Uncategorized

Abah driver teksi, Sejak PKP ni kami hidup susah. Tiba2 Abah nak sedekah rm100. Pelik, lepas 2 ada nenek tua selalu naik teksi abah, tk sangka begini nasib kami.

Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum semua. Di awalnya, terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan tulisan ini. Tulisan ini adalah tentang sedekah abah aku. Cerita PKP tahun lepas, masa bulan puasa.

Tahun lepas lagi aku dah tulis ni tapi hujung hujung asik tak dan nak sambung. Jadi ringkasnya, abah aku umur 53 tahun dan beliau seorang pemandu teksi. Bekerja sendiri. Kalau keluar bekerja dapat gaji, kalau tak keluar, maka tak dapatlah.

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang gitu. Ya bukan mudah kerja abah. Lagi lagi waktu waktu PKP macam ni, sehari 1-2 penumpang saja ada. Kadang kadang tak ada langsung. Oh satu lagi, abah menanggung kami 6 beradik yang masih belajar.

Masuk mak aku dan diri abah sendiri, 8 perut perlu diisi. Dipendekkan cerita, masa tu abah aku ni baru nak ambil tahu tentang kemudahan online bankin sejak kami adik beradik rancak membeli online.

Mana taknya, kejap barang si Yop sampai, kejap barang si Angah, kejap barang si Mus, kejap karang barang Usu pulak. Padahal benda ni dah banyak kali aku bagitau kat abah. Sebab abah aku masih sanggup pergi bank 7km dari rumah, beratur panjang semata nak pindah duit yang seceput saja.

Aku nak buatkan CIMB Click untuk abah pun abah tak nak. Mungkin sebab sekarang berisiko nak keluar semata mata pergi bank pastu balik, jadi abah pun tanya camna nak buat transfer online ni haha.

Kami bagitahu lah kena install apps bank tu dulu, pastu register, pastu dah boleh transfer. Senang bah, takyah beratur panjang panjang. Aku pun ingat abah nak lah buat CIMB Click tu, tapi tak. Abah tak berminat pun, abah kata susah, pening.

Nanti apa apa abah minta tolong korang jelah transfer-kan. Ceritanya bermula, di 10 Ramadan terakhir. Abah hulur aku RM100. Abah cakap, transfer online tu senang saja kan? Boleh tolong abah? Ni ambil RM100 ni, nanti transferkan RM10 setiap hari dekat siapa siapa yang memerlukan.

Kiranya dalam 10 malam terakhir tu, satu hari sedekah RM10. Terkejut aku masatu, RM100 tu besar nilainya untuk seorang pemandu teksi macam abah. Semudah itu abah bagi suruh sedekahkan.

Tiba tiba aku rasa malu. Sedang kami sibuk membeli online, abah pula sibuk nak sedekah online. Allahu, rasa tertampar tampar muka sendiri. Punyalah mudah jalan sedekah, itu pun masih susah nak bersedekah.

Nak dijadikan cerita, Allah takdirkan abah bertemu seorang Wan (umur 75±) dan cucu beliau (umur 20±). Ya mereka penumpang teksi abah aku. Abah terima booking Wan tu melalui taxi centre dekat sini.

Hari first jumpa, Wan tu minta abah hantar dia pergi klinik. Sebelum abah hantar Wan tu balik rumah semula, Wan tu minta no phone abah.

Wan tu kata, “mintalah nombor phone kau nak, senang nanti nak keluar pergi mana mana. Aku nampak kau elok baik, takut sekarang ni kena jaga jaga sebab aku bukan sihat sangat”.

Wan tu minta nombor phone abah sebab dia tak nak naik lain lain teksi, nak satu teksi yang sama saja. Takut apa apa masalah waktu waktu c0vid ni. Tak tau lah macam mana Wan tu boleh nak ‘cop’ abah aku. Ya, dah tertulis dalam kamus Ilahi.

Maka, jadilah Wan tadi tu penumpang setia abah. Nak pergi pasar dia call abah. Nak pergi klinik dia call abah. Nak pergi bank dia call abah. Senang kata abah ni ibarat pemandu peribadi dia lah.

Sampaikan tiap kali abah balik, abah akan cerita pada kami pasal Wan tu. Kami cakap pada abah, “untunglah bah, ada mak angkat”.

Mana taknya, setiap kali abah bawa Wan/cucu dia tu keluar, abah mesti balik rumah bawa sesuatu. Jaranglah balik tangan kosong. Apa yang terjadi?

Wan tu kalau pergi pasar beli ikan untuk dia, dia akan beli untuk abah aku juga. Kalau beli pisang, dia beli untuk abah sekali. Kalau dia beli KFC untuk cucu dia, dia beli juga untuk anak anak abah. Bila dia beli durian untuk dia, dia beli juga untuk abah aku.

Apa saja yang dia beli untuk diri dia, dia akan beli untuk abah aku walau hanya sebungkus biskut kering. Wan tu bayarkan semua. Ya Allah. Bukan sikit sikit yang dia belanja tu.

Baik sungguh Wan yang Allah jumpakan ni. Takda sebab yang jelas pun untuk dia bagi abah aku sebab baru saja kenal. Sampaikan dia marah kalau abah tolak apa yang dia beri.

Bukan itu saja, contoh kalau dia suruh abah ambil ikan untuk bawa balik rumah, pastu abah aku ambil ikan 5 ekor, dia cakap, “nak makan apa 5 ekor ni? mana cukup untuk orang orang kat rumah tu. Tambah lagi, ambil 10”.

Asal lauk kat dapur kitaorang nak habis saja, tup tup berisi semula dengan lauk lauk yang Wan tu bagi. Mula mula aku tanya jugak abah,

“eh mana datang ikan ni? Abah beli ke?” (Sebab selalu aku yang akan keluar beli barang dapur).

“Tak, ada Wan tadi bagi”, kata abah.

Esok ada lagi, lusa ada lagi barang lain. Lama lama aku tak tanya dah abah sebab tahu dah semua Wan yang bagi.

Satu malam, mak aku cakap teringin makan KFC. Cakap saja, tak minta pun abah beli. Tup tup esok tu Wan tu call cakap nak keluar, cucu dia minta belikan KFC. Masa beli tu, Wan tu cakap, “pilihlah mana mana kau nak, bawak balik rumah”.

Abah aku cakap, “Wan, tak payah lah Wan, mahal KFC ni”. Wan tu marah abah aku, “kau ni kenapa? Aku nak bagi ambil sajalah, bukan suruh kau bayar”.

Faham tak perasaan abah aku macam mana? Abah mestilah serba salah, abah cakap, “yelah Wan, saya ambillah yang 2 ketul tu”.

Bertambah marah Wan tu, “2 ketul nak bagi kucing ke kau ni? Ke kau nak suruh anak anak kau berebut? Ambiklah yang 15 ketul tu baru cukup, kat rumah tu kan ramai”.

Memang macam seorang mak marah anak. Abah aku akur.

Note: Memang abah aku akan ikut Wan ni beli apa apa sebab nak tolong angkatkan barang. Bukan sebab Wan tu belanja, tapi memang kalau penumpang tu Wan Wan/ atok-atok / oku, memang abah akan angkatkan barang diaorang.

Ya Allah Ya Razzaq. Bila aku fikirkan balik cerita cerita abah ni, aku terus teringat pasal sedekah abah sepuluh malam terakhir Ramadan hari tu. Semudah itu Allah gantikan. Allah hadirkan Wan yang sangat garang ni untuk cukupkan apa yang kurang. Malah lebih.

Sampai abah kena paksa terima apa yang dia beri. Yelah, abah mestilah segan sebab Wan tu bukan naik teksi abah secara percuma. Dia bayar. Lagi dia nak bayarkan (belanja) lauk lauk, durian, sayur dan segala apalah yang dia belikan tu.

Dalam kegelisahan ramai orang hilang sumber pendapatan, abah boleh bagi sedekah, abah percaya rezeki Allah yang atur. Abah betul betul dipermudahkan waktu PKP ni walau tak mewah.

Walaupun tak ramai penumpang, cukup Wan tu sorang saja abah dah boleh topup barang basah dekat dapur. Cukup Wan tu sorang saja, abah dah dapat macam macam yang boleh abah beri kepada kami dekat rumah.

Tu baru kisah sedekah abah, entah macam mana lah pula kisah sedekah Wan tu. Mesti lagi banyak rezeki yang tak disangka sangka sepanjang hidup dia. Sebab bukan sikit sikit dia sedekah.

Sungguhlah, Allah yang atur segalanya. Siapa sangka Allah hantar rezeki abah melalui Wan yang garang tu. Padahal baru saja abah kenal dia.

Betullah, tak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah kecuali bertambah, bertambah dan bertambah. Jangan pernah takut untuk memberi. Yang penting, percaya sepenuhnya kepada Allah. Kenapa mesti takut miskin sedangkan kita ada Allah yang Maha Kaya?

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk bersedekah walau sedikit. Moga Allah rahmati dan mudahkan urusan kita semua menempuh pkp yang entah bila akan tamat.

Wassalamualaikum.

Reaksi Warganet

Cik Aqeen –
Dalam banyak banyak kerja, driver teksi la yang aku paling kesian.

Kadang2l kadang nampak yang tua 60++ an still drive tunggu orang sehari seorang pun belum tentu dapat.

Walaupun ramai yang haprak tapi ramai lagi yang baik dekat luar sana.

Zaidawati Zainal –
Allahuakhbar, memang betul sangat kuasa sedekah tu.

Kami nak cerita sikit ja. Dalam kerisauan sale tak banyak bulan ni, tiba tiba Allah hadirkan jalan kami bersedekah dekat waris waris anak anak sekolah yang terputus bekalan makanan.

Bagi RM50 saja takat mampu hari tu. Balik rumah anak menakan nak beli alat sekolah dia. kami belikan krayon RM5 dekat dia.

Balik malam tu sale masuk mencurah curah. Orang order lebih dari RM600. Rasa macam nak menangis..

Yat Yusoff –
“Betullah, tak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah kecuali bertambah, bertambah dan bertambah. Jangan pernah takut untuk memberi. Yang penting, percaya sepenuhnya kepada Allah. Kenapa mesti takut miskin sedangkan kita ada Allah yang Maha Kaya?”

Noorashikin Khairulasri –
Sebak pulak baca confession ni. Tak tahu la kenapa. Padahal bukan cerita sedih pun. Semoga wan dan abah confessor diberi kesihatan berpanjangan, dimudahkan urusan.

Rezeki abah confessor dapat jumpa wan yang baik selalu belanja, rezeki wan dapat jumpa abah confessor yang baik, tolong bawa barang, tak ambil kesempatan.

Itu la orang cakap, orang yang baik selalu dipertemukan dengan orang yang baik baik. Pendek kata keliling kita ialah cerminan diri kita.

Mawar Nur –
Arwah ayah aku meninggal. Tiba tiba orang masjid datang. Lama tak nampak ayah aku. Mak aku cakap, dah meninggal suami kita.

Orang masjid cakap, aruwah selalu bersihkan masjid dan cantikkan masjid. Beli sabun, cat dan kipas masjid pakai duit sendiri. Menangis mak aku cerita.

Mak aku cakap, ayah suka sedekah. Mak tak penah tahu dengan siapa dia sedekah. Tahu bila orang selalu cakap terima kasih kat dia.

Jadi, orang masjid nak buat tahlilan untuk arwah ayah Aku. Hari tu mak suruh kami masak mee s’pore bagi masjid. Aku sayang ayah aku. Sumber – Anak abah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.