Uncategorized

Aku baru nikah. Lps majlis, suami ajak balik kampung. Sedang sapu hairan lihat habuk mcm busut bwh kerusi. Tapi lg terkejut beruk bila mertua hidang air guna cawan 2.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Hi semua. Saya ada terbaca post berkisah kebersihan dalam post sebelum ni and terlintas untuk share perkara yang sama.

Al kisahnya aku baru berkahwin, jadi beberapa hari lepas majlis, suami mengajak aku ke kampung halaman dia untuk menghantar ibunya semula kesana setelah menghadiri majlis kami.

Aku on je. Perjalanan ambil masa hampir 8 jam. Bila dah tiba ke rumah ibu mertua, aku mula tolong mengemas rumah setelah 3 minggu ditinggalkan and ibu mertua hendak masak katanya.

Sedang sapu, aku nampak timbunan seakan busut dibawah kerusi, tapi bila dilihat betul2, itu adalah timbunan habuk yang disapu dan dikumpulkan kat situ.

Tinggi umpama busut, macam tak percaya, bukan 1 atau 2. Tapi tiga! walaupun rasa pelik aku sapu jela, malas nak fikir.

Tiba waktu makan, kami bertiga duduk atas lantai and makan. Cawan tak cukup jadi aku offer diri nak ambil didapur, tapi ibu mertua aku cakap takpe, lalu dia bangun and ambil cawan dekat ruang tamu, tuang air and minum.

Terkejut beruk jugala masa tu sebab cawan tukan dah terbiar selama 3 minggu. Mungkin dia terlupa aku bersangka baik.

Waktu malam, nak tidur pun tak berapa sangat bila suami aku bentang tilam dekat ruang tamu.

Bukan sebab tak dapat tidur di bilik tapi tilam tu sangatla kotor, corak bunga-bunga dah hampir tak kelihatan, yang jelas hanya hitam legam. Bantal tak perlu aku cerita keadaan dia, dua kali lima dengan tilam.

Tapi aku tidak kata apa-apa demi jaga hati suami. Ada suatu malam, aku lipat baju atas tilam tu since rumah tiada permaidani, tapi aku bentangkan kain batik dan baju-baju aku letakkan atas kain batik.

Kebetulan ibu mertua nampak dan bertanya kenapa aku lapik dengan kain batik, aku cuma jawab risau habuk kena pada baju demi menjaga hati ibu mertua.

Lantas dia bangun and pergi ke dapur.. tiba-tiba dia suruh aku bangun and angkat baju- baju tu,

Pada mulanya aku sangka mungkin nak beri cadar untuk pasang, tapi tiba-tiba dia sapu tilam menggunakan penyapu dapur. Ya Allah kelu aku masa tu.

Lagi 1 aku perasan, habit mak mertua aku ni, dia suka biarkan lauk-lauk lebih atas meja semalaman tanpa ditutup guna tudung saji. Hanya ditutup menggunakan surat kabar.

Bila aku ambil and letak dalam peti sejuk.. tak lama kemudian beliau akan keluarkan and letak semula atas meja and tutup guna surat khabar.

Bukan tak ada tudung saji. Ada 1 hari, aku tolong mak mertua kemas katil dia, atas katil ada pasir daun kering.. macam mana ada atas katil pun masih misteri pada aku.
L And moment paling comel and kelakar pada aku, ada suatu hari tu kitorang malas masak dan nak makan kat luar.

Sembang-sembang dalam kereta, tiba-tiba mak mertua aku terjerit, rupanya dalam tudung dia ada sarang tebuan tanah. Aku dah tak mampu nak terkejut lagi dah. – Lolapop (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Aira: Penting juga ye sebelum kawen kenal dan bertandang sekali dua ke kampung belah bakal suami. Boleh tengok rumah bakal mak mertua jenis pembersih ke pengotor. Kalau tak boleh deal dengan tahap kebersihan tu baik jangan teruskan.

Atau untuk anak dara yg jenis pengotor dan malas, lebih baik jangan berkeluarga mertua yg jenis pembersih dan rajin. Sebab nanti kene umpat 7 keturunan tak habis.

Bab kebersihan ni didikan dan ajaran dari kecik lagi. Kalau dari kecik dah didik jenis bangun je pagi terus kemas tempat tidur rapi, kemas rumah, bersih luar dalam semua rumah, anak anak mesti dah biasa bersih.

Kalau dari kecik tak diajar kemas rumah, kemas bilik sendiri, tilam tak pernah berjemur, karpet tak pernah cuci, toilet berkeladak, sampai besar rumah memang akan kotor bersepah.

Atirah: Boleh faham perasaan berdepan dgn org sebegitu. Siapalah yg tak nak bersih. TAPI… awak baru je berkahwin. Awak terlalu baru mengenali mentua awak. Terus dah menulis meluah di sini perihal perangai mentua.

Apa reaksi mentua kalau dia tahu? Apa suami rasa awak membuka kisah ibu dia? kadang2 sedih baca komen. Senyap2 mentua diumpat tanpa dia mengetahui menantu baru membuka kisahnya pada umum. Ye takde sapa kenal awak, tapi percayalah suami awak pun boleh tersinggung kalau dia tau.

Patutnya awak bincang dgn suami dulu, ambil langkah sepatutnya utk bantu betulkan keadaan. Kalau takde solution, baru lah sesuai menulis utk minta pendapat. Bukan lepas kawin, ada pelik sikit terus jaja kisah mentua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.