Uncategorized

Kami skeluarga dihina pd mlm raya sbb xjoin tidur lambak di rumah pusaka. Dikatakan kami ni banyak cekadak. Bukan X sedar 6 tahun lps apa yg berlaku pd adik bongsu.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Semoga luahan aku menjadi iktibar kepada mereka di luar sana yang punyai adik-beradik samada seibu sebapa mahupun lain ibu/ lain bapa. Aku ada 4 orang adik yang sama ibu.

Kami membesar bersama sementelah ayahku mennggal sewaktu aku kecil dan ibu berkahwin dengan ayah tiri (dan dapatlah 4 orang adik2ku).

Aku sayang mereka demi Allah dan telah banyak berkorban untuk mereka mengikut kemampuanku. Ibu dan ayah tiri telah meningggal dunia tetapi kami cuba untuk berkumpul bersama sewaktu cuti perayaan khasnya hari raya.

Selalunya aku ambik tugas memasak dan adik perempuan bawahku, Timah pakar mengemas rumah akan jadi mandur mengerah yang lain2 untuk tolong kemas rumah (ganti langsir, cadar, sarung bantal, tukar sarung kusyen, lap segala tok-nenek barang2 hiasan peninggalan orang tua kami dll).

Sejak dua menjak ini, perangai bossy si Timah semakin menjadi-jadi. Dulu2 aku ada saja terasa hati dengan cara dia menegur klu kami ni tidak ikut cara dia atau salah faham arahan dia, tapi aku tepis buang demi nak jaga hati semua orang. Namun setiap tahun umurku makin bertambah.

Hati aku semakin tipis umpama tisu dan mudah koyak bila kena perli, kena sindir, apatah lagi si Timah bercakap dalam nada

“gurau” kononnya sehingga anak2ku pun boleh gelak ketawa tanpa menyedari ibu mereka sudah menitik airmata kerana terasa hati.

Raya baru ini, 5 hari di kampung hatiku memang tersangat-sangat luka dek perkataan yang keluar dari mulut Timah. Aku guna piring untuk lapik senduk sewaktu masak kuah kacang di dapur pun kena tegur sebab aku pakai piring “cantik”.

Aku patutnya cari piring buruk saja. Semua orang panik sebab tiba2 raya hari Isnin kan? memang kelam-kabut nak siapkan segala macam juadah raya. Bukannya nak berterima kasih aku ni tolong dia siapkan makanan raya.

Aku memang awal2 cakap biarlah dia yang masak sebab aku dah tahu klu aku masak nanti ada shj yang tak kena. Dia nak control semua silakan. Tapi dah tiba-tiba esok raya, ayam untuk rendang pun masih di kedai. Makanya semua orang berganding bahu nak siapkan semuanya.

Itupun kelonsong ketupat aku dah anyam awal-awal dari KL. Tinggal dia isi beras dan rebus saja. Bila selesai kuah kacangku, aku jalan balik ke homestay. Dah diperlinya pula aku “mengelat dari buat kerja” depan2 anak2ku yang mereka pun gelak2 kan ibu mereka sendiri.

Aku memang sengaja duduk homestay kali ini sebab dah banyak kali kena perli klu duduk rumah pusaka tu; aku tolong susun kuih pun salah. Silap besar kalau mangkuk kuih raya tak letak dulu kertas doily paper tu.

Cara susun bantal dalam bilik lepas bangun tidur pun kena tegur walaupun tetamu yang datang bukan masuk ke bilik pun. Semua kena ikut cara dia. Mana nak letak mangkuk kuih pun kena dapat approval bos besar si Timah.

Nak pakai set pinggan apa, warna apa, gelas minum yang mana, semua kena dapat approval dia dulu. Aku sebagai kakak sulung sudah tidak ada apa2 fungsi di rumah itu. Lebih baik aku duduk homestay, telinga tak berdesing, hati tak panas. Dah dikatanya pulak kita lari nak elak dari kena buat kerja di rumah pusaka itu.

Pagi2 raya pun kena tegur lagi hanya kerana lauk-pauk yang siap dibungkus untuk hantar ke rumah saudara mara diletak di luar rumah. memang plan nak hantar cepat2 tapi biasalah drebar asyik sembang sambil makan kuih raya. Tak salah nak tegur tapi cakaplah dengan nada yang berhemah.

Memang silap aku terlupa nak masuk dulu bungkusan makanan dalam peti ais. Kena sedas amarah dia depan anak2nya tanpa memikirkan perasaan dan maruah aku sebagai kakak sulung. Seolah-olah aku ni babu dia yang boleh diherdik sesuka hati dia.

Oh btw, kuah kacangku pun akhirnya dia modify sebab rasa tak ikut standard piawaian dia. Rupa tak cukup merahlah, tak naik minyaklah.

Cakap pula depan2 suami dan anak-anakku. Terasa maruahku dipijak-pijak dan ditong sampahkan. Sia-sia saja aku tolong masak. Dah tentu penat berdiri berejam mengacau kacang tumbuk nk bagi empuk depan dapur gas yang bahang panas.

Klu memang nak ikut tekak dia, kenapa tak awal-awal cakap biar dia masak semua juadah sendiri kan? Itupun aku suruh dia rasa dulu sebelum aku tutup api gas. Dia jugak yang cakap dah okay. Eh! Tiba esok pagi cakap lain pula. Kuah kacang aku tiba-tiba jadi tak sedap!

Punyalah aku bimbang menaikkan kemarahan dia, nak berjalan dalam rumah pusaka itu pun aku terjengket-jengket tengok kiri kanan takut terlanggar alas kusyen nanti kusut kena tegur pulak. Takut tertarik langsir ropol-ropol nanti senget kena sound jugak.

Nak ambik makanan pun teragak-agak nak guna pinggan ke mangkuk ke sebab dah pernah kena herdik sebelum ini. Nak defrost makanan beku dalam microwave pun kena tegur sebab salah guna bekas. Pendekata, semua yang aku buat sentiasa salah di mata Timah.

Adik lelaki bongsu pun sgt kurang ajar. Panas baran tak bertempat. Tak sedar sewaktu dia accident motor 6 tahun dulu sampai koma 11 hari kakak tua ni lah yang jaga di hospital…

10 bulan lepas tu pun kakak tua ni lah yang bawak dia ke appt hospital setiap bulan angkut bakul susu sebab dia cuma minum susu diabetik ikut tiub masuk terus ke hidung. 2 lagi kakak betul dia termasuk si Timah tu sibuk bekerja takde masa nk layan.

Kakak tiri tua ni lah jgk yang bayar gaji private nurse lelaki untuk mandikan dan cuci berak sewaktu dia baru bangun dari koma. Tapi bila kita tanya kenapa tak periksa dulu kemudahan yang ada di homestay (sebab kipas meja tak berfungsi.

Aircond pula tak sejuk) dia terus melenting sambil jerit “Ah! Banyak cekadaklah kau ni. Macam ni balik tidur hotel lah. Tak payah balik pun aku tak kisah!”

Begitu sekali penghinaan seorang adik kepada kakak tuanya. Aku duduk homestay sebab anak2 dah dewasa. Dah tak boleh tidur lambak bercampur gaul lelaki perempuan. Aku pun baru dapat menantu perempuan.

Tentu tak selesa klu dia pun dipaksa tidur lambak sebab rumah pusaka tak cukup bilik untuk semua orang. Salahkah tindakan aku untuk aku sekeluarga duduk homestay yang cuma selang sebuah rumah dari rumah pusaka orang tuaku?

Serba tak kena aku sepanjang 5 hari di kampung. Kita beraya nak happy dan bersukaria sementelah dah 2 tahun tak boleh jumpa saudara-mara di kampung. Tapi aku berendam airmata dek hati tisu yang koyak-rabak dengan kata nista yang lebih tajam dari pisau yang menghiris jiwa-ragaku.

Suamiku pun sedar aku berkecil hati sebab memang tak boleh nak sorok rasa sedihku. Berhamburan airmata sewaktu dalam kereta nak pergi beraya.

Aku tekad mulai tahun hadapan, aku akan beraya di rumah sendiri. Mungkin aku dapat cucu tahun hadapan, maka biarlah anak menantu merasa “balik kampung” ke rumahku pula dan kami beraya lah anak-beranak di samping jiran tetangga yang jauh lebih tahu menghargai kebaikan orang lain terhadap mereka.

kepada pembaca semua, jadikan kisahku sebagai pengajaran. Kehidupan serba material tidak bermakna sekiranya kita sanggup bergaduh dan sakitkan hati sesama adik-beradik hanya disebabkan perkara remeh-temeh. Silaturrahim itu lebih penting.

Apa guna rumah cantik berhias dan juadah terhidang penuh meja tetapi tiada ahli keluarga yang balik beraya bersama kerana mereka berkecil hati/takut jadi penyebab kemarahan??? Do not focus on superficial things.

Semakin berumur, aku sudah tidak peduli perkara remeh temeh. Nak hidang kuih raya terus dari balang plastik pun bukanlah suatu kesalahan yang perlu masuk penjara. Tetamu datang nak makan kuih raya, bukan nak tengok mangkuk kuih kita plastik ke, kaca biasa ke atau kaca swavroski ke.

Masuk kubur nanti pun semua pakai kain kafan yang sama. Tiada yang pakai sutera China atau Itali! Klu kira taraf hidup, kehidupan aku jauh lebih mewah dari si Timah.

Tapi aku memilih untuk bersederhana. Mana-mana yang kurang tutup sebelah mata. Nak jadi perfectionist sgt sampai hidup dalam stress tak tentu pasal, buat apa?

Mulai hari ini aku perlu sentiasa ingatkan diri yang aku ini hanyalah kakak TIRI. Pendanganku dan caraku sudah outdated. Sudah tidak ada standard di mata mereka. Maka, kena sedar diri dan tahu bila patut undur diri. Assalamualaikum!

– Nora (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Saya sokong tahun depan Akak beraya jer dengan family akak.Lagipun,dah bermenantu,dah selayaknya dah beraya di rumah sendiri.

Anak² pulak yg balik kg.
Saya jugak setuju dgn pendapat tt,terlampau inginkan kesempurnaan boleh jadi stress.Tu yg jadi nak marah semua org tu.Baik sederhana jer,bukan dosa pun. Apa apapun,semoga bahagia selalu ye Kak.

Netizen 2 : Dah boleh mulakan tradisi balik kpg di rmh sendiri.. dah ada menantu, nanti tibala masa rmh kita bertukar jd ” kampung”, sampai bila nk berusung2 balik rmh orgtua lgpun orgtua dah takde..

Si Timah tu mungkin anggap sis balik rmh dia kot.. Org perfectionist biasanya narcisstic.. Konon nk tunjuk dia serba boleh, serba tau tapi sifat marah dia pun dia tak boleh handle and manage!! Perfectionist taik kucing nama nya tu..

Lebih baik dan selesa kita yg ada anak2 besar beraya di rmh sendiri.. Biar anak2 rasa tanggungjwb mrk utk buat persiapan lbh terurus, bkn berpeluk tubuh tunggu makanan siap..

Netizen 3 : Jadi la mcm mak mentua sy. Setiap masa ade je org dtg kerumah. Cucu cucu orang lain pun suka dtg main ke rumah sebab mak mentua tak penah nk marah budak2. Sentiasa senyum je tak kira masa. Tetamu sentiasa dtg siang mlm bawak rezeki. Sebab jenis tak byk kerenah,

semua pinggan blh pakai, langsir ape ade, nk minum ape pun xkisah blh buat sendiri ape nak. Ya allah syukur sgt dapat mentua memahami mcm ni. Cuma masalah bila ipar ipar balik, sy ni kena la sentiasa bertudung. Tu saje.

Leave a Reply

Your email address will not be published.