Uncategorized

Aku sorg workaholic, lps bertunang aku mula hilang focus pd keja. Tiba2 tunang minta kad bank, alasan x nk aku boros. Sejak itu sikit2 perangai hantu dia keluar.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Salam semua, terima kasih admin jika approved. Aku nak reply confession,

“Isteri b4bi, isteri drhaka. Mmg nerake lah tmpt kau”. Sjk bertunang aku dh perasan, tp silap aku teruskan juga. Dh kahwin, ni aku hadap..

Aku sedih bila baca confession macam ni, and tak terkejut pon kalau dah slalu sangat keluar cerita macam ni. First of all, kita sebagai manusia kalau jumpa orang dalam masalah macam ni, kita janganlah terus condemn. Judge yang bukan2.

Ya, memang satu keputusan yang salah bila awak teruskan jugak kahwin dengan lelaki tersebut. Tapi hakikatnya cinta itu buta. BUTA tuan puan. Ya, aku pernah berada dalam situasi macam ni.

Bercinta dengan orang yang panas baran, maki hamun, jenis dia saja yang betul, selalu overthinking, full of drama, kuat merajuk dan mengongkong.

Aku perhati biasa perempuan lah selalu yang ada perangai2 macam ni. Ni terbalik pulak. Aku bertahan. Sampailah kami bertunang.

Aku wanita berkerjaya. Sebelum aku kenal dia pon, aku memang workaholic. Pantang ada waktu boleh buat OT, aku akan buat OT. Janji tak kacau bila ada plan nak bercuti, family day or me time.

Yelah, daripada kau tak buat apa kt rumah tu bosan layan Netflix, baik buat OT. Kalau takde, aku offer diri dengan boss nak OT gantilah sape kawan2 yang taknk OT.

Bila aku jumpa dia, berkawan lalu jatuh cinta. Mula2 bercinta tu memang semua indah2 belaka. Bagi orang yang tak pernah bercinta macam aku ni, ‘oh macam ni feeling orang bercinta ek’ haha.. seronoklah rasa dicintai gitu.

Bila aku dah start bercinta, kerja aku slow sikit. Kalau nak OT tu ikutlah kalau si dia kerja, aku akan OT. Kalau dia cuti, for sure aku tak ambik OT sebab kami akan dating. Kena bahagi masa.

Sepanjang bercinta, semua OK.

Lepas saja kami bertunang, sikit2 perangai hantu dia keluar. Semuanya tiba2. Tiba2 dia merajuk. Tiba2 nak marah. Sampai aku sendiri tak tahu mana silap aku.

Aku ni jenis ego tinggi jugak tapi aku try cool down, sabar, diam, benda boleh bincang. Aku malas nak bertikam lidah.

Bila dia dah baran, mula lah caci maki. First time dia maki aku tu, aku terkejut jugak. Tapi aku jenis malas nak pikir lebih2. Aku sabar jelah,diam. Mak aku pesan, kalau sorang api, sorang lagi kena jadi air. Makanya aku pon jadilah air.

Dalam hati memang geram rasa nak menjawab saja bila dia marah2 tu. Yelah, dia tuduh yang bukan2, kita tak buat pon benda tu, tapi disebabkan perangai overthinking bodoh dia tu, macam2 dia tuduh aku.

Aku boleh bersabar dengan semua perangai dia, sampailah tahap dia kongkong kebebasan aku. Semua benda aku buat mesti minta izin dia.

Kena video call setiap kali nak keluar, tunjuk muka kawan2 yang aku keluar bersama tu. Kalau nak shopping online ke nak apa ke, kena minta izin dia jugak. Alasannya, dia tak nak lepas kawen nanti aku boros, dia nak biasakan aku beli benda yang perlu.

Aku jarang shopping online, sebab aku jenis kedekut. Banyak duit aku gunakan untuk pergi bercuti and makan. Sesekali nak shopping online beli beg ke baju ke tapi dia tak izinkan memang aku merajuklah.

And dia sendiri tahu yang aku jarang shopping online. Dia pernah mintak nak pegang kad bank aku. Aku tak izinkan.

Dia ghosting, block whatssap terus. Haha. Aku pon diam jelah. Nak pujuk, dah semua socmed dia block. Aku jenis malas nak overthinking. End up, dia cari aku sebab nak bincang hal nikah.

Selain dari tu, aku mula nampak dia tak boleh bila aku lebih dari dia. Lebih2 lagi dari segi karier. Aku pernah dapat award Employee of the Month, start dari tu dia downgrade aku.

Dia perkecilkan usaha aku, dia rendah2 kan semangat aku, bila waktu kerja saja, mulalah dia kacau aku, bila aku tak layan dia merajuk and silent treatment.

Aku ni bila dah sayang, aku pujuk dia, cari dia, selalu mintak cuti, mc tipu lah semata2 nak keluar dengan dia, semata2 nak pujuk dia.

Sampailah performance kerja aku drop. Boss and teammates dah complain. Aku hilang fokus. 24 jam nak kena jaga hati dia. Aku jadi bodoh, selalu mengaku salah atas kesalahan yang aku sendiri tak tahu.

Aku selalu mengalah, diamkan diri bila dimaki, diherdik. Sebab aku jenis malas panjang2 kan cerita.

Aku banyak dealing dengan teammates yang majority lelaki. And aku tahu dia kuat cemburu, overthinking. Bila aku taw perangai dia ni, so aku pun kena behave. Jangan buat benda yang trigger dia untuk marah, cemburu and overthinking.

Jadi, aku tunaikan semua yang dia nak supaya dia tak overthinking. Aku tak letak password fon aku. Aku biarkan dia baca semua chat whatsapp aku. Bagi semua password socmed aku. Aku share jadual kerja aku. Apa yang dia nak semua aku bagi.

Aku tak nak dia overthinking. Tapi, kami bergaduh jugak sebab dia taknak aku whatsapp dengan lelaki. Aku explain dengan dia, itu semua atas urusan kerja, aku tak ada bff laki2. Dia sendiri boleh baca satu2 sebijik2 chat aku tu.

Alasannya, aku boleh padam chat. Aku ni tak suka bazir masa untuk benda2 remeh ni. Curang tu menyusahkan. Nak kena selalu berhati2.

Tahap overthinking dia memang teruk.

Sepanjang aku dengan dia aku tak bahagia pon. Aku lebihkan kebahagiaan dia. Asalkan dia happy. Kadang terasa bodoh pon ada. Tak apa, janji dia happy. Sampai satu hari tu, dia maki aku sebab tak angkat call dia.

Aku baru habis meeting, baru habis kena maki dengan boss, lepas tu dia pulak maki aku. Aku serabut. Dengan kerja, dengan dia, semua benda tak kena. Balik kerja tu hujan lebat sangat.

Aku tunggu hujan teduh sikit sebab aku parking jauh and tak bawak payung. Sementara tunggu hujan teduh tu, aku solat asar. Aku silent fon. Selesai solat, aku tengok fon. 15 missed call. And 1 message. Dia message aku.

“Woi betina, kau tak reti nak angkat call ke? Apa guna beli iphone mahal2 kalau tak reti guna? Still kat office? Saje nak borak lama2 dengan jantan2 kat office tu ke? Lagi best kan borak dengan diorang sampai taknak angkat call aku?”.

Bila dia dah marah, aku jadi takut. Aku lari ke kereta, basah kuyup. Aku cepat2 start enjin kereta nak drive sampai ke rumah and nak video call dia and nak minta maaf. Tapi kereta aku tak boleh start! Aku panik and serabut!

Aku rasa nak menangis, takut, then aku tumbuk stereng and menjerit sekuat hati aku dalam kereta tu. Sebijik macam dalam drama. Nasib baik hujan lebat, orang tak boleh dengar. Aku menjerit lagi dan lagi. Dah penat, aku diam. Aku menangis.

Macam mana ‘lebat hujan’ kat luar, macam tu lah ‘lebat hujan’ dalam kereta. Waktu tu, seolah2 Tuhan nak aku muhasabah diri. Fikir dalam2. Berbaloi kah semua ni. Semua kesalahannya aku butakan.

Dia ‘pijak’ aku semahunya. Semua yang aku buat, semua salah dimatanya. Lama aku fikir. Diam dalam kereta. Hujan makin lebat. Dia terus menerus call, aku tak angkat. Message aku dengan makiannya, aku tak reply.

Aku try start enjin kereta. Hidup! Adakah ini petanda Tuhan nak beri aku masa untuk aku fikir sedalamnya? Aku drive slowly balik rumah, aku berfikir lagi, dan lagi sepanjang jalan.

Sampai saja rumah, aku tenang2, mandi, bersihkan diri. Makan, lepak2 tengok TV dulu. Malam tu sebelum tido baru aku buka fon. Macam biasa, 27 missed calls, 5 messages, panjang2. Caci maki as always.

Biasanya kalau dalam situasi macam ni, aku yang mengalah, minta maaf, pujuk dia. Tapi kalini lain sikit. Dia silap mlm ni dia tahu siapa aku. Aku tunjuk perangai sebenar aku.

Dia b4bikan aku, aku b4bikan dia balik. Dia p*k1makkan aku, aku p*k1makkan dia balik. Dia panggil aku betina, aku panggil dia jantan.

Si4l, h4nat, pel4cur semua aku balas balik weh! Puas memang puas! Dia terkejut. Dia cakap macam ni ke nak jadi bini dia? Haha. Boleh pergi jahanam kau sana. Kau dah buat aku macam doormat lagi mau sembang pasal hormat.

Aku jenis kalau orang treat aku baik2, yes aku treat balik baik2. Kalau orang treat aku buruk, aku cool dulu boleh sabar, tapi sampai masa dah tak boleh sabar aku balas balik.

Dia call aku. Aku get ready nak confront malam tu. Dia tengking aku. Aku tengking balik. Hambik kau semua benda kami ungkit. Haha. End up, putus tunang. Yeay!!! Aku tak sedih langsung. Ya Allah, rasa bahagia sangat2!!!

Lepas putus tunang tu aku hidup macam biasa. Sebab aku bukan jenis nak meratap, menangis2 dah. Entah dari mana kekuatan tu datang.

Aku move on. Happykan diri aku. Aku minta maaf kat diri aku. Aku dah zalimi diri aku ni.

Dibiarkan orang pijak2 aku. Aku biarkan orang yang aku sayang tak hargai aku. Aku biarkan orang fikir aku jahat, asalkan orang tu bahagia.

I am truly sorry, my dear self. Dia still cari aku. Call aku. Message aku. Sikit pon aku tak layan. Aku terus block. Buat semak hidup aku saja.

So, korang kalau boleh selamatkan relationship korang, tak kiralah still couple, bertunang even dah kahwin, go for it. Cuba selamatkan.

Berbincang elok2. Kalau dah tak boleh selamatkan, kesihatan mental terganggu, better angkat kaki, jalan terus.

Hargailah diri korang tu dulu. Tak gunalah kau korbankan kebahagiaan kau untuk orang yang tak hargai pengorbanan kau tu. Kalau belum kawen, better fikir panjang. Kau mampu ke bertahan untuk jangka masa panjang after nikah nanti? Jangan salahkan takdir.

Sebab semua yang berlaku atas pilihan kita juga. Aku bersyukur sangat Tuhan kuatkan aku untuk buat keputusan ni. Sebab sebelum ni aku takut. Takut dengan dia. Takut kehilangan dia. Takut dia cari lain. Bila pikir balik, entah apa yang nak ditakutkan pon tak tahu.

Kalau betul la orang tu selayaknya untuk kau, dia tak sekat impian kau. Dia akan bebaskan kau asalkan kau pandai jaga diri. Pandai bahagikan masa antara kerja, family dan kawan2. Dia tak matikan langkah kau untuk maju ke hadapan.

Dia selalu ada untuk sokong apa saja minat kau. Dia selalu bagi semangat untuk kau terus kuat dalam apa jua keadaan. Dia akan selalu percayakan kau, bersangka baik, tak maki dan hina kau malah berlemah lembut dalam memberi nasihat.

Dia akan hormat pendirian kau. Untuk pengetahuan, aku buat semua yang di atas untuk aku jadikan diri aku layak untuk dia. Tapi sayang, dia pula sebaliknya.

Akhirnya, babai lah. Aku rasa cukup dah tahap kesabaran aku. Lepas putus tunang tu dia meroyan. Mungkin dia pikir balik semua kesalahan2 dia tu.

Aku pulangkan semua barang2 milik dia, tapi dia tak pulangkan pon barang2 aku. Haha no more turning back. Tapi aku masih doakan dia berubah and dapat perempuan yang lebih penyabar dari aku.

Sebab orang2 narsisstik ni sesuai dengan orang2 yang tinggi tahap kesabarannya. Goodluck la. Aku dah happy dengan diri aku yang sekarang. – Lufya (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *