Uncategorized

Hairan suami suka sngt nak hantar anak g sekolah. Ingtkan urus hal sekolah anak rupanya semua terbongkar lps sy bc msg cikgu dan suami di telegram.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum. Saya umairah, berumur 30an, anak 3 seorang surirumah yang telah berhenti kerja. Awal tahun 2018, saya terbaca wasap suami saya wish good morning kepada cikgu kelas anak saya (wish gambar).

Bila saya tanya suami cakap tak ada apa hanya wish good morning n bila saya tanya cikgu tu dia pun tidak tahu kenapa suami saya hantar wasap macam tu.

Cikgu tu sudah bersuami, umur awal 40an dan ada anak 3. Cikgu tu minta perkara itu tidak diperbesarkan saya pun ok sebab kot memang ada salah paham.

Tetapi sebenarnya saya sudah mula diperbodoh oleh suami dan cikgu tersebut. Selepas pada kejadian tu firasat saya memg tak percaya pada mereka. Saya rasakan ada sesuatu, tapi saya tidak ada bukti.

Sebelum saya baca wasap wish good morning saya n cikgu frend di fb, lepas pada tu saya kena blok di facebook bila saya bagitahu suami saya yang saya akan maklum pada suami cikgu tu.

Masa ni saya baru berhenti kerja, semasa saya bekerja tempat kerja saya sejam perjalanan dari rumah.

Jadi, kami sepakat untuk anak saya sekolah bersebelahan tempat kerja suami saya. Segala urusan sekolah suami saya handle sebab anak saya bersekolah berdekatan. Patut dia beria nak hantar anak sekolah.

Saya sangkakan urusan suami saya dan cikgu atas urusan berkaitan sekolah atau anak saya, tetapi melibatkan hati dan perasaan.

Cikgu tu seorang yang lemah lembut kalau dilihat dari luar. Semenjak saya wasap cikgu tu berjanji akan terus share apa-apa berkaitan sekolah anak saya kepada saya bukan lagi melalui suami saya.

Saya percaya, sebab saya anggap takkan seorang guru dan isteri akan ada hubungan dengan suami orang dan ayah pada pelajarnya sendiri.

Bermula dari 2018 hingga sekarang saya dan cikgu sering berbalas wasap, sembang-sembang melalui wasap tapi sekali tidak pernah jumpa.

Nov 2021, saya terjumpa sebuah buku yang ditulis wish happy birthday kepada suami saya. Dengan panggilan sayang, i love u, ikhlas mencintaimu, suami saya sangup terima kekurangan dirinya. Saya tanya suami siapa bagi?

Suami cakap cikgu tu bagi dan bila saya wasap tanya cikgu tu berkeras dia nafikan sbb dekat buku tu tak ada mention nama. Tapi gelaran umi saja yang setahu saya gelaran umi memang para pelajar panggik pada cikgu tu.

Cikgu tu cakap kenapa dia nak bagi benda macam tu?sedangkan dia pun ada family sendiri.

Ok, saya minta maaf mugkin saya yang salah orang dan ALLAH lebih tahu apa yang saya tak tahu. Cikgu tu cakap dekat saya “betul. ALLAH SWT maha mengetahui”.

Disember 2021 hujung tahun, memang ALLAH maha mengetahui, malam tu saya baca mesej antara suami dan cikgu di telegram bersayang sayang, bertukar cerita aktiviti seharian, siap screen short bra suruh suami saya belikan.

Saya call cikgu tu tidak jawab, siap msg suami saya bagtau yang saya call dia. Dia tidak tahu yang hanset suami saya ada dengan saya.

Last bila dia tahu yang hubungan dia dah terbongkar dia blok saya di wasap. Saya cari saudara dia dan saya dapat nombor anak saudaranya.

Saya minta nombor telefon suami cikgu tu dari anak saudaranya, saya cerita serba sedikit sahaja.

Anak saudara cikgu tu tak percaya seolah saya fitanah cikgu tu dan saya yang sedang bermasalah dengan suami tetapi nak libatkan cikgu tersebut Saya hantar screenshoot perbualan cikgu n suami saya sebagai bukti.

Saya beritahu saya akan buat report berkenaan hal tersebut. Selepas 3 hari, cikgu tu wasap saya minta saya jangan buat report dan dia dah ceritakan segalanya pada suaminya.

Suami cikgu tersebut wasap saya minta maaf bagi pihak cikgu dan jangan report. Suami cikgu tersebut akan pastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi tapi saya sampai sekarang tidak percaya pada suami saya dan cikgu tersebut.

Saya masih lagi mencari jalan. Doakan saya temui jalan yang terbaik bagi diri saya dan keluarga saya. Saya minta maaf kalau tulisan saya panjang. – Umairah (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published.