Uncategorized

“Kenapa buang ulat sampah ni” Nani ambil ulat tu msuk dlm tupperware. Tiba2 dia marah aku kate ulat tu dia bela.

Gambar sekadar hiasan

Hai semua. Kepada housemate aku. Aku harap dia bacalah sebab aku selalu nampak dia share page ni.

Umur aku 24 masa aku menulis ni dan aku ada housemate umur 27. Aku namakan dia sebagai Nani (bukan nama sebenar).

Nani ni memang nampak normal, tapi yang tak normalnya tentang dia adalah, pekerjaan dan waktu bekerja dia, dan juga perangai dia yang maha buruk dan tak boleh diterima akal tu.

Semua sedia maklum yang waktu bekerja normal adalah dari pagi sampai petang. Ataupun, yang shift maybe ada shift rotation, mungkin minggu ni pagi, minggu depan petang, minggu depan lagi malam pulak.

Ataupun, yang kerja follow overseas shift. Logiklah kalau kerja sentiasa masuk 11 malam, balik subuh. Tapi Nani punya kerja ni pelik sikit.

Dia keluar pukul 2 pagi dan balik dalam pukul 4-5 pagi camtu. Macam mana aku tahu, sebab bilik aku paling depan, once dia bukak pintu,

aku wajib terjaga sebab bunyi yang keluar bila dia buka pintu tu macam ada 10 orang yang keluar. Gedegang! Hari-hari okay, termasuk Sabtu Ahad!

Waktu aku pergi kerja, aku tak tahulah apa yang dia buat. Yang pasti lepas aku balik, mesti aku akan rasa sakit hati, nak marah dan mengamuk sebab dia akan tinggalkan selonggok pinggan mangkuk dan kuali yang kotor atas sinki dan atas dapur masak.

Nak suruh aku basuh lah tu! Sebab aku ni jenis tak boleh tengok dapur macam tongkang pecah, aku pon dengan paksa-rela basuh dan lap tempat masak yang berminyak tu. Pernah lah jugak aku cuba untuk tak basuh pinggan mangkuk tu semua,

saja nak tengok sampai bila dia nak biar dalam sinki dan atas dapur, at the end sampai 2 hari aku tengok benda tu terbiar camtu,

siap ada pertambahan kuantiti pinggan mangkuk lagi kau! Kalau sampah dekat dapur, jangan cuba bayangkanlah. Kalau aku tak buang, memang berulat gendon lah dekat tong sampah dapur tu. Geli aku!

Pernah satu masa aku cuti seminggu. Holiday dengan kawan-kawan. Sebelum pergi tu, aku kemas rumah siap-siap. Sapu, mop, lap tempat masak, kemas peti ais,

susun pinggan mangkuk dekat sinki, senang cerita memang aku pastikan rumah bersih dan kemas sebelum balik seminggu (still fikir tak mahu susahkan Nani kena kemas pfft).

=Setelah bercuti dengan tenang selama seminggu, aku masuk rumah dengan rasa berduka. YaAllah, rumah bersepah gila macam baru lepas parti.

Kau bayangkan, kusyen bersepah, plastik snacks tak buang, barang frozen aku yang dalam peti ais tu habis dia belasahnya! Tak cerita lagi part sinki, dapur masak dan meja makan.

Makanan basi pon ada! Pinggan yang kat atas meja tu sampai dah berkulat kau tahu tak? Tong sampah tu dah serupa tempat ternak ulat sampah yang warna putih tu.

Rasa nak pakai sarung tangan 10 lapis masa kemas dapur. So, lepas letak barang dalam bilik dan kemas bilik aku sikit, aku pon mulakan aktiviti pembersihan rumah aku yang dah macam kapal karam tu.

Part yang paling pelik dan menakutkan jadi bila tiba-tiba Nani keluar bilik. Kau bayangkan, selama aku duduk serumah dengan Nani dah 4 bulan ni,

ini first time aku nampak dia keluar bilik waktu siang. Maybe sebab aku kerja siang dan tak tahu aktiviti dia masa aku kerja dan Nani ni duduk master bedroom,

so bilik dia attached dengan toilet. Toilet luar ni memang aku sorang je lah yang guna. Okay, balik semua pada point asal aku. Tengah aku terbongkok nak ikat plastik sampah tu, boleh pulak si

Nani bukak pintu bilik dia and jerkah aku dari belakang;

“Kau buat ape ni?!”

“Kemas sikit. Ni baru nak buang sampah” aku jawab.

“Nanti jap. Lain kali tanyalah dulu sebelum nak buang sampah ni”

Pelik. Apesal pula aku nak kena tanya kau bila aku nak buang sampah? Takkan itu pon nak kena mintak izin kot. Bukan kau nak tolong aku !

Nani ambil tupperware plastik tu dan sudu. Dia pergi dekat dekat tong sampah dan dia kaut ulat sampah yang warna putih tu keliling tong sampah dan letak dalam tupperware (Yes, dia kaut ulat sampah tu guna SUDU makan sampai PENUH tupperware tu). Aduh, macam nak pengsan dekat situ jugak. Lepas tu dia cakap;

“Gila ape kau nak buang makhluk hidup ni macam tu je. Cuba kalau aku ikat dan buang kucing kau yang kat luar tu?”

DAH TU. TAKKAN KAU NAK TERNAK ULAT SAMPAH TU PULAK KOT MACAM AKU BELA KUCING. ADOIII

Dia terus masuk bilik lepas cakap mekasih dekat aku. Siot je. Aku ni dah macam nak pengsan kat situ dengan perangai pengotor dia tu.

Lepas kejadian tu, aku terus berusaha cari rumah sewa lain. Tak sanggup. Tapi bila dia tahu aku plan nak move out dari rumah tu, makin menjadi-jadi pulak perangai pengotor dia.

Baju dia berlonggok dalam mesin basuh, seminggu tak basuh. Sebelum ni, baju kotor dia hantar dobi, tapi sejak dia tahu plan aku, dia longgokkan semua baju kotor dia dalam mesin basuh, dah tu macam mana aku nak mesin baju-baju aku?

Terpaksalah cuci tangan atau dobi. Ada satu masa tu, menjerit sakan aku bila ternampak underwear dia dalam sinki. Pengotor gila woi!

Apesal kau letak pakaian dalam and benda ‘kotor’ yang kau dah pakai dalam sinki dapur weh? Dapur dengan mesin basuh baju punyalah dekat, dekat sinki jugak kau longgok benda kotor kau.

Lepas tu, aku geram, aku whatsapp dia cakap pasal hal rumah. Dia tak reply. Aku dah istighfar dah. Lepas tu aku tinggalkan nota lekat kat pintu bilik dia.

Esoknya balik kerja aku tengok nota yang sama dia lekat dekat pintu bilik aku. Dia reply “Kau jangan pembersih sangat boleh tak? Aku tak suka”

WHATTTT? Kau expect aku kene jadi pengotor macam kau? Lepas Maghrib, aku duduk ruang tamu tengok tv, tapi pelik sebab tak dengar langsung bunyi kucing aku dalam sangkar.

Selalu dia akan berbunyi, paling tak pon mintak makan, tapi hari ni senyap je. Start tak sedap hati dah… Aku pon keluar rumah nak tengok keadaan Kifo (Kifo nama kucing aku).

YaAllah, sedihnya hati bila tengok Kifo kene bungkus dalam plastik sampah dalam sangkar tu. Tahu dah kerja sapa.

Aku terus masuk cari Nani dalam bilik. Dia keluar and terus cakap “Padan muka kau. Tahu kan macam mana aku rasa tiap kali kau bungkus ulat-ulat sampah tu pastu buang kat depan?!” . Okay Nani. Okay.

Aku tak cakap apa dah, pack barang, ambil Kifo yang dah tak bernyawa tu (aku tak tahu macam mana dia bunuuh Kifo sebelum dia masukkan dalam plastik. Aku taknak tahu) ,

terus keluar dari rumah tu, menumpang rumah kawan sampai lah aku dapat rumah sewa baru. Last aku masuk rumah yang aku menyewa dengan Nani tu,

masa aku kemas barang-barang yang aku tak sempat bawa masa keluar malam hari Kifo maati tu. Seperti biasa, rumah kotor dan bersepah, pinggan mangkuk dalam sinki,

makanan atas meja bawah tudung saji berulat, siap aku terjumpa bangkai tikus maati okay dekat dapur. Tikus pon boleh maati duduk rumah tu. Kawan aku sampai termuntah tapi sebab aku dah terbiasa so, aku relax je. Aku tinggalkan note dekat pintu bilik dia dan kunci rumah dalam letter box.

Itu kali terakhir aku jejak kaki dekat rumah tu. Tobat dah nak duduk menyewa dengan orang lain. Aku lagi prefer sewa sorang sekarang.

Trauma. Banyak lagi aku nak cerita pasal Nani, pasal kerja dia, pasal perangai dia yang lain-lain, tapi letih dah. Tengah kerja ni woi. Mana boleh curi tulang.

So, kepada Nani (bukan nama sebenar, tapi nama seakan-akan), aku harap kau berubah lah kak hoi.

Harap je muka lawa tapi perangai pengotor maha hebat. Kesian kau kene duduk dalam rumah yang tak selesa persekitarannya. Tak elok untuk kau kak. Byebye kak. Mekasihlah kak bunuuh Kifo saya. Yang tulus ikhlas bencikan kau kak.

Sambungan Part 2:

Klimaks cerita tu, rumah aku dipenuhi ulat sampah yang banyak lepas seminggu aku tak balik rumah sebab pergi holiday, dan housemate pelik aku marah di saat aku bersihkan rumah.

Dia kaut ulat sampah keliling dustbin tu, masuk dalam bekas plastik sambil cakap, “Gila ape kau nak buang makhluk hidup ni macam tu je.

Cuba kalau aku ikat dan buang kucing kau yang kat luar tu” dan bawa tupperware tu masuk bilik dia.

Dan aku ambil inisiatif untuk keluar dari rumah dan declare housemate aku tu gila lepas dia b***h kucing aku, Kifo dan tinggalkan pesanan “Padan muka kau.

Tahu kan macam mana aku rasa tiap kali kau bungkus ulat-ulat sampah tu pastu buang kat depan”. Lebih kurang gitu lah Nani cakap.

Aku yakin dia baca post tersebut – (memang niat aku nak dia baca sebab aku tak tahu cara apa lagi untuk aku tegur perangai dia yang buruk tu) dan dia terus-menerus serang aku kerana aibkan dia.

To be short, aku menyewa rumah lain, tanpa housemate sebab aku dah serik, takut dapat housemate gila macam dia. Pada mulanya, takda apa-apa jadi, hidup aku aman damai,

bahagia dan tersangatlah riang duduk sorang, tapi aku silap. Aku mula dapat gangguan psik0logi sebulan selepas pindah masuk rumah baru. Aku list dekat bawah beserta tarikh..

16 Nov 2016
Aku kerja di Kuala Lumpur, dan kereta akan parking di basement. Parking basement office aku sangatlah suram, lelehan air dari salur air,

tempat parking punyalah basah sampai kadang-kadang aku rasa parking aku ni takda bumbung dan dinding yang berlumut. Aduhai memang seriau lah kalau balik lewat.

Dan di hari petang Rabu yang suram, ada 3 kepala ayam atas bumper kereta aku beserta kain warna merah yang terikat dekat paruh ayam. Menangislah aku sambil cari security guard Nepal minta dia tolong buang.

26 Nov 2016
Hari Sabtu. Hari yang bahagia dan hari makan banyak. Aku plan dengan kawan-kawan untuk keluar picnic ke Port Dickson. Dan, aku start masak pagi selepas solat subuh.

Masa tengah masak tu, aku dengar macam ada orang ketuk pintu pagar besi rumah guna besi tapi aku ignore je (aku tinggal di apartment, jadi aku assume bunyi tu datang dari rumah jiran) dan teruskan masak.

Bunyi tu pelik, ketuk 5 kali then berhenti. Selang lima minit, bunyi lagi 5 kali lepas tu berhenti. Aktiviti ketuk-mengetuk tu adalah lebih kurang dalam 4 cycle.

Oleh sebab aku tak puas hati, aku pergi mengendap through cermin cembung yang ada dekat pintu, dan… aku nampak Nani tengah senyum mengadap pintu rumah aku. Terus menggigil dan cancel picnic. Kesian kawan-kawan..

6 Jan 2017
Permulaan start gangguan mistik. Hari Jumaat. Hari untuk pakai baju kurung (jarang dapat pakai baju kurung sebab aku kerja jenis kene keluar masuk site).

Sampai je dekat kawasan parking kereta, hati mula rasa tak sedap bila nampak ada beberapa orang pakcik dan guard berdiri di sekitar kereta.

Kereta kesayangan dah takda cermin bahagian driver dan yang pelik, dalam kereta penuh dengan ulat sampah yang warna putih tu. Kereta busuk sangat masa tu, sampai kami semua tutup hidung.

Aku : Kenapa dengan kereta sy ni.. (sambil menangis)
Guard : Kereta cik ada tertinggal bungkusan plastik sampah ke? Ulat ni kenapa banyak sangat dekat seat?
Aku : Takda. Baru semalam sy guna, takde tertinggal apa-apa..
Pakcik Ali : Takpa lah. Kami tolong bersihkan. Nanti pakcik panggil kawan.

Aku tak pergi kerja. EL. Emo satu hari. Memang geli sangat nak duduk dalam kereta sendiri walaupun dah bersih. Rasa nak tukar seat tapi duit menyedihkan.

Beberapa hari lepas tu, aku diarahkan untuk stay back dekat office sebab ada beberapa kerja yang dah dekat deadline, sampai rumah lebih kurang dalam 10.40 malam.

Masuk rumah, terus rasa seram sejuk dan macam ternampak kelibat satu makhluk depan pintu bilik. Tapi masa tu aku fikir mungkin aku penat jadi aku abaikan.

Sejak dari kejadian aku balik lewat tu, setiap pagi aku mesti akan rasa lesu bila bangun tidur.

Officemate semua tanya kenapa aku nampak pucat tapi aku bagi alasan yang aku penat sebab project tengah banyak. Bila malam je, aku jadi panas walaupun aircond dah on 18c.

Aku jadi murung dan jadi tersangatlah suka pada benda kotor. Paling aku ingat dan tersangatlah jijik, aku jadi suka sangat waktu aku h**d.

Apa aku buat pada d***h h**d aku, rasanya tak perlulah aku cerita kat sini, muntah berdarrah pulak korang. Aku sedar benda tu, hati aku sebolehnya taknak buat, tapi entah kenapa aku tak boleh tahan diri aku.

Dan sepanjang aku ‘tak sihat’ tu, aku akan ketuk satu paku pada satu dinding di bahagian bilik nombor 3 (aku jadikan bilik tu sebagai stor).

Aku mula duduk dalam dunia aku sendiri, prestasi kerja makin merosot, life makin tiada, aku jadi lupa untuk solat dan mengaji.

Makhluk yang sebelum ni cuma terasa seperti bayang-bayang, lama-lama aku rasa dia macam wujud dan.. aku mula terima dia masuk dalam kehidupan aku sikit-sikit. Aku jadi khayal dalam dunia aku sendiri.

Korang bayangkanlah, aku tinggal sorang, tiada kenalan rapat langsung yang tinggal di kawasan rumah, jiran-jiran semua non-muslim, apa yang boleh sedarkan aku?

26 Jan 2017.
Hari Ahad. Tahap kesihatan aku makin teruk. Selalu MC, tapi masih aku rahsiakan dari pengetahuan keluarga yang jauh di selatan tanah air.

Rumah aku yang dahulunya kemas dan bersih, kini kotor dan suram. Aku sudah mula bencikan cahaya. Duduk bergelap dalam bilik.

Dalam pukul 9.30 malam, ada orang bagi salam dan loceng rumah bunyi bertalu-talu. Aku decide nak diam je mula-mula sebab takut Nani yang datang tapi dengar suara lelaki panggil dari luar.

Oh, pakcik Ali (refer kes tarikh 6 Jan 2017), wife pakcik Ali (Cik Mah) dan seorang lelaki yang aku tak kenal.

Macam mana pakcik Ali tahu yang aku tak sihat, dia sebenarnya dapat rasa ada sesuatu yang pelik jadi masa dia jumpa kereta aku penuh dengan ulat sampah hari tu.

Dan alamat aku, secara senyap, dia perhati pergerakan aku keluar masuk kawasan apartment (jangan buruk sangka, pakcik Ali takde niat buruk,

dia cuma nak membantu setelah usaha dia dapatkan alamat aku dari Accommodation office tak berjaya) and yes, dia beritahu aku yang ada sesuatu dalam rumah aku.

Dia tiada ilmu untuk mengusir benda tak elok yang menumpang dalam rumah aku (dan mungkin dalam badan aku), tapi dia bawa seseorang yang pandai dalam hal ni, pakcik Said.

Benda pertama yang Cik Mah cakap lepas aku jemput diaorang masuk rumah;

Cik Mah : Ya Allah.. kenapa busuk sangat rumah kamu ni? Busuk ni bukan busuk sampah, ini busuk benda lain.
Aku : Saya tak bau apa-apa cik mah…

Pakcik Said masuk setiap bilik, termasuklah bilik aku. Sampai di bilik nombor 3, pintu macam tersekat, tak boleh bukak. Situasinya macam,

Ada someone yang tahan pintu tu daripada terbuka. Aku tengok Pakcik Said baca sesuatu dan minta aku sendiri yang buka. Aku berjaya buka dan serentak itu,

Cik Mah terus berlari ke sinki dapur, muntah-muntah. Tapi yang pelik, aku langsung tak bau apa-apa. Di dinding penuh paku, di satu sudut,

tuala wanita aku yang tak berbasuh (minta maaf, aku betul-betul tak sedar apa yang jadi pada aku dan tuala wanita aku ni)

dan ada bangkai-bangkai tikus di sekitar bilik (apa yang jadi antara aku dan tikus-tikus ni tak usahlah aku ceritakan, sangat-sangat jijik)

Mereka mulakan aktiviti pembersihan kawasan rumah, dan aku. Aku macam tak sedar dengan apa yang jadi, tapi aku masih boleh ingat flow kejadian tu. Pelik.

Sampai di saat pakcik Said mulakan aktiviti mencabut paku-paku di dinding, aku mula rasa tak selesa dan secara tak sedar aku mula menjerit sebab aku rasa sakit yang teramat sangat.

Aktiviti membuang dan merawat selesai dalam 2 pagi. Tapi ikut kata pakcik Said, dia tak mampu buang dan rawat semua. Dia cuma boleh tolong apa yang mampu.

Si pelaku nak jadikan aku sama jenis dengan diri dia, suka pada benda kotor (kalau ada yang blur, maybe korang boleh cari balik cerita part 1 (Link dekat komen), baru korang boleh faham kaitan antara aku yang tengah ‘sakit’ dan Nani)

Aku masih amalkan surah-surah dan ayat pedinding yang dibekalkan pakcik Said. Cuma, kadang-kadang aku masih rasa ada yang memerhati aku dalam rumah tu.

Dan, tanpa pertolongan pakcik Ali, aku rasa mungkin aku dah tak wujud dalam dunia ni. Masa aku ‘tak sihat’ selalu sangat aku rasa nak terjun dari balkoni rumah aku, tingkat 11.

Apa yang aku kongsikan ini, ambil jadi pengajaran. Silap aku kerana cerita part 1 aku dekat page tu makan diri aku sendiri. Dan sampai sekarang aku masih lagi berubat dengan pakcik Said.

Aku pindah rumah dan Mak ambil keputusan untuk temankan aku di KL sampai aku betul-betul sihat.

Mak cadangkan aku minta maaf pada Nani, dendam manusia jangan di buat main kata Mak, tapi aku masih belum ada kekuatan dan tak tahu macam mana untuk jumpa dan bersemuka dengan dia.

Takut dia sembur-sembur benda lain pulak dekat aku nanti.

Sambungan Part 3:

Lepas Pakcik Said tolong pulihkan keadaan aku dan rumah, dan mak datang KL teman anak dia yang ‘sakit’ ni, aku cari balik Nani. Pergi rumah lama, dia dah tiada.

Cari facebook account dia, tiada juga. Memang runsing betul masa tu cari jalan mana nak jumpa dia. Sebab memang tak banyak info pasal Nani. Cuba cari dengan buat public post di Facebook, masih tak jumpa.

Tanya jiran-jiran lama, mereka semua cakap dah lama tak Nampak Nani sejak aku keluar dari rumah tu. Aduh, makin pelik ni. Macam makin susah dah perjalanan nak jejak Nani. Serabut betul masa tu.

4 bulan lepas Pakcik Said datang rumah (oh ya, aku masih duduk rumah yang sama sampai sekarang), dan masa ni mak balik kampung dah sebab aku yakin aku dah betul-betul sihat.

sampailah aku sampai rumah betul-betul waktu senja. Satu tabiat aku dari dulu sampai sekarang, aku akan guna tangga untuk turun naik rumah, tingkat 11 sebab nak keep fit.

Tapi lain betul rasa haritu. Tangga tingkat 7, aku jumpa Nani wehh semuaaaaa! Memang dasyat betul keadaan kaget aku masatu.

Nani berdiri dekat pintu kecemasan yang selalu jadi exit door dekat tangga tu. Cara dia pandang aku, cara dia senyum, sampai sekarang aku masih ingat.

Macam dia dah tahu aku akan naik tangga, jam 720pm. Nani sengih dan…

“Hi Sara. Jom pergi rumah aku?” “Kau tinggal sini ke Nani?” aku tanya. “Ya. Tu rumah aku” – sambil tunjuk ke arah lorong rumah. Gelap. Pelik betul. Apesal floor 7 sepanjang floor gelap gelita. Takkan semua lampu rosak kot!

“Sara! Jom pergi rumah aku?” “Taknak. Aku nak balik” jawab aku.

Dan. Nani menjerit sekuat hati dia sampai aku rasa nak terkencing sebab takut sangat. Masa tu aku rasa macam dia nak b***h aku.

Serius trauma sangat masa tu. Aku terus lari naik tangga sampai rumah, tak toleh belakang dah.

BAMMM!

Pintu rumah kena tendang. Kalau ingat balik, aku tak rasa perempuan ada kekuatan untuk hasilkan tendangan kuat macam tu. Tapi sekali je tendang, lepas tu dia senyap.

Aku terus solat, mengaji dan teruskan sampai Isyak lepas tu aku tido. Penat lain macam.

Bangun pagi, memang rasa takut. Lepas Subuh, sungguh-sungguh aku nangis. Aku fikir apa jadi kalau aku keluar rumah harini, macam mana aku nak survive another days dekat sini sebab aku rasa Nani macam follow aku salama ni, dan mungkin sampai bila-bila.. Jadi aku decide untuk guna lif pulak.

Lepas kejadian jumpa Nani dekat tangga floor 7 tu, 4-5 minggu jugak aku tak jumpa dia jadi konklusi yang aku dapat adalah, Nani cuma follow aku selama ni, dia taklah sampai nak pindah rumah tingkat 7 tu kan?

Sara, kau silapppppp besar!

Hari Sabtu beberapa minggu lepas tu, seawal pukul 2.30pagi camtu, aku dengar ada bunyi dekat luar bilik. Macam bunyi plastik. Cuak betul masatu.

Aku decide untuk bukak pintu, manalah tahu ada orang jahat masuk rumah ke kan.. tapi kosong. Aku keluar bilik beberapa langkah untuk ke ruang tengah. Dan..

“Sara. Jom pergi rumah aku?”

Astagfirullah. Nani dalam rumah?

“Sara. Jom pergi rumah aku? Kau kan dah lama cari aku?”

“Nani. Aku tak tahu engkau ni apa. Aku nak kau keluar dari rumah aku. Apa kau nak ni?” aku tanya.

“Kenapa kau tinggalkan aku dulu? Kenapa kau keluar tinggalkan rumah kita dulu? Kenapa kau tak bawa aku sekali pindah sini? Kenapa kau—“

Lepas tu terus aku tak ingat apa jadi. Gelap. Aku sedar lepas terdengar bunyi azan. Alhamdulillah. Hidup lagi aku.

Nani mana? Dan kalau betul yang tadi tu Nani, macam mana dia masuk rumah ni? Tolonglah jangan jadi lagi kejadian lama. Aku tak sanggup dah.

Terus bangun, siap pergi kerja. Hari yang sama, balik kerja, entah macam mana, aku dapat call dari number yang aku tak kenal minta aku pergi Melaka sebab Azri (masatu boifren aku) accident.

Aik, bila masa pulak Azri pergi Melaka. Tak beritahu pulak tu. Cuba call Azri, tak dapat. Lepas cakap dengan mak, ayah, aku terus pecut ke Melaka, tak fikir apa dah.

Di area Simpang Ampat, aku nampak Nani berdiri tengah-tengah jalan. Allahu. Nani, apa kau buat tengah jalan tu?! Oleh sebab aku cuba mengelak Nani, aku yang terbabas.

Lepas kejadian aku ternampak Nani tengah jalan di area Simpang Ampat dan kereta aku terbabas, aku koma lebih kurang dalam 2-3 hari.

Rumah aku kosong, takde siapa yang masuk untuk cek keadaan rumah semasa aku koma. Hari ke 36 aku tinggalkan rumah (masa ni aku dah sedar), mak datang rumah dengan Azri.

Dan, cerita dibawah adalah diolah berdasarkan pencerita (mak, Azri, Ayah, nurse), kepada aku.

Mak & Azri
“Masa mak nak pergi rumah kamu, mak ada terjumpa jiran selang 3 rumah. Dia tanya kamu mana sebab dah 3 HARI dia tak nampak kamu”

“Mak cakap dengan dia ke Sara dekat sini?” aku tanya.

“Haah. Mak cakap kamu kemalangan. Dan dekat sebulan dah ni” Mak jawab.

“Tapi lepas mak cakap dah sebulan kamu dekat sini, auntie Elly terus cepat cepat pergi” sambung mak.

“Rumah ok tak mak?”

Mak nampak resah nak jawab. Azri pon sama. Terus dia nak ajak mak keluar. Mana boleh jadi, ada apa-apa ke mak dan Azri sorokkan dari aku.

“Azri. Mak. Rumah ok tak?” aku ulang soalan. Dan mak duduk semula, terus mak pegang tangan aku sambil tanya;

“Kenapa kamu tak cakap dengan mak Nani datang cari kamu lagi? Kamu tahu apa jadi dekat rumah kamu masa kami ke sana?”

“YaAllah rumah kamu kotor sangat Sara. Bersawang, macam dah bertahun kene tinggal, bau busuk jangan ceritalah. Tak tahan mak.

Lepas tu, dekat bilik kamu (bilik utama), kenapa ada banyak gambar kamu sendiri? Kamu selfie tu tak apa lah. Yang peliknya, gambar kamu tu, gambar dari jauh.

Macam bukan dari kamu sendiri. Ada juga gambar kamu dengan Azri. Tapi semua gambar tu, kamu berdua tak tengok kamera pon.”

Aku pandang Azri.

“Saya pon terkejut tengok gambar tu. Tak tahu dari mana?” Azri sambung.

“Mak jumpa kertas atas meja kerja kamu, tertulis ‘Nani rindu Sara’”

Aku diam.

Azri
“Sara, kenapa awak ke Melaka masa malam awak kemalangan tu? Saya call awak tak berjawab. Nasib baik mak beritahu saya awak kemalangan, kalau tidak sampai bila pon saya tak tahu awak kemalangan” Azri mengomel.

“Azri. Saya nak tanya awak. Masa saya kemalangan dulu, awak ada ke Melaka tak?” Aku tanya.

“Lah.. Saya baru je tanya awak kenapa awak ke Melaka. Bukan saya yang ke Melaka”

“Sebab saya dapat panggilan dari nombor yang saya tak kenal beritahu awak kemalangan dekat Melaka. Saya ada cuba call awak tapi tak berjawab.

Awak pergi mana masatu?” Aku tanya lagi. Geram.

“Masatu saya turun dari office ke lobby nak siap-siap solat maghrib sebab surau floor pejabat saya tutup. Masa nak turun tu, saya nampak awak tengah duduk atas bangku surau perempuan.

Saya peliklah sebab, yang pertama kenapa awak ada dekat sini dan yang kedua, kenapa awak duduk dekat laluan surau yang tengah renovate tu. Dah lah kawasan tu suram je” Azri Tarik nafas.

“Tapi saya dah syak ada benda tak kena sebab tu saya terus call awak. Tapi tu lah, tak berangkat pulak. Saya terus decide untuk turun bawah, tak nak tegur awak”

Dan, aku rasa Nani menang. Aku tewas untuk yang keberapa kali dengan Nani.. YaAllah tolong aku..

Ayah
Ayah dapat panggilan dari tuan rumah, Kak Zai sebab kata Kak Zai, dia tak dapat hubungi aku. Ada benda yang Kak Zai perlu beritahu ayah. Cerita Kak Zai;

“Assalamualaikum pakcik, saya Zai, owner rumah yang Sara sedang menyewa sekarang. Saya cari Sara dah seminggu lebih, tapi tak berangkat.

Ada benda sikit saya nak beritahu pakcik ni, tentang Sara”

Menurut Kak Zai, pihak Accomodation Office apartment dapat 2 aduan dari jiran sebelah dan depan rumah aku, masing-masing mengadu hal yang sama—tiap malam dengar ‘AKU’ menjerit dan menangis dalam rumah, dari pukul 2 pagi hingga 3 pagi, setiap hari sejak 5 hari sebelum aduan dibuat.

Jiran tak tahan, ketuk rumah tak berjawab, rumah bergelap (memanglah, sebab bukan ada Sara yang sebenar pon dalam tu), dan tiap kali ‘AKU’ menangis dan menjerit, anak mereka turut menangis, takut.

Pihak Accomodation Office terus ke rumah untuk cek. Masih juga tak berjawab bila mereka panggil. Oleh sebab pihak office ada simpan nombor pemilik rumah, mereka terus contact Kak Zai.

Dan usaha kak Zai untuk cuba contact aku juga masih gagal, jadi Kak Zai terus call ayah. Nak suka-suka pecah rumah penyewa, langgar kontrak katanya.

Ayah terus pergi rumah untuk mengemas sikit-sikit apa yang patut. Takut kalau dibiarkan kosong terlalu lama, ada benda lain pulak yang tinggal, kata ayah.

Cerita ayah kali ni, ada sedikit debar dalam hati aku, entah kenapa aku rasa tidak enak. Ayah cerita, masa ayah masuk rumah, ayah mulakan dengan sedikit bacaan ayat lazim.

Selangkah ayah masuk ke rumah, ayah cerita ada sesuatu macam langgar ayah sampai terduduk ayah di depan pintu. Tapi ayah buat cekal je.

Ayah masuk dan teruskan mengemas, tiba tiba grill rumah di ketuk (kebetulan ayah cuma tutup grill saja) ayah nampak ada satu budak perempuan, rambut terikat kemas, muka cerah pucat, tersenyum depan pintu rumah. Comel ayah kata, linkungan 5-6 tahun.

“Adik cari siapa ya?”

“Pakcik, saya nak masuk boleh?” adik tu tanya.

Ayah serba salah terus. Kalau tak masuk, takut dikata ayah sombong, terus menangis susah pulak. Kalau bagi masuk, entah anak siapa lah ni. Jadi kes culik lain pulak jadinya. Ahh sudah.

“Adik tak boleh masuk. Pakcik dah nak siap ni. Kejap lagi nak keluar” Ayah sambung.

“Tapi kakak tu panggil. Dia ajak main panjat-panjat dekat balcony.” Sambil tunjuk ke arah luar rumah.

Ayah terus sudahkan kemas dan keluar dari rumah. Ayah rasa ayah kene buat sesuatu dekat rumah ni!

Diluar rumah, ayah tanya semula dekat adik perempuan tadi, sebab dari tadi dia tak beralih dari grill rumah. Ketawa-ketawa, macam tengah bermain dengan seseorang.

“Adik. Ada berapa kakak adik nampak tadi dalam rumah pakcik?” Adik perempuan tunjuk 4 jari kepada ayah..

Nurse
Aku dapat berbual panjang dengan nurse yang jaga aku, masa aku discharged. Itupon sebab aku saja tanya, aku ada merapu meraban ke masa aku terlantar (selepas koma). Kot lah kan aku mengigau ke apa tersebut nama Azri hahaha. Tapi selamba je nurse yang incharge aku beritahu;

“Selalu akak nampak ada kaki extra dekat katil Sara. Bila kamu tarik tirai, akak cuma boleh nampak bahagian bawah. Jadi boleh lah nampak kalau ada orang duduk dekat kerusi menunggu, ada kaki dekat lantai. Tapi bila akak datang ke katil Sara untuk cek, takde siapa pulak.”

“Tapi pelik jugak, selalu kalau mak Sara yang stay jaga Sara, mesti akak nampak ada barang extra mak Sara, kadang-kadang nampak lah makcik ke tandas, atau biasanya kalau akak datang cek, mesti ada mak Sara.”

“Tapi kadang-kadang kaki extra ada dekat kerusi, bila selak tirai ehh hilang pulak dia. Tapi akak dah biasa jaga pesakit yang datang sekali dengan benda lain. Akak anggap benda biasa lah tu Sara”

Nurse senyum, tepuk belakang badan aku.

“Tapi Sara pernah meracau satu malam tu, Sara cakap ‘Nak ikut’ ulang-ulang” Nurse sambung.

Siapa pulak yang aku nak ikut ni?

Aku mulakan rawatan baru lepas aku balik rumah mak. Banyak lagi benda yang perlu dibersihkan. Dan dalam proses rawatan ni lah, aku tahu tentang Nani dan punca semua masalah ni jadi.

Tapi aku tak dapat ingat semua sebab aku dibawah paras sedar masani. Aku cerita dari apa yang mak ayah dan Azri cerita semula dekat aku.

Melalui perantara, ‘benda’ tu beritahu semua orang yang dia adalah dibawah kuasaan Nani. Nani adalah tuan dia dan dia tak boleh langgar arahan Nani.

‘Benda’ tu beritahu Nani marahkan aku sebab aku keluar dari rumah lama kami tanpa pengetahuan Nani. Nani marahkan aku sebab aku bersihkan rumah tanpa persetujuan dia.

Nani tak suka keadaan yang bersih, benda tu buat semua ‘kawan-kawan’ Nani marah. Nani tak suka aku solat dan mengaji, tapi dalam masa yang sama, Nani sayangkan aku, Nani attached dengan aku.

Nani taknak aku tinggalkan dia. Nani marah dan berdendam sebab aku tegur dia dengan cara yang salah. Nani fikir aku tak respect dia sebagai seorang rakan.

Dan, Nani terlalu sayangkan aku sebab aku housemate yang paling lama bertahan duduk satu rumah dengan dia. Nani nak aku sentiasa ada dengan dia.

Keadaan jadi terkawal, ‘benda’ tu berjaya ditundukkan oleh Ustaz Zul (aku dapat number Ustaz Zul dari salah satu komen di posting aku yang awal dulu.

Macam berjodoh pulak, antara banyak-banyak number perawat alternative Islam, aku tertarik untuk terus berhubung dengan Ustaz Zul) Alhamdulillah, berjaya lepas beberapa kali rawatan.

Sampai ke harini aku rasa lebih tenang, tak macam dulu. Nani? Hilang, semua gangguan dari dia pon lenyap.

Sampai sekarang aku masih berharap untuk jumpa dengan dia sebenarnya. Aku nak peluk dia. Aku nak minta maaf dengan dia.

Nani, aku dah lama maafkan kau, aku dah redha dengan apa yang jadi pada aku selama 2 tahun ni. Aku hilang kerja aku, sebab ada anggota badan aku yang dah hilang upaya sejak dari kemalangan tu,

dan masih dalam proses untuk dapatkan kad OKU. Tapi Alhamdulillah Nani, aku masih dikelilingi orang yang sayangkan aku sama macam dulu. Aku lebih kenal erti kehidupan. Terima kasih Nani.

Dan terima kasih korang sebab aku banyak dapat semangat bila baca komen korang. Ada yang positif dan ada yang negatif. Aku okay.

Terima kasih sebab banyak sangat yang cadangkan nama dan contact number perawat Alternatid Islam ni.

Aku harap kita tak berjumpa lagi di sini dan doakan aku tabah teruskan hidup sebagai ahli baru pemegang kad OKU. Semoga hidup kalian sentiasa dirahmati Allah.

Ohh ya. Beberapa minggu yang lepas, aku dapat satu pesanan ringkas dari Ustaz Zul;

“Sara. Nani dah pulang. Pulang kepada yang lebih berhak ke atasnya. Dan dia pulang for good” Sampai sekarang aku tak faham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *