Uncategorized

Tkapai aku bila tahu jwtn dikos0ngkn. Dgn simpanan bkurang. Tp aku yakin pelangi akan tiba.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. “PKP 2.0 akan dilaksanakan berkuat kuasa bla bla bla…”

Ibarat guruh yang berdentum, terduduk aku saat mendengar pengumuman PM yang pernah jadi abah sanjungan rakyat diawal PKP dulu. Aku masuk ke bilik. Buka phone dan scroll fb. Gegak gempita alam maya.

Terasa seolah aku diawan awangan. Apa yang jadi? Sesak nafasku. Aku cuba bertenang. Kupasang earphone, ku putar dua lagu nasyid kegemaranku ini saat aku bersedih. UNIC Seindah Sabar , Mestica, Rahmat Ujian. Sambil ku ulang2 lagu itu sambal airmataku tak henti-henti mengalir.

“Ada waktu kita tak mampu ada waktu kita keliru..kita rebah meratapi nasib… bangkitkan semula harapan kepadaNYa….”

Lirik lagu seolah memujuk hatiku. Ujian ini hanya seketika. Kelak pasti ada hikmahnya. Kau masih bernasib baik Nur!Kau tiada hutang bank setiap bulan yang akan mengejar kau. Kau masih ada simpanan untuk meneruskan hari-hari sekadar cukup untuk bertahan setahun dua.

Kau masih ada tempat berlindung sehari-hari cukup lengkap sempurna. Kau masih ada mak ayah yang masih mampu menanggung hidup kau tanpa merungut walau anaknya masih belum mendapat kerja hebat. Kau patut syukur! Jadi kenapa kau terlalu sedih sangat ni ya Nur??

Imbas kembali. Aku berstatus menganggur saat PKP 1.0 diumumkan. Masih teringat lebarnya senyumanku saat menerima khabar yang aku bakal diserap menjadi pekerja tetap untuk beberapa minggu akan datang waktu itu. Selepas menjalani beberapa siri latihan dengan jayanya.

Saat itu aku sudah mencongak-congak berapakah yang akan aku simpan setiap bulan. Kemanakah gajiku bakal ku belanjakan dan laburkan. Siapakah sahabat2ku yang inginku belanja makan-makan meraikan satu lagi kejayaan peribadi hidupku.

Namun saat PKP diumumkan, posisi itu serta merta dikosongkan. Terkapai aku dan akhirnya jadilah ku penganggur terhormat. Mustahil untuk aku mencari kerja yang sudah sebati dengan jiwaku diwaktu PKP itu kerana sector aku tidak memungkinkan adanya ruang tersebut.

Aku perlu menunggu sehingga keadaan reda dan suasana pulih sehingga aku dipanggil semula bekerja. Ya, Menunggu itulah yang mendebarkan aku. Menunggu sampai bila? Sampai habis duitku k0rek setiap bulan? Maka ku duduk diam2 dirumah, mencuba menjana pendapatan sendiri.

Dapatlah kurang RM200 sebulan huhu. Alhamdulillah cukup2 makan untuk aku yang bujang disamping topap belanja rumah yang ku duduk bersama keluarga dan masih ku mampu hulur sedikit untuk ibu ayahku.BAku tawakkal. Kebetulan KWSP benarkan pengeluaran bulanan.

Walaupun aku hanya mampu keluarkan 3 bulan sahaja, haha. Aku benar2 yakinkan hatiku ada rezki untukku kemudian hari nanti. Mungkin ini masanya untuk aku duduk di rumah, berkhidmat kepada orang tuaku. Namun Allah masih mengujiku. 10 bulan berlalu. Penantian itu satu penyiksaan.

Aku masih bertahan dengan apa yang ada tanpa berfikir untuk mencari kerja lain kerana jawatanku itu masih ada, cuma bila itu yang menyakitkan. Tambahan kewangan aku hanya mencukupi untuk bertahan bebeberapa bulan sahaja lagi. Sampai akhirnya saat PKP 2.0 diumumkan.

Saat aku menangis mengenang nasibku. Saat aku meleleh airmata sambal dengar lagu UNIC MESTICA tu. Saat aku berkira-kira perlukah aku terus berharap atau keluar cari sahaja apa kerja yang ada diluar. Aku duduk di kawasan pinggir bandar. Kurang pekerjaan. Tapi aku tahu kemampuan aku.

Boleh atau tidak aku survive di bidang lain? Sesak dada aku berfikir. Bagaimanakah penghujung cerita aku? Bilakah p4ndemic ini akan berakhir? Sedang simpanan aku sudah hampir habis jika terus di t0reh. Kembali ke situasi awal.

Selepas habis ku ulang dengar dua lagu itu. Aku bertenang. Beri kata2 positif kepada diri sendiri. Ini ujian Allah. Jika kau lepas dengan ujian yang satu ini, pasti ada pelangi akhirnya. Jalani sahaja dengan redha. Buatlah apa2 kerja asalkan mendatangkan pendapatan dan tak perlu meminta2 dari orang tua.

Itu tekadku. 3 bulan berlalu. Akhirnya sinar muncul. Aku mendapat kembali pekerjaanku. Alhamdulillah. Walaupun gaji yang diterima tidaklah seberapa tapi syukur aku masih punya wang yang masuk setiap bulan tanpa terjejas PKP atau tidak, di mana sahaja aku boleh bekerja.

Syukur juga bisnes part time yang aku usahakan waktu jadi penganggur terhormat itu sudah menampakkan hasil. Malah pendapatan melebihi gaji tetapku. Ya Allah sungguh syukur atas rezekiMu. Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?

Hari ini, saat total lockdown bakal dilakukan, aku yakin dan percaya ramai yang bakal menempuh jalan cerita hidupku yang lalu. Bahkan mungkin lagi tragis tambahan jika sudah berkeluarga. Saudaraku, tetaplah teguh berpegang dengna janji Allah bahawa Dia tidak pernah tidur.

Dia dengar segala keluhan, doa dan harapan kalian. Cuma tinggal bagaimana dan bilakah Dia akan kabulkan, ianya bergantung usaha dan takdir kalian. Jangan pernah putus harap dengan Rahmat Allah! Allah sayang.

Jaga diri baik-baik semuanya. Tanya-tanya khabarlah adik beradik sahabat jiran tetangga adakah lauk terhidang di meja untuk hari ini? – NUR (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Syuria ijai – Sekadar utk berkongsi..mari kita amalkan al mathurat setiap pg & ptg insyaallah allah akan permudahkan..bangun seawal 5 pg solat tahjud & taubat kemudian zikir ya allah ya barik ya fattah ya razzak, mengaji surah alkhafi (1-10) arrahman or yassin & mlm sblm tido surah alkhafi (1-10) alwaqiah & almulk.

Alhamdulillah ini yg kami amalkan suami isteri allah akan permudahkan usaha & tawakal kita. Sy seorg surirumah & suami hanya la pekerja freelance dlm O&G. Kalau nk dibandingkan dgn yg lain kami jg terkesan dgn keadaan sekarang tp kami yakin rezeki allah yg bagi insyaallah segala gusar akan hilang.

Saya doakan pada semua yg terkesan dipermudahkan segala usaha. Sama2 kita byk kan doa, usaha & tawakal kepada allah. Bila kita amalkan insyaallah rezeki akan sentiasa ada & dtg dr setiap arah yg kita tidak sangka2. Jgn mengeluh bykkan istighfar & selawat.

Wan aini – Di saat p4ndemic ni hampir semua rakyat marhaen terkesan.yang masih bergaji tetap setiap bulan,Alhamdulillah bersyukurlah. yang terkesan dengan masalah kewangan,syukur lah anda masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah.

Jalan cerita setiap orang tak sama,tapi percaya lah Allah uji sebab Allah sayang.saya sendiri terkesan disebabkan industri perhotelan dan kantin sekolah adalah antara perniagaan yang paling terkesan di musim ini.

Sesungguhnya saya mengharapkan semua ini cepat berakhir kerana sudah mengubah kehidupan kami sekeluarga 360.Semoga ada sinar kegembiraan untuk kita semua tidak lama lagi.

Fiza aria – Kalau ikutkan rasa yang perit, keadaan yang sedang getir, perniagaan terumbang ambing hampir 2 tahun.. memang menguji tahap ment4l jiw4 dan raga. Apatah lagi yang sentiasa patuh sop tiba2 ada sj berita yang kurang enak didengar rakyat yang degil tempiasnya kita yang patuh sop pun turut merasa.

Apakan daya sudah namanya ujian.. tiada pilihan redha saja. Ikhtiar saja dengan cara yang termampu. Terkenangkan petugas barisan kesihatan pula, yang bertugas siang dan malam menjaga pes4kit2. Allah, lagi berat ujian mereka hadapi. Hanya saja masih ada iman yang sedikit, kita masih mampu tersenyum di depan keluarga, di depan anak kecil.

Syukur.. mereka masih ada bersama kita. Syukur kita masih boleh lena di samping mereka. Hanya saja percaya pada janji Allah, setiap kesusahan pasti ada keindahan di akhirnya.. kita masih bertahan. Rakyat Malaysia bersatu lah kita.

Perisai yang paling utuh adalah kita semua bersatu menentang kobid. Senj4ta utama kita mask, pedang kita sanitizer, perisai kita jarak 1 meter, kekal bersih. Moga ada sinar buat kita semua. Kami sayang tumpah d4rah kami. Malaysia.

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *