Uncategorized

Masalahnya 2 thn kahwin Suami sy masih perawan. Sudah bincang dan nangis tp dia ckp blum Ready. Tp bila nak kluar rumah je lain mcm sikap suami sy ni.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum admin. kalau tolong sembunyikan identiti saya. begini, saya telah kahwin 2 tahun dan belum ada anak. kami bukan muda dah. saya 28 tahun, suami 37 tahun.

saya dan suami pjj. Suami bekas kerja pilot skrg kami keja pejawat awam. masa nikah dengan dia, semua dia dah sediakan. kelengkapan rumah serba serbi ada. saya cuci kaki saja masuk. cuma ada satu masalah.

Saya taktau macam mana nak cerita lanjut. tapi masih tertanya. suami saya tak pernah culas nafkah. setiap bulan mesti bagi. saya nak bercuti mana pun semua dia bawa.

sebab dah boleh merentas. apa saya nak dia belikan. setiap kali giliran saya balik ke rumah dia, mesti dia cuti dan masak sedap2 kat saya. bermacam menu atas meja . dan bila saya balik sana tugas saya hanya basuh baju. tu pun guna mesin la.

zaman moden kan. dryer pun dia ada sediakan. saya lipat saja dan ironkan kat dia. keja rumah lain semua dia buat. sapu, mop, kemas rumah. dapur dia memang tiptop. saya begitu hati hati . saya kasar sikit.

kalau masak tu air suka mercik kat lantai. sinki basah. macam saya cakap tadi, kat sana saya lipat baju saja. suami saya memang suka tidur luar atas lantai depan tv.

sebab dulu slip disk doktor sarankan tidur atas lantai. bila saya balik, baru dia tidur dalam bilik. dunia dia di ruang tamu saja. padahal ada 4 bilik lengkap katil. dia memang pandai bergaya.

tinggi macam tiang letrik. kalau nak p mana mana, saya memang kena tunggu dia bersiap. rambut dia mesti dihias rapi. dengan gel ke menda ntah dan spray rambut. minyak wangi sentiasa yang original beratus harga.

tak merokok dan suami saya pakai foundation, concelear, lip balm. kuku dia pun cantik . berkilat je kalah saya. saya memang jenis simple, tak bergaya sangat, janji kemas , bersih, wangi.. takdanya nak mekap.

suami saya sentiasa wangi walaupun kat rumah. tak penah nampak serebeh la kat rumah pun walaupun tshirt dan kain pelekat. tak penah la dia tak pakai baju. sentiasa lengkap. kalau di luar rumah, persis model.

masalahnya yang buat saya fikir bukan bukan kat dia, sebab dia belum ready nak ada hubungan intim. 2 tahun kawin saya masih perawan. sekadar ringan ringan saja. saya biasa bincang dan nangis dan naik suara juga.

dia kata belum ready. saya nangis sungguh2 dan macam benda saya bebel. dia terus peluk saya. dia kata dia taknak saya tanggung sakit dan susah seorang diri.

Tunggu duduk sebumbung dulu. nanti kalau saya sakit atau nk check up bulanan , dia ada. dan dia kata nak habiskan phD dia dulu. lepastu baru tumpukan pembangunan keluarga. pendapat kalian macam mana? betul ka dia kata tu? berdosa ka saya kalau masih duk meragui dia?

Komen warganet

Mohd durgro:
Kahkahkah….benda biasa da ni…kawen utk cover modus operandi jer…Hobi golongan lawan pedang…kawen utk cover line…sekian… bukan pada TT tp mostly 80% kes mcm ni haluan kiri@ lawan pedang hahahaha

Ayusnita:
Terbaik dah laki tu. ..idaman semua wanita. Sikit lagi nak sempurna. Tapi xsempurna ada rongak sikit.. Ni lah Orang kata sempurna hanya untuk Allah swt..

Xpelah kak.. tunggu je la dia abes PhD dapat tittle Dr dulu. . nanti baru dia boleh buat kajian kat atas diri kak..

Ataupun kak bagi je suami tu kat balu anak ramai. Biar terjamin masa depan budak2 tu..balu tu mesti xkisah suami dia xsentuh pun anak dah ramai dah

Norliza:
ni jenis lelaki selera jantan ni…kalo baca kisah ni..isteri dia cakap berconcelar bagai..kuku halus mulus…saya dah dpt tangkap…kalo lelaki jenis jaga penampilan dan kecantikan bak pompuan ni…mungkin dia xda selera dgn pompuan…nak2 pjj….mesti dia layan sejenis jugak ni…

Dalam hidup ni..mustahil lelaki normal x bernafsu melihat wanita..nak2 isteri didepan mata…mustahil tongkat x naik walaupun disentuh..melainkan nafsu ditutup dgn sihir ataupun jenis kaum luth…maaf kalo saya cakap…puan boleh bawa suami rujuk kpd pakar sakit tuan..adakah suami puan lemah syahwatnya ataupun dia mmg x brminat dgn pompuan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.