Uncategorized

4 thn hidup sebagai ibu tunggal, aku dilamar oleh tukang kebun yg x berjawatan. Tp masuk bulan ke 6 nikah, perangai tukang kebun mula terserlah bt aku menyesal x sudah.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

“Perkahwinan Kedua Yang Menyedihkan”

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca… Aku kenalkan diriku sebagai MJ berumur dalam 30an, anak dah 3 orang plus one dalam perut dan bekerja dalam sektor awam.

Rasanya kalau tengok pada tajuk, korang mesti dah boleh teka kan masalan aku ni? Yer. Aku tak bahagia dengan PERKAHWINAN kedua ni walaupun baru nak masuk 6 bulan perkahwinan kami.

Ceritanya begini…. Aku pernah berkahwin sebelum ni. Dan perkahwinan pertama aku bertahan hampir 10 tahun. Dan perkahwinan pertama… aku dikurniakan 3 orang anak.

Yang sulong dah masuk 11 tahun dan bongsu berusia 6 tahun. Perkahwinan atas dasar suka sama suka dan merupakan cinta pertama aku.. Tapi…. jodoh kami tak panjang kerana banyak faktor luaran yang mengganggu sehingga menggugat perkahwinan kami.

Selama hampir 4 tahun lebih aku bergelar single mom. Anak anak di bawah jagaan aku. kecuali yang sulong bekas suami ambil kerana itu syaratnya jika tidak mahu kes berpanjangan.

Tipulah jika aku kata aku tak terkesan dengan percerraian ini. Hampir 4 tahun aku tewas dengan perasaan.

Dan dalam masa 4 tahun tu bermacam cara dah kami berusaha untuk berbaik semula. Dalam erti kata lain rujuk semula.

Tapi gagal kerana keegoaan masing masing. Dan punca utamanya bekas suami tidak mahu berpindah mengikut aku ke kampung halaman.

Maka akhirnya kami membawa haluan sendiri. Tetapi kebajikan anak anak tetap kami uruskan. Aku tidak menyekat hak dia untuk mengambil anak dan bermalam di rumahnya ketika cuti sekolah.

Atau dia menghantar anak yang sulong kepada aku bila tiba giliran aku. Dan hubungan antara kami masih berbaik atas dasar anak sehinggakan anak anak tidak merasa sedikit pun kekurangan kasih sayang antara kami.

Jadi selepas 4 tahun… Bila kami tidak mampu memcapai kata sepakat untuk merujuk kembali. Akhirnya aku belajar untuk terima orang lain. Aku gelarkan dia Encik Z…

Aku kenal dengan encik Z ni pun sebab incharge kat tempat keje kenalkan. Kononnya kesian melihat aku kesedihan dan struggle nak membesarkan anak anak yang masih kecil.

Sedikit latar belakang encik Z ni… beliau tidak lah berjawatan. Hanya kerja sebagai tukang kebun di tempat aku bekerja dahulu.

Dan gaji beliau sangat jauh bezanya dengan aku. Tapi itu bukan menjadi persoalannya. Kerana aku bukan jenis yang memandang harta.

Dipendekkan cerita. Aku diperkenalkan dengan encik Z. Itupun incharge yang bagi no hp aku pada dia. Jadi aku sekadar melayan atas dasar tak nak hampakan harapan kawan.

Tapi sejujurnya hati aku belum bersedia untuk terima mana mana lelaki masa itu. Jadi aku berterus terang sahaja pada Z dan menolak dia secara baik.

Tapi Z tak berputus asa. Dia tetap memujuk aku dan berusaha untuk tawan hati aku. Dan dia melamar aku untuk menjadi isterinya. Tapi aku tetap menolak ketika itu.

Sehinggalah aku dapat bertukar ke kampung halamanku. Hubungan putus sampai di situ.

Namun selepas beberapa bulan menghilang…. suatu hari pada raya tahun lepas Z menghubungiku semula dan bertanya jika aku sudah menikah.

Aku jujur sahaja katakan bahawa aku belum lagi bernikah… Jadi selepas dari itu dia terus menghubungiku…

Dan aku melihat kesungguhan dia untuk menyuntingku sebagai isteri. Berkali kali Z menyatakan hasrat dan mengajakku berkahwin walaupun suatu masa dahulu aku pernah menolaknya.

Dan akhirnya pada bulan Oktober 2021 aku terima dan kami sah menjadi suami isteri. Itupun aku terima dia selepas aku bagitau dia mengenai hubungan anak anak dan bekas suami masih baik.

Tentang kekurangan aku…tentang pekerjaan aku yang tak mudah untuk bertukar, jadi Z lah yang kene berpindah ke tempat aku. Dan mengenai komitmen aku yang banyak hutang sehingga gajiku hanya tinggal cukup cukup makan sahaja.

Z memahami dan berjanji untuk terima keadaan aku dan selepas kawen dia betul betul berpindah mengikut aku Dan kami bahagia pada mulanya.

Namun keadaan berubah apabila suatu hari bekas suami mengirim hadiah Hp untuk anak lelakinya untuk memudahkan beliau berhubung dengan anak anaknya tanpa perlu lagi melalui aku.

Dan jujur aku katakan selepas aku berkahwin… aku dan bekas suami memang tak pernah berwasap atau berhubung lagi hatta mengenai anak anak.

Tapi Z jadi cemburu dan menuduh bekas suami cuba untuk pikat hati aku semula. Aku hanya mampu meminta maaf. Dan meminta anakku supaya tidak lagi meminta ayahnya untuk menghantar apa apa hadiah ke rumahku.

Kusangkakan isu tu selesai disitu. Rupanya isu bekas suami datang ke rumah mak aku untuk mengambil anak anak juga menjadi isu.

Sedangkan rumah mak dan rumah aku hampir 3km jaraknya. Dan aku langsung tak pernah berjumpa bekas suami.

Tetapi Z marah marah dan cakap bekas suami saja nak datang amek anak padahal ada niat lain. Sumpah aku tak sangka begitu sekali pemikiran Z.

Sehinggalah kemuncaknya baru baru ni Z mengungkit semuanya. Katanya aku masih ada hubungan sulit dengan bekas suami.

Menuduh aku berhubung dengan bekas suami secara senyap dan mengatakan bahawa aku masih menyimpan perasaan terhadap bekas suami…

Lebih kecewa apabila Z menuduh mak dan ayahku melebihkan bekas suami kerana bekas suami lebih kaya dan berjawatan berbanding dia.

Aku sangat kecewa kerana sekarang aku sedang mengandung dan aku alami alahan yang teruk. Sehingga berat turun, berlaku pendarahan, aku langsung tak boleh makan nasi. Hanya bergantung dengan roti atau biskut.

Tetapi Z mengatakan aku kurang melayaninya kerana masih ada perasaan dengan bekas suami. Sehingga Z mengugut akan keluar rumah dan meminta anak dalam perut ni untuk dibawa balik ke kampungnya.

Sekarang ni aku sangat tertekan kerana kecewa dengan tuduhan Z yang terus terusan tanpa memikirkan aku yang sedang mengandung.

Katanya selepas anak ni lahir dia akan ambil bawak balik ke kampungnya. Dan aku keliru samada itu lafaz taklik atau tidak. Kerana aku katakan padanya itu dah macam taklik.

Dan dia kata dia tak kisah daripada dia rasa seperti tak dihargai jika dalam hati aku ada orang lain.

Sehinggalah aku hilang sabar dan aku katakan bahawa aku tak kisah dengan semua ugutan dia. Sekiranya Z nak bercerai aku setuju dan anak dalam kandungan ni mahkamah yang akan tentukan hak jagaan.

Terus Z terdiam. Dan mula memujuk aku dan mengatakan bahawa dia hanya bergurau.

Dan sekarang dia mula psiko aku. Dalam wasap menghina aku. Tapi bila di rumah dia cuba nak buat baik. Tapi hati aku betul betul dah rasa tawar hati dan hilang perasaan terhadap Z. Rasanya samada berkahwin atau tak… takde perbezaaan bagi aku…

Malah makin rumit bila Z pernah mengungkit tentang gajinya yang sedikit sehingga dia menuduh aku menghina dia sedangkan demi Allah aku tak pernah menghina dia. Kerana itu aku berkahwin dengan dia. Kerana aku sudah sedia maklum tentang gajinya yang sedikit.

Dan aku langsung tak bebankan dia dengan segala hutang piutang aku. Semuanya aku bayar sendiri dan dia hanya perlu memberi nafkah sebulan RM300 sahaja mengikut kemampuannya. Tetapi aku dituduh dan difitnah sehingga sedemikian rupa.

Dan sekarang aku hanya cuba untuk teruskan hidup aku…. Walau Z kerap menyakitkan hati aku kemudian cuba berbaik semula. Aku dah hilang rasa hormat dan sayang pada dia. Dan aku buntu ape yang harus aku lakukan.

Ku sangkakan perkahwinan kedua membawa bahagia dan membalut kedukaan aku yang dulu selepas 4 tahun hidup sebagai single mom.

Rupanya perkahwinan kali ke 2 lagi teruk apabila terus terusan aku dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Dan aku benar benar kesal kerana mengakhiri zaman single mom ku dan Akhirnya kekecewaan lebih teruk dari perkahwinan pertama. Maruahku dipijak pijak dan aku dituduh isteri yang tak setia.

Maaflah kalau cerita ni agak serabut dan panjang. Kerana aku tak tahu bagaimana untuk bercerita… Harap pembaca semua boleh bagi kata semangat dan nasihat yang berguna untuk aku.

Reaksi Warganet

Nik Shazwani –
Sebab tu la pentingnya sekufu. Lelaki ni kadang kadang satu cabaran keegoan dia untuk dapatkan calon isteri yang kaya, kerja bagus, gaji tinggi.

Pasal nanti dia macam rasa perempaun macam tu dia hebatlah dapat jadikan isteri. Kadang kadang kesungguhan lelaki tu kite kene tau ada udang disebalik mee ke tak.

Bila dah jadi macam ni nak kene ikut cakap dia je kan, dia je yang betul eh? Macam tu baiklah bersurai

Felis Catus –
Lelaki gaji kecik yang nak kan sangat isteri gaji tinggi dari dia mungkin salah 1 faktor supaya bagi dia rasa hebat, to feed his own ego dan ia akan jadi 1 pencapaian besar dalam hidup dia.

Dapat tackle perempuan kerjaya gaji besar kan. Sebab sebesar mana gaji isteri tiada guna, kena tunduk taat dekat dia jugak nanti walau nafkah kongsi kongsi dengan isteri.

Kalau dapat jenis penunggang agama, lagi sengsara la hidup perempuan2.

Junaida Abdul Jalal –
Pentingnya kahwin sekufu sebab macam nilah. Lelaki tak kira kaya, miskin, tua atau muda, tetap punyai EGO! Bila tak dpt kawal keegoan mereka, jadilah seperti apa yang puan TT lalui.

Lebih baiklah bersendiri sebagai ibu tunggal sementelah puan TT pun ada kerjaya dan tinggal dekat dengan orang tua. Didoakan semoga Allah permudahkan segala urusan puan TT.

Ann Fardan –
Haaa…ayat “saya tidak memandang rupa dan kewangan pasangan” lah yang selalunya menjerat wanita dalam perkahwinan yang bermasalah.

Bagi makcik nak pilih suami lagi lagi Kali kedua kena pilih lebih teliti dari pertama. Kena utama soal penerimaan anak anak Dan bekas pasangan.

Kena pastikan dia mampu kewangan tanggung kita. Kena pastikan sekufu pendidikan dan latarbelakang keluarga. Ehhh banyak bendalah nak fikir.

Pesan makcik buat ibu ibu tunggal di luar sana, kalau Kali ke2 ni jangan guna falsafah “saya tak kisah nak susah senang dengan bakal suami”.

Korang dah cukup lama susah. Tak payah cari susah lagi. Cari yang senang senang je dan yang boleh menenangkan tak kiralah bab perangai atau bab duit.

Hidup kita tak lama dik. Nangis dalam kereta lebih selesa Dari nangis atas basikal tepi jalan panas terik plak tu?!! Yang faham, faham lah… Hehe

P/s: makcik pernah jadi ibu tunggal 7 tahun… Huhu Sumber – MJ (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.