Uncategorized

Luruh hati bila suami bahasakan Abg Syg dgn sorg LELAKI. Mimpi ngeri sy bermula 4 hari slps nikah.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum semua. Saya Anne, berumur 30 tahun, seorang penjawat awam nun jauh di Borneo. Tujuan saya menulis confession di sini untuk membaca komentar daripada pembaca sebenarnya (walaupun saya tahu bukan tindakan bijak).

Saya masih belum bersedia ceritakan masalah saya kepada keluarga atau kawan-kawan saya. Saya baru berkahwin 3 bulan, tempoh perkenalan kami selama 2 tahun sebelum akad nikah.

Saya di approach suami yang merupakan senior saya di universiti, suami nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya dan perlukan dua tahun untuk kumpul duit belanja perkahwinan.

Selepas istikharah, saya bersetuju untuk tunggu suami selama 2 tahun di samping saya juga merasakan ini peluang untuk saya terus berkhidmat kepada ibu dan keluarga saya sebelum menamatkan zaman bujang.

Sepanjang perkenalan kami cuma berhubung melalui whatsapp. Perjumpaan kami selepas zaman universiti hanyalah semasa merisik, bertunang dan dalam tempoh persiapan perkahwinan.

Mimpi ngeri saya bermula 4 hari selepas nikah. Semasa memegang telefon bimbit suami, satu panggilan telefon dengan nama yang mencurigakan masuk, saya cuba angkat tapi tiba-tiba suami jadi marah.

Tapi semasa kejadian itu, suami sedang sibuk bercakap telefon atas urusan kerja menggunakan telefon bimbit saya, dan meminta saya google maklumat menggunakan telefonnya.

Dengan berbekalkan skill FBI saya, dalam tempoh yang singkat itu saya buka aplikasi whatsapp suami dan dapati suami saya bahasakan diri Abang dan Sayang dengan nama yang mencurigakan itu.

Hati saya berdegup kencang, hampir luruh jantung saya. Suami saya bahasakan Abang Sayang dengan seorang LELAKI.

Hari yang sama saya bersemuka dengan suami saya, saya cakap dengan suami rupanya sebelum saya, Abang dah bahasakan Abang Sayang dengan orang lain.

Suami berlagak tenang dan cakap, itu aib dia dan Allah. Dia beritahu saya dia sudah bertaubat sebelum berkahwin dengan saya.

Dipendekkan cerita, tidak beberapa lama selepas berkahwin kami PJJ, kami hanya berhubung melalui Whatsapp dan panggilan telefon.

Kadang-kadang kami akan bergaduh kerana saya sudah tidak percaya kepada suami saya, tetapi suami selalu beritahu saya dia sudah bertaubat.

Tempoh PJJ kami hanya 2 bulan kerana dengan takdir Allah saya dapat berpindah mengikut suami. Saya niatkan perpindahan saya semata-mata kerana Allah demi menjadi isteri yang baik.

Namun, mimpi ngeri saya berulang sekali lagi, baru beberapa hari tinggal bersama-sama, suami saya curang lagi dengan lelaki.

Lebih dahsyat, suami mencari pasangan g4y melalui aplikasi g4y dan mengajak lelaki asing untuk ‘have fun’ dengannya di rumah sewa kami semasa saya ke tempat kerja yang agak jauh dari rumah.

Untuk makluman pembaca sekalian, jadual kerja suami saya lebih fleksible. Dan bagaimana saya mengetahui kecurangan suami saya, biarlah rahsia (Walaupun saya tahu pembaca dapat meneka modus operandinya)

Suami saya sebenarnya mempunyai terlalu ramai kenalan lelaki yang dikenali melalui aplikasi g4y itu untuk memuaskan nafsu songsangnya.

Suami juga masih berhubungan dengan ex-nya. Suami saya tahu yang saya juga tahu dia masih berhubungan dengan ex-nya.

Dia katakan kepada saya itu “man’s nature” untuk terus berhubungan dengan ex-nya walaupun telah berpisah beribu batu.

Kadang-kadang saya pandang suami saya semasa tidur, hati saya jadi kesian. Adakah suami saya sedang berperang dengan diri sendiri?

Ingat lagi semasa dalam tempoh perkenalan, saya ajukan soalan kepada suami, kenapa dia pilih saya menjadi calon isteri, suami beritahu kerana dia ingin lebih dekat dengan Allah.

Namun perilaku suami sekarang tidak menggambarkan kata-katanya. Bukan sekadar curang dengan saya, solat 5 waktu pun suami culas (tidak solat subuh dengan alasan belum mandi wajib), dan belum pernah sekali saya lihat dia membaca Al-Quran.

Namun bila saya ajak suami solat berjemaah, mahu pulak dia. Persoalannya sekali lagi, adakah suami sedang berperang dengan dirinya sendiri? Sejujurnya hati saya telah tawar dengan suami.

Tetapi memikirkan yang hanya selepas 2 tahun baru dapat saya mohon pindah ke Semenanjung, saya berhasrat untuk meneruskan perkahwinan ini buat sementara waktu. Sekurang-kurangnya selama 2 tahun ini. Adakah saya bodoh?

Saya sedang berperang dengan diri sendiri dan iman saya. Inilah ujian terbesar yang Allah berikan sepanjang saya di dunia ini.

Baru saya tahu betapa lemahnya saya sebagai manusia. Saya ‘struggle’ untuk redho dengan ujian ini tanpa mempersoalkan dalam hati bahawa saya manusia, sudah semestinya saya layak untuk diuji.

Saya mencari redho dan syurga, dan dapati ujian kali ini besar sekali. Mungkin semahal harga syurga yang saya impikan itu.

Adakah ini jalan untuk saya ke syurga jika saya berjaya mengubah suami saya ke jalan yang Allah suka andai saya bersabar dan menjadi isteri yang taat?

Namun, hidayah itu milik Allah, siapalah saya untuk harapkan suami saya berubah? Adakah patut saya akhiri perkahwinan ini sekarang?

Patutkah saya beritahu keluarga saya masalah yang saya hadapi sekarang? Patutkah saya berunding dengan pegawai agama? Bantu saya pembaca. – Anne (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Fatihah: besar ujian awak. maaf tak dapat memberi idea sgt tapi rasanya seeloknya rahsiakan dari keluarga sbb akan ada byk implikasi. better awak berunding dgn kaunselor, dptkan pendapat pegawai agama. timbang tara nasihat mereka dan decide. dalam pada tu, jauhkan dan jaga diri.

Shaha: Kita tanya siapa pun akhirnya diri sdri jg yg kena buat keputusan terakhir atas perkahwinan kita, klu saya akan luahkan rasa hati pemikiran dan pendapat tntg prkhwinan itu kpd suami secara baik dan minta dia lepaskan secara baik jg, klu masih sayang kpd dia cukuplah menjadi kawan shj kpd dia.

klu blm blh pindah ke semenanjung tinggal menyewa d rumah lain, bila dah agak lama pindah ke smnjung cerita secara baik dgn klrga, berusaha cari jodoh yg lain, dekatkan diri dgn Allah dan mengadu apa shj kpdNya, sgt sukar dan ambil masa yg lama kalau pun suami nak berubah, semoga tt bahagia akhirnya

Raudah: Puan, dikhuatiri dijangkiti penyakit merbahaya dari suami. Tak perlu teruskan kerana sangat memudaratkan. Berpisah saja dengan baik sebelum ada anak. Pandangan saya. Memang sangat menyakitkan bila kita harus ada perasaan cemburu terhadap seorang lelaki yg sebelum kita adalah kekasih suami kita. Memang sakit sangat! Hanya Allah saja yang tahu. Sesungguhnya lakukan solat istiqarah kerana jawapannya hanya Allah yang mampu memberinya

Isya: Sya cadangkan bercerai jelah confessor. Kumpul bukti, jmpa pakar pastu minta fasakh. Kalo rasa diri kuat boleh bimbing suami untuk brtaubat boleh stay tapi jgnlah berkorban jiwa raga kalo suami tu takde tanda2 nak insaf. Kalo sya, sya walk away sdah dari marriage ni. Tak mmpu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *