Uncategorized

Habis PLKN, aku pulang dr sabah mak abah, tiada. Aku terkejut bila baca mesej adik ipar sound mak. Aku Adu Kat adik ‘suaminya’.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Aku tak tahu nak luah pada siapa, mungkin dekat sini dapat membantu aku sedut sedikit semangat. Aku anak ketiga dalam empat beradik. Kami dilahirkan sepasang- sepasang. Maksudnya, kakak dan abang aku jarak jauh 10 tahun dari aku dan adik lelaki aku.

Aku membesar dengan kebanyakan hari istimewa aku tak ada orang tersayang. Aku masuk asrama tingkatan empat, hanya dihantar oleh ayah sampai anak tangga asrama. Mak aku? Tak ada.

Adik aku dapat keputusan PMR cermerlang, ditawarkan masuk MRSM. Dari baju, seluar, beg semua mak aku siapkan. Hari dia masuk asrama, mak aku ada.

Tapi.. Aku pun anak juga kan?

Habis SPM, aku fly pergi Sabah sebab dapat masuk PLKN. Mak aku hantar aku dengan muka kelat. Aku pun tak tau apa salah aku kena fly pi Sabah. Yang menangis mak mengasuh aku. Eh terbalik pulak.

Aku naik kapal terbang menangis sendiri. Macam biasa, baju seluar beg semua aku siapkan sendiri. Mak tak ada masuk bilik tanya aku perlukan apa-apa.

Tahun berikutnya adik aku pulak dapat PLKN. Pun kena fly pergi Sabah. Dari awal semua mak aku pack kan. Aku tengok saja dari balik pintu.

Tapi.. Aku pun anak juga kan?

Oh lupa nak story. Masa aku balik dari Sabah, tak ada orang dekat rumah. Mak ayah adik aku semua fly holiday dekat Indonesia. Aku tak tau apa-apa pun. Abang aku ambil aku dekat Stadium Bukit Jalil.

Waktu tu dah gelap malam. Aku diam dalam kereta. Aku minta hantar aku sampai rumah. Malam tu aku tidur sendiri. Hari esok, waktu ambil result SPM, aku jalan kaki ke sekolah. Tiada siapa yang menemani.

Tak sama macam adik aku, mak ayah drive jauh nun ke utara negara. Seronok nak ambil result sebab yelah.. Adik aku kan MRSM.. Sekolah aku jarak tak jauh pun dari rumah. Jalan kaki 10 minit pun dah sampai.

Tapi.. Aku pun anak juga kan?

Hari Konvo aku paling sedih kot. Mak naik umrah. Tak apalah.. Aku pun dapat tau tarikh konvo lambat. Aku naik tempat belajar dengan drive sendiri. Aku maklumkan pada keluarga dalam group wasap.

Kakak aku awal-awal cakap tak nak datang sebab malas ambil cuti. Abang aku diam saja. Adik aku masih belajar. Tinggal lah ayah seorang.

Aku teruja pegang tiket tempat masuk untuk bagi pada ayah. Aku dah bersiap dari awal pagi. Aku wasap tanya dekat mana, ayah aku kata baru gerak. Beberapa jam lepas tu, dah tiba masa aku pula naik pentas untuk ambil segulung diploma.

Aku text ayah tapi ayah cakap dia berhenti rehat dekat R&R. Tau lah aku.. Aku naik pentas tanpa sesiapa menyaksikan kejayaan aku.. Aku tengok lepas habis istiadat, kawan-kawan keluar dewan disambut dengan senyuman dari keluarga. Aku pulak terkuat-kulat tak tau nak buat apa. Nak senyum dan nak nangis.

Adik aku tak. Diploma ke ijazah ke, mak ayah aku ada. Aku siap drive bawak anak kecik (masa tu dah ada anak satu) ke sana. Siap ambil gambar sama-sama. Ramai-ramai.

Tapi.. Aku pun anak juga kan?

Ni masing-masing dah kahwin. Bulan puasa lepas aku dapat jemputan jadi penulis dibawah penaung bekas menteri. Hari aku share gambar selfie dengan bekas menteri tu, anak adik aku masuk jatuh masuk ICU.

Aku faham baby masuk ICU, aku pun sedih. Siapa tak sedih tengok baby kan. Semua orang dah sampai hospital tengok baby tapi untuk part aku, tak ada satu pun ucapan tahniah dari mak ayah aku. Sampai ke sudah pun tak ada…

Tapi… Aku pun anak juga kan?

Ada satu hari ni aku balik rumah mak. Sambil lepak-lepak dekat ruang tamu, aku swipe telefon mak, buka wasap. Tu perangai aku sejak sekolah lagi. Tapi hari tu aku terkejut bila baca mesej adik ipar aku sound mak aku. Aku sebagai seorang anak pun tak berani buat gitu dan aku rasa agak tak baik sound mak aku macam tu.

Aku wasap adik aku, bagitau apa aku nampak. Aku tulis ayat baik-baik, minta adik aku tegur isteri dia. Aku ada rasa juga aku macam kakak ipar penyibuk tapi kalau aku diamkan, aku sedih mak aku kena macam tu. Baik buruk mak, tetap orang tua kita.

Seminggu dua kemudian, aku datang lagi rumah mak. Macam biasa, aku suka main henpon mak tapi terkejut aku, sebab dah ada password. Selama 30 tahun aku hidup, tak pernah ada password dekat henpon mak. Ni tiba-tiba ada. Entahlah.. Mungkin sebab aku kot..

Baru-baru ni kami pindah rumah. Sebelum tu, adik aku pun pindah. Mak ayah aku siap bermalam tolong pek kan barang. Katanya sebab adik aku laki bini tak pandai mengemas.

Waktu kami mengemas, tak ada orang datang tolong. Tak apalah, aku pun dah biasa. Penat sikit sebab ada anak-anak nak kena urus. Semua kecik-kecik lagi.

Tapi… Aku pun anak juga kan?

Ni aku baru keluar hospital. Kebetulan adik ipar aku pun masuk hospital hari yang sama aku warded. Mak aku tepon tapi dia cuma cakap perihal keluarga adik aku saja. Katanya risau anak dia minum susu lagi, macam mana nak bantu, apa nak buat.

Sakit aku, aku simpan sendiri pun tak apa kot. Tapi… Aku pun anak juga kan? Aku dah besar dan dewasa. Aku boleh hadam dan faham sepatutnya. Tapi aku sedar aku macam anak kecil yang inginkan perhatian dan pujian.

Benda yang patut aku let go tapi cuma mereka yang semacam aku akan faham kenapa aku menulis sebab… Aku pun anak juga kan? Aku sunyi, gais.. Aku sunyi… – Anak yang lain (Bukan nama sebenar).

Komen warganet

Norina: Banyak anak ketiga rasa macamni. Sebabnya anak last always baby. Anak pertama kesayangan. Anak kedua (first lelaki/first perempuan) so anak ketiga ni nothing special. Itu apa kita rasa.

But actually maybe di pandangan mata parents kita, kita pandai berdikari. Jadi parents boleh harapkan kita. Rasa kita independent. Cepat belajar, cepat apa2 kalau mereka minta tolong. Jadi walaupun kita rasa kita tak disayangi, kita sbnrnya yang paling kurang merisaukan ibu bapa kita. Thats why kita sampai terasa sampai kita invisible.

Jangan ambil hati tentang itu. Bila kita ada anak nanti, kita try not to do that. But yang dah lepas tu biarkanlah. Parents kita, kita x boleh nak ubah. So kita ubah penerimaan kita terhadap apa parents kita berikan pada kita. Appreciate when they do pay attention to you, and ignore it when they dont.

Awak ada pasangan, ada anak. That means more time you can spend on them, the one that you know love you 100%. – Dari anak no 3 dari 5. Felt that when i was growing up too, but alhamdulillah, i know my parents love me, cuma lain anak, lain cara pemberian kasih sayang tu. take care TT.

Rizal: Mungkin ada org cakap, alah ko dah besar ada keluarga sendiri, oh yg penting parent ko dah jalankan tanggungjawab mereka, atau yg mcm tu punya komen. Aku just nak cakap, aku faham apa ko nak sampaikan.

Cuma ko sekarang semua simpan sendiri tak perlu terhegeh2 kat parent n adik beradik ko, sebaliknya ko curah semua kasih sayang kat suami dan anak2 ko dahla, dan jgn sesekali ko ulang perbuatan parent ko kat anak2 ko ya wpun kadang2 kita ada anak yg kita sayang lebih skit dari anak lain, tanpa kita sedari.

Norizen: Salam,

Anak bongsu memang dimanja selalu. Jangan la sedih. Kita diasuh untuk jadi kuat. Salurkan rasa sunyi tu pada benda lain. Anak, suami, hobi, aktiviti lain yang berfaedah daripada dok melara sedih tentang layanan mak ayah pada kita.

Dah matang dah. Kita pula sekarang ni kena layan anak, suami dan mak ayah kita. Kalau mak ayah tak berapa nak layan kita, jadi, kita pun tak payah la bersungguh nak pegi mengemis sana sini. Dok dendiam dengan keluarga kecik kita.

Kalau ada masalah, IIUMC kan ada… kalau suami layan tak elok, meh luah kat sini, kita sama sama maki dia… hahaha… Kalau tak reti jaga anak, meh luah juga, reader bagi solution sama sama… Tapi, kalau mak ayah layan sekadar ini sahaja, kita/kami nak cakap lebih lebih karang, dosa… mak ayah tu… orang tua.. Jadi, take care yer…

Update komen…

Makcik nak share pengalaman kakak makcik meluah rasa. Dia anak perempuan kedua. Abang makcik anak sulung. Kakak makcik ni makcik panggil Kak Ani. Dia rasa mak ayah makcik selalu sisihkan dia, tak sayang dia. Dia rasa mak ayah makcik sayangkan adik beradik makcik yang lain.

Sebenarnya makcik pun rasa mak ayah makcik tak sayang makcik masa kecil, sebab makcik ni hodoh, tapi, entah kenapa tah, makcik senang bawa diri gitu sampai dah tua, tau tau, makcik sayang mak ayah dan adik beradik makcik tak berbelah bagi.

Kakak makcik ni pendam rasa dia sampai la kami dah dewasa beranak pinak. Bila kami cakap pada mak ayah kami, mereka pun tersentap. Kata mereka, sebenarnya kakak makcik adalah anak yang paling mereka care sangat sangat. Selalu diberi barang yang ada kat rumah, selalu bagi apa yang kakak makcik minta. Anak anak yang lain tak minta apa apa, selalu bagi pada mak ayah makcik (makcik ada dua kakak).

Jadi, apa yang makcik nak share, kekadang kita terlepas pandang. Mak kita sayangkan kita dan buat apa yang terbaik dia rasa untuk kita. TETAPI, apa apa yang kesilapan kecil mereka yang kita ungkit dan kita bandingkan. Kita terlupa segala nikmat dan kelebihan yang dia beri pada kita. Mungkin orang lain pun ada pandangan yang sama. Pada waktu yang lain, mak ayah kita layan kita lebih baik dari orang lain, tetapi, kita tak nampak yang itu.

Makcik pun dah jadi ibu pada 4 orang anak. Ada juga sesekali mereka mengungkit ungkit. Abang ungkit, mama lebihkan kakak. Kakak pun ungkit, mama lebihkan abang bla bla bla… Setiap anak tu ada jer terasa kita lebihkan anak yang lain berbanding mereka. Bila jadi mak ni, makcik dapat memahami dah apa yang mak ayah makcik rasa dulu. Gitulah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *