Uncategorized

Part 2: “Cari Suami Mat Salleh”. Dah 2 thn. Aku xtahan lg. Dgr jwpn Joshua, aku nekad nk ke US. Plan nikah kat sana

Foto sekadar hiasan

Cari Suami Mat Salleh II

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Thanks sebab sudi baca story aku dan ada yang nak nak tolong aku. Aku hargainya.

Part 1, klik link dibawah

Tak suka laki melayu, sy cuba cr laki Mat Salleh sebagai calon suami. Tapi x sangka ini perangai sebenar lelaki Mat salleh bila dia ajak vc.

Happy aku ramai yang bersatu hati dan siap bagi link untuk masing masing yang single untuk cuba kenal non-Muslim / Mualaf. Kepada yang single, tak salah nak keluar sikit dari circle lelaki Melayu.. Adventurous dan memang seronok..

Okey aku sambung. Hihi…

Sepanjang 2 bulan tu emosi aku betul betul tak stabil. Aku nampak dia ada upload gambar happy happy dekat IG, aku rasa sakit hati sungguh. FB, dia tak update sangat. Dia more into IG. Aku pulak IG tak suka sangat, suka FB.

Dia boleh happy happy sementara aku dekat sini mandi pun dekat sejam sebab menangis tak berhenti. Tidur pun aku tak lena sebab asyik tengok dia online ke tak.

Dalam tempoh tu aku tak upload apa apa gambar aku dekat Fb / Whatsapp status. Share artikel pun aku buat setting only me. Aku nak dia ‘rasa kehilangan’ aku. Itupun kalau dia rasa kehilangan. Tapi aku tengok dia happy saje.

Macam IG & FB, kami memang friends/follow tapi aku dah pesan jangan like atau komen dekat FB aku. Aku tak nak adik beradik dan kawan kawan aku tahu. Dia pulak tak kisah aku nak like tapi jangan komen sweet sweet sebab dia pun risau family dan kawan kawan dia tahu.

Kalau video call pulak, dia tak bagi aku vc time dia lepak dengan family atau friends. Call atau chat boleh. Tapi vc jangan, sebab dia tak nak orang nampak dia dengan aku, seorang perempuan Hijabis. Dia risau betul orang cakap dia nak jadi Arab.

Aku pulak dah remind, kalau aku dengan family atau kawan kawan, jangan call / video call langsung. Aku memang tak nak family aku tahu aku ada kenal someone.

Nak chatting pun aku buat muka serius macam reply mesej customer kalau depan family. Tak boleh tersenyum simpul. Nanti mak aku mulalah tanya dan nak tengok phone.

Mak ayah aku ni memang kurang sporting kalau bab cinta. Nak kahwin, jumpa terus katanya.

Tapi mak ayah aku pesan kalau boleh cari orang J jugak sebab senang balik kampung time Raya. So aku dah boleh assume memang dia orang reject mentah mentahlah kalau aku nak kahwin Mat Salleh. Tu yang buatkan aku pun pening.

Memang betullah, hubungan kami ni complicated dari macam macam arah.

Ada 1 malam tu aku update status Whatsapp, “Ya Allah, tolong jagakan dia untuk aku kerana aku begitu mencintainya, Ya Allah”. (Maaflah kalau jiwang sangat, orang sedang patah hati katakan).

Tapi sebelum aku update, aku siap setting tak bagi family dan kawan kawan aku tengok. Nanti dia orang mulalah jadikan topik dalam group whatsapp tanya siapa ‘dia’ tu. Haha.

Aku tunggu dekat 2 jam tengok dia online tak. Last last aku tertidur dan bila bangun nak solat malam aku nampak dia viewed.

Terus bersemangat aku nak doa supaya Allah panjangkan jodoh dia dengan aku. Padahal dia view saja pun, bukan text aku pun. Excited terlebih lebih.

Beberapa hari lepas tu, masa aku dah baring baring nak tidur tiba tiba aku nampak skrin handphone ade keluar notifications WhatsApp masuk.

Aku bukak dan tengok nama dia yang naik rupanya! Aku yang terkedu jadi menggigil dan terus meleleh air mata. Tak sangka dia mesej aku balik!

Dia cakap “hye”. Aku balas hi saja. Malas nak cakap lebih. Sambil sambil tu aku tunggu perkataan typing dia yang macam tulis padam tulis padam.

Tiba tiba dia cakap maaf sebab dah lukakan hati aku.

Aku balas aku okey sebab aku dah moved on. Aku tanya kenapa tiba tiba message?

Dia cakap, “I’m thinking about you”. Aku balas balik, girlfriend tak marah ke text perempuan lain?

Dia cakap dia dengan perempuan tu sebenarnya ‘tak menjadi’. Just bersama dalam 2 weeks saja sebab dia rasa macam tak serasi, macam boring, dia tak manja/childish macam aku.

Dia cakap perempuan tu pemikiran tak sama macam aku. Aku boleh berborak dengan dia mostly dalam semua benda. Tapi perempuan tu macam tak fit dengan dia.

Aku tanya 2 weeks tu couple ke? Dia cakap tak declare apa apa tapi agak rapat.

Aku yang tiba tiba panas dan sakit hati, cepat cepat tanya, ‘rapat’ tu means had s** lah kan?

Dia balas, “Please.. I don’t want to hurt you.”

So bila dia balas macam tu faham faham sendirilah aku. Aku nak expect apa dengan Mat Salleh, sebab memang dia orang open bab tu. Kenal sehari pun dah boleh masuk ke bilik.

Aku balas, jangan contact aku lagi sebab aku dah kenal someone else. Aku wish goodnight, silent phone dan letak phone bawah tilam, jauh hujung kaki.

Biar 2-3 hari handphone tu dekat situ! Sakit betul hati aku bila fikir dia dah bersama dengan perempuan lain.

Tapi beberapa minit lepas tu aku rasa tak tertahan tahan nak tengok handphone tu. Aku ambil balik hp tu. Hehe.

Aku buka whatsapp dan tengok memang dia ada reply.

Dia cakap, “I’m broken too. Bae, I miss you badly. Everything i’ve done makes me keep on and keep on thinking about you. I’ve never felt so lonely like this.”

Walaupun agak janggal dia panggil aku bae tapi air mata aku mencurah curah keluar sebab betul betul bersyukur doa aku supaya dia ingat aku dah termakbul.

Tapi aku replied thanks saja sebab sudi ingat aku. Aku soal kalau rindu kenapa baru sekarang nak contact aku?

Cakap dengan perempuan tu 2 weeks saja. Sekarang dah 2 bulan. Ada kenal perempuan lain pulak ke?

Dia cakap takde. Dia memang nak contact aku tapi dia cakap kalau dia contact aku dia tak boleh turning back semula dan lukakan hati aku lagi.

So dia kena find something dulu sebelum dia betul betul ready utk contact aku.

Aku tanya, find ape? Aku tak faham..
Dia cakap ,” I went to a mosque!”

Bila dia cakap ‘mosque’ saja automatik aku menangis gembira, siap teresak esak lagi dalam selimut.

Dulu aku pernah cakap kalau dia nak tahu tentang Islam, dia boleh pergi masjid dekat sana. Maybe boleh tanya direct sendiri dengan Imam dekat sana.

(Dia cakap dia belum bersedia. Nanti apa pulak kalau kawan dia tahu. Dia memang ada sifat kekawanan yang tinggi. Dia risau sangat hilang kawan kawan dia).

Then aku terus reply. Itulah yang aku doa setiap hari untuk dia. Aku cakap Tuhan saja tahu betapa aku rindu dia. Aku tak boleh move on sampai sekarang. Aku sayangkan dia sangat sangat.

Dia cakap dia tahu aku sayang dia dan aku kecewa sangat. Dia tengok aku tak update apa apa dekat FB pun dia tahu aku sedang broken.

Dia tanya aku boleh dia video call? Aku cakap call saja. Aku tak nak dia nampak rupa aku dengan air mata dan air hidung meleleh non stop.

Bila call tu connecting dan dengar suara dia, aku jadi teresak semula menangis. Aku dengar suara dia pun macam serak ke dalam gitu. Rindunya aku dekat suara tu. Aku ingat aku dah takkan dengar lagi dah.

Dia pujuk aku jangan nangis sebab dia dah ada untuk aku semula.

Dia cakap dekat aku boleh kita start balik apa yang kita dah ended? Aku cakap yes please..

Tiba tiba dia perkenalkan diri dia semula dan tanya nama aku? Saja dia ceriakan suasana supaya aku tak berterusan sedih macam tu.

Last last dia cakap dia cintakan aku dan one day dia akan datang Malaysia cari aku. So malam tu kita orang officially declared as couple.

Malam tu banyak kami berbual sampai subuh. Dia cakap dulu dia saje saja cakap dia runner basikal sebab nak tengok aku nak kawan dengan dia tak. Sebab bila dia cakap kerja tu kepada perempuan lain, perempuan perempuan ghosting dia.

Dia cakap walau dia cakap macam tu, aku masih nak tahu more tentang dia. Tu dia rasa macam okey, bolehlah kawan dengan aku.

Dan bila aku cakap aku kerja as online seller dan work from home dia cakap automatik dia rasa nak kenal aku. Dia triggered ayat tu! So dia cakap better tell the truth saja career dia sebab dia rasa banyak benda dia boleh berborak dengan aku.

Dia cerita, dia ada pergi masjid dekat Minneapolis. Dia dah hampir hampir nak balik sebab dia nampak yang datang masjid tu hanyalah orang orang Arab, Pakistan, blacks dan ada 2-3 white.

Masa dia dah nak balik, ada orang tua (aku assume Imam) tegur dia nak solat ke? Dia cakap bukan. Just nak tengok saja. Dia tanya memang sikit saja ke Muslim dekat sini?

Orang tu cakap ramai tapi waktu tu hari cuti. Dia tanya, orang kulit putih memang tak ramai ke yang Islam? Imam tu cakap ramai cuma hari tu hari Ahad lagipun ramai dah balik sebab waktu zuhur dah lepas. Nanti masuk Asar baru ada orang datang lagi untuk solat.

Imam tu tanya dia, boleh tak nak jemput datang Jumaat nanti? Joshua tanya nak buat apa? Imam tu jawab, Jumaat ada aktiviti berkumpul bagi Muslim so bolehlah tengok dan jumpa komuniti Muslim dekat sana. Joshua cakap boleh, nanti dia datang.

And Jumaat tu masa dia datang, memang dia terperanjat sebab ramai rupanya orang Muslim dekat situ. Orang kulit putih yang muda muda pun ramai. Siap ada yang bertatu penuh badan pun ada. (Joshua pun ada tattoo tapi dekat pergelangan tangan, betis dan belakang badan saja).

Imam tu pun ada hadiahkan Al Quran sekali terjermahan untuk buat bacaan kalau kalau nak tahu lanjut tentang Islam. Dia cakap dekat 1-2minggu dia tak buka sebab takut. Dia takut kut macam buku magic vodoo katanya. Tapi satu hari dia beranikan diri juga untuk baca.

Dan lepas baca dia mula nampak perspektif baru tentang Islam. So dia jadi faham kenapa aku cakap ini tak boleh itu tak boleh.

Dengar cerita dia aku bersyukur sangat sangat. Maybe Allah dah dengar doa aku dan tolong aku melalui Imam Masjid yang sangat pandai berdakwah tu.

Banyak benda dia cerita dekat aku malam tu. Termasuklah cerita tentang atuk dia yang datang US sebagai immigrant yang dah lebih 10 kali aku dengar. Malam tu kami macam tak nak stop the line sebab macam esok dah tak jumpa balik.

So kepada yang ada boyfriend / crush non Muslim, jangan give up tau. Di samping berusaha mesti terus berdoa especially sepertiga malam. Sebut nama penuh dia.

Hati manusia ni Allah yang control. Dia pun nak ramai orang bersujud kepada Dia. Dan maybe Allah pun redha atas usaha kita untuk mengembangkan Islam kepada orang yang belum Islam.

Kalau korang tengok dekat Youtube, ada 1 channel lelaki Chinese mualaf Singaporean. Ada perempuan Melayu satu office minat dia ( dah jadi wife).

Perempuan tu bagi dia Al-Quran dan perempuan tu pun siap solat Hajat mintak Allah buka hati lelaki tu. Akhirnya Allah buka hati lelaki tu untuk masuk Islam. Maaf aku dah ingat ingat lupa tapi korang boleh cari channel tu.

Start dari hari tu pejam celik pejam celik dah dekat 6-7bulan kita orang couple. Sepanjang couple tu, aku takde lah nak ajar dia tentang Islam all the time. Kalau dia tanya aku jawab dan aku just explain in general.

Takdelah aku suruh dia hafal surah ke, belajar steps solat ke. Tentang berkhatan pun aku just bagitau dia gitu gitu saja. Aku tak nak menakut nakutkan dia dan buatkan dia fikir terlampau banyak benda dia nak kena buat sehingga nampak rumit sangat.

Allah pun tak bagi syarat dah masuk Islam mesti terus pandai ibadah. Sebab tu ada term mualaf, proses nak belajar.

Khatan tu pun bagi aku konsep orang Melayu dah salah. Nak masuk Islam, kena khatan dulu. Padahal itu bukan syarat wajib masuk Islam pun.

Khatan tu terkait dengan hal hal ibadah. Bila dah masuk Islam nanti dia sendiri akan sedar kepentingan khatan tu bila dia dah start belajar bersuci dan nak beribadah.

Tak perlu buat diorang rasa berat nak masuk Islam sebab hal khatan ni. Bukan tak ada, tapi ramai yang takut masuk Islam sebab kena khatan dulu. Aku pernah dengar kes tak jadi masuk Islam sebab kena khatan dulu.

Aku just chill chill dan aku cakap kalau kita kahwin nanti baru aku ajar banyak benda. Kita buat sama sama. Sekarang cukup dia ada minat, pengetahuan basic dan ada sedikit kepercayaan pun dah cukup bagus sesangat.

Tapi yang jadi masalah hubungan kita orang ni pulak soal susah nak berjumpa. Dia tak dapat datang Malaysia sebab ayah dia accident jadi bed ridden. Abang dia army dekat N.Mexico. Adik perempuan dia pulak masuk university dekat Utah.

Memang dia sorang saja yang tinggal dekat dengan parent. Dia tak tinggal rumah parent dan menyewa sendiri. Tapi kalau drive, rumah parent dia dalam 5 minutes saja. So dia susah nak travel jauh sebab masa tak sesuai dan kesian dekat mak dia uruskan ayah dia sorang sorang.

Suatu hari tu masa tengah vc, aku cakap aku dah tak tahan bercinta macam ni. Aku jadi tak secure dan uncertainty. Kita kena jumpa jugak sebab masa jumpa tu baru tahu yang kita betul betul sayang atau tak.

Aku dulu pernah macam tangkap cintan dengan 1 lelaki Melayu secara online tapi lepas jumpa terus lelaki tu tak contact aku. So aku cakap cinta online ni tak real.

Dia cakap tunggu sikit masa lagi dia datang KL. Tunggu ayah dia dah sihat. Ayah dia dah 4-5 bulan accident.

Aku cakap, “If you can’t be right here, i will come to you. I will fly to US.”

Dia cakap tak payah, itu dah menyusahkan aku nak datang sana. Dia akan datang KL cuma bila tu kena bagi masa sikit.

Aku cakap takpe, aku boleh datang sana. Dia soal nanti mak ayah aku tak marah ke? Aku nak datang sorang saja ke? Kalau datang sorang dia tak bagi aku datang.

Aku cakap aku ajak Tia. Dia setuju dan cakap esok aku discuss dengan Tia. Dia suruh cakap dekat Tia duit flight tickets, accomodations and expenses, dia akan kasi semua. Tia tak perlu guna sesen duit sendiri pun. Yang penting temankan aku saja.

Pagi esoknya masa Tia masuk kerja aku cakap Tia boleh temankan aku pergi US tak? Tentang duit, Joshua support everything, jangan risau.

Tia cakap aku ni biar betul berani sungguh. Aku cakap ye sebab aku dah tak tahan dah. Aku nak jumpa dia jugak. Aku cakap kita pergi 3-4 hari saja. Boleh jalan jalan tengok negara orang.

Tia yang dah start excited cakap jap dia call mak dia untuk tanya boleh tak. Tia ni masih tinggal dengan family dia sebab rumah dia dengan rumah aku dalam 20 minit saja.

Bila tengok muka dia cebik masa letak phone, aku dah dapat agak dah. Dia cakap, “Sorry wey, mak aku tak bagilah. Jauh sangat dan bahaya kita pergi berdua saja.”

Aku dengan rasa hampa cakap takpelah. Aku try cari jalan lain.

Aku vc Joshua dan cakap Tia tak boleh teman sebab parent tak kasi. Dia cakap takpelah, nanti dia saja datang Malaysia. Tapi aku kena sabar sikit.

Aku cakap no, aku tak boleh tunggu dan tak boleh sabar lagi. Aku betul betul nak tahu betul tak dia akan sayang aku lepas kita jumpa.

Aku penat couple macam ni. Aku tak nak bazir masa bertahun last last bila jumpa rupanya dia tak suka aku!

Aku cakap aku akan fly sorang ke US!

Dia terdiam dan renung aku yang macam tengah tegang serabut sambil kesat air mata kasar kasar. Aku masa tu rasa macam sedih, kecewa dan ralat gila.

Aku bukan kecewa sebab Tia tak dapat teman tapi kecewa kenapalah susah betul relationship aku dengan dia ni.

Dia cakap sambil tersenyum lembut, “Ok. I’ll wait for you here.”

Aku cakap thanks sebab setuju aku jumpa dia. Aku cakap passport aku masih ok tak perlu renew. So aku dah boleh book ticket.

Tapi dia cakap aku tak boleh tempah ticket macam tu saja. Nak pergi luar negara kena buat Visa dekat embassy. Dah satu hal pulak aku rasa down bila dia sebut tentang Visa.

Passport memang aku dah ada sebab aku pernah teman mak aku pergi rombongan under Felda kami ke Acheh untuk lawatan mengenang jejak tsunami Acheh. Mak akulah terlampau lampau syahdu nak melawat sana. Hehe.

Actually, aku dah serik nak join rombongan rombongan Felda ni sebab tahun sebelum tu aku dah teman mak aku pergi Padang Besar. Mak aku angkut periuk belanga segala macam sampai aku dalam bas tu macam nak tidur dalam periuk dah.

10 jam lebih meriba periuk besar gedabak sampai terteleng kepala aku. Nak suruh mak aku riba kesian pulak.

Aku cakap beli online saje nanti terus hantar dekat rumah. Harga pun sama saje, silap silap lagi murah. Mak aku sound cakap aku ni tak habis habis dengan online, Facebook, Shopee, Panda. Last last aku diam saje.

Mak aku ni apa apa mesti harapkan aku yang temankan sebab 2 orang adik lelaki bujang aku tu memang tak nak ikutlah rombongan rombongan macam tu.

Bapak aku pun malas, sibuk dengan aktiviti surau dan ladang.

Berbalik kepada Visa, masa aku pergi Aceh tu Visa semua travel agency uruskan.

So yang US Visa ni, hari tu jugak aku join group travel. Scroll punya scroll terjumpa seorang kakak yang komen tentang U.S.

Aku private message dia dan dia reply. Aku tanya boleh tahu tak cara cara nak
pergi U.S? Dia dah 3x pergi U.S rupanya.

Dia tanya aku boleh tahu tak nak pergi sana nak buat apa?

Aku cakap jumpa kawan. Dia tanya kawan yang macam mana tu? Dan aku pergi berapa orang? Aku cakap aku pergi sorang. Tapi part kawan tu aku rasa macam serba salah nak bagitau kakak tu. Aku cakap kawan tinggal dekat sana.

Then, dia cakap. Nak apply Visa nanti aku kena attend interview dekat U.S Embassy. Interviewer nak details kawan yang dekat U.S tu dan hubungan aku dengan dia.

Aku tak boleh tipu sebab kalau tak jujur nanti interviewer rasa suspicious dan tak approved. Akhirnya aku berterus terang dekat kakak tu sebab aku rasa kalau aku sorok info, aku tak dapat maklumat yang berguna daripada dia. Nanti masalah besar aku.

Akak tu nasihatkan aku samada dah fikir betul betul ke sebab aku kenal dia online saja. Sekarang macam macam kes yang membabitkan online ni.

Tapi kalau aku nak fly jugak takpelah. Dia bagitau aku cara cara nak apply Visa tu. Cuma dia cakap fikir betul betul atau cari jugak kawan untuk teman.

Dia bagitau aku kena bawa supporting documents macam 3-6months bank statements sebab interviewer nak tengok yang aku di Malaysia ni seorang yang ada income atau tidak. Kalau ada SSM, bawak SSM juga. Kalau slip gaji bawak slip gaji.

Kalau takde income dia orang takut aku nak bekerja dekat sana guna Tourist Visa.

Account bank yang nak guna dekat sana nanti mestilah ada lebih kurang RM15k atau lebih lagi bagus.

Yang paling penting, aku nanti nak tinggal dekat mana. Disebabkan aku tak booking hotel sebab tak tahu visa approve atau tak, better aku cakap tinggal di rumah family boyfriend.

Interviewer pun nak tahu siapa yang akan aku jumpa dekat sana nanti. Nak details orang tu, address dia, muka dia.

Tapi macam kes aku ni, dia cakap better aku mintak segala gambar ic, driving license, ic mak ayah dia, gambar dia orang semua.

Kalau boleh gambar IG dan FB dia pun print siap siap. Semua benda ni penting sebab kalau aku hilang dekat U.S misalnya, polis sana akan cari dia. So jangan guna address orang lain.

Kakak tu cakap sebab nama family boyfriend aku ni macam nak Mexico gitu so better prepare all those details and documents. Sebab takut nanti embassy risau kalau kalau aku ni sebenarnya jadi keldai ddah.

Aku dengar explaination dia tibatiba jadi mengeluh panjang. Dahlah fikir nak isi details di website pun rumit jugak.

Kakak tu siap bagi nombor telefon mak cik dia dekat Oklahoma. Kalau jadi apa apa nanti, call saja mak cik dia. Mak cik dia Malay, ikut suami kahwin orang sana.

Dah ucap terima kasih dekat kakak tu aku termenung sendiri sambil tengok website US Embassy tu.

Tiba tiba aku terfikir berbaloi ke aku terbang jauh jauh merisikokan diri aku untuk dia? Macam mana kalau ondaway ke sana nanti tiba tiba ada orang letak something dalam luggage aku dan akhirnya aku dituduh smuggled something.

Berbaloi ke aku nak musnahkan diri aku padahal dia entah entah reject aku lepas jumpa. Silap silap dekat airport nanti dia nampak aku terus dia blah tanpa dia tegur aku pun (aku pernah kena macam ni).

Dan sebenarnya, apa yang aku harapkan lepas jumpa dia? Just jumpa and then aku balik Malaysia continue balik LDR kami tapi versi dah pernah berjumpa pulak. Macam tu ke?

Then tunggu dia pulak datang Malaysia melamar aku? Bila pulak dia nak datang Malaysia tu? Tunggu ayah dia sihat yang tak pasti bila?

Macam tu ke yang aku nak?

Semua ni buatkan otak aku betul betul buntu.

Joshua mesej aku tanya kakak tu cakap apa? Aku cakap boleh bagi aku some space tak malam ni. Aku nak bersendiri malam ni.

Dia cakap ada masalah apa apa ke? Aku cakap takde apa.

Dia cakap please, apa apa masalah kita discuss. Jangan diam macam ni.

Aku tanya dia, sebenarnya dia cintakan aku dan betul betul nak kahwin dengan aku ke? Atau just cintakan aku tapi masih ragu ragu untuk kahwin dengan aku?

Dia cakap memang nak kahwin dan nak hidup dengan aku. Aku tanya so dah ready nak convert to Muslim ke? Dia jawab ya tapi perlukan aku di sisi dia. Dia tak boleh sorang sorang sebab dia tak tahu apa dia perlu buat.

Aku cakap, kalau aku dah sampai sana nanti dan dia tetap sayang aku, boleh tak kita terus kahwin dekat sana? Aku tak nak hubungan kita ni macam tak ada penghujung sebab kita susah nak berjumpa.

Dia cakap kalau aku tak kisah, dia takde masalah. Tapi apa cakap family aku nanti? (Aku pernah cakap tentang kahwin kena ada wali dan tak boleh tanpa restu ibu bapa).

Dan dia tanya, aku sanggup nak duduk dekat U.S ke sebab dia tak dapat nak tinggal dekat Malaysia. Dah jadi isteri, dia nak kami hidup sama sama. Dia tak boleh LDR kalau dah kahwin. Dia takut tak mampu.

Aku cakap aku boleh duduk dekat U.S. Kami pun pernah berbincang tentang ni dan aku tak kisah sebab bisnes aku online. Dari negara mana pun asalkan ada internet aku boleh duduk asalkan ada orang yang handle dekat KL.

Bila dah dengar penjelasan dia tu aku yakin dengan keputusan aku untuk fly ke U.S. Aku cakap aku kena ambik details dan dapatkan certain documents dia dan parent dia. Embassy nak tengok.

Dia cakap boleh dan dia tak de masalah nak bagi cuma kena slash sikitlah takut salah guna documents dia. Salinan ic mak ayah dia pun dia ada. Cuma kalau address, pakai address rumah bujang dia.

Aku cakap, esok dia kena buat H1V test. Aku nak kena tahu kut kut dia ada H1V ke. Esok pun aku akan test aku punya. Aku tak nak aku terbang jauh jauh sekali tengok dia ada H1V.

Dia cakap aku memang berfikiran jauh dan betullah tindakan aku ni. Esok dia pergi test.

Dah key in di website dan buat bayaran, beberapa hari lepas tu aku dapat interview. Debar gila aku rasa.

Bila dah lalui macam macam checkpoint, aku kena interview dekat kaunter. Interviewer aku Mat Salleh lelaki macam muda jugaklah.

Dia tengok documents aku dan kemudian dia tanya nak datang U.S jumpa siapa? Aku cakap jumpa kawan. Aku tunjuk salinan ic, driving license dan documents termasuk documents parent Joshua. Dia tergelak dan cakap aku well prepared.

Dia tanya kawan atau boyfriend? Aku cakap actually boyfriend. Dia tanya dah berapa lama relationship? Aku cakap almost 2 years.

Dia tanya ini first meet atau dah pernah met? Aku dengan cuak macam nak cakap pernah met tapi tiba tiba terfikir yang dia staff embassy kut, dia boleh check keluar masuk semua. Aku cakap first meet.

Dia tanya aku pergi sorang ke? Aku cakap ya. Sebab kalau aku pergi ramai ramai sepatutnya kena interview sekaligus time tu.

Dia cakap, perjalanan aku ni perjalanan yang berisiko sebab aku takde kenal siapa siapa dekat sana kecuali lelaki ni dan ini first meet pulak.

Meet online dan aku pulak girl.

Dia cakap dia nak check details lelaki ni kalau kalau ada masalah jenayah ke. Aku cakap ok.

Alhamdulillah clean. Lastly interviewer tu cakap kalau aku berjaya dapat Visa dan fly, jangan lupa update setiap masa perjalanan dengan family dekat Malaysia.

Bagi details tentang boyfriend dekat family supaya family tahu siapa nak cari kalau apa apa jadi. Simpan nombor telefon balai polis berdekatan.

Walaupun tak lama tapi sangat menakutkan interview tu. Start hari tu mulalah aku dan Joshua berdebar nak tunggu dapat ke tak Visa aku ni. Stress sungguh aku. Aku rasa dah panjang sangat. Sebab aku takut tak boleh submit kalau panjang sangat.

Sumber – Mira (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.