Uncategorized

Bila mertua peluk belai aku, mak terkejut. Dgn mak, aku sentuh je trus ditepis sampai beparut muka dikerjanya. Bila berduit, mak tiba2 rapat.

Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua. Terima kasih admin sebab approve entry aku. Nama aku Ida (bukan nama sebenar), umur aku dah nak masuk 30 tahun. Dah berumah tangga dan dikurniakan 3 orang anak yang comel comel dan suami yang sangat baik.

Aku mulakan terus cerita tentang mak aku. Aku anak ke 5 daripada 10 orang adik beradik. Sejak kecil, kena marah dan pkul dengan mak dah jadi asam garam kehidupan aku. Tapi aku anggap aku deserve semua tu sebab aku nakal. Tapi nakal anak kecil tak seberapa.

Bila dah tua ni aku imbau balik apa yang jadi, aku baru sedar aku sebenarnya dilayan tidak adil oleh mak berbanding adik beradik aku yang lain. Entah kenapa aku tak boleh lupakan peristiwa peristiwa tersebut. Semakin aku cuba untuk lupakan, semakin banyak yang aku ingat.

Semakin aku sedih kenapa mak layan aku macam tu dulu. Tak hairan lah aku membesar jadi panas baran, tak sabar dan tak pandai toleransi dengan orang. Tapi alhamdulillah aku dikurniakan kawan kawan dan pasangan hidup yang baik dan terima buruknya perangai aku dulu.

Mereka sabar sehingga aku sedar sendiri dan berubah lebih baik. Masa aku di bangku sekolah, mak sediakan sahaja keperluan aku tapi sekadar yang ada. Aku aktif main sukan dulu.

Suatu hari aku minta belikan kasut sukan tapi mak bagi alasan tak ada duit. Tapi hari yang sama, mak belikan 3 adik aku kasut sukan yang baru padahal mereka masih kecil dan tak ada keperluan macam aku.

Aku minta dibelikan kasut sukan sebabnya aku mewakili sekolah dalam bola tampar peringkat daerah dengan hanya pakai kasut sekolah yang dah koyak.

Semasa bulan puasa, aku yang akan bertungkus lumus untuk tolong mak di dapur. Yang lain memang tak akan nampak muka. Tapi tiba waktu berbuka, tempat duduk di meja makan tak cukup.

Aku terpaksa makan di ruang depan seorang diri. Adik beradik ku yang lain termasuk mak dan abah tak sediakan penyelesaian. Bila dah besar ni, aku terfikir kenapa tak insist untuk tambah kerusi je dekat meja makan.

Kalau bermain dengan adik beradik aku, mesti aku kena mengalah. Dengan kakak abang aku kena mengalah, dengan adik adik pun kena mengalah. Kalau ada bergaduh atau menangis tanpa usul periksa mesti aku kena marah. Yang lain akan terlepas.

Aku pernah dipkul dengan hanger baju sampai patah berderai. Bukan satu hanger sahaja pada satu masa tapi dalam 3-5 hanger mak aku guna. Aku juga pernah kena ikat seluruh badan lepas aku balik bermain. Tanpa tahu apa salah aku.

Apa apa yang aku cakap juga tak pernah diambil kira oleh sesiapa dalam keluarga aku. Aku selalu disisih and di ‘hush’ kan. Ayat yang mak aku selalu guna “kau ni bukan tahu apa apa pun”.

Disebabkan mak aku layan aku macam tu, semua adik beradik aku layan aku macam tu juga. Ini menyebabkan aku jadi pendiam dengan keluarga aku.

Keluar dari rumah, aku jadi orang yang berbeza. Ceria dan sangat outgoing sebab aku nak sembunyikan kesedihan aku.

Aku ada permanent scar dekat muka aku sebab mak aku pernah ganyang muka aku masa dia mengamuk. Lepas dah besar sikit dia boleh tanya pula kenapa ada parut di muka.

Kalau ada cikgu yang baik dengan aku, mak aku akan cakap dekat aku dengan memek muka yang benci, mengatakan cikgu aku tak suka aku dan aku ni nampak sangat mengada ngada.

Pernah sekali tu aku nak stay rumah kawan masa hujung minggu sebab nak belajar Bahasa Inggeris dengan dia. Mak aku menjerit jerit marah dekat aku cakap aku gatal sebab ada boyfriend.

Niat murni aku, mak aku sendiri yang fikir aku ni jahat. Kawan aku tu perempuan ya. Adik beradik semua perempuan dan ayah nya dah meninggal. Jadi dekat rumah dia semua perempuan.

Banyak lagi peristiwa peristiwa yang aku rasa mak aku sangat bencikan aku. Jadi aku membesar jauh dari kasih sayang keluarga.

Aku menjauh dengan belajar tempat jauh, habis belajar terus kerja diperantauan dan akhirnya berkahwin. Masa nak kahwin pun macam macam mak aku buat sampai aku hampir tak berkahwin.

Mak aku juga sentiasa burukkan keluarga mertua aku. Padahal mereka sangat baik. Ibu mertua aku tidak segan untuk peluk dan belai aku.

Mak terkejut tengok semua tu. Sebab dengan mak, bila aku sentuh dia akan tepis. Bila aku nak letak kepala atas riba dia terus dia kata lenguh padahal bila adik beradik lain letak dia ok je.

Bila aku dah stabil, ada duit dan hidup sangat senang, mak aku mula ambil tahu dan ambil berat pasal aku. Aku jadi awkward dan pelik. Kenapa sekarang baru nak ambil tahu? Kenapa banyak banyak tanya pasal hidup aku?

Selama ini aku lah anak yang paling mak tak pernah kesah. Anak yang sentiasa dibenci dan dimarah marah. Kenapa sekarang baru tunjuk kasih sayang?

Aku jadi marah bila mak mula nak ambil tahu tentang hidup aku. Bagi aku mak tak perlu nak tahu. Mak mula nak kawal hidup aku. Segala belanja rumah dia soal siasat.

Banyak mana duit aku guna pun dia tanya. Aku cuba untuk berlapang dada tapi seperti sesuatu tersekat didada. Tolong nasihat kan aku untuk ikhlas terima mak.

Reaksi Warganet

Lyn Naa –
Kesian awak. Awak boleh berbaik dengan mak tapi jangan sampai tahap kehidupan awak di kawal oleh mak. Memang perit sebenarnya bila jadi anak yang di sisih tapi baik buruk pun dia tetap mak awak.

Just layan macam biasa je sis. Tak perlu cerita ape yang berlaku dalam kehidupan awak pada mak kalau awak rasa tak selesa.

Maybe mak awak dah mula rasa cemburu sebab tengok kebaikan mak mertua awak pada awak sebab tu laa kot dia mula nak kontrol kehidupan awak (sis nak tulis lain tapi macam tak sampai hati, huhu)

Adam Mukhriz –
Sebenarnya memang wujud mak ayah macam ni dik. Pengalaman abang sendiri, bila jumpa mak ayah yang dah tua tinggal sendirian, (abang koje skuad jejak asnaf Baitulmal) datang umah, tanya pasal kenapa jadi macam ni.

Depa taknak cerita, tapi bila siasat tanya pada anak anak, anak anak menangis cerita, macam mana layanan mak ayah depa, pada depa dulu. Bukan semua la, sebahagian.

Jadi abang takleh nak salahkan anak anak, bila anak anak abaikan mak ayah depa. Sebab masa depa kecik kecik dulu, mak ayah pun perangai macam puaka niyang rapik.

Tu sebab di kalangan kami yang kerja bidang ni, ada banyak sisi gelap yang penerima bantuan, kami terpaksa rahsiakan. Sebab nak jaga aib.

Cik Bunga –
Layan biasa biasa je tapi jangan bagitau tentang hal peribadi macam gaji, hal rumah tangga semua tu.

Dendam ni kalau boleh maafkan, better maafkan. Kita maafkan orang bukan untuk orang tersebut tapi untuk kebaikan diri sendiri. Penat simpan dendam ni, banyak bagi effect negatif kepada diri sendiri.

Bila awak dapat maafkan, rasa terlepas beban yang awk tanggung sebelum ni. Bukan senang nak maafkan orang yang buat salah dengan kita lagi lagi keluarga sendiri.

Berdoa la banyak banyak supaya dilapangkan hati. Semoga awak bahagia dunia akhirat.

Seri Cahaya Delima –
Sedih aku dengar cerita cerita begini. Kenapa wujud ibu yang membezakn anak.

Buat confessor tabahkan hati. Dendam menyebabkn awak masih tak redha terima ibu awk. Tapi satu je lah, walau apa pun jangan lupa doakn sesuatu yang baik untuk ibu awak.

Mungkinkn dengan cara ini awak mampu berlapang dada. Tentang kehidupan awak yang cuba dikorek segalanya oleh ibu awak tu.. awak abaikn je. Jangan ambil pusing. Nanti dwh penat berhenti lah dia.

Sheery Hazmi –
Memang wujud kes macam ni. Ada terjadi depan mata. Hanya kawan kawan yang memahami. Mujurlah beliau dah kahwin. Ada suami pengganti kasih sayang. Semoga tt bertabah.

Kalau mak tak sayang, bawak la diri jauh jauh. Anggap je la diri tu anak yatim piatu tak ada mak bapak. Cut je la segala perhubungan.

Cari la kebahagiaan sendiri. Dah sampai masanya pun. Ko pun dah tak perlu manusia toksik macam tu dalam hidup. Cukup kengkawan, suami dan jiran jiran yang baik dah la. Sumber – Ida (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *