Uncategorized

Aku keja dobi hotel. Hari tu, tuala hotel tersangkut. Risau terkoyak aku masuk dlm mesin basuh 60kg. Tiba2, SLAM! pintu ditutup dan dan ini jadi pd aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua.. Saya Aina (nama samaran), berumur awal 20an.

Saya merupakan bekas pekerja dobi di sebuah hotel dan saya ingin berkongsi pengalaman yang menjadi tr4uma dalam hidup saya. Sebelum itu, kepada rakan-rakan sekerja dan supervisor, jika anda membaca coretan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sentiasa memberi semangat untuk saya.

Semoga kejadian yang menimpa saya ini menjadi pengajaran untuk semua. Kejadian pada hujung tahun 2020 menjadi ketakutan dalam diri saya terhadap mesin basuh. Kenapa mesin basuh? kerana saya ditimpa kemalangan di tempat kerja saya, saya terkunci di dalam mesin basuh.

Pada hari kejadian itu, saya bertugas di shift pagi dan tugas saya ialah untuk mengendalikan cucian tuala dari hotel. Di gudang dobi itu, kami menggunakan mesin basuh muatan hadapan yang bersaiz besar sehingga 60kg muatan.

Pada waktu kejadian, rakan-rakan saya ramai keluar untuk berehat. Hanya tinggal saya dan beberapa orang sahaja di dalam dobi itu. Semasa saya memasukkan tuala-tuala ke dalam drum mesin, saya terperasan ada sehelai tuala yang tersangkut di dalam drum mesin.

Bimbang sekiranya tuala tersebut terkoyak ketika dicuci, ketika itu tanpa berfikir panjang saya merangkak masuk ke dalam drum untuk menarik keluar tuala itu. Badan saya yang kecil memudahkan untuk saya masuk keseluruhan di dalam mesin tu.

Namun secara tiba-tiba drum mesin terputar ke tepi disebabkan tidak seimbang. Saya telah tersembam ke bawah dan tertimbus dibawah tuala-tuala hotel yang besar dan berat. Saya segera untuk bangun dan tetapi tuala-tuala tadi menimbus badan dan kepala saya, menyukarkan saya untuk bergerak dan menjerit meminta tolong.

SLAM! Tiba tiba pintu mesin basuh itu ditutup dan dikunci.. Tanpa disedari, seorang kawan terus memulakan operasi basuhan mesin basuh dimana ketika itu saya masih lagi berada di dalam mesin.

Saya ditinggalkan dalam timbunan tuala-tuala yang membaluti badan saya, membuatkan mesin basuh yang besar ini menjadi kecil. Saat itu, saya menangis dan menjerit sambil menendang kaca pintu mesin basuh yang tebal itu. Namun apakan daya, suara dan kudrat saya itu tidak didengari sesiapa.

Tiba tiba sesuatu yang basah dan berlendir turun mencurah di atas saya.. Ia berbau harum.. seperti… detergent! Air mula mencurah masuk kedalam drum. Bermula dengan lelehan yang perlahan sebelum air suam masuk dengan pantas memenuhi drum. Paras air terus meningkat dan buih-buih mula kelihatan, merendam saya didalam air bersabun. Wangi.

Saya menarik nafas panjang dan bersedia untuk dibasuh oleh mesin basuh bersama tuala-tuala. Wash cycle. Tiba tiba mesin basuh mula berputar. Ia bermula dengan putaran yang perlahan kekiri kemudian kekanan berulang-ulang sebelum bertukar menjadi semakin laju dan ganas.

Saya diputar-putar, diaduk bersama cucian lain dan dicampak ke dalam air sabun. Saya digesel dengan tuala-tuala yang membalut badan saya. Tenggelam timbul didalam buih-buih sabun. Buih sabun semakin memenuhi ruang drum disebabkan kocakan yang ganas menambah lagi buih-buih di dalam mesin.

Jika dilihat dari luar mesin basuh, hanya buih-buih putih yang padat kelihatan memenuhi dan menutup gelas cermin mesin. Saya hampir lemas apabila air dan buih sabun masuk kedalam mulut saya. Saya cuba untuk tidak menelan banyak buih dan air sabun dan bernafas setiap kali merasakan ruang udara di dalam mesin.

Saya dicuci dan disental sebersih bersihnya di dalam mesin. Hampir 20 minit saya dibasuh didalam kitaran cucian mesin basuh itu. Rinse cycle. Kemudian drum berhenti berputar. Air sabun mengalir keluar melalui lubang-lubang kecil di drum mesin basuh. Saya separuh ny4wa terbalut kepenatan didalam timbunan cucian basah yang berat.

Saya tidak dapat bergerak akibat ditimbun dibawah cucian dan badan saya terasa lembut, bersih dan wangi. Saya merasakan kepeningan yang teramat di kepala akibat diputar mesin. Tiba tiba sesuatu yang berbau sangat manis dan pekat jatuh ke atas sara dan tuala-tuala. Pelembut fabrik!

Rinse cycle atau kitaran bilasan bermula. Air bersih mula memasuki semula memenuhi ruang drum mesin basuh. Kali ini lebih banyak berbanding wash cycle. Kemudian mesin berputar kembali membilas sisa buih sabun. Saya dikocak didalam air sehingga bersih dan dibilas dengan pelembut yang harum. Mesin basuh terus berputar laju untuk membilas cucian dan saya.

Sekali lagi saya cuba menahan nafas dan bernafas setiap kali merasakan ruang udara di dalam mesin. Ketika itu saya merasa sangat pening kemudian saya tidak sedarkan diri.. kitaran bilasan berputar selama 8 minit. Mesin berhenti berputar lagi. Air keluar melalui lubang-lubang kecil sekali lagi. Mesin basuh itu berbunyi menandakan kitaran spin akhir akan bermula.

Saya ketika itu sudah pengsan tidak sedarkan diri dibawah timbunan tuala-tuala. Beep beep… Mesin basuh berbunyi tidak dapat memulakan spin akhir. Rupa-rupanya mesin mengesan tuala tidak seimbang di dalam drum, dengan saya terbelit sekali.

Kemudian supervisor saya datang untuk memeriksa mesin. Alangkah terperanjatnya dia bila melihat saya terbalut berpintal dengan tuala, pengsan di dalam mesin itu. Saya terbaring didalam drum mesin basuh. Kepenatan. Badan saya terbalut dengan tuala-tuala yang bersih dan wangi seperti kepompong.

Selepas itu, saya terus dikejarkan ke hospital panel. Saya ditahan di wad hospital selama 3 hari. Kesan kejadian itu, kepala saya pening yang teramat akibat putaran mesin, badan saya terdapat kesan lebam dan saya juga munt4h-munt4h akibat tertelan air sabun. Alhamdulillah, saya bernasib baik..

Saya bernasib baik kerana selalunya bila membasuh tuala, mesin basuh akan di setting ke delicate cycle jadi putaran dalam mesin lembut dan perlahan. Tetapi walaupun delicate cycle, bayangkan kita dibasuh mesin macam mana rasanya. Saya bernasib baik kerana saya dibasuh bersama tuala-tuala yang besar, lembut dan tebal.

Tuala-tuala didalam mesin menyelamatkan saya dari terhentak kuat di dalam drum mesin. Badan saya terbalut dalam tuala seperti kepompong menyebabkan saya tidak cedera teruk bila berputar-putar di dalam mesin. Selepas kejadian tu saya terus berhenti kerja disitu. Saya menjadi tr4uma, saya serik dah kena basuh.

Apa yang kongsikan ini menjadi pengajaran buat saya dan semoga menjadi pedoman untuk semua. Anda boleh bayangkan apabila kita membasuh kain bagaimana keadaannya di dalam mesin berputar-putar, inikan saya merasakan sendiri diputar didalam itu. Tr4uma… – Aina (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Asyikin azizi – Aduhai seram dan tr4uma baca. Tahun lepas pun ada Pengalaman macamni. Anak kucing jiran dah berenang2 dlm mesin basuh. 3 ekor tak silap. Sedar ada anak kucing dalam tu pun sebab jiran tanya ada tak anak kucing dia kat rumah sy.

Rupanya mak kucing bawak lari anaknya, sorokkan dalam mesin basuh rumah sy. Kita ni tak perasan sbb dalam mesin dah ada baju, tinggal nak basuh je. Sekali buka penutup mesin, dah terapung budak2 tu. 1 je selamat. Specchless sangat. Menangis 1 hari. Tr4uma dah lepas tu.

E car nazrin – Dik, hang punya penulisan ni dengan aku sekali terasa macam berputar dalam mesin basuh 60kg.. Mujur lah hang tak sempat kena spin.. Spin ni lagi lajuu berputar.. Bab hang kata terbalut macam kepompom tu terasa macam comel lak bila dibayangkan..

Adoii..macam macam perasaan baca confession hang ni.. Nervous, lucu, kelakar, sedih semua ada.. Apa pun nak cakap alhamdulillah hang selamat.. Hang mesti rasa PTSD sekarang ni.. Nanti rujuk pakar tau.. If I were you, memang tr4uma la.

Syukri mokthar – Saya pernah kemlangan kenderaan. Beberapa kali. Ada di antaranya antara hidup & m4ti. Satu perkara yang saya perasan, bila kita melalui near de4th experience, masa seakan-akan ditarik panjang. Saat-saat yang singkat itu dirasakan panjang hingga boleh terbayang wajah ibu & ayah atau orang-orang yang disayangi.

Seolah-olah itulah bayangan terakhir dalam hidup kita tentang mereka. Saya cuba membayangkan ketakutan yang confessor alami setiap kali mesin berputar, air masuk ke dalam segenap rongga tatkala badan dipusing-pusing, dialih-alih bersama-sama tuala yang membelit tubh. Barangkali setiap nafas yang melalui kerongkong terasa umpama nafas yang terakhir.

Mungkin juga terbayang barangkali itulah pengakhiran hidup. Tapi, saya memohon maaf kepada confessor bila saya terbaca part “Saya tidak dapat bergerak akibat ditimbun dibawah cucian dan badan saya terasa lembut, bersih dan wangi.” Kubantai gelak kejap tu jugak tadi.

Nieza saad – Allahuakbar. Berdebarnya baca. Saya selalu terbayang mcm mana lah Manusia jika di putar masuk ke dalam washing machine. Bila baca satu persatu rasa sungguh tragis. Alhamdulillah mujur awak tak apa2. Cuma berkenaan tr4uma tu awak boleh dapatkan khidmat psych0l9gist bg menghilangkan rasa takut tu. Semoga dipermudahkan urusan awak ye. Sumber IIUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *