Uncategorized

“Menyampah tengok muka” dimaki sambil ludahnya aku. Tahu dibenci sejak lahir, sampai Mama x nak susukan aku. Lps aku brjaya graduate x sngka dpt call dr mama dan dia minta sesuatu.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum kepada admin dan semua pembaca. Luahan ini adalah kisah saya yang bernama Fatin. Saya tak berapa reti nak bercerita, jadi maafkan saya dan semoga kisah saya boleh buat orang yang terima nasib dengan saya untuk selalu sayang akan diri sendiri.

Baiklah, saya adalah anak sulung tetapi sebelum saya dilahirkan, mama saya pernah mengandung 2 kali tapi sayangnya keguguran. Jantina 2 kali kandungan sebelum ini adalah baby boy. Bila mama mengandung kandungan kali ketiga, kali ini mama cuti rehat yang panjang dan sentiasa jaga pemakanan dan sebagainya.

Nak dijadikan cerita, bila mama dapat tahu kandungan kali ini adalah baby girl, mama rasa down yang teramat. Mama mahukan baby boy sebab nenek pernah pesan kat mama “umi nak cucu umi yang ni anak lelaki”(nenek belah papa). Mama jadi tertekan dan kerap bergaduh dengan papa.

Jadi bila lahirkan saya, mama tak gembira dan selalu abaikan saya sejak baby. Nasib baik ada makcik duduk satu taman yang tolong susukan saya sebab sepupu lahir tahun yang sama tapi berbeza bulan. Jadi kami ni adik beradik susuan.

Bila saya berumur dalam 4 tahun, saya dapat adik lelaki. Comel sangat. Mama mula bahagia dan sentiasa tersenyum sebab nenek suka sangat pada baby boy. Nenek kerap hulur duit dan kerap nak melawat adik. Tapi nenek garang dengan saya. Muka sentiasa masam mencuka macam mama bila saya ada depan mata.

Jadi korang boleh bayangkan, mama dah tak suka sejak saya dalam kandungan maka boleh agak bagaimana saya membesar. Sejak sekolah rendah, saya kena selesaikan semua tugasan dalam rumah. Balik sekolah, cuci pinggan mangkuk, sapu mop lantai, basuh atau jemur kain, masak nasi dan sebagainya.

Saya langsung tak boleh bermain macam kawan-kawan yang lain. Saya rasa tak seronok tapi mama sentiasa tengking dan carut pada saya, anak si4l, cel4ka, b4bi semua saya dapat.

Nak ngadu pada papa tak boleh, sebab papa selalu sibuk dan selalu outstation. Jadi saya tak rapat dengan mama dan papa.

Saya belajar sungguh-sungguh sebab cikgu kata, kalau UPSR cemerlang boleh masuk sekolah berasrama penuh. Saya aim untuk ke sekolah itu dan Alhamdulillah! Saya dapat 5A walaupun bukan dari kelas atas.

Cikgu dan kawan-kawan semua terkejut. Termasuk mama dan papa. Itu kali pertama, saya tengok mama dan papa jernih sikit mukanya bila cikgu dan ramai yang ucap tahniah.

Dipendekkan cerita, saya masuk boarding school dari form 1-5. Adik saya kami panggil boy. Boy semakin membesar dan comel! Tapi boy selalu kurang ajar dengan saya.

Saya tak salahkan dia 100% sebab dia selalu tengok mama tengking saya depan mata dia. Jadi adik saya akan tiru kelakuan mama. Boy boleh panggil saya oi babi, oi celaka sebab itu panggilan biasa mama pada saya.

Saya masuk matriks dan terus sambung ijazah. Seksa juga nak habiskan zaman belajar sebab kalau minta duit dengan mama, mama akan merungut dan jika minta dengan papa, papa bising sebab dia kata membazir serta ini adalah hutang.

Saya kena bayar semula segala kos ketika belajar pada dia bila dah bekerja nanti. Saya ambil biasiswa dan berjaya. Sangat susah dan tertekan tapi tiada cara lain nak tanggung diri sendiri di U.

Bila midterm break dan cuti sem, saya tak balik rumah. Saya duduk dengan kawan dan bekerja. Saya tak seronok di rumah. Rasa nak meletup dan saya jadi perahsia.

Saya ada kawan tapi tak meluah masalah pada mereka. Saya rasa malu. Ingat lagi, bila ada cuti.. ramai excited nak balik kampung halaman.

Saya pun pura-pura gembira. Maka saya tunggu housemates semua dah balik ke negeri masing-masing, saya akan tinggal berseorangan dalam hostel kami. Saya rela begini dari balik ke rumah yang saya rasa tak gembira.

Saya graduate pun, keluarga sendiri tak hadir. Tapi makcik pakcik saya datang. Terima kasih.. Saya habis belajar, terus bekerja dan beberapa tahun saya dapat kerja di badan berkanun.

Alhamdulillah.. syukur sangat. Sedar-sedar, dah bertahun tak balik rumah dan papa mama tak pernah bertanya kecuali jika nak duit. Kalau saya call, jarang nak angkat.

Boy pula, keputusan SPM sangat teruk dan mama masukkan dia ke kolej swasta. Dia tak dapat habiskan pelajaran dan suka enjoy duit mama papa beri. Siap ada kereta sebiji khas untuk boy siap dengan warna kegemaran dia. Kesian pada boy, dimanjakan sampai jadi begitu.

Saya banyak kali nak berdamai dengan boy tapi tak jalan. Keras betul hati dia haha. Entahlah, penat sejak kecil asyik dipulaukan, kena tengking maki, libas dengan penyapu dan kena pukul hantuk kepala di dinding.

Saya buat macam-macam supaya mama suka saya. Tapi tetap tak berjaya. Nenek dah mennggal ketika saya form 4. Ingatkan, mama akan elok dengan saya lepas nenek dah tiada tapi makin teruk.

Saya siap pernah kena ludah dengan mama di muka. Saya ingat lagi ayat dia “menyampah aku tengok muka”. Malam tu, saya nangis sampai bengkak mata.

Masa tu form 2 dan sedang cuti sekolah. Sebabnya, saya masak sotong dan udang dalam peti ais. Rupanya, mama dah plan lauk lain untuk sotong udang tu.

Saya nak tanya mama, nak masak apa untuk dinner?, saya tahu nanti kena maki lagi “eh celaka tu pun nak tanya aku?!”. Saya penat saya penat saya penat. Jadi sampai sekarang sejak habis ijazah, memang saya tak jenguk rumah dah.

Pakcik makcik tahu kisah saya ni, tapi mama kaki lawan. Siapa je tak kenal mulut lancang mama. Walau orang lain cakap lembut pun, memang akan kena herdik dengan mama.

Waktu pandemik ni, dapat tahu dari sepupu mama tak sihat siap kena admit hospital. Saya risau sangat tapi tak lepas jenguk mama. Beberapa malam lepas, saya pelik mama call. Berdebar nak angkat.

Saya berbual dengan mama tapi rasa kekok teramat. Mama straight to the point dan minta saya berhenti kerja dan jaga dia di rumah. Saya tersenyum tawar.

Saya kata, “kakak tak boleh berhenti kerja sekarang sebab susah nak cari kerja”.

Mama naikkan suara dan ungkit dia besarkan saya susah payah, air susu, kos sebagainya. Tapi saya tak nak jaga dia?! Saya dicop anak derhaka dan saya hanya dengar sahaja mama maki hamun saya dalam phone.

Saya rasa biasa, rasa tawar dan tak rasa sedih. Saya rasa itu semua sejak kecil dari belum baligh sampai dah masuk 20-an ni. Maki hamun tu makanan hari-hari saya.

Pergi sekolah lapar, balik sekolah pun lapar. Mama malas masak. Selalunya mama akan bad mood kalau lepas bergaduh dengan papa. Dan mama akan lepaskan pada saya. Terajang tampar semua saya pernah hadap dan saya jarang menangis.

Entahlah… tak tahu nak fikir apa. Sebab tu saya ucap “maafkan kakak mama” sebelum mama matikan call. Maafkan saya, sebab tak jadi anak lelaki yang mama amat harapkan dan maaf sebab jantina saya adalah perempuan. Kalau saya lelaki, mesti mama papa sayang saya macam sayang pada boy.

Saya jadi malas nak berkahwin sebab trauma dengan apa yang saya hadapi sejak kecil. Baik saya bujang dan bahagia.

Saya tengok papa gagal jadi ayah yang baik serta mama gagal jadi ibu yang baik. Kita tak boleh pilih siapa ibu bapa kita. Maka saya pilih untuk sayangkan diri sendiri. Love yourself.

Sebenarnya, banyak lagi kisah sedih saya hadapi sejak kecil tapi kalau tulis semua, boleh jadi 1 novel. Maaflah kalau ada yang rasa ni cerita rekaan. Sebab rasa macam eh yeke ada keluarga macam ni?? Haha, saya harap semua dalam keadaan baik-baik sahaja.

Oh, saya dah berjaya selesaikan hutang pada papa. Rasa bebas! Alhamdulillah.. Take care semua. Ingat Allah selalu. – Fatin (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Wahi: Kesian, inilah istilah emak bapak derhaka pd anak, dengar ustaz cakap macam tu masa kuliah di masjid. Adik berdoa shj pd Allah ampunkan dosa emak abah yg macam tu. Jgn berhenti kerja, terus terang kau akan di maki hamun jika tak betul jaga emak yg sakit.

Madame qeu: Dik. Jangan berhenti kerja walau apa mama awak cakap. Kekal kerja. Kalau awak berhenti, esok2 mama awak dah sihat, kena maki lagi. Padahal dia yang suruh. Biar boy tu jaga dia. Anak lelaki yang patutnya bertanggungjawab pada ibubapa dia. Wajib. Perempuan wajib taatkan suami.

Susu? Kan makcik yang susukan awak? Actually apa hak ibubapa nak haramkan susu pada anak2 ya? Padahal susu tu yang Allah beri, sebagai tanggungjawab kepada ibu untuk menyusui anak. Melainkan ibu2 yang xmampu menyusukan anak.

Ungkit2 belanja anak dari kecil hingga besar. Bukankah itu tanggungjawab dan amanah Allah? Kalau anak tu derhaka xpe juga nak cakap camtu. Ni anak elok2 baik2 duk ungkit sumpah seranah.

Dik, sila sekolahkan mak awak. Awak lahir sebagai perempuan tu semua Allah yang tentukan. Tak belajar qada dan qadar ke?Semoga awak direzekikan dapat suami dan mertua yang baik insha Allah

Manisah: Allah sentiasa dengan kamu sis… ibu bapa yg zalim tak perlu pun kamu kesali jika apa2 yg terjadi pada mereka. kamu buat hal kamu dan sayangi diri kamu. tak perlu berkorban apa2 untuk mereka sekadar doakan saja yg baik2…

Pasal kawin tu rahsia Allah.. jangan tutup hati terus mana tau Allah nak gantikan kebahagian tu dengan hadirnya seorang suami yg soleh dan penyayang, malah digantikan dgn mertua yg sangat sayang pada kamu. bersangka baik dgn Allah okey.. jika ditakdirkan ada anak.. jgn ulang cycle yg sama..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *