Uncategorized

“kau dah bercerrai kan ha xyah nk meminta eh” Mak dihina dlm Majlis tahlil. Mak minta ikut faraid tp mcm2 alasan keluarga ayah bg. Lps 30 thn ak terkejut bila pihak sana tiba2 Call.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Salam. Ini confession pertama yang aku pernah tulis disini. Aku Amina berumur lingkungan 30an dan sudah berkahwin. Alhamdulillah bahagia dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan baik.

Namun bukan suami aku punca aku menulis hari ini. Ibu bapaku bercerrai sejurus melahirkan aku. Hidup aku 30 tahun selepas itu hanyalah dengan mak dan keluarga sebelah mak sahaja.

Daripada tadika, sekolah, universiti, bekerja, sehinggalah sekarang di rumah menjaga anak ku yang masih kecil. Hanya mak dan keluarga sebelah mak yang ambil tahu.

Jarang aku berjumpa ayahku kerana hubungan ayah dan emak yang sangat ‘panas’. Sehinggalah ayahku menghembuskan nafas terakhir ketika aku masih bersekolah. Memori aku tentang ayah hanyalah secebis.

Namun aku akur sahaja dengan takdir. Mungkin amalan dan doaku boleh disedekahkan, sebagai tanda berbakti kepadanya sebagai orang tuaku. Teringat aku kepada memori ketika berita arwh ayah mennggal disampaikan kepadaku dan emak, emak langsung tiada reaksi.

Namun aku ingat dengan jelas, keluarga ayahku mula berbicara soal harta peninggalan, duit, kwsp dan sebagainya. Semasa malam tahlil, aku hanya mendengar dan memerhati. Aku duduk disudut dengan emak.

Aku dapat rasa emak dan bekas mentuanya tidak mempunyai sejarah yang baik. Bekas mentuanya (nenek aku) juga melihat aku dengan pandangan penuh benci. Tidak seperti sepupu sepupuku yang lain asyik didukung dan diagah.

Adik beradik ayah ramai, 12 orang kesemuanya. 7 teratas dan dua terakhir adalah lelaki. Masing masing galak berbincang soal pembahagian harta.

Ada salah seorang adik beradik perempuan ayah terus cakap pada ibu “kau dah bercerrai kan ha takyah nak meminta eh”

Mak jawab “kita tengokla faraid macamana kak. Yang penting pergi amanah raya dulu. Apa pun Amina anak dia juga, ada hak juga sedikit sebanyak”

Perempuan tu (aku tanak panggil dia makcik) berang dengan mak aku. Dia cakap “alah anak kau perempuan bukan laki. Dalam islam anak laki saja ada hak besar peninggalan arwh! Kalau perempuan dapat sikit saja! Bawak bawak la pegi belajar agama.”

Masa tu aku kecik lagi, tapi aku faham mak sedang dihina. Dari aku kecik mak aku takpernah nak jejak kaki balik sini, tapi dia bawak jugak aku balik sekali ni untuk tahlil ayah. Mungkin penghormatan terakhir. Itu pun untuk semalam saja.

Aku tengok adik beradik ayah semua tengok tengok mak. Ada yang tengok sambil siniskan muka. Tapi mak hanya keraskan air muka. Mak memang muka ketat, lebih kepada unapproachable punya airmuka.

Tapi bagi aku mak wanita hebat, anak yang baik kepada nenek dan atuk aku, dan ibu yang penyayang kepada aku. Aku cukup semua dengan hanya ada mak.

Malam tu kami tak makan pun, habis tahlil mak terus drive balik rumah tumpangan. Kami bungkus nasi di tepi jalan. Aku lupa tahun bila, tapi mungkin hanya beberapa tahun lepas ayah mennggal. Duit bahagian faraid aku dapat.

Selepas ditolak semua family belah ayah yang hampir 10 orang lelaki dan 4 orang perempuan, jumlah bahagian aku lebih kurang 3ribu. Aku ingatkan jumlah tu banyak, tapi mak cakap harta arwah lagi banyak.

Mak bawak aku balik jumpa mereka. Perbincangan jadi tegang juga sampaila perempuan tu (aku taknak sebut dia makcik aku) marah marah mak aku. Dia cakap mak aku tak sedar diri.

“Anak kau tu kau dah bawak lari awal awal lagi lepas cerrai. Kenapa nak ada hak atas arwh pulak?”

“Kalau ikut aku kan, kau anak beranak memang takde kena mengena pun dengan arrwah dah”

“Kira ok la dapat jugak sikit”

“Kami ni lagi lama duduk dengan arwah tau”

“Kami lagi berhak”

Gerun. Aku gerun dengan hari tu. Bila difikirkan balik aku taktahu mana mak dapat keberanian tu. Mak tak takut langsung. Tapi sebelum kami balik mak ada sound semua orang.

Mak cakap, “tapi apa pun harap semua yang dapat pembahagian harta ni kena sedar la, banyak nya harta yang dapat banyak la tanggungjawab dan kebajikan Amina yang kamu kena jaga.

Sebab sepanjang hayat Amina tak pernah dibayar nafkah. Tapi kalau nak abaikan tanggungjawab ni silakan. Tunggu balasan Allah”

“Eh takpayah nak main nama Allah la”

“Kau tu yang tak tahu hukum hakam”

“Anak perempuan ikut islam mmg terima sikit”

“Kut mana mana kami lebih berhak ke atas segala harta arwah berbanding Amina!”

“Dia hanya anak perempuan”

“Kami ni adik beradik!”

So, that is the flashback im getting these days. Sedih sangat bila difikirkan. Al-Fatihah juga untuk mak. Sentiasa berusaha keras untuk aku belajar tinggi tinggi.

Baru baru ni pihak sana ada hubungi aku. Katanya aku perlu membayar sejumlah wang pada pihak bank. Arrwah ayah masih ada buat pinjaman dengan satu bank.

Namun kesemua mereka berpakat mahu aku yang langsaikan. Padahal berapa lama sudah kami tidak bersua muka.

Aku bukan macam mak. Mak berani. Tapi aku cuba juga untuk mempertikaikan.

“Kenapa saya pula kena bayar?” Aku tanya baik baik

“Dah kau kan anak. Kau la waris. Buat buat taktahu pulak”

“Ni bukan tanggungjawab kami”

“Kami adik beradik arwah bapak kau saja”

“Kau tu yang anak dia”

Aku betul betul terkedu. Kenapa ada orang macamni wujud dalam dunia ni? Satu keluarga pula tu. Sumpah dengan nama Allah, selepas arwah meninggal, tiada satu pun yang bertanya khabar apatah menjaga kebajikan aku.

Suami aku banyak memujuk. Dia cakap tak apa dia boleh usahakan. Apalah sangat nak dibandingkan dengan nilai ketenangan arwah ayah di alam sana.

Suami aku lahir dalam dulang emas, di dalam family yang sangat support antara satu sama lain. Pendek kata, tidak berkira dan tamak bab duit.

Aku sangat tersepit, aku sangat benci mereka dan ingin mereka terima pembalasan. Namun aku juga cair mendengar nasihat suamiku untuk menjadi anak yang mengambil tanggungjawab walaupun bukan tempatnya kali ini. – Amina (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Amy: Itula… ramai yg tak faham.. kalau tak nak jaga anak saudara perempuan… lebih baik ambil @ tak ambil terus harta arwh… sebab bila di ambil.. maka kita bertanggungjawab keatas anak saudara kita tu… nafkah dll…

sebab tu di arab… bila anak perempuan kita dah kahwin dengan suku A.. sedangkan kita dari suku B… anak perempuan kita dan cucu kita telah menjadi suku A.. bukan lagi suku B… dan pabila menantu kita meninggl..

maka segala urusan anak dan cucu kita di uruskan oleh suku A.. dan mereka tetap akan tinggal di situ… di bawah jagaan mereka… Nak ke kita m4ti nanti harta² tu menjadi kalungan Az4b?? Tepuk dada tanya iman… sanggup ke?? Senangnya kejap… susahnya abadi…

Zahrah: Sis tolong jadi bijak.. Hutang lps ayah dh mennggal bertahun tahun kenapa sis pulak kena bayar? Mcm x logik lah.. Mcm ada yg x kena.. Sy syak adik beradik arwh ayah sis yg buat hutang guna nama ayah..

Jgn bagi duit membuta tuli je sis.. Siasat lah dulu.. Kita ni mmg bagus sgt kalau nk jd org yg baik tapi kena tgk jugak baik dgn siapa,situasinya mcm mna..baik pun bertempat.. Biar baik tapi jgn jd bodoh smpai org boleh pijak2 kita sis.. Bertegaslah..

Farah: Awak dah besar.. hutang tue jadi hutang lapuk.. xpayah bayar… salah belah ayah awak.. hutang patut dibayar sebelum faraid… balas balik.. xperlu berlembut hari.. ckp kt family sblh ayah awak.. nafkah awak dari kecil sampai besar sepatutnya dibayar oleh wali.. mak awak tak pernah tuntut pon.. hukum Allah itu jelas..

Leave a Reply

Your email address will not be published.