Uncategorized

Syukur dpt isteri dah x perawan. Tak sangka Mlm prtama dia mcm dirasuk, gugur jantung aku dibuatnya. Rupanya ada kisah gelap sblum kami kahwin.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Salam semua. Aku Man suami dan ayah kepada 5 orang anak. Lihat tajuk mesti semua mulut dah ternganga heran kenapa aku bersyukur dapat isteri yang ada kisah silam gelap.

Aku nak cerita ni pendek-pendek sahaja dan juga untuk buka minda laki lain. Aku kenal isteri aku ini melalui nenek aku yang berkenan dengan si dia. Ibu aku pun suruh la aku cuba nasib sebab isteri aku ini dulu memang jenis sopan sejuk hati memandang.

Aurat tip top pakai stoking dan sarung tangan. Awalnya, dia nampak tak selesa aku asyik bagi hint mahu berkenalan. Kenal punya kenal sampai aku jatuh hati duduk mencari dia, dia bagitahu kisah silam dia sebab dia nak aku give up dan jangan kacau dia.

Masa dia bagitahu tu aku ingat dia menipu saja sebab dia menyampah kena kacau. Melihat mimik muka dia yang berubah menahan nangis terus buat aku pergi dan hilangkan diri tak percaya perempuan macam dia pernah bermaksi1at.

Sebulan juga aku solat minta petunjuk sebab aku rasa tak sedap hati tinggalkan dia dan selalu terfikir pada dia.Aku memang gelisah dan takut aku buat keputusan yang bodoh.

Kuasa Allah, aku diberikan keberanian luar biasa menerima gadis tersebut. Kira macam inilah kisah sebelum kahwin secara ringkas. Kalau mendalam pula ada banyak up and down sebenarnya.

Awal perkahwinan memang banyak struggle. Bayangkan malam pertama isteri aku dah jerit direct pada muka aku. Gugur jantung aku bila isteri aku seperti dirasuk bila aku nak mulakan hubungan. Aku ingat lagi dia jerit dan lari keluar bilik.

Aku ingat malam pertama, aku akan lebih struggle terbayang dia bersama bekas kekasih. Rupanya isteri aku lebih struggle akibat trauma.

Dulu isteri aku bercinta dan ditinggalkan apabila lelaki itu tak mahu bertanggungjawab. Kami pula kahwin 3 tahun selepas dia ditinggalkan jadi isteri aku masih dalam healing process.

Minggu pertama, aku nampak la effort isteri aku cuba melawan trauma dia kerana hubungan fizikal menjadi factor trigger. Kesian juga aku lihat menggigil tangan dia cuba juga nak bermanja dengan aku.

Bila ingat balik memang sedih sangat lihat kondisi mental isteri aku. Rasa seperti mahu saja cari balik bekas kekasih dia yang aniaya perempuan sampai macam ini sekali.

Saranan aku, kalau tak tahan juga nafsu setan itu pergi cari pel@cur berbayar, dan bukan perempuan elok yang jenis kau kena tipu itu ini, bina kepercayaan bagi harapan untuk bawa dia bermksiat.

Akhirnya, kata rela sama rela untuk lepas tangan. Padahal perempuan ini mungkin tak rela pun kalau awal-awal kau terus jujur cakap kau tak akan bertanggungjawab dan tak sayang dia.

Sekurangnya p3lacur berbayar itu memang tak letak harapan dan tahu kau tak akan bertanggungjawab. Itu baru rela sama rela. Lelaki punya fikiran kalau perempuan pun sedap layan terus kira rela. Adeh.. Macam ini ke pemimpin?

Berbalik semula, aku book appointment terapi terus untuk isteri aku dan dari situ dia mula tunjuk improvement. Isteri aku ada masalah chronic depression dan PTSD. Isteri aku mula reflect diri dia dan berkongsi dengan aku segala yang dibincangkan.

Perkara isteri aku paling takut adalah ditinggalkan dan masalah ini buat dia jadi teramat clingy dan jenis people pleaser. Sepanjang perkahwinan isteri aku memang semua benda dia nak aku ada disisi.

Nampak macam bagus tetapi dia juga ada severe trust issue. Dia selalu risau aku akan tipu, gunakan badan dia dan hilangkan diri. Hebatnya clingy isteri aku ini setiap hari dia tunggu kepulangan aku kat pagar rumah.

Bayangkan 11 tahun perkahwinan, tak ada satu hari dia miss (kecuali sakit) terpacak depan pintu lambai-lambai senyum bila aku balik.

Anak-anak aku pun dah tak teruja tunggu aku. Tidur malam alhamdullilah kalau tak melekat kat badan aku, dia akan pegang tangan aku. Oh lagi satu isteri aku juga dari broken family yang kurang figure ayah.

Walaupun isteri aku bekerja office hour, dia macam tak kenal erti letih walaupun jaga anak 5 orang. Aku selalu pelik hal ini sebab hidup dia nampak sangat terurus dan muka pun masih berseri/ tak lesu. Dialah yang uruskan segala kerja rumah dan bab anak-anak.

Bila balik rumah, dia akan uruskan anak-anak, tunggu aku dipintu pagar, sediakan minum petang semualah. Aku tolong juga dari segi layan anak-anak. Dari segi hubungan intim memang tiada masalah jenis tak pernah menolak.

Malam-malam selepas dia tidurkan anak, dia datang bermanja dengan aku pula. Aku selalu dengar kawan-kawan yang ada masalah rumah tangga isteri tak cukup tangan melayan.

Rezeki Allah, aku bersyukur sangat dapat isteri yang sentiasa mahu/ tertarik melayan aku walaupun anak ramai.

Setiap bulan ada sahaja dia beli baju untuk memikat aku. Aku rasa Allah memang bagi dia superpower sebab dia sentiasa ada masa berlebih untuk solat sunat, bangun malam dan baca quran setiap hari. Untuk belanja, dia tak pernah bising pasal hal nafkah.

Kadang dia masukkan duit dia dalam dompet aku macam aku pula dapat nafkah haha. Duit gaji dia guna untuk mainan anak-anak dan produk solek.

Kalian jangan bandingkan diri dengan isteri aku pula sebab character dia terlebih over/ tidak normal atas sebab masa lalunya.

Dia selalu kata pada aku dia tak mahu aku rasa apa dia pernah rasa. Rasa tidak berharga, tidak cukup dan tidak diterima.

Susahnya isteri aku ini aku banyak kena jaga ayat sebab isteri aku tak suka dengar ayat-ayat macam aku janji tak akan tinggalkan dia, aku akan sentiasa bersama dia dan percayakan aku. Kalau dia dengar automatik dia akan rasa tak selamat dan mula gelisah.

Ini aku belajar slow-slow dan kena pandai guna ayat lain. Walaupun usia dah masuk pertengahan 30 an, isteri aku masih genggam peluk tangan aku bila keluar bersiar-siar.

Tak nafikan ada juga hari aku rasa menyampah dan hari kami bergaduh tetapi selalunya ia tak berlarutan.

Isteri aku ini marah dasyat jenis tengking tapi dalam jerit-jerit tu dia duduk nak peluk aku. Kalau aku tinggalkan dia, nanti aku nampak dia akan intai-intai aku dari luar haha. Bila aku tegur terus dia menangis peluk aku.

Walaupun dengar macam lawak tak matang, aku elakkan diri gaduh sampai ke tahap itu sebab aku tahu, kita memang nampak dia comel tetapi dia sebernarnya tengah alami trauma response.

Tidur berasingan itu tak pernah. Awal-awal dulu kalau gaduh teruk, aku akan tidur tempat lain tetapi nanti dia bawa bantal dia cari aku walaupun tengah merajuk. Cantik aturan Allah sebab aku jenis boleh tahan perangai clingy.

Selalu risau nak ambil penzlna jadi ibu kepada anak. Ni aku nak cakap, satu kelebihan isteri aku ini dia pandai sangat jaga anak-anak. Dia memang jaga dan ajar bab agama. Dia ajar elok semua baca doa dan solat di usia muda. Dia juga beri nasihat hidup secara terperinci.

Dia selalu nasihat anak perempuan dan lelaki supaya jaga diri dan tipu daya orang. Mungkin sebab dia dah alami, jadi dia lebih tahu. Anak perempuan dan lelaki aku pun jadi elok jenis stand up untuk diri dan berani kata tidak.

Selalu cerita dari A to Z apa jadi dan disembangkan di sekolah. Aku masa kecil dulu kalau ibu tanya, aku sengih-sengih saja cakap belajar subjek apa dan tidaklah terperinci macam anak aku. Anak aku juga bukan jenis buat perangai dan senang dengar kata.

Begitu hebat isteri aku didik walaupun dia dari broken family. Dia tahu bagaimana pemikiran budak-budak. Dengan anak yang cepat matang ini, dia dapat masa lebih untuk luang dengan aku.

Begitulah kisah perkahwinan aku. Aku bersyukur Allah takdirkan dia milikku. Kisah silam dia yang membuatkan dia lebih kuat, bijak dan penyanyang. Aku bersyukur sangat bekas kekasih dia lepaskan perempuan ini dan aku yang dapat dia.

Baru aku faham jika orang itu dah bertaubat sepenuhnya, percayalah betapa mulianya mereka, mungkin lebih lagi dari kita. Aku rasa sebab pendosa ini, lebih lagi bab hilang maruah diri, mereka akan sentiasa rasa diri mereka rendah walaupun kebaikan mereka melebihi orang lain.

Mereka sentiasa rasa perlu buktikan mereka berharga dan tak letak expectation tinggi sebabkan trust issue. Isteri aku selalu over express dia punya rasa happy/ bersyukur bila aku buat tanggungjawab biasa sahaja macam laki lain.

Dia akan pandang tinggi sanagt kat aku sebab dalam fikiran dia tak layak dilayan elok dan pelik orang sayangkan dia.

Jadi untuk lelaki diluar sana yang berani bertanggungjawab pada perempuan yang dasarnya tanggungjawab lelaki lain, percayalah, aku amat respect pada kalian.

Kita sebagai lelaki memang sepatutnya menaikkan darjat wanita dan bimbing mereka, lebih lagi yang jenis tersasar jauh.

Walaupun kau dari family beragama jaga ikhtilat, ada sebab Allah pertemukan kau dengan wanita sebegini. Kadang sebagai ujian untuk nak lihat kita bimbing atau tinggalkan mereka.

Janganlah semua nak berlumba cari wanita akhir zaman kerana perempuan pendosa ini lebih perlukan bimbingan kalian. Ada hikmah kenapa kalian bertemu dan jatuh hati dengan mereka. Tak semua lelaki sanggup ambil risiko even yang merosakkannya.

Aku mengaku aku ada juga rasa tak yakin dahulu dan aku bukanlah uztaz/ lelaki hebat tetapi aku percaya, Allah pasti akan balas kebaikan kita. Jika tidak di dunia, diakhirat kelak.. Jaga kaum hawa semua ini elok-elok dan jangan sesekali rosakkan maruah mereka..

Ada ceramah aku tangok cakap dua benda bahaya jangan dibuat main, hutang dan maruah orang. Ustaz tu cakap ini yang banyak bermasalah kat akhirat nanti. Aku sokong sebab aku nampak sendiri kesan dia pada isteri aku.

Isteri aku boleh taubat tapi perkataan murahan, mainan nafsu tak berharga dah sebati kekal dalam minda dia selagi hidup, buatkan dia hidup sentiasa dalam ketakutan sebab rasa semua orang benci dia…

Aku confess ini pun sebab isteri suka baca IIUM Confession ini, jadi disuruhnya tulis pandangan aku kahwin dengan dia hahahaha.. Ini nanti mesti lompat-lompat happy. I love you my wife… – Man (Bukan nama sebenar).. Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.