Uncategorized

Risaukan mertua di kg, suami bawa tinggal sekali. Akhirnya, aku umpama menumpang di rumah sendiri

Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku Awan, berumur akhir 20an dan baru baru ini disahkan menghidapi tekanan perasaan yang teruk. Macam mana aku dapat “benda” ni?. Aku akan ceritakan seringkas dan semudah yang boleh untuk difahami.

Semua bermula dengan PKP 2.0. Mertua aku diajak suami aku tinggal bersama kerana tak boleh merentas negeri. Mertua aku sudah kemtian suami dan suami aku adalah anak tunggal nya.

Pada mula nya aku okey saja sebab aku pun tak risau kalau demam sakit nya datang, sekurangnya kami boleh bawa dia ke klinik atau hospital. Maklumlah, orang berusia selalu saja tidak sihat. Untuk memudahkan pembaca, aku kongsikan poin poin utama punca tekanan perasaan yang aku hadapi dibawah.

1. Aku dan suami memang freelancer. Jadi memang dari dulu lagi kami WFH sambil jaga dua orang anak kami yang berusia 5 tahun dan 10 bulan.

Bekerja dari rumah sangat memenatkan lagi lagi kalau sambil menjaga anak. Jadi selalu nya makanan untuk sarapan, tengah hari dan makan malam kami akan beli atau masak simple saja asalkan perut tak berbunyi.

Tapi sejak mertua aku datang, hidup aku berubah 360 darjah. Hari hari ibu mertua aku akan suruh aku masak untuk sarapan, tengahari dan malam. Pagi harus makanan yang berat dan wajib ada sekurangnya 1 jenis kuih. Tengahari dan malam, lauk harus yang berbeza.

2. Mertua aku akan perlekehkan aku asyik menghadap handphone dan PC. Sedangkan memang kerja aku memang menggunakan handphone dan PC.

Bila ada saudara mara telefon, dia akan canang cakap, “menantu kak mah ada je ni menghadap handphone dari tadi”. Dia tak tau kalau aku tak hadap handphone dan PC ni maka kebulurlah kami anak beranak.

Sehabis mungkin aku cuba berborak ambil hati dia sambil buat kerja tapi dia yang selalu tak mahu berborak dengan aku.

3. Suami aku pula setakat ni ok, membantu juga tapi mertua aku akan bising kata yang semua kerja tu sepatutnya isteri yang buat, bukan suami. Jadi sebab malas nak dengar yang tak sedap aku mengalah dan pikul. Semua benda

Tipikal Melayu semua diserah pada perempuan sedangkan zaman sekarang ni isteri turut sama membanting tulang cari rezeki. Jadi apa salahnya kalau bekerjasama dalam hal rumah tangga juga?

Aku penat fizikal dan mental dengan melayan anak, melayan mertua dan melayan pelanggan aku.

4. Cara aku memasak, cara aku potong ikan, cara aku masak nasi semua salah di mata dia. Sedangkan suami aku ok saja dan kata sedap.

Pernah beberapa kali lauk yang aku masak dia buang dalam tong sampah sebab tak sedap. Bukan makanan manusia katanya.

5. Kain baju kami anak beranak selalu aku basuh 2 atau 3 hari sekali untuk jimatkan masa aku. Tapi hari hari dia akan bising supaya aku basuh baju hari hari.

Sehinggakan aku tak ada masa untuk buat kerja aku kerana terlalu sibuk buat kerja rumah dan menjaga hati dia.

6. untuk ke rumah ibu aku seminggu sekali pada hujung minggu yang jarak nya 15 minit perjalanan menaiki kereta pun dia perlekehkan.

“Orang dulu dulu tau beradab kalau ada mertua datang rumah. Tak ada nya nak keluar ke sana sini.” Itu yang diulang ulang setiap minggu. Jadi tak kan selama dia di rumah kami aku perlu abaikan ibu bapa aku?

Selagi merentas negeri tidak dibenarkan jadi aku tak boleh berjumpa ibu bapa aku yang jarak rumah nya sekangkang kera dari rumah aku?

7. Kalau suami aku ada dia akan cakap pada suami aku yang aku jenis isteri tak boleh harap. Menyesal kahwinkan anak nya dengan aku. Aku sendiri dengar dari mulutnya dan suami aku sendiri ada ceritakan.

Macam macam perkara dia adukan pada suami aku tapi semua suami aku tak pedulikan sebab dia sendiri tahu perangai ibunya. Aku dan suami aku memang selalu berkongsi masalah dan suami aku sendiri mengaku yang dia tertekan sejak ibunya ke rumah kami.

Pernah sekali dia ternaik suara pada ibunya sebab ibunya bdohkan aku dan ibunya merajuk 3 hari tak bercakap dan mogok lapar.

Akhirnya aku dan suami mengalah dan minta maaf. Hanya memikirkan dia orang tua yang entah berapa lama lagi ada di dunia ni dan malas untuk panjangkan pertelingkahan.

Aku faham, dia risau kalau ibunya sorang di kampung. Walaupun rumah rumah jiran yang merupakan saudara mara nya sendiri ada berdekatan rumah nya. Aku sendiri pada mula nya tak kisah jika ibu duduk dengan kami.

Tapi akhirnya, aku di rumah aku sendiri tapi aku rasa seperti menumpang. Semua apa yang kami nak buat, nak makan WAJIB minta kebenaran dia. Racun yang aku telan semakin lama semakin menghakis jiwa dan logik akal aku.

Aku mula termenung. Mula tak bercakap, mula tidak pedulikan keliling aku termasuk anak anak. Susu aku drop sampaikan anak aku yang kecil terpaksa minum susu tepung.

Apa yang mertua aku cakap tak lagi masuk ke telinga aku sampai dia canang pada jiran keliling rumah aku yang aku menantu yang tak suka kan mertua. Aku rasa kosong. Aku rasa tak dihargai dan dalam otak aku cuma fikirkan untuk bnuh diri.

Aku tak mampu lagi kawal perasaan aku. Aku tak mampu lagi jaga jiwa aku. Suami aku sedar akan perubahan aku dan segera menenangkan aku. Aku tau dia rasa bersalah. Ditelan mti mak, Diluah mti isteri.

Sikit pun aku tak salahkan dia sebab aku tau di mana syurga nya. Sebaik mungkin. Aku cuba jaga syurga itu tapi sesungguhnya aku tak mampu.

Semakin lama aku semakin teruk tidak terurus. Dan setelah suami aku berbincang dengan aku, dia mengizinkan aku pulang ke rumah ibu dan duduk selama mana aku mahu sehingga aku betul betul tenang.

Alhamdulillah sekarang keadaan aku beransur pulih. Sudah genap seminggu aku di rumah ibu. Hari hari suami aku akan call dan video call. Dua tiga hari sekali akan datang tengok aku dan anak anak.

Mak mertua aku? Hari hari akan meroyan kata aku isteri yang tak elok, menantu yang derhaka tak beradab. Suami aku kata kan pada aku yang aku tak perlu pedulikan ibu nya. Biarkan ibunya begitu sendiri.

Semua yang berlaku suami aku sendiri ceritakan pada ibu bapa aku. Alhamdulillah ibu bapa aku bukan jenis yang menyimbah minyak pada api sebaliknya mereka banyak menasihatkan aku dan suami supaya bersabar.

Sehabis mungkin mereka tidak mahu masuk campur hal urusan rumah tangga anak anak. Sangat berbeza dengan mertua aku dan itu diakui suami aku sendiri.

Walaupun kami 8 adik beradik tapi masing masing tak pernah nak masuk campur urusan rumah tangga adik beradik yang lain.

Benarlah kata orang. Dekat bau tahi, jauh bau wangi. Tolong lah cepat cepat tamat PKP. Aku dah tak sanggup lagi telan racun di rumah sendiri..

Reaksi Warganet

Nur Abdullah –
Ramai sebenarnya mertua yang macamtu. Nak menantu sempurna dimata dia tapi dia sendiri ke laut. Anak pompuan dia pun bangun dah tengahari, masak tak reti tapi sibuk cerita buruk pasal anak orang.

Harap dah jadi mertua nanti saya boleh terima menantu macam anak sendiri dan menantu boleh terima saya macam mak dia.. Aamiin

Kloe Kloey –
Dulu ada kawan saya cakap mak mentua dia macamnilah. Tapi suami dia baik je orgnya. Jadi, tau ape yang dia buat? Dia buat betul betul yang macam mak mentua dia bising tu.

Contohnya, elok elok dekat rumah dia sendiri, dia yang masak hidang dekat suami, tp bila ada mak mentua dia suh laki dia masak, takpun beli. Siap mop rumah, lipat kain, buat susu anak semua lakinya buat depan mak sendiri, huhu.

Dia tak menjawap ke apa, dia cuma tolong jadikan imaginasi mak dia tu realiti haha.

Kadang sis, kena jadi rebellious juga. Satu lagi kena jadi poyo dan jadi diri sendiri. Biar dia merana sakit hati sendiri. Be yourself la takyah pedulik.

Lyana Aziz –
Mak saya dulu kena macam ni. Datang nenek mertua tinggal sekali, tuudiaaaa. Macam macam dia komplen dekat bapak saya. Tapi mak say buat bodo ja. Hang kata apa aku tak peduli.

Tapi betul la orang tua2 ni, dia nak kita masak makan pagi tengahari petang malam. Dia tak peduli kita kerja ke bz ka. Makan dia nak on time. Mak saya dulu kena belajar buat kuih untuk makan petang.

Saya pun pernah tinggal dengan mentua. Bab makan tu memang lah. Tapi saya jenis keras dan ikut kepala sendiri. Kalau sempat aku masak. Tak sempat aku beli. Kalau rajin mengomel itu ini saya akan suruh dia buat sendiri apa yang dia nak buat.

Memang menguji kesabaran. Orang yang hati dia suci murni baik sabar tahap dewa saja boleh tinggal dengan orang tua2.

Lagi satu orang tua2 ni masih berfikiran kuno. Pompuan kena serve laki. Isteri kena buat semua kerja rumah. Suami? “Dia dah pi kerja cari duit.. Kesiaannnnn… Dia letihhhhhh”. Inilah penyebab konflik bila duduk sekali anak menantu dia tengok cara urus rumah tangga tu lain dari dia.

Nurul Farhana –
Kau iya kan semua dengan nada sarcastic. Lepas tu kau bahagia dik. Huhu

“Mak betol“

“Betul la tu mak”

“Ya Allah mak paling tahu semua. “

“Ya Allah mak, kenapa mak betul sangat ni”.

Ulang hari hari sampai dia muak dengar ko iyakan dia. Nanti die pulak rasa ko giile. Ko buat giile ke dik biar dia takut. Buat cakap sorang sorang dengn dinding ke.

Confirm die tacood dia balik rumah dia balik. Jangan derhaka nanti dose.

Siti Nor –
Ada masanya kita perlu jadi manusia yang hati kering untuk kebaikkn diri sendiri..

Apa yang mak mertua cakap tu pekakkan je telinga, buat je aktiviti anda satu family macam biasa.

Kalau dia burukkan dekat orang luar, kalau ada peluang bagitau je kerjaya anda memang mnggunakn hp dan pc.

Pasal makan tu, kalau tak kena dekat mata dia suruh je dia masak sndiri, dari mmbazir buang rezeki. Penat nak hadap orang macam ni..

Tak perlu tinggikn suara atau apa. Sebaiknya pekakkan je telinga dan buat je apa kita nak di rumah sendiri..

Sumber – Awan (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *