkan perasaan. Jadi aku pilih page ini sebagai medium untuk aku luahkan rasa hati aku. Confession ini berkisarkan perjalanan pahit getir aku dari kecil sampai dewasa.

Aku Cuma nak luahkan rasa syukur aku kerana mempunyai isteri yang setia bersama aku ketika aku susah senang. Kenalkan nama aku zam. Berumur 32 tahun , mempunyai seorang isteri yang penyayang dan dua orang putera yang comel. Aku bongsu daripada 8 adik beradik.

Ayah aku mennggal ketika aku berumur 4 tahun lagi. Teringat dulu masa pendaftaran di tadika, kakak aku yang menghantar aku untuk daftar di tadika. Saat tuh rase pilu sangat melihat kanak-kanak yang lain semuanya ditemani ibu bapa pada hari pendaftaran. Aku rindu ayah,tapi tak mampu berbuat apa- apa.

Aku Cuma anak kampung, rumah kami sekeluarga pon daif. Selepas ayah mennggal, ibu lah bertungkus lumus kerja siang dan malam untuk sara aku. Setakat h1naan dan ejekan dari teman – teman terhadap aku yang miskin h1na ni apalah sangat. Aku sudah biasa membesar dengan h1naan orang kampung. Pada umur 16 tahun, tuhan uji aku sekali lagi.

Kali ini ibu aku pulak jatuh s4kit. Dia tak mampu lagi nak bekerja sara hidup kami berdua. Kakak dan abang aku? Mereka semua sudah berkahwin dan beranak pinak, mereka jarang ambil tahu tentang aku dan ibu. Aku yang bongsu ini lah yang perlu kuat untuk jaga ibu. Tapi tak apa, untuk ibu yang aku sayang, aku sanggup.

Bila ibu mula jatuh s4kit dan tidak dapat bekerja, aku terpaksa bekerja part time pada sebelah malam untuk tampung perbelanjaan sekolah aku, Lagipun, aku nak belikan ubat untuk ibu supaya die cepat sembuh. Tapi akhirnya satu malam tuh ,aku tewas. Ketika itu aku lagi 3 bulan nak SPM. Ibu makin tenat.

Duit belanja aku pon makin kurang. Aku tak boleh fokus antara belajar dan kerja part time. Aku buat keputusan untuk ambil ddah sebab terlampau str3ss. Aku juga jadi penged4r untuk dapat duit pocket aku. Ya aku h1na, kalian m4ki h1na lah aku. Tak apa, aku sudah biase dih1na.

Dengan duit yang ade hasil aku mengedar tuh, aku beli motosikal baru untuk mudahkan aku beli ubat ibu, makanan ibu dan berulang alik dari hospital. Dengan hasil duit mengedar jugak, aku belikan ibu ubat yang bagus2, aku nak ibu cepat sembuh, Aku takut hilang ibu. Aku ade ibu jek dalam dunia ini.

Lepas habis SPM, Aku sambung pulak STPM. Walaupun aku ni jahat, tuhan permudahkan urusan pembelajaran aku. Pointer aku agak baik ketika tingkatan enam, jadi aku dapat tawaran masuk IPTA. Berbalik pada perangai aku yang menged4r ddah tadi, abang ngah aku dapat hidu kegiatan aku.

Dia mula memberitahu perihal aku pada abang akak aku yang lain. Mereka mula marahkan aku dan merayu supaya aku berhenti jadi penged4r. Abang akak aku yang lain juga mula bergilir gilir jaga mak aku yang sakit. Mereka mula ambil berat akan aku dan tidak kedekut untuk berikan aku duit pocket. Aku?

aku mula bersemangat untuk sambung belajar dan berhenti terus daripada menjadi penged4r ddah. Aku pon dah berhenti daripada ambil barang h4ram tersebut. Kehidupan di universiti turut menguji aku. Aku tak layak dapat pinjaman PTPTN. Jadi di sini aku kene struggle lagi untuk habiskan ijazah aku.

Laptop pon aku tak ade, jadi aku perlu ke library pada waktu malam atau cuti untuk siapkan kerja aku. Waktu malam aku kerja part time untuk dapat duit pocket. Cuti semester pon aku kerja untuk carik duit. Aku kurang masa dengan family aku. Cuma hujung minggu kalau ade waktu, aku curik2 balik kampong nak jaga mak aku.

Aku pekakkan telinga kalau ade suara2 yang mengata aku. Ya, aku sedar, aku ni tak berduit seperti rakan2 yang lain. Makan pon cuma lempeng sebab nak jimat duit. Beli tepung, masak sendiri kat rumah sewa. Berat aku masa belajar dulu 46kg dengan tinggi 168cm. hahaha, betapa lidinya aku dulu.

Awek? Mana ade awek nak kat aku. Dahlah kering, poket pon kering kan. Aku pergi kelas pakai selipar jek. baju berkolar pon tak banyak. Memang selekeh. Tapi tuh lah aku. Aku jadi diri sendiri. Aku memang miskin. Ujian bertimpa pada diri aku ketika aku sedang menghadapi final exam semester 4.

Ibu aku yang s4kit tenat akhirnya mennggal dunia. Aku bergegas pulang ke kampung dan mengambil keputusan untuk menangguhkan exam aku. Sayu rasanya melihat tubuh kaku ibu yang telah siap dik4fan. Cuma lagi beberapa hari lagi nak masuk bulan Syawal. Aku raya sebagai yatim piatu tahun tersebut.

Bila ibu dah mennggal, abang dan akak jarang balik rumah ibu. Aku? tinggal aku lah sorang2 dekat rumah usang tuh. Sunyi dan suram rumah tuh tanpa keluarga. Bertambah tambah pedih dan pilu hati aku ni. Sampai lah satu masa aku kenal dengan gadis yang bernama jue (sekarang ni isteri aku). Kami kenal di tempat kerja aku.

Mula2 kawan jek, tapi lama2 kami jadi rapat dan mula bercinta. Jue terima aku seadanya walaupon kami ni beza macam langit dan bumi. Aku pernah berterus terang yang pernah jadi penged4r sebab atas masalah wang, Jue terima aku seadanya dengan syarat aku tak jadi penged4r lagi dan kene mula cari kerja yang halal.

Terharunya aku. Jue anak orang berada dan duduk berlainan negeri dengan aku. Kami cuma berhubung melalui s0cial media sahaja. Kalau ade duit lebih, aku turun tempat jue, dan kami jumpe. Kalau jumpe jue pon aku cuma pakai selipa dan seluar slack jek. Duit pon kongsi2 time dating. Kami cuma berjumpa 2 kali setahun atas faktor jarak dan duit.

Kalau ade duit lebih baru aku belikan die hadiah. Jue tak pernah meminta minta. Kesian jue dapat pakwe sengkek macam aku kan. Dahlah jahat, miskin lak tuh. Satu hari tuh moto aku rosak, ade assignment lak kene hantar. Due date sangat dekat. Aku mula gelabah. Aku pergi kelas pon jalan kaki.

Nak tumpang kawan? Mana ade orang nak kawan dengan aku yang tak berduit dan selekeh ni. Pergi library computer semua penuh budak2 ni buat main fb, tengok utube. Nak pinjam laptop budak2 rumah sewa semua sibok main dota kat laptop. Mana nak layan aku. Akhirnya aku mintak tolong Jue, Memandangkan kami jauh, jadi kami cuma mampu video call saja.

Jue tolong siapkan assignment aku yang berbaki lagi 30% tuh. Jue type kan assignment aku guna laptop die semasa kami video call. Lepas dah settle assignment tuh, akhirnya aku boleh hantar assignment tersebut dengan tenang. Sejak tuh aku sedar, Jue jek ade dengan aku masa aku susah selain family aku sendiri.

Jue grad lebih awal daripada aku sebab die memang budak pandai. Oh ya, jue ni minat niaga. Lepas die dapat kerja, die mula kumpul modal untuk niaga. Makin lama makin banyak untung nya. Jue mula ajak aku berniaga sama. Aku pon tolong Jue niaga. Bila untung makin bertambah, kami kumpul duit sama sama untuk bukak kedai.

Dalam tempoh tiga bulan, sale kami hampir 20 ribu. Alhamdulillah semangat sangat mase tuh. Lepas rezeki niaga mencurah2 tuh kami pon mula merancang perkahwinan kami. Alhamdulillah tuhan permudahkan usaha kami nak bina masjid, untuk tempoh tiga bulan seterusnya, sale kami meningkat ke 80 ribu.

Kami beli kereta second hand secara tunai dan duit lebihnya kami gunakan untuk buat rumah kami. Selepas kawin, sementara kami menunggu untuk rumah siap,kami duduk di kedai kami dulu. Berkat sabar menunggu sehingga enam bulan, akhirnya rumah pertama kami pon siap. Rumah tersebut siap pon hasil duit niaga kami. Alhamdulillah.

Oh ya, lepas tiga bulan pertama kawin dengan Jue, berat aku naik 10kg. Daripada 46kg sampailah 56kg. Dan sekarang berat terkini 65kg haha. Berisi aku. Tuh semua sebab bini aku pandai masak. Hari2 die masak untuk aku tak nak bagi aku lapar macam bujang2 dulu. Bila dah kawin ni, aku mula rase seronok sebab ade orang yang jaga makan pakai aku.

Yerlah, aku last makan sedap2 masa umur aku 15 tahun. Lepas mak aku terlantar, aku tak merasa lagi air tangan ibu. Keluarga mentua pon layan aku baik2. Mereka layan aku seperti anak sendiri. Sedikit sebanyak terubat rindu aku dekat aruwah ibu dan ayah. Selepas setahun usia perkahwinan kami, Jue hamil, Gembira betul aku mase tuh.

Nak jadi ayah kan. Betullah orang kata, rezeki anak ade dalam perkahwinan. Selepas anak pertama kami lahir, perniagaan kami makin maju dan kami telah bukak cawangan dua kedai kami di daerah lain. Bila untung makin banyak, aku renovate rumah aku sikit2 sampai jadi bertambah besar dan cantik.

Aku belikan kereta untuk bini aku. Aku juga carikkan pembantu rumah untuk isteri aku untuk ringankan beban die buat kerja rumah. Setiap bulan kalau aku ke luar negara untuk uruskan perniagaan aku, aku tak lupa belikan hadiah untuk isteri aku.

Itu sebagai upah dan tanda terima kasih kerana ade dengan aku masa susah dan senang. Perempuan diuji ketika lelaki tiada apa apa. Lelaki pula diuji ketika memiliki segalanya. Pernah dengar ungkapan tersebut?

Ya, aku kini diuji dengan kedatangan perempuan2 yang lebih cantik dan muda daripada bini aku bila aku dah mula berharta. Minggu lepas rumah kami didatangi pakcik kampung aku yang berumur 50-an

bertujuan untuk meminangkan anak perempuan die sebagai isteri nombor 2 aku. Alasan pakcik tersebut adalah, anak perempuan die janda, aku berduit dan mampu membela nasib janda tersebut.

Tapi aku menolak dengan baik sebab aku pon tak berapa gemar akan perbuatan p0ligami. Aku tak b0doh. Aku kenal mana perempuan yang kutip aku masa aku kene buang macam sampah dulu.

Aku pon kenal perempuan mana yang h1na aku masa aku miskin susah dulu. Inshaallah aku tak lupa isteri aku yang berusah senang dengan aku daripada zaman kami bujang sampai lah sekarang.

Setiap malam aku doa pada tuhan semoga die rahmati perkahwinan kami. Aku sayang sangat bini aku. Aku dah tak ada siapa2 selain bini aku dan anak aku di dunia ini. Tiap malam juga aku doakan semoga tuhan rahmati dan lindungi isteri aku.

Tiap malam jugak aku lapangkan hati dan fikiran untuk maafkan bini aku agar dia tidur dalam keredhaan –Nya. Untuk Jue, terima kasih kerana memilih bekas pen4gih ini sebagai suami mu.

Terima kasih percaya dekat abang untuk buktikan abang mampu bahagiakan keluarga kecil kita. Untuk keluarga mentua, terima kasih terima diri ini sebagai menantu di saat aku tak punya apa apa. Insha allah saya akan jaga puteri mak abah dengan sebaik mungkin.

Korang doakan aku bahagia denga bini aku ya. Jangan lupa doakan anak2 aku jugak jadi anak yang baik, jangan jadi penagih macam aku. Aku doakan yang baik2 jugak untuk kalian. Terima kasih. – ZAM

Reaksi warganet

Ikeen AB – Isteri yg baik dan dimurahkan rezeki yg melimpah ruah adalah rezeki yg Allah kurniakan kpd orang yg berbakti kpd org tuanya. Setiap perbuatan baik atau jahat pasti ada balasannya. Kisah ini boleh jd motivasi kpd org lain. Anak yg baik pasti diakhiri dgn kebaikan. Insya Allah. Semoga tuhan tetapkan hatimu dik bersama isteri bahagia hingga ke jannah. Amiiin.

Mahanimhara ahmad – One word saudara. Alhamdulillah. U know well who are stay with you trough thick and thin. Bahagiakan isteri saudara. Percayalah wanita yg terima lelaki dr kosong ni dia mmg syg setulus hati. Dia cuma nak kesetiaan dan perhatian.

Jgn hancurkan hati dia dengan duakan dia… Terima kasih sbb berjaya jadi suami yang baik. Moga Allah terus pelihara anda sekeluarga. InsyaAllah.

Rohaya aya – Alhamdulillah…doa saya agar saudara sentiasa tabah dan kuat utk melawan dugaan2 di luar sana..al maklum dh senang ni ramai aje yg pandang.perempuan ni encik, dia x kisah sesusah mana suaminya.. asalkan jgn dua kan dia dgn perempuan lain..tu aje nk ckp..semoga berbahagia..saudara.amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *