Uncategorized

Adik ipar sepak pintu dpn mak, kak ipar pula tunjal dahi ak. Suami tngok ja. Rupanya bnda tu suami bt dlm blik air. Ptt ak susah mngandung.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Hai. Saya Anne. Hari ini saya nak meluah selepas 13 tahun saya memendam rasa. Sekarang saya telah sah bercerrai talak 3. Saya tak tahu sama ada apa yang saya rasa adalah remeh, mengada atau saya ini terlalu sensitif.

Jika ya, mungkin itu khilaf saya. Jika tidak, saya rasa saya berhak marah. Maaf kalau confession saya ini sangat-sangat panjang. Ianya sudah lama terbuku di hati dan saya tidak ada tempat meluah. Confession ini akan sangat panjang, terpulang pada admin untuk bahagikan kepada beberapa part.

Saya berkenalan dengan ex saya 14 tahun lalu. Mula-mula kenal, ya saya nampak dia seorang yang bertanggungjawab dan penyayang. Dari mana saya nampak?

Dari cara dia melayan keluarga dia, bekas kekasih dia dan juga orang-orang sekeliling. Keluarganya juga pada masa itu nampak baik-baik, adik beradik dan maknya juga nampak dan bercakap lemah lembut.

Tetapi, itu silap saya. Kita takkan mampu mengetahui sifat sebenar sebelum kita meneliti “isi bukunya”. Don’t judge the book by its cover.

Pada awal perkahwinan, kebetulan saya tidak boleh bekerja, kerana perlu menjaga kedua arwah parents saya. 4rwah abah semasa itu Alzheimer’s dan 4rwah mama pula baru sahaja BKA atau “Below Knee Amputation” atau layman’s term, dipotong kaki kerana kencing manis. Maka di situlah bermula segala cerita.

Keluarga ex saya mula berbunyi. Ayahnya mengatakan saya ni belajar tinggi-tinggi ada ijazah tetapi tidak berguna sebab tidak bekerja.

Maknya pula kata saya ni menyusahkan anak beliau especially dari segi kewangan kerana membawa kedua ibu bapa saya tinggal bersama.

Untuk pengetahuan pembaca, arwah ma abah saya kedua-duanya berpencen dan merupakan pesara polis. Maka tidak timbul isu menyusahkan dari segi kewangan.

Cuma dari segi temujanji klinik dan dialisis 4rwah mak, saya memang bergantung harap pada dia kerana tidak boleh memandu pada masa itu.

Baik, saya skip ke episod penting dan yang memberi kesan mendalam pada saya sehingga saya trauma dan mengalami masalah mental. Saya bermula dari PTSD, Post Traumatic Stress Disorder, kemudian ke MDD, Major Depressive Disorder dan sekarang doktor diagnose saya sebagai Bipolar Disorder Type 1.

Katanya saya melalui banyak trauma.

Antara tuduhan mereka pada saya adalah konon saya ini membuat nasi kangkang dan bomohkan anak mereka sehingga tidak mahu balik ke kampung. Ya, mereka mahu anak mereka kalau boleh balik kampung setiap minggu atau at least sebulan sekali.

Mereka lupa, anak mereka anggota berpangkat yang gajinya masa itu berapalah sangat dan seorang anggota, sepatutnya mereka tahu dia milik negara. Bukan setiap minggu dia dapat cuti kerana perlu “duty” 24jam.

Sebulan 2 ke 3 kali perlu duty. Hari rayapun, bergantung pada keperluan anggota. Dan ya, anak lelaki mereka sudah ada tanggungjawab baru iaitu isteri.

Jadi, apa mereka buat? Semasa saya balik berhari raya dan bawa 4rwah mama bersama ke kampung mereka, mereka berpakat beramai-ramai “menyerang” saya dan 4rwah mama. Kakaknya tolak dahi saya dengan jari telunjuk kerana seboleh-bolehnya mahu saya mengaku saya buat “nasi kangkang”.

Adik bongsu lelakinya pula sepak pintu di hadapan 4rwah mama saya sehingga 4rwah mama saya terkejut dan menangis. Ya, orang tua yang tengah sakit teruk, perlu dialisis 3 kali seminggu dan tidak ada sebelah kaki, duduk di atas kerusi roda diperlakukan sebegitu.

Demi Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya rela dilaknat sekiranya saya berbohong, saya tidak pernah melakukan perkara khurafat dan syirik tersebut dengan membomohkan ex saya, walau sekadar niatpon tidak pernah.

Tetapi ya, siapalah saya berbanding bomoh yang mereka percaya itu. Sehingga “contact lens” yang saya pakai sebab saya silau, dituduh ada “penunduk”. Allahu akbar, sampai m4ti saya takkan maafkan mereka terutama bomoh tersebut yang menuduh saya sebegitu.

Dan tahun berikutnya 4rwah mak saya meniinggal. Maafkan Anne ya mama sebab mama terbabit sama dengan tuduhan itu.

Oh ya, semasa 4rwah abah saya meniinggal, saya ada serahkan sedikit duit kepada mak mertua saya untuk kenduri 4rwah dan tahlil abah saya kerana sebelah pihak saya tidak ada siapa mampu uruskan kerana saya anak tunggal.

Tetapi kenduri itu bertukar menjadi kenduri kesyukuran. Tiada tahlil dan bacaan yassin buat 4rwah abah. Ya, saya sedih. 4rwah mama masa itu minta saya bersabar.

Selepas dituduh bomohkan anak lelaki mereka, saya berhenti memasak untuk ex. Kalau dahulu saya bekalkan makanan, tetapi saya berhenti. Tetapi, saya kemudian dituduh pemalas.

Kisah saya membomohkan ex saya ini tidak berhenti di keluarga mereka sahaja, tetapi sampai ke “menantu impian” mereka yang berada di Perlis, iaitu sepupu suami yang bekerja sebagai anggota . Maka, di FB wanita itu, pelbagai tuduhan dimuatnaik. Semuanya berkaitan bomoh-membomoh.

Tidak cukup dengan itu, adik bongsunya siap hantar sms berbunyi, “Padan muka tak mengandung, sebab tak ada restu dari keluarga aku. B0doh.” Cuma, kalau tidak restu, kenapa masuk meminang? Kami berkahwin secara elok. Bukan di Siam.

Dan ya, masa itu dah masuk 6 tahun dan saya masih tidak mengandung. Tetapi, Allah swt Maha Berkuasa, sms tersebut dihantar pada April 2014, dan pada bulan puasa Jun 2014, saya disahkan mengandung. Siapa mereka untuk menentukan?

Sejak dari tuduhan itu, ex saya mula bersikap seolah saya ini bukan siapa-siapa di dalam hidupnya.

Saya pernah sakit perut teruk ada ulcer di dalam perut semasa keluarga ex saya datang bercuti ke rumah kami. Saya menelefon ex, minta hantarkan ke klinik, tapi ex marah-marah katanya saya tidak faham dia tengah duty.

Tetapi pada hari yang sama, tengahari itu abang iparnya ajak keluar shopping hasil laut, ex boleh balik dan bawa mereka berjalan-jalan, tinggalkan saya di rumah kerana tidak muat kereta. Ya boleh, walaupun tengah duty.

Semasa saya pregnant, bermula lagi episod-episod meruntun jiwa. Saya dituduh curang dan itu anak lelaki lain. Saya telan dan saya diam kerana semasa itu saya fikir saya sudah tiada siapa-siapa. 4rwah mama dan abah sudah meninnmggal.

Saya banyak kali turun darrah kerana semasa itu saya perlu berulang jauh ke tempat kerja di dalam sejam waktu perjalanan. Saya penjawat awam semasa itu. Maka saya kerap MC dan sakit tidak dapat bangun.

Setiapkali MC atau hujung minggu yang saya tidak mampu memasak kerana tak dapat bangun, (alahan saya dan sakit semasa mengandung saya sangat teruk),

Maka saya perlu berlapar sehingga ke petang. Kerana ex saya tidak akan balik untuk hantar makanan walaupun dia ada waktu rehat tengahari kerana katanya sibuk bekerja.

Sedangkan dia boleh saja makan di kantin di tempatnya bertugas dengan rakan sekerja dan saya dibiarkan berlapar. Jika saya marah, saya dikatakan mengada-ngada dan tidak memahami tugasnya sebagai anggota.

Hujung-hujung pregnancy, masa 8 bulan, saya totally tidak dibenarkan memandu oleh doktor pakar sakit puan. Maka ex perlu hantar saya kerja pergi dan balik. Maka setiap hari dia akan biarkan saya tunggu di luar office sehingga pukul 8.30 malam.

Dan peneman setia saya adalah kakak guard atau abang guard kerana mereka risaukan saya yang sarat. Dan ya, waktu itu musim banjir besar dan kawasan pejabat saya sedang dinaiki air.

Ketika saya mengandung anak kedua, dia ada menemani saya ke check up, sebab dianggap saya ini menyusahkan, saya dijerkah di lobi Hospital. Betapa malunya saya. Dan kedua-dua pregnancy, saya cukup teringin nak makan mangga dari sepohon pokok berdekatan pagar tengah pangkalan.

Tetapi, ex saya kata saya mengada-ngada dan memalukan dia kerana katanya tidak ada sesiapapun akan masuk ke kawasan itu untuk ambil mangga. Setahun kemudian, kawan saya yang hamil, upload di FB, suaminya ambilkan mangga di pohon yang sama.

Ya, saya kecil hati walau sudah setahun berlalu. Dan anak kedua kami meninnnggal. Mungkin kesan dari tekanan mental yang saya alami.

Sepanjang 13 tahun, saya selalu dibelasah. Kepala saya dihantuk ke dinding, ke cermin kereta, dispak, dihvmban ke lantai, dipijak dan pernah dicekik. Semuanya kerana saya melawan kerana saya sudah tidak tahan lagi. Semasa pregnant anak kedua juga saya pernah dibelasah. Saya menderita slip disc kerana itu.

Ex saya pernah kata saya ni bertuah sebab dia kutip. Dia juga panggil saya binatang dan panggil mak saya bangkai. Walhal sepanjang 13 tahun, segala perbelanjaan rumah, saya yang tanggung. Sepanjang usia anak kami 7 tahun, 2 kali sahaja dia bayarkan yuran.

Di dalam rumah, hanya peti ais dan dapur gas sahaja yang dia beli. Segala keperluan, malah baju atau seluar dalam dia, saya yang beli. Apabila balik ke kampung, saya yang hulurkan duit pada mak ayah ex saya.

Saya pernah dituduh mandul, kerana tidak mengandung. Sedangkan saya susah nak hamil kerana ex saya jarang menyentuh saya.

Dia hanya akan sentuh saya sekali di dalam 5 ke 6 bulan. Selebihnya dia melxxx di bilik air selepas melihat video lch sama ada di laman sesawang.

Ini dia sendiri yang akui. Dan sebenarnya ini antara puncak perceraian kami kerana sebelum kami bercerai tahun ini, dia kantoi buat kali ke 5. Itupun dia bersumpah guna nama Allah swt untuk menipu. Dan kemudian terpaksa mengaku kerana ada bukti.

Semasa saya mengandung 8 bulan untuk anak kedua, ketika saya membeli barang untuk bisnes part time saya, ditemani ex saya (yang hanya duduk diam di dalam kereta), ex saya berlari menolong salesgirl yang membantu saya membawa sekeping kotak plastik nipis yang sangat-sangat ringan.

Setelah selesai, dia masuk duduk di tempat memandu, membiarkan saya yang sarat 8 bulan, terkial-kial membawa beg plastik berat berkilo-kilo membuka pintu kereta sendiri dan masuk. Manakala dia sibuk melayan handphone. Apabila saya merungut, dikatanya saya mengada-ngada.

Saya tidak kisah sekiranya dia memang begitu dengan semua orang. Atau layanannya sama pada semua orang. Tetapi, dia sangat-sangat baik, bersopan dan lemah lembut dengan orang lain tetapi tidak dengan saya.

Saya seolah-olah musuh bagi dia. Sedangkan setiapkali dia susah dan dahulunya dia susah, saya yang ada. Kawan-kawannya semua tidak pedulikan dia.

Setiapkali saya cuba berbincang, dia akan menyuruh saya diam. Katanya saya suka cari kesalahan. Walhal, tujuan saya ajak ex berbincang adalah untuk memperbaiki keadaan. Tetapi dia selalu menuduh saya sengaja mencari salah dan mahu bergaduh dengannya.

Dan setiapkali dia melakukan kesalahan yang sama, dia akan minta maaf dan suruh saya diam, kemudian berjanji tidak mengulanginya lagi. Setahun kemudian, akan kantoi lagi melakukan salah yang sama.

Dan saya dipaksa untuk memaafkan dan melupakan terus on the spot. Saya ada luahkan pada pakar psikiatri yang saya jumpa, beliau kata, ex saya seorang narcissist.

Oh ya, mak mertua saya actually sampai ke hari sebelum kami bercerai, masih tidak menganggap saya sebagai menantunya. Kerana sebelum PKP, pada tahun 2020, mak mertua saya memperkenalkan saya kepada saudara mereka hanya sebagai “kawan”.

Jelas dan terang dia sebut perkataan “kawan”. Cuma anak perempuannya yang menyampuk dan memperbetulkan keadaan dan mengatakan saya isteri abangnya. Berubah air muka maknya.

Saya tidak tahu apa dosa saya pada dia sehingga diperlakukan sebegitu. Saya penat dari segi mental dan emosi. Saya pernah membunuh diri 2 kali, kerana saya sudah tidak tahan diperlakukan seperti sampah.

Kali kedua adalah tahun 2022 selepas saya dibelasah di dalam kereta, tudung saya ditarik sehingga koyak dan kepala dihentak ke cermin.

Ex saya selalu “play victim”. Seolah permasalahan semuanya kerana saya suka mencari kesalahan dia. Dia tidak nampak, sikap dia yang menjadi punca kenapa saya hilang rasa hormat dan sayang pada dia.

Saya dituduh derhaka. Dia kata dia berhak buat apa-apa pada saya kerana dia suami saya. Tetapi, dia lupa dia suami saya ketika dia wajib menjalankan tanggungjawab terhadap saya.

Saya tidak pernah minta banyak, cukuplah melayan saya dengan baik. Sekurang-kurangnya bercakaplah dengan saya selembut dia bercakap dengan orang lain. Saya tahu dia tak berduit.

Entah ke mana duitnya. Jadi saya tidak meminta semua itu. Cuma saya juga manusia, punya perasaan, layanlah saya selayaknya manusia kalau tidak mampu melayan saya selayaknya seorang isteri.

Sebelum kami bercerai talak tiga, saya tersangat kecewa. Saya sudah berhenti kerja sebagai penjawat awam dan fokus pada bisnes saya. 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun saya fokus pada bisnes. Semua media sosial saya penuh dengan marketing untuk bisnes saya.

Kalaupun ada saya menjenguk ke media sosial selain bisnes, adalah apabila saya terlalu penat, saya akan melihat video masak-masak dan kucing. Saya berazam nak majukan bisnes demi family kami.

Tetapi ex saya? Kantoi, di Facebook, di Google, di Tiktok, di instagram, di group Whatsapp, penuh video lcah,dan gambar-gambar sebegitu. Saya sejenis jarang sangat-sangat check handphone beliau. Tetapi, apabila saya check, saya kecewa.

Malah, dia pernah memarahi saya dan memanggil saya bodoh kerana saya tidak suka kawan perempuan dari kampung beliau yang saya lihat mengada-ngada melayan komen ex saya di Facebook. Saya minta dia remove dari senarai kawan, tetapi dia memilih kawan perempuannya berbanding saya.

Di sosial medianya tidak ada satupun dia tolong support bisnes saya. Atau tolong promotekan. Tetapi dia boleh promote bisnes kawan dia yang buat cendawan dan jual madu kelulut.

Apabila saya tanya, dia kata tak pandai nak promote. Tetapi pandai pula promote untuk kawan-kawan. Kalau ada gambar berkaitan bisnes saya di sosial media beliau, itu saya yang uploadkan, bukan dia.

Saya kecewa yang maha dalam. Saya tidak mampu nak gambarkan perasaan saya. Ketika saya bersungguh-sungguh mencari rezeki buat family kami, sampaikan tidak ada life sendiri, masa untuk diri sendiri, dia pula sibuk melayan nafsu serakahnya.

Mungkin benar kata-katanya dahulu pada kakak angkatnya, tidak ada sesiapa mampu menggantikan bekas kekasihnya di hati dia buat selama-lamanya. Saya sebenarnya hanyalah “an option” atau pilihan kedua beliau.

Selepas bercerai ini baru saya tahu, betapa trauma dan dalamnya luka yang dia tinggalkan buat saya. Sehingga saya menjadi seorang yang tidak punya perasaan. Kosong-sekosongnya. Takut dengan lelaki. Saya hanya mahu sayangkan diri sendiri dan anak saya sahaja sampai ke akhir hayat saya.

Cukuplah trauma dan sakit kerana bersama lelaki sebegini selama 13 tahun. Actually, banyak lagi yang saya alami tetapi tidak mampu saya tuliskan semuanya.

Kawan-kawan, doakan saya lepas dari trauma ini. Doakan saya sembuh dari sakit dan trauma ini. Kasihan anak saya, dapat seorang ibu yang ada masalah mental. Saya mahu jadi ibu yang terbaik buat anak saya. Tetapi, saya tidak mampu kerana saya sendiri bergelut dengan trauma ini.

Saya mohon doa dari semua kerana sesungguhnya saya sekarang berada pada titik terakhir kekuatan saya. Saya tak nak kalah kerana saya harus memperjuangkan anak saya. Doakan saya. Terima kasih. – Anne (Bukan nama sebenar). Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.