Uncategorized

Letih 13 thn hadap perangai pemalas suami. Sampai nak ajak dia beli juadah puasa pun x nak. Terpaksa beli sorg2 dngn perut boyot mengadung. Tp kawan2 ajak boleh pulak.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Salam Sejahtera semua, Aku Munah. Semestinya bukan nama sebenar. Pinjam sekejap. Pelik kan tajuk coretan aku ni? Suami aku ni bukan jenis pemalas bekerja, pemalas sampai nak harapkan orang. Tapi pemalas dia bila bab isteri dan anak-anak.

Aku dengan suami dah berumah tangga hampir 13 tahun. Lama kan? Sejak dari tahun pertama aku dah hadap perangai pemalas family dia ni.

Tahun pertama kahwin, first time berpuasa sama-sama, ajak dia beli juadah kat bazaar yang mana sekangkang kera je dari rumah. Malas katanya. ‘Awak la pegi sendiri.’

Aku pulak jenis ‘tak mau buat, aku buat’ jadi dengan perut boyot aku (masa tu tengah mengandung anak sulung), berjalan la sorang-sorang pegi bazaar. Beli juadah untuk aku dengan dia. Dah on the way nak naik rumah, terserempak dia kat lif. ‘Tunggu si ‘A’ dia ajak pi bazaar’.

Walawey, bini ajak kau suruh pegi sendiri? Kawan ajak kau sanggup tunggu di bawah. Time tu aku dah boleh agak macam mana keadaan masa depan aku. Dari haritu, aku dah belajar, aku tak perlu tunggu dia kalau aku nak apa-apa. Aku boleh buat sendiri.

Disebabkan kemalasan suami aku, aku belajar berdikari naik transport sendiri. Masa ni belum ambik lesen lagi, sebab kenderaan yang ada pun moto saja. Dia guna untuk ke tempat kerja.

Jadi aku selalunya naik bas ke mana-mana saja aku nak pergi. Checkup anak, hospital, jalan-jalan. Sampai anak ke dua pun aku naik bas. Senang. Seronok naik bas dengan anak-anak. Diorang happy tengok permandangan. Lagipun murah. RM2.50 dah sampai destinasi. Anak-anak half price.

Suami aku? Selagi tak menyusahkan dia, dia OK. Jadi selalunya aku dengan anak-anak boleh rancang nak kemana-mana sesuka hati kami. Duit? Alhamdulillah gaji aku masa tu lebih dari mencukupi untuk aku dengan anak-anak.

‘Kau tinggal je suami macam tu, dia ‘makan luar’ nanti macam mana?’

Isu ‘makan luar’ dari anak pertama aku dah tau dia ada side chick. Maklumlah, suami aku kerja malam. Restoran dan bar. Jadi haruslah ada side chick. Sebab aku kan dah tak fun macam awal-awal dia kenal aku. Aku sibuk dengan anak dan rumah tangga.

Jadi benda ni aku pun naik malas nak gaduh. Bila sampai masa dia sendiri akan berubah. Mana taknya, duit gaji RM4k sebulan. Duit untuk aku dengan anak2 RM500 je.

Bil semua dia bayar. Gaji dia habis ke side chick la apa lagi. So dia takde simpanan langsung. Malas nak menyimpan katanya. Aku gaji RM2K je sebulan. Tapi setengah aku buat simpanan. Sebab bercita-cita nak beli kereta sendiri.

Jadi dia pelik macam mana aku boleh bermewah padahal dia macam tak ada apa-apa. Sekarang dia dah tak kerja malam, gaji dah 2K je sebulan. Masih dia pelik macam mana aku yang buat Grab ni boleh survive sampai waktu PKP ni.

Bila aku dah ambik kereta second hand, aku selalu jugak minta tolong dia hantar kami kemana-mana. Macam biasa la alasan dia, ‘Awak boleh pegi sendiri kan, dah ada lesen kan?’.

So aku pun tak pernah harapkan dia. Berdikari. Pegi mana pun hadap. Dari pakai GPS sampai la zaman Waze aku hadap sendiri. So aku sekarang lebih tech savvy dari dia. Dan dari kerja dengan orang sekarang aku dah kerja sendiri. Buat Grab. Buat runner. Masa sendiri.

Sakit nak beranak? Pegi hospital sendiri. Suami busy. Jadi kelebihan sekarang aku lebih tau macam-macam prosedur dan aku lebih kenal ramai orang yang boleh tolong aku dari segi rasmi dan tak rasmi.

Bulan puasa selalunya bulan yang paling mencabar. Aku tak pernah berharap dia nak pegi beli apa-apa pun kat bazaar. Dari 1st year kahwin sampai la sekarang. Alasan dia malas nak bersesak. Tapi nak aku belikan dia tepung pelita la, karipap la, nasi beriyani la, onde-onde la. Duit? Guna duit aku la.

Disebabkan kemalasan dia nak ke bazaar dan nak bagi duit, aku belajar semua resepi makanan yang dia nak. Semua aku dah pro sekarang. Terkadang buat lebih untuk berniaga. Dapat duit sikit. Bertambah simpanan aku.

Terkadang tu minta jugak ke kedai belikan bahan, dia tarik muka. Kalau dah gitu baik la aku pegi sendiri. Malas nak melayan.

Dia malas nak hadap apa-apa pun yg melibatkan family aku dan jugak anak-anak dia. Aku pulak malas nak cari gaduh. Ikut suka dia la. Kalau aku atau anak-anak minta tolong memanjang malas. Jadi kami belajar berdikari. Buat semua sendiri.

Kalau kawan-kawan dia yang minta tolong, jam 3 pagi pun sanggup. Mula-mula aku kecik hati jugak. Tapi dah lama ni aku dah redha. Allah pun dah lapangkan hati aku.

Ada kelebihannya ada suami macam ni. Ada hikmahnya suami aku perangai macam ni. Ada macam-macam lagi kemalasan yang aku boleh cerita tapi aku rasa esok pun tak habis.

Aku selalu doa supaya dia berubah. Bimbang nanti dia dah menin ggal, anak-anak pun malas nak urus sebab perangai malas dia masa anak-anak minta tolong.

Jadi yang mana dapat suami yang lebih kurang macam aku ni. Jangan tengok kekurangan. Tengok kelebihan. Doa yang baik-baik. Sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan. Sebab hati ni milik Dia. Lillahi taala. In Sya Allah kita akan sentiasa bersabar.

– Isteri yang dah terlampau redha

– Munah (Bukan nama sebenar)

Zaitun Bujang : Semua tanya apa klebihannya…jawapan pd sy..bila somi ni maati..anak n isteri lbih tenang mnerima takdir…x perlu bsedih2..lbih rasa mcm xda apa2 kesan dr khilangan…xda kerinduan..

Tazari Mohd : Cik Kak, kau ni kawin ngan orang ke sotong.

Tapi since kau cakap dia mmg ada side chick, malas dia tu mmg dibuat buat….org curang ni mmg akan sentiasa nak cari ruang…kadang2 dia sendiri offer kau nak pergi mana2 pergilah, dia dok rumah takpe.

Benda ni semua boleh dibaca..

Suraya Ilham : Utk cik munah.. Laki ko tu bukan malas sebenarnya.. Tapi haji bakhil nak kuar duit poket utk anak bini..tp utk diri sendiri ngn kawan2 dia mmg pemurah.. Baru la kawan2 pujipuja dia..

Lain kali benda dia nak makan kalau xhulur duit ko xyah beli.. Jawab senang je ko malas nak cari benda yg dia nak makan tu.. Aku rasa dia pun akan malu alah dengan ko pas ni.. Since ko dh sayag gile kat dia..

Doa la anak ko xjd perangai malas mcm apak dia.. Bahaya bila anak rasa ok je kalau sume mak a. k. a bini buat n beli sume… Jaga diri.. Jaga kesihatan.. Sekarang banyak penyakit.. Jgn dia derma sperm sekali ngn penyakit kat ko sudah.. Sian anak2 xde sape nak jaga..

Siti Shazwani : So whats the point of u having a husband if u cannot share ur responsibility together? Kalau semua benda boleh handle sendiri la.. Baik berpisah je sbb kita xtahu mulut je ckp redha tp dlm hati tak.. Lepas tu duk tanggung dosa la selama dalam perkahwinan tu.. And its not healthy for ur children..

Kalau anak lelaki, he will think it is ok kalau seorg lelaki behave that way.. Kalau anak perempuan, she is used to being treated like that.. Benda2 mcm ni akan effect pilihan pasangan dorg nnt in the future..

Pernah dengar x kes y seorg anak akan dpt pasangan y sama mcm mak ayah dy even y tu y dy elak? Sebab he/she xsedar that they already used to it.. And somehow they are the one ended up choosing that kind of partner.

Sumber : iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *