Uncategorized

Menangis nangis si isteri tu snb takut nak tanggung dosa. Dia masuk ke bilik consultation sorg2. Bila sy minta dia panggil si suami sbb nak explain komplikasi dan hukum. Terkejut bila dngr jwpn si isteri td.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan Hi semua. Saya Dr Aurora, nak share tentang kisah benar yang boleh kita ambil iktibar.

Sorry lah, post saya kali ni maybe agak berbeza dengan post sebelum sebelum ni, sebab ada rasa sedih dan nak marah jugak bila dengar luahan pesakit saya ni. Puan A, seorang ibu dalam lingkungan umur 50an. Dikurniakan anak 3 orang.

Puan A datang ke klinik, mengadu yang dia sudah lama alami masalah kencing tak lawas dan gagal untuk kawal kencing (urinary inc0ntinence). Kadang kadang terkencing tanpa sedar. Sampaikan terpaksa memakai lampin dewasa.

Dia belum men0pause. Tiada sejarah angkat berat, trauma atau accident yang melibatkan kecederaan saraf tulang belakang yang boleh saya kaitkan dengan masalah urinary inc0ntinence ni. Tiada penyakit kr0nik seperti kencing manis.

Dia juga tak mengambil sebarang ubat yang maybe menyebabkan kencing kerap dan tak lawas. Bila saya check urine Puan A, tiada pun tanda infecti0n. Tiada ketulan atau ketumbuhan bila abd0men diperiksa.

Agak rare untuk dapat kes urinary inc0ntinence pada usia semuda 50an. Anak pun baru 3 orang. Selalunya kalau anak ramai dan banyak kali bersalin secara sp0ntaneous vaginal delivery, ada risik0 untuk dapat masalah ni.

Tiba tiba kedua dua mata Puan A berkaca kaca, seakan ada perkara sedih yang dia cuba ceritakan. Dia terus tanya, “Dr, saya memang bersalin 3 orang, tapi sebenarnya saya ada 3 orang lagi anak tapi saya cuci (gugurkan secara paksa atau prosedur D&C), sebab saya tak bersedia dan suami paksa saya cuci.”

Terkejut saya dengar.. “Kenapa 3 kali Puan cuci?” saya bertanya lagi. Sebak dada bila dengar dia cerita.

“Saya takut nak makan ubat perancang sebab orang tua tua kata macam macam. Bila termengandung, suami bawa pi hospital untuk cuci dan buang janin tu.”

“Puan tahu tak gugurkan anak secara paksa tu berdosa? 3 kali tu, banyak sangat.”

Puan A menjawab, “Ya saya tahu. Suami pun tahu. Tapi suami still paksa saya. Saya takut nak ambil perancang, tapi saya tak pi jumpa Dr pun untuk tanya pasal merancang ni.

Saya rasa masalah kencing saya ni berpunca daripada dosa saya yang lalu. Saya insaf sangat sangat. Sekarang suami pun macam taknak layan saya sangat dah. Saya sedih sangat, Dr.”

Sedihnya hanya Allah yang tahu bila saya dengar.. Kenapa sampai 3 kali??

Kalau sekali pun, patutnya dia dah berusaha ambil perancang selepas prosedur tu, tapi seakan tak belajar dari kesilapan. Sedih sangat sangat.. Ambil perancang bukannya berdosa pun, malah diharuskan.

Ada juga segelintir suami yang tak benarkan si isteri ambil perancang sebab dia merasakan perbuatan tu berdosa tapi bila si isteri termengandung, boleh pulak suruh si isteri gugurkan.

Menangis nangis si isteri tu sebab takut nak tanggung dosa gugurkan janin. Dia masuk ke bilik consultation sorang sorang.

Bila saya minta dia panggil si suami sebab nak explain komplikasi dan hukum menggugurkan janin, si isteri beritahu yang suaminya just nak tunggu dekat dalam kereta dan strongly refuse nak masuk clinic.

Ya Allah, suami jenis apa ni. Suami dari neraka ke ni? Hurmm.. Ambil perancang tak haram pun. Mengugurkan anak secara paksa itu yang haram dan berdosa.

Kenapa nak dicabut nyawa anak anak yang tak berdosa tu sedangkan si ibu dan ayah yang bersalah sebab tak merancang sebaiknya?

Lain lah kalau kes rgol, ada undang undang yang membenarkan untuk pengguguran selepas diperiksa oleh Dr pakar.

Ini kes pertama saya dapat patient yang gugurkan anak secara sengaja sebanyak 3 kali. Sebelum ni pernah jumpa yang gugurkan sebanyak 2 kali.

Dah gugurkan kali kedua, dia datang ke klinik saya untuk rescan sebab pendrahan non-stop selepas seminggu. Hopefully patient tu insaf bila dia dapat komplikasi.

Lain kesnya kalau prosedur D&C bagi patient yang mengalami missed miscariage (kandungan/ janin berhenti membesar dan tak bernyawa tapi tiada tanda tanda akan gugur secara semulajadi).

Kalau ada pembaca yang sudah berkahwin dan belum bersedia untuk mengandung, jumpa lah Dr, bincang cara yang terbaik untuk merancang.

Terlalu banyak sangat kes patient yang termengandung dan datang ke klinik saya untuk request ubat untuk gugurkan. Bila ditanya, takda usaha pun untuk guna kaedah merancang.

Ada yang guna kaedah untuk buang air man1 di luar, dan ada juga guna kaedah kalendar. Actually method ni sangat tak effective.

Ada jugak yang ambil ubat/ cucuk perancang, tapi pada masa yang sama makan jamu dan makjun, dan termengandung disebabkan tindakbalas chemical antara jamu dan ubat perancang.

Bila ada yang request ubat untuk gugurkan janin, maaf lah, saya bukan pembnuh.

Saya tak jual pun ubat tu sebab menyalahi etika perubatan dan saya personally pun tak sanggup nak tanggung dosa sebab benarkan keguguran berlaku secara sengaja tanpa sebab masalah kesihatan.

Hopefully para isteri lebih bijak untuk jaga kesihatan diri selepas ni.

Buat keputusan untuk diri sendiri, jangan terlalu bergantung kepada suami untuk buat keputusan, terutama yang melibatkan kesihatan kita sendiri. Kita yang akan menanggung komplikasi yang akan timbul.

Moga kita ambil iktibar daripada kisah ni. Bertaubat lah jika ada yang pernah lakukan dosa-dosa ini sebelum ni.

Ada penyakit yang Allah berikan kepada kita sebagai ujian untuk menaikkan martabat kita sebagai hambaNya, ada juga dijadikan ujian untuk kita bermuhasabah dan insaf dengan dosa dosa kita yang lalu. Wallahualam.

Reaksi Warganet

Nafishah Ismail –
Saya termengandung pada usia yang agak lewat40++ tapi tak pernah terlintas untuk buang anak anugerah Allah pada kita..

Sebab saya takutkan Allah. Bila dah mengandung tu bawa lah amanah yang diberi dengan penuh kesyukuran walau banyak ujian saya hadapi masa preggy anak bongsu tahun 2019.

Sekarang anak dah hampir 2 tahun. Dah bokeh sebut abah, kakak. Bising mulut dia walaupun dia ank istimewa saya dan suami terima dia seadanya.

Doakan anak saya sihat dan ceria selalu baru lepass operate jantung bulan 6 ari tu. Dia lah penghibur kami sekeluarga.

AR Korube –
Macam mana la kak ni boleh tak sayang anak kak oi. Aku baru nampak dua line dekat pregnancy test tu pun dah jatuh sayang. Sanggup berpisah dengan suami kalau suami taknak anak tu.

Tak boleh bayangkan ke muka diorang baru lahir tu comelnya macam mana. Bau ubun ubun, senyuman time tidur. Haisyhh, aku kalau boleh mengandung tetiap tahun nak mengandung.

Tapi laki aku lagi pentingkan kualiti hidup anak yang ada sebelum kami pikir nak tambah anak. Merancanglah sebelum terlambat.

Raja Norkhairani –
Ada orang yang tunggu bertahun tahun untuk dapatkan zuriat, tapi puan A dalam cerita ni duk gugurkan janin dalam perut dia bila mengandung. Bukan sekali, tapi 3 kali. Astaghfirullahalazim.

Kalau belum nak tambah anak, ambik la perancang. Kalau mengandung jugak, boleh je serahkan anak tu pada orang lain untuk dijadikan sebagai anak angkat.

Madamme Que –
Ni laaaa masalahnya orang Melayu. Doktor belajar ilmu sains kurniaan Allah bertahun tahun lamanya demi keselamatan dan kesihatan ibu ibu.

Bila dinasihati, taknak dengar. Tapi nasihat makcik bawang, dengar pulak. Sebab tu kalau nak guna perancang, kena gi jumpa doktor mnta nasihat. Bukan dengar maklumat tak sahih.

Takut makan atau guna perancang, tapi tak takut gugurkan anak.

Tolonglah. Lebih baik makan atau guna perancang keluarga daripada menggugurkan baby. Elak lebih baik dari bnuh. Dalam Islam pun tak salah guna perancang untuk kesihatan ibu dan anak anak.

Kadang kadang wife nak pakai perancang, suami tak bagi. Sebab anak punca rezeki.

Eh pergi menuntut ilmu agama dengan ustaz la. Kalau anak ramai ramai tapi terabai, bukan rezeki yang dapat, tapi dosa. Anak bertambah usaha kena tambah. Bukan duk diam tak buat apa apa lepastu harap anak tu lahir dengan rezeki.

Takut wife gemuk kununnya. Ingat gugur paksa camni tak rosak badan ke? Alih alih dingin dengan wife sebab badan rosak sana sini. Pastu mula la cari lain. Padahal suami yang suruh gugur. Betul betul zalim, masuk neraka la suami gini.

Perancang keluarga sangat penting untuk membantu kesihatan mental, fizikal dan emosi ibu ibu, dan juga anak. Suami tolongla faham. Jangan hanya fikir untuk kepuasan nfsu sendiri. Yang merana tu isteri.

Ni tak. Bila dah termengandung, gelabah nak buang. Pemikiran apa ni? Kan lebih baik dirancang. Setiap kehamilan tu perlu diingini, bukan dibenci.

Haram gugurkan anak tanpa sebab musabah. Eiii paham tak..

Cik Ros –
Last last kencing tak lawas. Yang bawah sentiasa berair, longgar, berbau. Laki cari lain (bukan tuduh, tapi TT kata laki dia dah tak layan dia sekarang sejak sakit).

Dulu ikut sangat cakap laki gugurkan anak anak. Kalau tak gugur anak anak tu dah boleh jadi peneman di hari tua.

Suami ni kita boleh cari dan bertukar ganti kalau jodoh tak panjang. Anak tu drah daging sendiri tak ada galang ganti sampai akhirat. Sebab tu dikatakan bila mati tinggal 3 benda, sedekah amal jariah, ilmu dan anak.

Pengajaran untuk kaum isteri yang lain. Setia pada suami biar pakai otak.

Tapi memang ada kumpulan wanita yang nak berkahwin tapi tak mau anak. Tapi ok la mereka beritahu siap siap pada boyfriend masing masing lepas kahwin terus nak potong dan ikat peranakan. Risau juga dah kahwin, masa seronok tak ingat dunia. Nanti termengandung nak gugur sebab mereka memang tak nak anak.

Sumber – Dr Aurora (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *