Uncategorized

Hairan suami suka delete perbualan wasap bila aku check. X boleh tdo mlm, esoknya aku terus test suami bt dia terketar2 nak jawab.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Aku isteri berkerjaya profesional, begitu juga suamiku, Man. Man bekerja bahagian servis dan perlu bergerak ke pelbagai tempat customer setiap hari.

Waktu kerjanya hingga tamat urusan dengan customer yang terakhir. Aku juga kerja dengan ramai orang tapi urusan kerja aku hanya di pejabat. Habis waktu pejabat, balik.

Aku seorang yang jarang-jarang nak bawa balik kerja ke rumah. Sebab kat rumah berderet lagi kerja surirumah tangga yang perlu ku uruskan. Dah 15 tahun berkahwin, anak 3.

Rumahtangga kami ku rasa bahagia, jarang berselisih pendapat kerana kami mempunyai banyak titik persamaan. Jika berbeza pun, kami saling menghormati dan menggalakkan minat masing-masing.

Man jenis introvet dan sabar orangnya, tak pernah tinggi suara pada aku apa lagi naik tangan cuma tidak romantik. Oleh itu, begitulah pepatah mengatakan isteri itu cerminan suami.

Begitu juga aku, tidak pernah tinggikan suara padanya walaupun tengah marah.bKalau aku merajuk mendiamkan diri, dia akan terus bercakap hingga aku terpaksa membalas. Kiranya takde cerita lah aku nak merajuk.

Dia pun tak reti nak memujuk. Selamba saja cakap dengan aku macam tak berlaku apa-apa. Aku dan suami tidak pernah berahsia tentang apa pun. Semua handphone, password email, bank semua tiada rahsia.

Aku boleh check hp dia, baca wasapnya. Begitu juga dia. Kawan aku kawan dia, begitulah sebaliknya. Itulah serba sedikit hal aku dan dia selama ni.

Nov 2021, Man balik kerja. Aku sambut dia, bersembang macam biasa hal-hal isu terkini. Tapi dia macam tak fokus apa yang aku cakapkan.

Aku cakap lain, dia reply lain. Aku, tentulah rasa lain macam. Tapi takpe lah.. Mungkin dia penat. Kemudian, Man buat urusannya. Aku pinjam handphone dia nak tengok shopee, tapi macam biasalah..

Sambil tengok shopee, sambil tengok wasap-wasapnya. Terbaca perbualan dengan seorang customer ni ku namakan dia Siti. Ayat terakhir daripada Man kepada Siti ‘balik dulu la esok kan cuti’.

Ayat sebelumnya tiada kene mengena. Sumpah aku tak curiga apa-apa. Dalam kepala otak aku, mungkin lepas Man repair machine di tempat Siti, Man nak bagi tau yang Man nak balik dah.

Esok pagi, macam biasa aku guna handphone Man, belek-belek wasap dia.. Eh..wasap Man yang terakhir pasal ‘balik’ tu dia dah delete. Ha… di sinilah bermulanya kisah. Aku jadi tak sedap hati. Aku cuba bertenang. Hari tu cuti, aku ajak dia pergi Ikea. Bawalah anak-anak semua.

Tapi ku tengok Man lain. Banyak diam, bukan seperti dia. Macam mana aku nak bertenang ya.. Kalau boleh aku tak nak tanya dia pasal tu.

Tapi sebab dia layan tak layan aku rasa tak puas hati.

Aku tak boleh tidur malam tu. Aku tetap memikirkan perkara tu. Korang nampak remeh kot.. Tapi aku pun tak tau kenapa ia sangat menggangu aku. Aku ambil pil selsema supaya mengatuk dan aku tidur, dapat melupakan perkara tu.

Kebetulan aku cuti esoknya, jadi aku takde la serabut sangat. Pagi tu, masa Man mandi, telefonnya sedang dicas, aku di meja kerja. Wasap masuk. 8 am daripada Jenab, kawan Siti. kira diaorang satu company la. Mengadu mesin itu ini rosak. Bila dia dah bersiap, aku pun cakap la..

‘Abang, ni ade wasap daripada girlfren abang nama Jenab, Dia kata dia rindukan abang…’ hahaha.. Aku tipu-tipu saja. Terketar la Man tengok wasap kat tipon yang kat sebelah aku tu.

Aku direct terus tanya dia kenapa delete wasap dengan Siti hari tu?

Sebab geli la..

Siti cakap ape?

Ala.. dia wasap macam awak cakap tadi tu.. lepastu panggil abg ni abang.. Gelilah.

Kenapa tak tunjuk kat saya?

Dah nanti takut awak salah faham.

Siti tu memang macam tu…

Lepas tu dia pergi kerja. Tinggalkan aku begitu sahaja. Aku tetap tak rasa puas hati. Aku rasa sedih.. Aku rasa dia khianat curang dengan aku.. Eh.. macam-macam rasalah. Aku tak juga salahkan si Siti tu.

Yelah.. Memang ramai saja pompuan tak tau malu. Tapi takkan lah Siti tu tiba-tiba nak wasap dengan laki aku macam tu.. apa intronye? Laki aku kan introvet. Bukan suka-suka nak berborak kosong dengan orang.

Aku rasa sakit hati kecewa sangat-sangat.. Kenapa tah.. Aku tetap tak puas hati dengan jawapan Man. Aku wasap Man, supaya menjaga ikhtilat di tempat kerja, ramai penyondol di luar sana. Dia pun balas ok.. Jangan la cakap pasal ni lagi. Dia pun tak suka.

Man cuba tutup kes dan aku pun cuba berlapang dada. Tapi, aku tetap tak boleh. Aku tak sangka dia dah pandai delete wasap, pandai nak berahsia dengan aku. Aku tak bercakap dengan dia hari tu.. hingga esoknya..

Man biarkan saja aku diam membatu. Bila aku layan tak layan dia cakap, dia terus tak cakap dengan aku. Tak seperti selalu.. Kalau aku tak reply pun dia akan tetap cakap dengan aku. So, rajuk aku ni tahan sejam dua saja. Kali ni dah kira 2 hari dia tak tegur aku. Korang nampak tak..

Dia dah mula play victim. Dia rasa tindakan delete wasap tu tak salah. Aku yang salah. Aku pulak yang kena tegur dia. Aku ni bukan boleh nak diam lama-lama. Gila aku. Ok la… aku pun just forgive and try hard to forget. Tapi aku ambil tipon dia, aku blok nombor Siti.

Aku rasa ok la sikit… Man pun tak kisah aku blok nombor Siti. Patutnya dia yang patut buat… kalau rasa Siti tu dah mengganggu blok saja lah. Ni aku jugak yang kena buat.

Januari 2022, aku sibuk dengan kerja. Aku pun dah lupakan pasal hal Siti. Suatu hari, aku terbaca wasap tergantung antara dia dengan si Jenab (kawan sekerja Siti). Aku kecewa, sedih lagi.. Tapi kali ni aku berdiam diri..

Dia bercakap dengan aku, aku jawab sepatah atau tak jawab langsung. Harap dia sedar aku tengah merajuk dan bertanya adakah aku ada apa-apa masalah? Tapi.. hmm.. dia tak buat apa pun.

Aku tengok dia main game seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia dah pandai handle perasaan nampknya..

Dalam masa yang sama aku mengetuai projek besar yang kena buat kat office. Aku tak nak bergaduh dengan dia hingga merosakkan mood aku.

Kesian kat team aku yang bertungkus lumus pasal projek ni. Kat office, walaupun aku sibuk tapi perkara delete wasap tu sangat mengganggu aku. Aku sakit.. Sakitnya menusuk hingga dada aku betul-betul rasa sakit menyucuk.

Balik rumah, aku solat dan berdoa supaya aku bertenang. Aku baca zikir pagi petang. Aku tak boleh tidur lena, terjaga malam aku solat tahajud dan witir, berdoa semoga dijauhkan daripada syaitan pemisah rumahtangga.

Ya, Alhamdulillah. Aku jadi tenang. So case close tanpa perlu aku bergaduh dengan dia.

Beberapa minggu lepas tu, Man jadi lain.. dia mendiamkan diri tak seperti biasa. Dia tak fokus apa yang aku cakap. Naluri isteri terus menjalankan tugasnya. Aku check hp dia. Oo.. dapat la jawapan kenapa dia tak tegur aku. Kali ni delete terus wasap antara dia dan Jenab.

Clear terus. Aku tanya dia kenapa dia delete semua. Aku paksa dia cerita.. menurutnya Jenab ada wasap dia malam-malam tanya benda bukan pasal kerja.

Terus la aku ungkit yang dulu punya wasap tu.. sama la.. jawapan dia. Jenab tanya hal takde kaitan dgn kerja. Man takut aku fikir bukan-bukan. Tapi dah jadi macam ni… dua kali ganda fikiran bukan-bukan yang aku fikirkan.

Aku imbas kembali wasap diaorang… Aku perasan Jenab selalu balas msg Man dengan stiker yang comel. Tapi aku takde la syak bukan-bukan.. tapi… bila dah jadi kes delete mendelete ni.. jadi syak la kan. Takkan tak rasa apa.

Nak balas wasap hanya nak cakap OK atau TQ tapi gigih dibalas dengan stiker. Kalau aku la.. sibuk kerja dan nak cepat reply, bukan senang pun nak godek-godek pilih stiker. Kadang-kadang nak reply ‘ok’ pun tak sempat. Bluetick saja.

Aku dah rasa tak best. Aku rasa lebih sakit daripada dulu. Dada aku mula sakit bila aku teringat. Macam-macam persoalan bermain difikiran aku. Kenapa delete..kenapa delete..

Kenapa dia tak ambil pengajaran hal yang lepas? Kenapa masih delete? Sampai bila asyik nak delete, sembunyikan dari aku? Macam mana rapat hubungan diaorang di belakang aku? Aku menangis.. Man tau aku nangis.. Tapi dia buat tak tau.

Tiada langsung simpati, kesian, nak peluk ke.. apa lagi nak cakap sorry lepas ni abang akan jujur awak.. Tiada.. Dia tetap rasa tindakan delete wasap itu perbuatan yang benar. Yang salahnya aku sebab baca wasap dia.

Aku kata, aku ni sejak sebelum kahwin memang dok baca wasap dia. Jangan pertikai perbuatan aku.

Aku bagi cadangan supaya jangan buat kerja di tempat Jenab tu lagi. Tapi dia jawab takda sapa boleh repair (tak logik… pekerja company dia ramai), nanti dia jadi tak pandai kalau tak buat mesin kat tempat tu lagi (banyak lagi mesin kat tempat lain).

Bila aku fikirkan balik, macam bodoh-bodoh saja jawapan dia.. Atau sebenarnya diaorang memang ade apa-apa ni. Sesuatu sangat kan.. (syaitan membisik)

Aku ambil nombor telefon Jenab, aku cakap takpe la kalau macam ni, aku call Jenab sendiri ape yang korang wasap sampai laki aku terpaksa delete dan abaikan aku..

Man marah, dia kata buat malu saja buat macam tu. Dia takde apa-apa dengan Jenab.. . Ok la.. Aku tak tipon Jenab.

Tindakan aku kali ni.. Tindakan aku ye.. Man tak buat apa-apa.., aku tukar profile photo dengan gambar kami berdua sebelum ni gambar Man sorang. Bluetick pun aku aku buang. Wallpaper handphone tukar gambar aku. Aku terus ugut… ni last warning.

Lepas ni kalau aku dapat tahu delete wasap lagi, aku terus pegi jumpa pompuan tu nak tanya apa perbualan antara dia dgn suami aku. Aku dah ade nombor tipon Jenab ni.. Tempat kerja Jenab pun aku tau. Nombor tipon bos Jenab pun aku simpan.

Aku juga tanya Man, ape tindakan dia bila Jenab dok wasap dia macam tu? Dia kata tegur la Jenab jangan buat macam tu lagi. Aku tetap tak puas hati sebab yang pertama kali tu dia dah tegur Jenab, kali kedua pun dia kata dia tegur Jenab lagi.

Lupa aku nak bagitau, Jenab ni anak dara umur 20an gitu.. Macam tak logik kat sini.. Kenapa Jenab seolah-olah takde perasaan malu ye?

Menurut Man, Jenab yang mulakan wasap dan dia tak balas. Maksudnya di belakang aku mereka berjumpa dan bersembang mesra la kan..

Takkan la tiber si Jenab tu nak wasap laki orang. Lepas tu dah warning, dok wasap lagi. Wasap hal personal malam-malam pulak tu. Mana mungkin perempuan tak malu nak wasap laki orang malam-malam.

Aku dengan kawan kerja lelaki bff pun takde la nak wasap dia malam-malam. Aku syak Man pun gatai juga la. Aku syak la.. Yang aku kenal laki aku tak gatal. Tak tau la berubah pulak. Korang rasa macam mana? Memang wujud ke perempuan yang tak tau malu macam tu?

Sakit hati aku tak hilang. Sakit bukan biasa-biasa ya.. Sakit menyucuk. Sampai aku pegang dada aku.. Sedih melampau. Aku tak cakap dengan Man yang aku sakit sangat, sebab dia takkan peduli dan akan kata aku mengada-ngada.

Mac – Aku ambil cuti sebulan ni…cuti sambil WFH. anak-anak pun cuti sekolah. Dapatlah aku layan anak-anak. Aku nak rehat, kalau aku kerja kat pejabat pun tak boleh nak fokus. Asyik fikir macam-macam.

Hari-hari seterusnya, aku tetap gatal check tipon laki aku.. Ya.. tiap hari Jenab call dan wasap. Tapi pasal mesin rosak itu dan ini. Setiap hari beberapa kali ye.. Yang aku perasan, sejak tukar gambar profil wasap, dah takde pulak dah stiker-stiker comel, wasap pun pasal kerja sahaja.

Tak tau la kalau suami aku dah pandai delete part yang tertentu. Aku masih tak boleh nak percayakan Man. .

Aku memang jenis manja, nak pergi mana-mana mesti dengan Man. Oleh itu, hujung minggulah aku nak ajak Man teman pergi shopping, makan berdua. Tapi sejak kejadian itu, Jenab semakin galak wasap suamiku waktu cuti. Company Jenab kerja hari Sabtu.

Jenab pun tanya la macam-macam soalan pasal mesin, yang aku rasa macam soalan bodoh saja. Jenab pun dah kerja lebih 5 tahun takkan tak reti lagi, dia pun tahu company suamiku cuti Sabtu dan Ahad. Kenapa nak kacau ye.. Tunggulah hari Isnin. Pagi, aku masih ok lagi..

Dah masuk tengah hari, petang..sampai nak suap makan pun kena jawab call si Jenab tu. Suami aku tanpa rasa nak jaga perasaan aku, membalas setiap soalan bodoh Jenab tu depan-depan aku.

Seperti dia sengaja nak menunjukkan yang antara dia dengan Jenab takde apa-apa hubungan istimewa, semua pasal kerja. Sakitnya hati aku… Allah saja yang tahu. Aku masuk bilik, menangis sendiri.

Ada satu hari tu, Man balik makan tengah hari. Aku tanya dia nak pegi mana lepas ni? Nak pegi repair mesin kat PPP (company Jenab). Aku pun cakap, nak ikut. Aku pernah ikut Man pergi kerja. Man dah tak tenteram.. Gelabah aku nampak.

Mula-mula dia kata, nanti dia buat mesin tu lama.. awak bosan.. Bla..bla..bla.. (Jawapan tak masuk akal). Lepas tu dia kata abang pegi kejap saja.. Tak payah ikut lah. Aku merayu, memujuk nak ikut.. Dia tetap tak bagi. Korang nampak tak..

Jawapan dia tak konsisten. Sebenarnya aku takde la bodoh nak buang masa ikut dia pegi sana. Baik aku baring-baring tengok drama korea.

Aku saja nak tengok reaksi dia. Aku harapkan dia jawab ‘Ha.. Jom’. Tapi tak.. Berderet alasan tak masuk akal, dia ingat aku ni budak kecik agaknya.

Aku terus masuk bilik, menangis kecewa. Aku sakit hati hingga rasa menyucuk dada. Aku rasa kalau aku nak ikut pegi mana-mana ok saja.

Tapi tempat Jenab saja tak boleh. Apa ya istimewa Jenab tu?

Aku masih boleh berlapang dada kalau Jenab tu hubungi suami aku waktu kerja pasal kerja. Lain-lain tu biarlah Allah yang jaga. Tapi sampai masa hujung minggu, aku bercuti dengan suami pun dia nak ganggu jugak.. Rasa dah melampau.

Hujung minggu seterusnya aku sekeluarga dah plan bercuti di luar kawasan selama 4 hari. Sebelum Jenab tu merosakkan mood aku, aku pun cadangkan pada Man satu telefon untuk kerja, satu lagi untuk personal. Bila nak keluar dengan aku, tinggal telefon kerja tu kat rumah.

Ok dia setuju. Aku gigih la pegi daftarkan nombor baru untuk dia, sebab Man kata nak pospaid, unlimited data. Akulah yang kena keluar buat semua tu sebab aku kan cuti.

Ok nombor baru dan telefon baru pun dah selesai.

Tiba hari hari nak pergi bercuti, nak gerak petang Sabtu. Waktu pagi tu aku sibuk la kemas-kemas dan tak pergi mana-mana. Macam biasa Jenab wasap. Aku nampak Man berbalas wasap dengan Jenab. Hancur hatiku..

Tapi demi percutian ini aku diam. Man tinggalkan telefonnya. Aku ambil dan aku blok nombor Jenab. Hahaha… puas hati aku. Sampai sekarang Man tak unblock nombor Jenab. Tak tau la belakang aku…

Selama Man kerja, tak pernah terjadi ujian macam ni. Aku tak rasa apa-apa pun kalau Sabtu Ahad ada customer, kawan kerja, bos, wasap call dia. Aku ok saja. Tapi sebab kes ‘delete wasap’ semuanya aku rasa mengganggu. Kalau asyik kena delete wasap, sampai bila akan berakhir?

Sampai bila aku kena rasa sakit? Walaupun ada telefon baharu, Man tetap bawa telefon kerja pergi ke mana-mana. Aku jadi nak marah kalau aku nampak telefon tu.

Aku minta pandangan pembaca… keterlaluankah aku? Kenapa aku rasa sakit hati sangat.. Salahkah aku merasa perasaan sakit hati terhadap perbuatan Man?

Aku malu nak cerita dengan kawan-kawan sebab semua kawan aku kenal kami. Lagipun.. Mungkin orang anggap itu perkara kecil saja. Tapi kenapa ya, aku rasa sangat sakit, rasa nak kelar tangan aku tunjuk kat Man yang hati aku macam ni… LUKA. Yang terluka, – Reena (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *