Uncategorized

Suami marah sbb gerak sy tidur tengah mlm sy x bangun. Di balingnya kerusi bila ckp letih jaga anak. Sy cabar dia jaga anak dan ini reaksi suami.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Saya seorang ibu ada 2 orang anak. 2 kali keguguran. Short story, saya ni jenis bergaya & jaga penampilan diri juga. Maksudnya, walaupun saya ada anak kecil yang aktif sangat² tapi yess, saya still jaga anak-anak dengan baik, penampilan saya pun takdelah macam kak limah.

Kisahnya suami saya ni jenis baran & berangin. Baran teramat sangat, memang dulu lagi teruk sekarang dah ada perubahan sikit, saya ni saja bertahan.

Selalu kami bergaduh bila dia tak dapat ‘bersama’.

Benda ni private sangat tapi saya terpaksa luah sebab nak tahu saya ke bersalah? Dalam seminggu 3-4 kali kami akan bersama.

Cuma kadang² ada masa saya terlalu letih sampai tidur tak sedar apa. Sebabnya anak saya yang kecil tu sangat aktif dan tak diam seminit pun.

Siapa yang jaga anak kecil dia tau lah rasa penatnya macam mana, kalau tak, tak adalah kes ibu yang depresi and burn out. Baru ni dia marah² sebab gerak saya tidur tengah malam saya tak bangun, saya memang lemah rasa lesu sangat2.

Sedangkan baru malam sebelum tu dah bersama, saya minta maaf laa esoknya, dan saya cakap saya letih sangat-sangat

Tapi dia baling kerusi, dia memang jenis tu, kalau dah naik angin segala benda nak rosakkan. Dia cakap tak boleh bagi alasan anak.

Ya Allah, saya cakap laa ni bukan alasan.. saya memang letih sangat2, tapi dia still cakap tu alasan.

Lastly saya geram saya katalah, tak pa one day duduk la try jaga anak² boleh tak bertahan tanpa rasa stress. Jangan senang2 kata saya bagi alasan.

Lepas tu dia marah kata saya menjawab, kata saya tak mengaku salah sedangkan awal2 saya dah minta maaf tapi dia yang tak ouas hati lagi.

Lagi saya geram, dia cakap yang kes lelaki cari perempuan lain sebab ini lah, tak hairan pun sebab bukan salah lelaki tu saja kalau dah bini takdak function.

Allahuakbar.. saya sedih, hati saya kecewa, remukkk. 4x aku mengandung tu anak siapa??

Seminggu 3-4 kali bersama tu apa dia? Lainlah kalau aku langsung tak melayan. Tapi aku ni manusia, seorang ibu bukannnya tongkol kayu. Ada masa aku letih, aku penat.

Lepastu dia cakap laa lepas ni nak bagi aku pulak drive cari rezeki biar aku rasa penat macam mana seolah2 nak perli laa sebab aku kata nak bagi dia rasa letih jaga anak macam mana. Seriously aku cakap, aku rasa nak tunggu anak besar sikit jaa, kalau macam ni perangai jangan hairanlah kalau 1 day aku dah rasa ‘tawar hati’.

Saya ni bukan duduk saja kat rumah tau, sambil jaga anak saya berbisnes online, saya cari online partime job, saya buat homemade food tempahan nasi dan sebagainya nak cari rezeki sama2 untuk keluarga. Sebab nak harap dia sorang memang tak mampu. Tapi dia still tak nampak pengorbanan saya.

Alih² sebab isu ‘bersama’ tu habis dia buat saya macam sampah. Maki ikut dan, menangis ni tak tahulah dah berapa kali terasa dengan kata-kata kesat dia. Entahlah… So saya ke bersalah? Betul ke saya ni isteri tak guna yang tak jaga batin suami?

Serius saya nak tahu kalau betul, saya akan perbaiki betul-betul (walaupun saya sendiri tak tahu macam mana) sebab sekarang fasa membesarkan anak kecil yang baru belajar berjalan dan sangat aktif.

Kekuatan saya sekarang hanya anak2 dan Allah sahaja. Pesanan saya buat para lelaki di luar sana, jadilah suami yang ada EMPATHY. SEKIAN. Assalamualaikum. – Seteguh Maryam (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Nurul najwa:Kalau bisnes awak tu buat awak tambah penat, awak stop bisnes tu dah fokus layan suami dan anak. Takde kewajipan kita ni wanita untuk cari duit pun. Tapi selagi bergelar isteri, wajib layan suami.

Pendapat saya ni mungkin nampak macam menyebelahi suami bukan diri awak yang kepenatan itu. Tapi cuba check balik apa yang buat awak penat extra, so hentikan benda tu. Jaga anak tu dah tanggungjawab tak boleh buat apa.

Tak boleh nak sub kan kepada orang lain. Itu role kita sebagai ibu. Tapi carik duit definitely bukan role kita kan? So stop it. Fokus je pada benda yang wajib. Kecukupan tu Allah beri jika dedua suami isteri saling melunasi hak masing masing. Nak fikir dengan AKAL memang takkan mampu sebab kita jenis berkira kira.

Bila suami tak puas hati dengan layanan isteri, isteri rasa suami tak mampu menafkahi, memang haru birulah hidup kita. Buat apa serba tak kena. Duduklah dan renungkan semula. InsyaAllah dapat penyelesaiannya.

Yesmina: 1. Daftar diri utk kaunseling keluarga. Pastikan dia kena pegi sekali. Kalau dia tanya kenapa cakap dgn poker face (muka xde perasaan) yg dialah punca ko depress.

2. Stop semua kerja yg membantu ekonomi. Cakap dgn dia semua beban ekonomi skrg atas bahu dia. Since dia persoal tugas ko layan dia, sila tala semua tugas dan tanggungjawab dia cukupkan nafkah keluarga pd dia semula.

3. Cakap dgn dia “if you expect me to entertain u 7x seminggu tanpa gagal, then provide me a daily maid”

4. Paling penting, pakai contraceptive yg paling bagus. Rancang sendiri tu semua persetankan. Dont risk your life dgn lelaki cmni, jaga anak mmg penat tau x. Mentally and physically.

Selagi ko asyik fikir semua salah ko, dia lelaki xde masalah, ye selagi tu ko akan depress dan penat. Dan dia, ewah2 sedap je tuntut hak dia, pastu petik butang superiority sbg suami. Man, org penyabar sgt mmg selalu kena buli tau x kak? Ko kena tunjuk yg ko pun tahu ” kawin ni bkn all about hak suami je” k.

Nor hisayah: Cadangan sy , awak stop buat bisnes on9 tu. Serah kan ape yg dia x mampu tu pada bahu dia. Cuba hdp dlm kemampuan dia je. Awak ddk umah, jaga ank n kemas umah skit2.. lg 1 anak awak kalo lasak , awak khas kan la 1 tempat utk dia bermain. Nak bersepah semua kat situ je. Kalo boleh biar ade bilik khas.. kalo mls kemas ttp je pintu.

X yah fikir bantu suami dr segi kewangan kalo dia pun x mau faham awak. Jgn stress , rehat2 la. Sesekali antr anak kat partime pengasuh. Skrng ni mmg ade pengasuh partime yg kira hours punya. Mmg mahal, tp berbaloi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *