Uncategorized

Suami tertinggal hp bila kluar ke rumah jiran. Lihat wasap suami dgn ex-nya, aku x terkejut. Tapi bila lama2 bc, air mata menitis. Cepat2 aku letak semula hp suami

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Salam kepada semua pembaca, Aku adalah seorang isteri bekerja, dan telah dikurniakan 3 orang anak. Alhamdulillah, tempoh perkahwinan aku dan suami hampir menjangkau 13 tahun.

Tidaklah terlalu baru, tapi tidak juga dikira lama. Rumahtangga kami rasanya sama dengan kebanyakan yang lain.

Ada hari indah dengan gelak tawa. Ada hari hari sunyi tanpa suara sebab masing masing sibuk dengan kerja. Ada juga hari hari yang kami bermasam muka, tapi selalunya tak lama.

Suamiku (M) seorang yang amat bertanggung jawab. Ringan tulang. Urusan cuci baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah hatta memasak sekali pun kerapkali dia yang buat.

Tak pernah dia merungut walaupun aku tahu dia juga penat dengan urusan kerja. Aku pula lebih kepada urusan anak anak kami.

Homework, kelas online, mengaji dan hafazan serta kerja kerja remeh seperti mandikan anak yang bongsu (3 tahun), susu dan lain lain banyak aku yang buat.

Adat berkeluarga, bila tiba rasa penat, kadang kami biar sahaja rumah dalam keadaan apa adanya.

Tapi keadaan sedikit berubah bermula Disember tahun lalu. Aku lihat M ke mana mana dengan handphonenya. M lebih banyak meluangkan masa bersendirian di hadapan meja kerja di biliknya.

Bila aku tanya, ada sahaja jawapannya tentang kerja.

Tapi, naluri isteri itu kuat dan takdir Allah, pernah sekali M tertinggal handphonenya semasa keluar ke rumah jiran.

Aku segera mendapatkan handphone tersebut dan membuka aplikasi whatsapp. Barulah aku tahu rupa rupanya, M telah dihubungi oleh cinta pertamanya semula, Siti.

Sejujurnya aku tak terkejut dan ini bukan kali pertama aku dengar nama Siti. Sejak awal perkahwinan kami, M telah beberapa kali menyebut nama Siti.

Pada ketika itu, aku beranggapan dia hanya mahu berkongsi cerita. Tapi rupanya M masih tidak dapat melupakan kasihnya dia terhadap Siti. Itupun setelah dia terlepas bicara dengan aku.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, aku biarkan sahaja cerita itu tamat di situ dengan andaian tidak akan berlaku apa apa.

Lagipun Siti juga telah berumahtangga dan berada di luar negara mengikut suaminya bekerja.

Walaupun aku tahu, setiap kali tiba tarikh hari lahir Siti, M tak akan pernah lupa untuk emelkan kad ucapan digital.

Hal ini sampai ke pengetahuan aku sebab aku dan M memang tidak berahsia. Password untuk email, malah password untuk bank online pun kami saling tahu.

Ok, berbalik pada isi kandungan whatsapp antara Siti dengan suamiku.

Dalam whatsapp tersebut, Siti banyak berkongsi masalah rumahtangganya dengan suaminya.

Tak perlu aku ceritakan secara terperinci di sini. Tapi Siti aku kira seperti mahu meluahkan dan entah kenapa kali ini dia terfikir untuk kembali menghubungi M.

Mereka sekeluarga telah pulang ke tanah air tahun lepas disebabkan beberapa masalah yang memburukkan lagi keadaan rumahtangga mereka.

Mungkin ada yang tertanya, bagaimana Siti boleh ada nombor handphone M? Untuk pengetahuan semua, M masih berhubung baik dengan abang Siti.

Setiap masalah yang diceritakan oleh Siti, akan direspon baik oleh M dengan kata kata nasihat. M merupakan orang yang memang gemar bercerita dan mendengar cerita.

Nasiblah dia, dapat aku yang lebih selesa memendam rasa. Perbualan mereka juga ada menyentuh tentang kenangan cinta lama (sekolah menengah).

Kenangan tempat dating pertama, makan apa, pakai apa semua diceritakan semula. Mesra sekali perbualan mereka untuk aku yang hanya sempat sekali baca. Risau juga kalau tiba tiba M pulang.

Dalam perbualan mereka, beberapa kali Siti meminta maaf kerana mengakhiri hubungan mereka dahulu. Aku tak tahu, menyesalkah dia?

Dan balasan dari M yang benar benar melukakan aku ialah, ‘Saya tak pernah lupa setiap kenangan saya dan awak. Gambar awak masih saya simpan. Kenangan terindah buat saya’.

Aku tak mampu menghabiskan bacaan perbualan mereka. Air mata aku berjujuran tanpa sedar sehingga aku ditegur oleh anak sulungku.

Aku lantas meletakkan handphone M kembali ke tempat asalnya dan masuk ke bilikku. Lagi pun anakku yang bongsu sudah mula menangis mahukan perhatian.

Diamkah aku selepas dapat tahu?

Hajatnya begitu tapi aku kuatkan diri untuk berbincang.

Keesokan harinya, setelah semalaman bermandi air mata tanpa disedari M, aku ajak dia berbincang. Aku katakan padanya yang aku tahu Siti menghubunginya.

Jawapan M seperti yang aku duga. M tenang membalas sambil tersenyum padaku bahawa tiada apa apa antara mereka. Sekadar nasihat seorang lelaki kepada wanita yang dalam masalah.

Aku nyatakan pada M yang aku tidak selesa dan minta mereka berhenti berhubung, ingat Allah dan jaga ikhtilat.

M kelihatannya akur dengan permintaanku. Tapi tak lama, tak sampai sebulan. Kini mereka kembali berhubung.

Aku tahu kerana telah jadi tabiatku untuk spot-check handphone M bila ada peluang. Nampak seperti isteri obsesif, tapi entahlah. Mungkin kerana aku dah tak percaya.

Isi perbualan mereka hanyalah perkara biasa biasa seperti aktiviti seharian (makan, kerja etc). Cuma akan ada selitan kenangan lama.

Contoh, ‘Saya baru lepas makan maggi, teringat pada awak sebab dulu awak selalu nasihat saya jangan makan maggi’ atau pun ‘Baru tadi saya pergi jalan jalan ambil angin di tepi tasik. Macammana awak tahu. Macam ada instinct pula.’

Geli, hak tuih. Eh, teremosi pula aku. Aku tak tahu apa perlu aku buat sekarang. Tegur baik baik sekali lagi? Atau biar syaiitan menguasai diri dan mengamuk macamkan dunia ini tempat abadi?

Atau patut aku biarkan saja, tongkah saja arus ini dan lantak mereka hanyut dibuai mimpi? Atau patut aku minta dilepaskan, agar tak terbeban aku dengan masalah ini? Aku buntu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.