Uncategorized

Mlm nikah tiba2 mak mertua xbagi tidur dgn suami. Disuruhnya sy teman nya tidur. Berlarutan smpai 3 bln x disentuh suami. Suami mula marah2, skrg br tahu motif sbnr mentua bt mcm 2.

Foto sekadar hiasan. Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamulaikum. Min tolong hide FB saya ya? Kisah bermula macam ni. Dulu saya pernah berkahwin tapi cuma bertahan 3 bulan sahaja. Semua punca dari ibu mertua saya. Ex suami saya tu anak bongsu.

Pada malam pertama pernikahan kami ibu mertua saya melarang ex suami tidur dengan saya. Dia suruh tidur dengan dia. Alasan nya ibu mertua kata s4kit dada. Takut mti xada orang pulak. Xpa saya faham.

Bnda ni berlarutan Smpai 2 minggu. Lpas pada tu ex suami dah kena kerja. Kami PJJ. Saya belum di sentuh ex suami. Selepas sebulan ex suami balik. Dengan marah2. Saya hairan apa salah saya pada dia.

Bila tanya tak jawab. Marah terus ja. Masam muka..

Satu hari saya terjumpa dengan kawan suami. Kawan ex suami ajak sembang. Baru la saya tahu punca suami marah selama ni. Semua kerana ibu mertua. Saya di fitnah pada semua orang. Sehingga ex suami pun marah besar.

Saya balik. Saya tnya suami hal ni. Suami cakap kalau tak ada angin masakan pokok nak bergoyang. Ibu mertua menuduh saya berhubungan dengan lelaki lain.

S4kit hati saya. Saya cakap kalau tak percaya sentuh la saya. Sudah 3 bulan menikah tapi belum di sentuh. Tapi jawapan ex suami sangat mengguris hati. Dia cakap saya jjik. Perempuan kot0r dan macam2 lagi. Saya di cerraikan.

Selepas 7 bulan di cerraikan. Saya kenal dengan seorang lelaki yang sangat baik. Alhamdulillah terima saya seadanya. Saya sngat bersayaukur. Kami bernikah. Saya juga bersayaukur dapat seorang ibu mertua yang baru sangat baik. Dan penyayang walupon suami saya yang sekarang anak bongsu.

Alhamdulillah. Dah 3 tahun berumah tangga. Belum ada ank. Tapi masalah pula mendatang apabila ex datang balik menagih cinta. Tapi hati saya hanya pada suami. Saya tak layan.

Tapi jahat juga dia dan mak dia. Datang memfitnah saya pada family mertua. Ibu mertua cakap dia terima saya seadanya. Biarlah apa yang di fitnahkan. Saya brsayaukur sngt. Mempunyai ibu mertua yang baik.

Tapi keluarga ex seperti tak puas hati lagi. Apa perlu saya buat.? Perlu kah, saya berdepan dengan mereka? Trima kasih semua.

Luahan wanita ini mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Apa kata mereka.

Intan Syuhada, Tak payah, lagipun terang dan jelas tak ada apa2 ikatan dah… Jaga saya keluarga yang baru… Hidup mti semula pun tak payah dah jumpa orang macam tu… Jaga keluarga yang lebih menghargai sesal macam mana sekalipun ex awak tu.

Izzati Nordin, Semoga kite same2 sebagai wanita menjadi anak isteri menantu ibu yang baik2 di dunia ini dan diterima allah dalam setiap doa Dan taubat kite.

Abaikan saje si bekas suami dan bekas ibu mertua tu, jangan sesekali di layankn nanti makin menjadi. Sentiase bersayaukr dan kekal d Cc suami dn keluarga, moga allah permudhkn sgale urusanye. Report p0lis juga bagus untuk mengelakkan ganguan sebegitu.

Awang Jauhari, Sekarang dah bahagia bukan? Tak perlu di layan lagi manusia yang tak tahu kenang budi. Seeloknya kamu tak payahla berkawan lagi dengan mana2 lelaki termasuk ex kamu.

Bukan apa. Untuk elakkan dari ada pihak yang akan ambil kesempatan untuk memburukkan kebahagiaan kamu sekarang. Yang dah berlalu biarkan berlalu. Tak perlu nak di runsingkan lagi.

Hargai la apa yang ada di depan. Faham kamu rasa marah dengan mereka tapi usahlah kamu mengejar bayang2 kemenangan andai kesempurnaan telah pun kamu miliki.

Arlin Amshah, Report polis dan saman je. Tapi sebelum tu pergi kumpol bukti. Cari saksi2 yang lepas berbual dan rekod secara senyap. Dah kukuh bukti dan hujah baru saman. Untuk selamat kan rumahtangga yang baru. Buat kerana Allah.

Siti Shahrizan, Report dan saman, sekarang macam2 boleh buat, asal ada bukti yang kukuh, berdiam boleh kalau ia mendatangkan kebaikkan.

Tapi adakalanya berdiam tu makin memudaratkan,ambik tindakkan yang tegas, tak kan selamanya nak dibiarkan orang sesuka hti mengganggu hdup kita, mengaibkan dan menfitnah orang boleh dibuat kes.

Sampai bila nak biarkan ex dan mak dia yang gila tu mengganggu hdup TT, busuk sangat hati tengok orang bahgia ye. Syukur TT dah terlepas dari manusia macam tu.

Sekian:
Pernikahan adalah antara saat indah yang kita semua nantikan. Namun tidak semuanya bernasib baik sepertimana yang lain. Perkongsian dari wanita ini di laman KRT, berkongsi pengalaman yang ditempuhi saat berkahwin dengan pemuda ‘anak mak’.

Tiga bulan berkahwin tidak disentuh kerana mulut mertua. Alangkah malangnya menantu dapat mertua perangai sebegini rupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.