Uncategorized

Aku suami, tp bibik dirumah sendiri. Isteri pemalas. 5 thn khawin, tp boleh dia kata kalau x suka disuruh nikah dng org lain.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalammualaikum pembaca. Saya berumur 35 tahun berasal dari Selangor. Sudah berkahwin selama 5 tahun. Saya ingin memberi nasihat dan inginkan nasihat dari kalian semua. Mengapa tajuk kali ini macam ni. Saya betul betul tertekan dengan sikap isteri saya.

Saya berasa menyesal kerana memanjakan isteri. Isteri saya muda dua tahun dari saya. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Saya yang melamarnya selepas habis belajar dulu.

Saya sebelum berumah tangga, saya selalu membaca KRT dan dengar kuliah agama tentang tanggungjawab suami. Saya memang catit satu satu kesilapan suami yang ditulis dalam itu dan belajar daripadanya.

Tetapi apa yang dipraktikkan semuanya seperti ‘backfired’ dan saya teramat penat. Contohnya, kami dua dua bekerja dalam unit beruniform. Sekarang dalam urusan rumah tangga. Sayalah yang selalu buat semuanya

1. Memasak

Sayalah yang selalu masak (termasuk sediakan bekal untuk pagi dan tengah hari – sebab isteri tak suka makan di luar takut tidak bersih).

Saya akan bangun seawal 5 pagi untuk siapkan makanan bekal untuk dia. Saya memang belajar memasak sebelum kawin kerana niat nak kurangkan kerja bakal isteri di rumah.

Lepas kerja balik pun saya yang siapkan. Saya yang hidangkan atas meja makan dan saya jugak yang mengemas selepas makan.

Saya buat semua tu atas rasa sayang kepada isteri, tetapi sampai 5 tahun ni, disebabkan saya selalu manjakan isteri, isteri sampai tak tahu masak apa apa.

Even maggi pun dia mintak saya buatkan kerana dia takut minyak panas. Dah beberapa kali saya cuba mengajar, tapi dia marah. Katanya memasak tu tanggung jawab suami, bukannya isteri. Hmm

Dia akan bukak video youtube ceramah kuat kuat yang sediakan makanan adalah tanggungjawab suami bukan isteri.

2. Mengemas

Hujung minggu selalunya dia akan tidur. Saya yamg akan mengemas selalunya. Mop, sapu sampah, vakuum dan sebagainya.

Kalau hujung minggu tu saya terpaksa kerja, memang berseleraklah rumah tu. Kalau rumah bersepah, dia akan marah marah. Dia cakap tak tenang duduk di rumah kerana rumah bersepah.

Dia cakap mengemas ni tanggungjawab suami. Sekali lagi, video yang sama akan dimainkannya kalau saya bergaduh dengannya tentang rumah berselerak. Gaji saya tidak cukup untuk mengupah orang gaji atau pekerja pembersihan

3. Pakaian

Semua baju baju dalam rumah kami saya yang basuh. Dia cakap itu tanggungjawab suami. Dia sampai tidak tahu guna masin basuh baju, kerana dari dulu ibunya yang buatkan semuanya.

4. Tidur

Sebelum tidur pun saya kena kemaskan katil, kalau tak habislah saya dimarahinya. Dia akan marah marah kalau cadar tidak tegang. Terus merajuk tak nak tidur sekali.

5. Hubungan suami – isteri

Kami jarang sekali ‘bersama’. Awal awal perkahwinan dulu sahaja yang kerap. Sekarang ni lebih kurang sekali dalam 3 bulan. Ini kerana isteri saya tidak suka. Katanya perbuatan itu merimaskan dia.

Saya dah cuba nasihat yang saya ni manusia, ada nfsu. Dan jalan yang baik melepaskan nfsu adalah ‘bersama’ isteri. Bila saya ingatkan tanggungjawab isteri, dia akan bagi tapi dalam keadaan tidak rela. Dan selalunya dia nak ‘cepat habiskan’.

Selalunya selepas ‘bersama’ saya mesti dimarahinya. Katanya saya tidak memahaminya yang tidak suka perbuatan tu. Jadi semenjak itu saya selalu memendamkan nfsu saya.

Saya selalu menasihatinya. Bercakap dengan lembut. Saya selalu mengajaknya mengaji setiap hari. Tetapi dia masih bersifat sedemikian.

Dia akan mengagung agungkan ustaz ustaz yang berbuat baik pada isteri. Dia ada cakap, kalau tak suka cara dia saya boleh angkat kaki dan cari isteri lain.

Saya selalu bergaduh dengannya. Saya memang sukakan dia seorang. Dialah first crush saya dari sekolah rendah. Tolong ajarkan saya macam mana saya boleh hadapi ujian Allah ni.

Komen warganet

Norain: Suami isteri kena saling membantu..saling memahami..saling menghargai..saling mencintai…itu bru akn peroleh kebahagiaan…bukan berpihak pada suami atau isteri seorg..kena sama2 menjalankan tanggungjawab…insyallah hidup harmoni dan bahagia…

Amirul asraf: Jadi suami ni ibarat perdana menteri. Menjaga sebuah negara. Ikutkan tanggungjawab.. banyak benda kita kena bertanggungjawab.. jaga keselamatan, jaga kebersihan, jaga keharmonian dan banyak perkara lagi..

TAPI KITA ADA KUASA.. kita boleh arah orang.. Allah perintahkan kaum isteri supaya taat perintah suami.. makanan memang suami kena sediakan…sebab itu termasuk dalam 1 dari 5 nafkah wajib… suami boleh beli brang2 dapur di pasaraya..

tapi suami boleh arah isteri untuk memasak… suami sudah sediakan rumah.. suami boleh arah isteri jaga kebersihan dan keadaan rumah.. macam tu le.. tapi ada tolak ansur la.. isteri berkhidmat pada suami tidak dibayar gaji macam orang gaji..

hanya belanja makan, pakai, tempat tinggal, alat persolekan dan ubatan2 saja..nampak isteri penat.. hulurkanlah tangan… nampak isteri tidak sihat atau masih berpantang.. tak akan nak suruh isteri buat kerja rumah lagi.. ia soal hidup bersama… waktu kita kurang sihat.. isteri pula yang jaga kita ..

Waheeda: Aku seram nak komen sebenarnya sbb nanti ada kawan aku pon nyambung paduuu ke aku.. tp nak komen gak.

Ape da.. laki dah tlg masak ko p la tlg kemas rumah.. aku ni suka kemas rumah dr masak.. so dpt laki rajin masak ni mmg pucuk dicita la buat aku .. aku hargai baik2

Eedya: Perempuan mcm ni spoils it all. Bersyukur pls. Aku pun semua benda my husband buat .. bkn sbb aku suruh … tp aku mintak dia tolong n dia nk buat. Bersyukur u ada husband yg baik… jgn bentak2 laaa…Bodoh la pompan gini… haaaiiiizzzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *