Uncategorized

Suami berkeras xnk pindah dr rumah maknya. Tuduh sy benci fmlynya, Diugut talak jika keluar. Saat suami keluar kerja je, terus perangai mentua dan ipar berubah.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Salam min..mohon hide nama saya. sy baru berkahwin 8bulan. Apa perlu sy buat bila suami tak nak pindah dari rumah mak dia..? dulu sebelum kahwin dia kata cuma duk sementara je.

Lps kahwin dia kata akan tinggal sini smpai 3-4tahun atau selamanya..Lps kahwin haritu sy ikut dia pindah ke utara tanah air. Jauh tinggalkan tempat sy dibesarkan..sy tinggalkan semua yg sy ada di bandar.

Kerja,family, kawan2.. Bila dtg utara sy xdpt cari kerja..tinggal dlm rumah mak dia. Rumah mak mertua yg panas,kotor,byk sampah..dgn kucing penuh. Mak mertua peniaga..mmg tak peduli pasal rumah..sampah dan botol botol plastik buruk dia simpan bertimbun di sekeliling rumah dan belakang rumah.

Dalam rumah pula penuh almari almari buruk yg tak pakai dan barang barang lama yg bersepah. Memang seperti kapal pecah. Sy pula dari kecil dibesarkan dlm rumah yg kemas,bersih,teratur. Sy jd tertekan bila duduk dlm rumah yg mcm ni..

Dalam rumah ni bukan hanya ada mak mertua tetapi nenek dia yg dah nyanyuk dan perlu layan kerenahnya yg setiap hari menguji kesabaran. Tiap kali sy mandi,dia akan ketuk pintu dengan kuat dan akan maki maki depan pintu kalau sy lambat buka.. sini juga ada kakak ipar dgn tiga org anak lelaki yg lasak.

Suaminya bekerja di ibukota Dulu mereka tinggal di sana..tp 4tahun lepas dia berenti kerja dan balik tinggal dgn mak dia disini. Tak tahu bila dia nak balik sana semula..sejak sy dtg sini sy yg bersihkan rumah ni,memasak.

Bersihkan rumah sekejap je..lepas tu anak kakak ipar tu sepahkan balik.. Kak ipar pun sama buat x tahu ja sampai pinggan cawan anak pakai pun x nak basuh. Perangai mak mentua dan ipar sama depan suami ja baik, belakang bila suami pergi keja dibuatnya sy mcm org gaji.

Maknya buat tak endah je anak sepahkan rumah..dan asyik dgn hp.. Depan suami sy nampak rajin dan kadang2 kata sakit badan2 la. Bila suami sy balik,dia tgk rumah bersepah dia kata sy tak buat kerja dalam rumah ni..sy goyang kaki dalam rumah ni. Sy kawin untuk jadi orang gaji dalam rumah ni ke??

Tiap malam sy menangis..mengenangkan nasib. Tak tahu nak mengadu pada siapa..hanya menangis atas tikar sejadah.sy nangis dgn keadaan sy pregnant skrg ni lagi.. Bila sy nak bincang baik baik psl rumah sewa dgn suami, dia akan naik angin.

Dia kata dia taknak keluar dari rumah ni.. Nak jaga mak dia dan nenek dia. Tu alasan. Dia bukan tak ada adik beradik lain. Mak dia juga masih sihat. Masih keluar berniaga. Nenek dia bukan tanggungjawab dia. Pakcik&Makcik dia ramai.

Lps tu tuduh sy mcm2 kata sy tak suka family dia. Apa2 dia akan menangkan family dia dan sy yg salah. Dia kerja dari pagi smpai lewat petang..bukan tahu apa yg sy lalui dlm rumah ni. Bila balik dia akan cari mak dia, kakak dia atau anak anak buah dia dulu.

Sy seperti orang asing dalam rumah tu. Kalau nak pergi mana2 family dia akan ikut kami skali.. Kalau family dia tak ikut, anak anak buah dia yg ikut..Kami tak ada masa berdua pun.. Bila sy suarakan hal ni dan kata nak keluar berdua shj..

Sy yg kena marah..dia tuduh sy benci family dia benci anak buah dia. Dia kata tu tanggungjawab dia kena jaga kakak dia dan anak buah dia. Hak sy mana sebagai isteri? kakak dia bukannya janda. Dia dah berkahwin kenapa suami sy yg kena jaga dia dan anak dia..

Suami dia pula sy tak faham kenapa biarkan anak bini dekat sini. Sejak kawin sy belum rasa kehidupan berumahtangga lg tak bahagia. dan bila sekali dua dapat keluar berdua, dia hanya diam.Tengah makan pun layan hp..

Tak ada nak sembang dgn saya..perubahan tu memang ketara sgt bila dia keluar berdua dgn sy dan family dia. Bila sy masak. Dia akan merungut tak sedap.makanan apa yg sy masak mcm ni. Sy sedar sy bukan lah pandai memasak. Biasa sahaja.

Tapi sy cuba dan usaha agar dia suka apa yg sy masak..tapi bila dia merungut macam2 hati sy rasa sebak sgt. tak boleh ke dia ambil hati sy sikit.. tapi jika mak atau kakak dia yg masak,walau tak sedap, dia akan puji.. hati sy terluka.pedih. Sy luahkan disini bukan untuk buka aib suami..cuma nak meluahkan rasa hati yg sebak.

Sy tak nak cerita pada ibu dan keluarga sy.sbb sy tahu ibu baru sahaja kehilangan ayah. Sy taknak menambahkan kesedihan ibu lg.. Tu belum adik lelaki bujang dia balik weekend. sy perlu menutup aurat 24jam. Nak mandi pun susah

Bila sy nak balik rumah ibu.jenguk ibu pun dia tak bagi..sy terasa nak makan masakan ibu minta balik 2-3 hari je. untuk hilangkan teringin nak makan masakan ibu sy..tapi bila sy minta izin dia.. Dia kata kalo nak balik rumah ibu pergi bungkus kain baju aku bg talak terus senang. Tapi anak nanti bagi kat aku!

Ya allah sy cuma minta balik sekejap je..kenapa smpai dia naik angin mcm tu.dia tolak sy.tangan sy luka kena tangan dia..dan ada sikit lebam bila dia tarik lengan sy..dan dia lempar biskut biskut yg ibu bekalkan dkt sy atas lantai… sy hanya mampu menangis..ibu dgn arwah ayah tak pernah buat sy mcm ni skali..

Dia kata kalo nak makan. Mak dia pun boleh masakkan. Kenapa nak ibu masakkan? Mak aku masak tak sedap ke?! Dia tak faham . Sy mengidam. teringin nak makan masakan ibu. Tu je. Dia nak sy hormat family dia..jaga hati family dia..tapi dia tak jaga hati family sy pun..

Ibu selalu call tanya khabar sy..dan tanya bila nak balik sini. Ibu rindu. sy hanya tahan sebak. sy bagi mcm2 alasan pada ibu.Tak nak ibu tahu hal sebenar. Ibu sayangkan menantu dia. tapi ibu tak tahu menantu dia buat ibu dan anak ibu macam ni..

Selalu pujuk hati. Allah uji aku sbb Allah syg aku..sambil menangis. Ada hikmah Allah nak bagi lepas ni..sy tgk kawan2 sy yg kawin selang beberapa bulan dgn sy..semua happy dgn suami dia.kenapa sy tak mcm tu. sy kesian dkt anak dlm kandungan ni.

Sy sedih..sy tertekan sgt duk sini..bila tertekan sy rasa mcm nak bercerai je walaupum usia perkahwinan sy tak sampai setahun. Tapi sy fikirkan masa depan anak yg bakal sy lahirkan. sy tak nafikan suami sy baik.

Cuma bab pindah rumah.tinggal asing, nak balik rumah ibu, tu dia akan naik angin.. Sampai bila sy perlu bertahan di sini. Tak lama lagi anak sy lahir. Sy taknak besarkan anak dalam rumah ni. Sy kesiankan anak sy. sy tertekan….

Komen warganet

Sazlina:
Confessor, go find your own happiness. Lagipun bertahan hanya buat suami bertambah berdosa. Sis punya sebab yg kuat untuk berpisah andai itu jalan terakhir.

Suami gagal memberi nafkah tempat tinggal. Suami gagal jalan tanggungjawab sbg suami. Suami wajib menunaikan nafkah kepada diri sendiri, isteri, anak dahulu baru ibubapa & adik-beradiknya;

Anak akan jadi hak ibu. Tak perlu pun fight pasal itu. Paling tidak pun suami hanya akan dapat hak melawat saja. Pergi ke pejabat agama terdekat dan buat aduan serta dapatkan nasihat dr mereka. Teruskan sehingga habis jangan separuh jalan.

Fight for your own happiness. Jangan buang masa hidup dlm dunia toksik dan sia-siakan masa depan dgn anak tu nanti. Skrg u menderita, akan datang anak u akan turut sama derita mental & emosi bersama u. Fikir utk diri & anak dulu. Clearly suami u tak pernah fikir utk kebahagiaan u sekeluarga. Adios.

Nurul:
Balik laa sis rumah ibu. Kalau dia ugut nak anak tu biar dulu janji sis balik dulu rumah ibu sis dan terus terang dgn ibu sis. Minta bantuan famili sis. Takkan xde yg blh tlg. Keja balik dan lawan tuntut anak.

Bkn hasut sis berpisah tp kalau hidup dlm tekanan dan suasana mcm tu. Sampai bila kan? Anak sis x sesuai hidup dlm suasana mcm tu. Fikirlah yg terbaik sis. Balik le jumpa ibu. Suami tu ibarat daki di kulit ja.

Cik maria:
Dengar lah nasihat hakak dik..balik lh pada ibu adik..kita hanya ade seorang ibu..dan ketahui lah..yg suami tu bleh buang isteri bila bila masa sahaja yg die mahu…dan die bleh mencariki isteri laen..tetapi..kite x bleh nk carik ibu laen..balik lah…carik kebahagiaan sendirik..

hakak mmg x suka kalo pompuan..jadikkan alasan utk kekal hidup dalam derita..kebahagiaan hati sendirik lebih penting..dari menjaga kebahagiaan org laen..yg x tahu memberi kita kebahagian..dgr nasihat hakak dik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *