Uncategorized

“Nak aku sepak perut kau biar anak kau mti”. Haritu rahsia terbongkar. Ibu ditarik rambut mcm lembu. Patut la Ibu x nak cerita dekat aku.

Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Terima kasih sekiranya cerita ini disiarkan. Aku perlu meluahkan dan sangat mahukan bantuan dan komen dari tuan puan kerana tidak lagi mampu menanggung cerita dan rahsia ini.

Maaf jika tajuk yang aku guna agak cliche. Tapi bagi aku ini memang tajuk yang sangat sesuai aku gunakan dalam situasi dan keadaan yang sedang berlaku sekarang.

Aku perkenalkan dahulu diri aku. Aku merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik. Aku ada seorang kakak dan seorang abang yang masing masing sudahpun berkahwin dan tinggal di negeri yang berbeza dengan aku.

Aku ditakdirkan Allah untuk tinggal di daerah dan negeri yang sama dengan mak dan ayah aku sebab aku dan suami di amanahkan Allah untuk menjaga mereka berdua. Ayah aku merupakan pesakit Str0ke yang terlantar dan perlukan penjagaan yang rapi.

Manakala ibuku seorang yang bekerjaya dan dia jugalah ketua keluarga sejak ayah dah terlantar sakit.

Aku juga mempunyai dua orang adik. Adik bawah aku sangat rapat dengan aku dan kami ni macam bff. Dan yang terakhir.. Adik bongsu aku. Yang paling digeruni dan paling pelik perangai dan tingkah lakunya.

Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Terlalu banyak cerita dan perkara yang berlaku dalam keluarga kami. Pandangan orang luar pada kami sekluarga nampak bahagia je keluarga ni. Bla bla bla… padahal, t0xic semua.

Dalam keluarga aku hanya aku, suami aku, mak dan adik aku yang ke empat tu je saksi di atas semua kejadian yang berlaku.

Kakak dan abang aku bergaduh dah bertahun tahun tak bertegur sapa. Ibarat sudah memutuskan silaturrahim.

Setiap malam ibuku bangun dan memohon mengadu dengan Allah agar anak anaknya bersatu hati. Adikku yang bongsu, tinggal bersama ibu, ayah dan adikku yang keempat. Ujian yang Allah beri pada ibuku sangat Dasyat.

Akan aku cerita kan satu persatu. Ibuku diuji dengan suami yang sakit, bertahun tahun terlantar. Maka hilanglah sebelah kekuatan ibuku apabila ibu terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Ibuku juga diuji dengan anak anak yang selalu menyakitkan hati dengan kata kata yang keras.

Aku tak faham sampai sekarang, kakak dan adik bongsu aku sekufu. Sekepala. Perangai yang sama. Mulut jahat pun sama. Selalu menengking ibuku tak kira dimana. Menitis air mata ibu ku selalu.

Abang aku pula, bergaduh dengan isteri hingga mahu mencerraikan isterinya, sampai ibuku terpaksa masuk campur hal keluarga mereka. Akhir sekali ibu ku pula dipersalahkan. Menitis lagi air mata ibu.

Di tempat kerja diuji dengan bos yang bossy. Yang tak pernah nampak ibuku buat kerja. Sebabnya ibuku dah tua. Buat kerja tak laju macam orang muda. Selalu diherdik. Aku dan adikku, Mimi saksi semua yang berlaku.

Sekarang aku akan mula kan cerita berkenaan si adik bongsu aku ni. Biar aku gelarkan dia Lala. Lala sejak dari kecik pelik perangai nya. Suka putar belit cerita, suka menipu. Tak mesra dengan ibu.

Dari kecik sudah mula tinggi suara dengan ibu. Ayah terlantar str0ke masa umur dia darjah empat. Sejak dari tu dia dah tak rasa kasih sayang ayah.

Tapi hidup tetap diteruskan macam biasa. Masa berjalan dan dia semakin dewasa.

Selepas habis PMR dia dimasukkan ke sekolah madrasah berdekatan dengan rumah abangku. Dengan harapan abangku dapat menjaga dia. Rupanya tidak. Balik balik ibuku juga yang ulang alik ambil dia. Abangku langsung tak boleh harap.

Lala memang tak disukai adik beradik sebab perangainya dari kecik memang takkan siapa pun akan sabar melainkan ibuku. Kasihan ibuku menanggung semua nya.

Lala belajar tak habis di madrasah tu. Dia berhentikan diri dia sendiri selepas C0vid melanda dunia tahun 2020.

Keadaan bertambah parah sejak kita semua bermula PKP. Dia dah selesa duduk di rumah dan tak nak lagi balik ke madrasah. Bermula la kisah sedih ibuku.

Sejak Lala duduk dirumah dia suka menengking ibu ku. Lala langsung tak boleh ditegur. Dia akan mengamuk menyepak barang barang dirumah, barang barang yang didepan mata dia. Semua akan dijahanamkan.

Dia akan menjerit jerit macam orang hilang akal. Tak tahu malu pada jiran tetangga. Tengking tengking ibu. Kadang ibuku minta tolong dia untuk jemurkan baju. Dekat 10 kali baru dia akan buat. Lepastu menjerit jerit dekat ibu.

Setahun lepastu adikku Mimi habis belajar dan berkahwin. Lepas dia kahwin, dia terpaksa duduk semula dengan ibuku sebab dia perlu PJJ dengan suaminya. Tak lama lepas tu adikku Mimi disahkan mengandung.

Bermula la kisah seram tinggal dirumah tu. Adikku Mimi dan Lala kerap sangat bergaduh sebab Mimi tak tahan tengok ibu selalu dijerkah oleh Lala.

Mujur lah Mimi ada boleh selamatkan ibu dan boleh bagitahu aku kalau ada apa apa yang jadi dekat rumah tu.

Mimi rahsiakan pada Lala yang dia mengandung sebab dia rasa tak selamat. Lala bila mengamuk dia akan menendang perut. Satu haritu rahsia terbongkar.

Lala tahu Mimi mengandung. Lepastu diorang bergaduh besar dekat rumah tu. Lala ugut nak bnuh Mimi, ugut nak sepak perut Mimi biar anak Mimi mati. Dan dia memang nak buat.

Ibu aku apa lagi terus duduk dekat tengah antara mereka dan ibuku jadi mngsa pkulan dan sepakan si Lala yang giila tu.

Habis sakit bengkak badan ibu. Lala dan Mimi kalau bergaduh memang boleh terbalik rumah. Ibu la selalu jadi mngsa pergaduhan mereka sebab nak leraikan. last last ibu yang kena maki dengan Lala. Lala selalu cakap ibu pilih kasih la, ape la.

Sejak Lala gaduh besar dengan Mimi haritu, Mimi dah takut nak keluar bilik. Dia macam kene anxiety. Ketakutan melampau sebab Lala ugut nak gugurkan kandungan Mimi. Tidur termimpi mimpi, terbayang Lala datang bawak pisau.

Kesian adik aku si Mimi. Aku kadang tak mampu nak 24 jam dengan diorang sebab aku ada anak kecik, aku ada suami dan kedai yang perlu aku uruskan. Aku hanya mampu jadi tempat luahan Mimi dan ibu. Tapi sesekali aku datang memang kena lah si Lala dengan aku.

Tapi Lala ni sejenis manusia yang takda perasaan, dia tak peduli apa orang cakap pasal dia. Kalau bergaduh dengan dia, dia akan ungkit segala galanya dan menjerit jerit macam orang hilang akal.

Dia tak akan kalah, malah dia akan sepak aku. Sebab tu aku taknak datang rumah ibu aku sebab aku fikir kan keselamatan anak aku.

Keadaan makin parah selepas Lala bertunang hujung tahun lepas. Dia buat ibu macam hamba abdi. Dia akan jerit pada ibu aku.

Dan paling kurang ajar dia dah langsung tak hormat kan ibu. Dia ber ‘Kau’ ‘Aku’ dengan ibu. Dia pernah sepak terajang ibu. Dan paling aku sedih, dia pernah tarik rambut ibu macam lembu.

Ibu tak nak cerita dekat aku sebab ibu takut keselamatan Mimi terancam. Ibu takut aku mengamuk, sebab aku tak duduk dengan diorang. Nanti ibu dan Mimi yang kena teruk dengan si giila tu.

Mesti korang tertanya tanya kan? Mana kakak dan abang aku?? Kenapa diorang tak tolong tak bantu???? Ni aku nak bagitahu. Dua manusia tu paling tak berguna.

Diorang suka salahkan ibu atas apa yang terjadi. Diorang berdua lebih percayakan si Lala yang giila tu dari kami ni. Diorang tak duduk dengan kami dekat sini dan hanya dengar luahan ibu ditelefon. Balik balik salahkan ibu. Benci aku pada kakak abang aku yang sesen tak guna.

Padahal adik adik dia dekat sini macam dah nak mati dikerjakan si Lala ni. Mesti ada yang cakap kenapa ibu tu baik sangat? kenapa tak melawan??

Ibu dah tua.. dah penat.. Bukan tak dipukul si Lala tu, bukan tak dilempang si Lala tu.. tapi keadaan tak mampu merubah apa apa.

Lala tetap Lala. Tiada siapa yang mampu menahan sabar dengan si Lala. Hanya ibu sahaja yang boleh terima si Lala sebab Lala yang dikandungnya selama 9 bulan.

Kami ni dah buat macam macam. Sedih aku. Sebab aku ni sebagai kakak tak mampu nak ubah Lala. Aku la kakak, aku la abang dekat sini.

Dan aku jugak lah yang tahu apa yang berlaku. Suami aku?? Mesti ada yang akan tanya kan? Suami aku malas dah nak ambik tahu pasal Lala.

Lala pernah nak baling botol kaca dekat perut aku masa aku tengah sarat mengandung. Dah la aku mengandung anak sulung selepas penantian 9tahun.

Memang berang habis la suami aku sampai dia hampir lempang si Lala ni depan ibu aku. Diorang bergaduh besar.

Sampai sekarang suami aku tak suka Lala dan Lala pun tak suka dekat abang ipar dia ni. Jadi aku la yang kena ambil alih semua.. Tolong la kalian.. Apa yang patut aku buat sekarang ni????

Lala ni dia punya giila sampai orang lain pun boleh depress. Dia memang anak derhaka tahap dewa dah ni. Aku dah tak tahu apa yang perlu aku buat.

Tolong la bagi la aku pendapat dan bantu la bagi sokongan perasaan.. Tolong la kalian.. Apa yang perlu aku laku kan???????

Reaksi Warganet

UmYra Ismail Khan –
Mental atau ada ambil ddah. Jangan terkejut dengan fakta dan percentage budak skolah yang ambil ddah ye.

Lain kali time dia menjerit jerit tu report polis. Atau minta tolong jiran call kan polis kalau mak dan adik awak tak nak call. Biar polis buat kerja kalau awak sekeluarga dah tak boleh uruskan.

Polis boleh buat urine test dan hantar psikatri. Kalau ada saka pun, rasanya ada polis yang pandai ubatkan kot.

Puan Salasiah –
Kesian bakal suami dia. Sebelum khawin dah tunjuk peragai macam tu. Dah khawin tak tau la macam mana.

Dulu saya pon ada adik macam ni. Lebih kurang peragai dia macam ni. Tahap kurang ajar dia tak boleh dibawak bincang.

Kalau dia buat salah saya tak suka bercakap saya terus belasah dia cukup cukup. Air mata kalau ditadah dah boleh jadi air laut. Buat hal sejak sekolah rendah lagi. Tp sejak dia dah mula berkerja, keluar dari rumah cari hidup sendiri.. Elok pulak peragai..

Setiap kali gaji dia tak lupa ayah mak dan adik beradik lain. Mungkin adik awak kena keluar dari rumah tu suruh dia cari hidup baru diluar.. Nampak dia macam stress. Suruh dia berdikari jauh dari keluarga..

Dia ada dirumah takut jadi kes bnuh pulak nanti. Maaf. Kalau ayat saya menyakitkan hati..

Puan Zuera –
Kenapa tak report polis? Dah macam macam dia buat. Mengamuk sampai tendang perut. Bahaya. Mimi mengandung, mak sudah tua.

Jangan lupa letak cctv dalam rumah tu. Ada bukti dia mengamuk tendang orang, mengancam keselamatan orang dalam rumah tu.

Rasa Lala tu ada masalah kesihatan, jadi ada report polis dan bukti cctv senang nak bawa dia jumpa pakar kesihatan mental. Semoga dipermudahkan segala urusan

Fiela Nur –
Panasnya hati.. ni tahap tak boleh nak nasihat suruh sabar dah Tuan tuan dan Puan puan sekalian. terus ambil tindakan sewajarnya:

1) Record perbuatan lala, buat dua tiga record..

2) Report polis time lala menggila

3) suruh polis sahkan and panggil kakak dan abang awak yang tak berapa guna tu untuk explain pasal lala.

4) kalau lala kecam awak apa apa, awak dah ada polis cover. Jangan takut! Suruh suami awak bantu call polis kalau lala kacau awak

5) KALAU SAYANG MAK AWAK JANGAN TAKUT BUAT SEMUA NI.

** kalau lala ni adik aku memang kenaaaaaaaaaaaalaaa. Aku talkin kat telinga dia.. eh! Sumber – CIK PUAN L (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *