Uncategorized

Tiap2 thn x kurang 5 laki ajak aku kahwin. Ada 1 lelaki nama jijo kaya keja petr0nas. Mak Pak dah berkenaan. Tp pd mlm pertama aku lari keluar rumah.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum, hai gais! Sebelum baca, sila tarik nafas dalam-dalam dan jangan rasa annoy, hehe. Ini hanyalah luahan hati aku.

Aku seorang perempuan dan masih 20-an. Aku bukanlah nak perasan lawa, tapi hakikatnya setiap tahun tak kurang 5 lelaki yang ajak aku kahwin. Bukan ajak couple tau, tapi ajak kahwin.

Sejak aku habis belajar, berpusu-pusu lelaki mendekati nak meminanglah, nak melamarlah dan tak kurang juga buat-buat baik dengan mak bapak aku. I am a reserved girl. Aku tak akan rapat dengan mana-mana lelaki dengan mudah. Aku sendiri sombong dan jual mahal dengan lelaki.

Maknanya, aku memang tak ada kawan lelaki. Zaman belajar memang ramai nak mengorat, tapi aku tak pernah melayan. Sebab aku tak rasa diri aku ni semurah itu untuk cepat melayan dengan kata2 cinta sang lelaki gatal.

I put my standard really high & I wanna be exclusive enough for my Mr Right only.

Tapi masalahnya sekarang, setiap tahun lelaki-lelaki yang berhajat untuk menikahi aku ni kebanyakannya tak nak give up.

Aku dah reject cara baik, mak bapak aku pun dah reject cara baik, tapi masalahnya mereka masih tetap ganggu kami sekeluarga. Let me get straight, aku cuma nak lelaki yang hensem. Ya hensem. Hensem di mata aku.

Definisi hensem bagi aku adalah tegap, tak kurus sangat, tak gemuk sangat, tak putih sangat, tak gelap sangat. At least sejuk untuk mata aku memandang.

Bukannya aku nak yang macam Brad Pitt pun, bukan nak macam Zac Efron apatah lagi Zayn Malik, macam mamat korea lagilah bukan taste aku. Bukan macam KJ, tapi cukup yang bila aku pandang, aku rasa tenang.

Kalau nak suruh describe hensem tu pun rasanya susah sebab taste kita kan berbeza. Hensem di mata aku belum tentu hensem di mata kamu. Tapi ada rupa lah.

Masalah sekarang ni, yang nak kahwin dengan aku semuanya tak ada rupa. Bukannya hodoh sangat pun, cuma tak kena dengan taste aku.

Ada satu lelaki ni aku namakan dia Jijo. Jijo ni memang kaya, keje engineer Petronas, dah ada rumah dan kereta, pastu ada business pulak, main saham pun pandai. Tapi masalahnya, rupa dia memang aku takleh nak go.

Dia selalu bermegah-megah dengan harta yang dia ada. Dia cakap mintak saja apa aku nak, dia akan cuba tunaikan.

Aku cuba untuk terima dia, even mak bapak aku pun memang berkenan dengan dia pada mulanya sebab dia paling stabil berbanding calon-calon lain.

Aku, pada mulanya terima nasihat mak bapak aku. Aku cuba buka hati aku untuk Jijo. Sebab aku nampak ketulusan dia untuk menghalalkan aku.

Aku pernah terima pelawaan Jijo untuk pergi fine dining sama-sama bersama family kami. Aku tak pernah dating berdua tau! Aku pergi dinner tu pun with my family.

Aku cuba terima dia. Aku tanya dia macam-macam. Ada la beberapa kali kami keluar bersama dengan kehadiran family aku juga. Tapi aku rasa turn off bila dia asyik berlagak dengan harta dia.

I mean, almost all the time dia cakap kalau aku dah kahwin dengan dia, aku takkan susah dan aku tak perlu kerja sebab harta dia dah cukup.

Okay walaupun aku agak annoyed dengan kemegahan tentang kesenangan dia, aku layankan aje. Dia tayang jam branded dia, pakai baju branded semua, memang nampak la dia sejenis yang mementingkan brand.

Kalau perempuan jenis yang gila harta, mesti tak nak lepaskan lelaki macam Jijo ni. Tapi aku, aku tetap tak boleh nak go.

Aku even imagine camne kalau aku kahwin dengan dia. Aku even pernah mimpi tidur satu katil dengan dia, omaigod aku rasa jijik.

Sampai dalam mimpi pun aku boleh lari keluar rumah pada malam pertama, korang bayangkanlah betapa dia bukanlah taste aku.

Jijo ni perfect, cuma rupa tak berapa. Perut dia macam mengandung 17 bulan. Leher dia berkerak. Muka dia macam kawah bulan. Penuh lubang.

Tapi bab muka ni aku tak lah kisah sangat. Cuma tang perut dia tu, aku rasa geli. Aku pernah nasihatkan dia untuk lose weight.

Yelah mana tahu kot dia kurus sikit aku mungkin boleh terima dia.

Tapi dia boleh berlagak cakap “i hate exercise or diet”. Perghh., berani dia menentang cadangan aku. Jangan beranganlah aku nak tengok dia kurus. sebab dia sendiri bangga ada tubuh sebegitu.

Tapi masalah utamanya sekarang, dia langsung tak rasa yang dia tu tak hensem langsung! Dia malah rasa dialah lelaki paling kacak.

Aku sampai nak mual tengok lagak dia. Mentang2 dia banyak duit, dia rasa aku boleh terima dia camtu saja? aku tak pandang harta, aku pandang rupa.

Sekarang aku terfikir, apakah lelaki fikir perempuan cuma pandang harta saja? Korang ingat perempuan tak kisah ke pasal rupa. Perempuan lain mungkin tak kisah, tapi aku kisah.

Kan nak sehidup semati. Lelaki selalu nak isteri cantik. Tapi kenapa lelaki tak nak perelokkan diri sendiri? Adakah wanita tidak berhak untuk dapatkan lelaki yang kacak?

Kalau ada lelaki kacak pun, selalunya g4y. Pastu yang straight mostly tak handsome. Kenapa tak nak hensemkan diri? Asyik perempuan saja yang sibuk nak jaga imej diri, kenapa lelaki tak rasa kepentingan untuk jaga imej diri juga?

Kenapa? Aku rasa macam unfair. Lelaki yang nak kat aku tu pun, semuanya nak isteri cantik. Tapi diri sendiri langsung tak hensem. Kalau korang rasa Syuk tu tak hensem, nah diaorang ni lagi tak hensem dari Syuk.

Aku pernah reject salah sorang lelaki yang nak kat aku, dan aku cuba kenenkan dia dengan kawan aku. Kawan aku ni cantik saja bagi aku, cuma warna kulit saja tak cerah macam aku.

Fuhhh laki tu boleh selamba badak cakap “sorry i cuma suka perempuan putih saja”. Puii. Diri sendiri hitam berkerak ada hati nak yang putih saja. Muka pun hodoh pastu demand nak yang cantik saja. Berlagak!

Kalau dia tu hensem takpelah jugak nk demand yang cantik. Ni muka macam badak sumbu yang tak mandi 5 bulan. Leher pun berdaki tak pernah sental.

Eww aku menaip ni pun aku rasa nak muntah sebab bila imagine muka diaorang ni, serius aku rasa korang tengok pun confirm rasa nak body shaming.

Maaf aku sebenarnya bukanlah nak body shaming pun cuma aku macam annoying dah tahu badan tu gempal macam badak, at least usaha la bagi kurus untuk bagi sedap orang pandang. It’s for your own sake jugak. Gemuk kan punca penyakit. Tapi ini tidak. Bangga pulak gemuk.

Haih tak boleh aku. Cuba komen pendapat korang tentang lelaki macam Jijo ni. Kalau korang di tempat aku, korang terima ke dia? – Janna (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *