Uncategorized

“Mcm la aku nk sgt menantu xkerja” Dgn angkuh mentua merisik pakai hp ja. Bila tanya pasai hantaran terus mentua bg syarat bt aku menangis dgr.

Assalamualaikum.. Terima kasih admin kerana sudi siarkan kisah sy Maaf kisah sy mungkin agak panjang. Sy berkenalan dengan suami ketika menuntut di universiti. Suami 3 thn lebih tua dari sy. Jadi kiranya, ketika suami sy dh konvo, sy masih lagi belajar.

short the story, lepas konvo, suami sy terus dapat kerja kerajaan gred 27. Lepas sy konvo, sy masih tak dapat kerja tetap. Cuma kerja secara kontrak. 2 tahun kemudian suami ajak kahwin.

Ketika tu sy berat hati nk kawin sb sy belum kerja tetap. Keluarga sy tidak kisah sy nak kawin bila, jadi sy pun xrushing sangat. Tapi suami sy yg bersungguh ajak sy kawin, dia kata insyaAllah dia mampu sara sy.

Selepas majlis merisik, sy masa tu keluar dengan suami nak beli cincin tunang. Ketika dalam kereta, tiba2 mak suami call, mula2 sy xcam sgt apa yg mereka bualkan di telefon. Selepas tu baru la suami sy bgtau, mak dia pesan bila cincin yang harga rm200 ke bawah je.

Sy masa tu agak terkejut, ada ke cincin emas murah mcm tu. Tahun 2012 kot masa tu. Suami plak jenis ikut je ckp mak dia, habis semua kedai emas kita pergi. Last2 jumpa yang harga rm300. Tu pun banyak kali mak dia call tanya beli harga berapa.

Masa dah dekat nak kwin, kontrak kerja sy dah tamat. Masa tu suami janji nak beri rm10k wang hantaran. Sy tak mintak ye, suami yang sebut. Lepas pada tu, tiba2 mak dia call sy. Mak dia kata kenapa mahal sgt mintak. Rm3k dh cukup. Lagipun aina (saya lah tu) tak kerja, jadi buat apa hantaran mahal2.

Allah masa tu sy rasa mcm nk cancel kawin. Bukan sebab soal wang hantaran. Tapi nampak sgt mak dia pandang rendah kt sy sebab sy xkerja. Kalau dia bg alasan lain sy boleh terima. Tapi alasan dia bg murah sebab sy xkerja. Dia yang nilai sy begitu.

Masa tu memang sy bincang baik2, sy bgtau suami, kita postponed je lah dlu majlis kita. Tunggu sy kerja dlu. Sy xsuka orang pandang sy mcm tu sebab sy xkerja. Tapi suami berkeras nk kawin jgk, dlm masa yang sama dia nk ikut ckp mak dia. Last2 setelah dinilai suami bg wang hantaran rm8k. Tu pun mak dia masih membebel.

Lepas kawin kami terus pindah duduk rumah sndiri, satu negeri dengan mertua. Tapi ya ampun, mertua sy tak habis2 nk control kami. Suami belikan tv, washing machine. Dia marah. Dia kata tinggal berdua je basuh tangan je lah. Peti xde pun xpe. Sy masa tu Allah rimas sangat2.

Semua pende dia nk control. Tapi suami sy masih waras. Dia tetap sediakan keperluan sy. Dia kata, selagi dia mampu. Dia sediakan. Sebab dia ambil sy dalam keadaan sy hidup selesa dengan mak sy, jadi dia akn buat perkara yang sama untuk saya.

Lepas kawin alhamdulillah bnting pelamon. Tp alahan sy tersangat teruk smpai keluar masuk hospital. Masa tu mertua bising kata sy ni ikutkan hati sangat. Dia banding dia zaman dulu siap bercucuk tanam time pregnant. Sy dh malas nk layan sgt masa tu. Badan masing2 tak sama.

Beberapa bln kemudian, ketika sy sedang sarat mengandung. Mertua paksa sy berniaga. Suruh bantu suami cari duit. Mcm2 disuruhnya. Suruh sy kerja kilang, suruh jual kuih, suruh jual kt pasar malam. Dia tak suka tengok sy bersenang lenang.

Padahal masa tu sy ad perniangaan online, tak banyak tapi lebih kurang rm500 sebulan untung. Tp dia masih tak puas hati, dia kata online tu online, siang2 buat la kuih berniaga. Tak boleh la harapkan suami sy. Masalhanya skrang, suami sy langsung tak suruh sy kerja. Sebab suami sy pun ad side income jual online jugak.

Sy rimas sungguh. Tu belum lagi dia ajar barang baby beli yg murah2, kedai bundle byk yg elok2. Ank 1st kn, sy mestilah nak sediakan yang baik utk anak sy. Lagipun sy mampu beli yang baru. Sy angguk2 je depan mertua, balik rumah sy beli je lah barang yang sy nak susah apa. Cuma tu lah kena tadah telinga dengar dia punya control.

Skrag usia perkahwinan kami dh nak masuk 6 thn, anak sy pun dh nk masuk 3. Mertua tak habis2 selalu ingatkan suruh sy kerja. Pdhal suami sy dh bukak satu kedai ye untuk sy, kedai fotostat sebab rumah kami di kawasan u.

Memang hari2 bdk2 dtg potostat n print. Mertua masih xpuas hati, suruh sy buat kuih jual depan kedai. Entahlah, susah nk bercakap dengan org xfhm. Sy dh bgtau penat, xsempat, sebab kedai kami xde pekerja lain, sy sorang je. Mana lg nk fotostat, mana lgi nk jual kuih.

Tp mertua still berkeras dia kata, org nk berjaya ni kena rajin, kena penat. Tak tahu la berjaya mcmana mksud mertua sy, sb skrg ni alhamdulillah semua cukup. Sy tak nak berlebih2 dalam mencari rezeki hingga sy terlalu penat dan anak2 terabai.

Baru2 ni, adik ipar sy lelaki dua2 nk kawin. Sorang engineer nak kwin dengan cikgu, sorang lagi eksekutif nak kwin dgn surirumah. Adik2 beradik ipar sy ni jnis semua mcm ank mak, ikut kata mak.

Mula2 yg engineer nk kwin. Mertua sy bkn main suka sebab nk kawin dengan cikgu. Seluruh keluarag dipaksa datang pergi merisik si perempuan ni. Memang mertua layan perempuan tu baik2, mintak cara baik penuh beradab. Hantaran rm15k. Mak dia senyum tak kata apa2.

Kemudian yang eksekutif nk kwin dengab surirumah.Sambungan. Perempuan tu baik sgt. Tapi mertua tak suka sebab tak kerja. Tapi sebab si anak nak sgt, dia pun mintak lah. Dia mintak melalui telefon pun, xde pun pergi umh perempuan merisik bincang baik2. Just by phone.

Ayah perempuan tu marah lah sebab mintak ank dia dengan smbil lewa. Masa tu situasi tegang. Semua ahli keluarga salahkan mertua sebab tak mintak baik2. Kakak mertua kata xbetul cara kau mcm tu. Nak anak dara orang, mintak la cara baik.

Dia dengan angkuhnya berkata, mcm la aku nk sgt menantu xkerja mcm tu. Ramai lagi perempuan lain. Sy yang dengar pun terasa, tapi adik ipar nak jugak. Mertua pun pergi la umh perempuan pergi meminang..

Tapi tu la , balik je dari rumah perempuan tu, terus dia berkata kt adik ipar, kau jangan nk bagi rm10k hantaran. Bagi rm5k dh ckup, rm3k pun ok. Xkerja buat apa bagi banyak2. Sedih sy dengan perangai mertua. Banyak lagi jika ingin dicerita.

Belum lagi layanan bila menantu kesayangan balik. Sy ni rasa dh menanah telingan dengan sikap mertua. Ni suami sy ad nk beli kereta besar sikit sebab ahli keluarga makin bertambah, lgpun gaji suami makin tinggi dan bisnes kami makin ok.

Tpi mertua marah, dia kata guna je kete viva tu. Kete viva, nk g bercuti jalan jauh sikit pun kadang2 mcm xlepas. So skrg ni suami sy hold dlu beli kereta sebab nk jaga hati mak dia. Susah juga duk dekat2 ni. Jauh2 bau bunga, dekat2 bau tahi.

Kepada semua reader, suatu hari nanti jadi lah mertua yang tak suka jaga tepi kain anak menantu. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *